Jaclyn A/P Joshua Thanaraj Victor atau lebih dikenali sebagai Jaclyn Victor (lahir 4 Disember 1978) ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang menjulang namanya melalui kejuaraan Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Beliau dikenali dengan suaranya yang lunak dan bakat menyanyi yang dianggap mantap, bersemangat dan mengagumkan. Beliau adalah antara segelintir artis yang telah memenangi trofi di anugerah utama dalam bidang muzik dan filem di Malaysia dan rantau ini. Hingga kini beliau telah memenangi Anugerah Industri Muzik (10 Trofi), Anugerah Juara Lagu (5 Trofi), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2 Trofi) dan Anugerah Planet Muzik (2 Trofi). Jaclyn juga telah memenangi 1 Trofi Anugerah Skrin, 1 Trofi Festival Filem Malaysia, 1 Trofi Anugerah Shout! dan 1 Trofi Anugerah Era. Disifatkan antara penyanyi terbaik Malaysia sebaris dengan vokalis ternama seperti Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Misha Omar.

Jaclyn Victor
Jaclyn Victor mengadakan persembahan di Live and Loud KL 2007.
Latar belakang
Nama lahirJaclyn A/P Joshua Thanaraj Victor
Juga dikenali sebagai
Jac
Kelahiran (1978-12-04) 4 Disember 1978 (umur 45)
Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2004–kini
Kerjaya muzik
GenrePop, Rock, R&B, Balada
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Sony Music (2004–2011)
KRU Music (2012–2016)
Pengkarya berkait
Laman sesawang
Laman kelab peminat rasmi

Biografi sunting

Zaman muda sunting

Beliau merupakan anak sulung dalam sebuah keluarga berketurunan India Kristian dan mempunyai tiga orang adik lelaki. Zaman kanak-kanak beliau dipenuhi pelbagai dugaan hidup. Bapanya meninggal dunia semasa beliau berumur sembilan tahun. Ibunya, Maggie Victor, terpaksa melakukan tiga pekerjaan sekaligus untuk menyara kehidupan diri dan keempat-empat anaknya. Apabila mencecah umur 18 tahun, Jac mula bekerja sebagai penyanyi di hotel-hotel dan kelab-kelab malam untuk membantu menyara kehidupannya sekeluarga.

Sekitar tahun 2003, Jac menghasilkan album terbitannya sendiri berjudul 'Dream' yang menampilkan lagu-lagu bertemakan pop dan rock seperti 'In A Dream' (lagu gubahan rakannya Ravi the Rat) yang pernah menjuarai carta Inggeris tempatan saluran radio hitz.fm (kini Hitz).

Ada 2 buah lagu Jac yang sering diputarkan oleh radio muzik rtm tidak lama dahulu iaitu lagu cover version dari Seha, "Jangan Merintih" dan juga "Circle". Lagu ini direkodkan di dalam studio Jerry Felix juga sekitar tahun 2003.

2004–05: Kegemilangan dari Malaysian Idol sunting

Pada tahun 2004, Jac membuat keputusan untuk menyertai ujibakat Malaysian Idol atas galakan ibunya. Para juri pertandingan, iaitu Roslan Aziz, Fauziah Latiff dan Paul Moss, amat kagum dengan bakatnya. Beliau melepasi pusingan demi pusingan sehinggalah ke peringkat akhir. Namun perjalanan Jac dalam pertandingan Malaysian Idol tidaklah lancar sepenuhnya kerana beliau pernah terperosot ke kedudukan dua tangga terbawah (nyaris-nyaris tersingkir) di minggu kelima pusingan 'Spectaculars' yang memeranjatkan para penonton.

Pertandingan akhir Malaysian Idol berlangsung pada awal bulan Oktober 2004. Jac mempersembahkan lagu 'Gemilang' ciptaan khas Aubrey Suwito dengan penuh bergaya yang memukau segenap lapisan penonton. Menerusi undian SMS yang dibuka selama sehari, beliau mengalahkan pencabarnya, Faradina Nadzir yang juga menjadi sahabat karib Jac sejak memasuki pertandingan ini, dengan meraih 76% daripada kira-kira sejuta undian yang dihantar pada hujung minggu tersebut.[1]

Kira-kira dua bulan kemudian, album Jac sebagai Malaysian Idol yang pertama berjudul 'Gemilang' dilancarkan. Jualan albumnya mencecah 15,000 keping dalam jangka masa kira-kira sebulan lalu memperolehi Sijil Emas daripada RIM.[2]

Semenjak itu, Jac juga meraih pelbagai anugerah sebagai pengiktirafan terhadap bakat dan kenamaannya, termasuklah menjuarai Shanghai Asia Music Festival Ke-8 pada bulan Oktober 2005 yang menempatkan beliau setaraf dengan bintang-bintang tempatan yang lain seperti Siti Nurhaliza, Deja Moss dan Misha Omar.[3]

Pada awal tahun 2006, Jaclyn Victor mengembangkan koleksi gelaran dan hadiah yang diraih beliau dengan empat lagi butir anugerah. Beliau mengutip dua hadiah (Lagu Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik) di Hits 1 anjuran RTM pada bulan Januari, diikuti dengan dua lagi anugerah di Anugerah Juara Lagu ke-20 TV3 (Juara Lagu keseluruhan dan Juara kategori Balada) pada bulan seterusnya.[4]

Beliau turut memenangi Anugerah Artis Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2006 yang dianjurkan di Singapura pada 24 Mac.[5]

Jaclyn Victor mengecapi suatu kemuncak kejayaan yang lama ditunggu-tunggunya di industri muzik Malaysia apabila merangkul empat daripada tujuh pencalonannya di Anugerah Industri Muzik ke-13 yang dilangsungkan pada 29 April 2006. Anugerah yang dimenanginya adalah: Artis Baru Terbaik, Album Terbaik, Album Pop Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik dalam Sebuah Lagu.

Meskipun kehebatan vokal beliau digeruni dan kurang dipertikai orang ramai, namun kejayaan beliau dilanda kontroversi. Yang paling utama ialah pencalonan beliau dalam kategori Artis Baru Terbaik sedangkan beliau sebenarnya pernah menghasilkan album pertamanya lama sebelum menyertai Malaysian Idol.

2006–07: Inilah Jac sunting

Setelah menunggu beberapa lama, akhirnya peminat-peminat Jac menikmati album kedua beliau bertajuk Inilah Jac yang menjanjikan "yang terbaik" daripada beliau sebagai artis berbakat. Sewaktu album ini dilancarkan pada 25 Ogos 2006, bukan sahaja single pertama dari album tersebut Cepat-cepat diputarkan di radio dengan kerapnya, malah Jac juga cuba menawan pasaran antarabangsa dengan melawat Australia untuk tujuan beristirahat serta mempersembahkan bakatnya kepada orang luar. Jac membintangi dua konsert di dua buah gereja di bumi kanggaru, iaitu Australia for Christ Fellowship Church di kota Adelaide (yang mana beliau ditemani Juwita Suwito dalam persembahan), serta Paradise Community Church di kota Melbourne.[6] Ketika di Australia, Jac juga menerima temuramah di stesen radio agama Kristian, HCJB.[7]

Jac juga merakamkan video muzik sebetulnya yang pertama di Indonesia di mana beliau merakamkan video Ceritera Cinta bersama penyanyi dari negara tersebut bernama Rio Febrian.

Jac menambah lagi koleksi anugerahnya dengan merangkul satu anugerah dari kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) di AIM ke-14 pada bulan April 2007. Dua buah lagu beliau sudah dijadikan lagu tema dua buah rancangan televisyen tempatan, Fara (Cepat-Cepat) dan Manjalara (Satu Harapan). Pada bulan Julai, Jac menyertai Ikon Malaysia lalu menjadi juara kategori Solo pertandingan tersebut. Pada bulan Disember pula, beliau menyertai Asian Idol dan berentap dengan lima juara siri Idol benua Asia yang lain di Jakarta.

Pada awal tahun 2008, Jaclyn Victor memenangi anugerah Vokal Terbaik bersama pasangan duet beliau Lah Ahmad apabila mendendangkan Ceritera Cinta di Anugerah Juara Lagu ke-22. Mereka membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.[8]

2008–09: Sebagai pelakon dan mentor sunting

Jaclyn Victor menceburi bidang lakonan dengan penampilan istimewa dalam filem Susuk. Sayang sekali, babak yang menampilkan beliau sebagai tetamu rancangan wawancara TV dipotong dalam proses penyuntingan sebelum ditayangkan pada tahun 2008.[9] Jaclyn juga pernah diwar-warkan menerima tawaran dari Mamat Khalid untuk berlakon dalam filem Estet tetapi peranan watak yang ditujukan kepadanya jatuh di tangan Pushpa Narayan.[10]

Jaclyn Victor terpilih sebagai salah seorang dari enam mentor yang ditampilkan dalam musim ketiga rancangan realiti Mentor. Ujibakat dijalankan secara berasingan oleh setiap seorang mentor tersebut, dan ujibakat Jaclyn Victor dijalankan pada 14 Mac 2009.

Pada tahun 2009, Jaclyn julung kali memegang watak penting iaitu sebagai Bhavani dalam filem Talentime,[11] iaitu filem terakhir arahan Yasmin Ahmad yang sempat keluar di pawagam sebelum sutradara itu meinggal pada 25 Julai. Daripada itu, beliau meraih anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-22 pada tahun yang sama.[12]

Album studio ketiga Jac bersama Sony Music, Jaclyn Victor III yang mengandungi lapan lagu sahaja (termasuk runut Koleksi Gemilang yang merupakan medley gabungan 24 lagu popular Malaysia), dipasarkan mulai 20 Ogos 2009. Di sesi pradengar pada 11 Ogos, Jac memberitahu media dan peminat bahawa beliau menurunkan vokal dan "pitch". Katanya, "Saya tidak ingin mendesak diri saya menyanyi sekuat seperti di persembahan 'live'. Saya nak buat nota lagu yang ringka saja."[13]

Pada akhir 2009, sehari selepas hari jadinya yang ke-31, Jaclyn Victor menerima kejutan dalam bentuk "Anugerah Yasmin Ahmad" yang memberi pengiktirafan kepada bakat lakonan baru di Anugerah Skrin 2009.[14]

2010: Memasuki pasaran Tamil sunting

Pada 25 April 2010, Jac bersama Suki Low menjadi artis pembukaan konsert jelajah Kelly Clarkson di Kuala Lumpur.[15] Jaclyn turut meneruskan kerjaya lakonannya menerusi pementasan Cuci the Musical (musim kedua) arahan Hans Isaac[16] dari 27 Julai hingga 10 Ogos 2010[17] di mana beliau memegang watak Jessie yang menggantikan watak Farah yang dipegang oleh Adibah Noor pada musim lalu; sayangnya, wataknya ini langsung tiada bahagian menyanyi sepanjang pementasan.[18]

Sebagai langkah sulung untuk menembusi pasaran berbahasa Tamil, Jaclyn berlakon dalam filem Tamil buatan Malaysia berjudul Appalam (adaptasi dari Papadom)[19] arahan Afdlin Shauki.

2011: 3 Suara sunting

Jaclyn Victor berganding bahu dengan Shila dan Ning Baizura untuk album kolaborasi 3 Suara yang keluar pada 4 Januari 2011.[20] Gabungan tiga penyanyi wanita tanahair ini menerima anugerah Duo/Kumpulan Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2011 atas usaha mereka dalam album 3 Suara, sementara album tersebut dicalonkan untuk anugerah Album Terbaik.[21] 3 Suara turut dicalonkan untuk Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Lagu, Album Terbaik dan Lagu Pop Terbaik (untuk "Beribu Sesalan") di Anugerah Industri Muzik ke-18.[22] Lagu "Beribu Sesalan" turut dinobatkan sebagai Naib Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu ke-26.

Pada Oktober 2011, Sony Music mengeluarkan album kompilasi Keunggulan yang terdiri daripada dua cakera padat yang memuatkan 20 buah lagu dari rakaman-rakaman Jaclyn yang terdahulu mulai Gemilang.[23] Ini merupakan keluaran rakaman terakhir Jac bersama Sony Music.

Untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-26 pada akhir tahun 2011, Jaclyn dipilih untuk menyanyikan lagu "Sedetik Lebih",[24] mengambil tempat penyanyi asalnya Anuar Zain yang dilaporkan menarik diri daripada pertandingan tersebut. Lagu berkenaan layak ke Anugerah Juara Lagu.

2012: Menyertai KRU Music dan Mania! sunting

Pada 26 Januari 2012, Jaclyn Victor menandatangani kontrak untuk menjadi artis KRU Music, dan single pertamanya di bawah label itu, "Sebelah Jiwaku", turut dikeluarkan pada hari berkenaan.[25] Beliau mengambil langkah ini dengan harapan dengan daya cipta adik-beradik KRU boleh membantu beliau tidak lagi sekadar dikenali dengan lagu "Gemilang", malah "saya juga mahu orang ingat saya sebagai penyanyi yang mempunyai lagu-lagu lain yang lebih menyengat".[26]

Pada awal tahun ini, Jaclyn menyertai satu lagi rancangan realiti berbentuk nyanyian, iaitu Mania!, yang mana 15 penyanyi terkenal tanahair bergandingan dengan tiga penerbit muzik terkenal untuk beradu kehebatan. Jaclyn terpilih untuk menyertai kumpulan Aubrey Suwito[27] dan meraih tempat ketiga keseluruhannya.

Jaclyn turut terlibat dalam rakaman single amal, "You Raise Me Up (A Tribute to Manchester United's Greatest)" bersama barisan penyanyi penyokong Manchester United yang bergelar The Red World Army, yang dikeluarkan pada 27 April 2012.[28]

2017-Kini: Kelahiran dua anak, Cerai perkahwinan, Menyertai label musik baru dan Gegar Vaganza 9 sunting

Setelah sekian lama selepas kelahiran anak kedua, Jaclyn dan suaminya, Shawn Rivera bercerai. Jaclyn mempunyai satu anak lelaki dan satu anak perempuan, Selepas masa yang lama tidak mengambil bahagian dalam bidang musik kerana perkahwinan, kelahiran anak dan masalah yang lain, Jaclyn kembali ke musik dan menyertai label musik baru, Alternate Records & Talents dan mengeluarkan lagu baru "Perempuan" di 2022. Pada tahun yang sama, Jaclyn juga menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim 9 dan menjadi juara pertandingan tersebut.

Malaysian Idol sunting

Berikut merupakan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan Jaclyn Victor sepanjang perjalanannya di Malaysian Idol sejak melayakkan diri ke pusingan pertandingan meraih SMS (disertakan nama penyanyi asal lagu berikut):

Spektakular Lagu (penyanyi asal)
Workshop 3 "Superwoman" (Katryn White)
Top 12 "Keliru" (Ruth Sahanaya)
Top 10 "When I Fall in Love" (Doris Day)
Top 8 "I Feel for You" (Chaka Khan)
Top 7 "Sweet Child o' Mine" (Guns N' Roses)
Top 6 "Lady Marmalade" (LaBelle)
Top 5 "Tunggu Sekejap" (P. Ramlee)
Top 4 "Korban Cinta" (Ziana Zain)
"I'm Every Woman" (Whitney Houston)
Top 3
(Semifinal)
"Teringin" (Shima)
"If I Ain't Got You" (Alicia Keys)
Top 2
(Finale)
"When I Fall in Love" (Doris Day)
"Tunggu Sekejap" (P. Ramlee)
"Gemilang" (Jaclyn Victor) - lagu baru
Lagu: Aubrey Suwito
Lirik: Asmin Mudin

Mania! sunting

Konsert Lagu (penyanyi asal)
Minggu 3 "Pilihlah Aku" (Krisdayanti)
Minggu 4 "Terukir Di Bintang" (Yuna)
Minggu 5 "Matahariku" (Agnes Monica)
Minggu 6 "Grenade" (Bruno Mars)
Minggu 7 "Warisan Wanita Terakhir" (Teacher's Pet)
/ "Pelesit Kota" (Search)
  • duet Maman
Minggu 8 Joget Angan Tak Sudah & Terasing
Minggu 9 Tapi Bukan Aku & I Will Always Love You
Akhir Arjuna & Kenangan Terindah/Gemilang

Gegar Vaganza sunting

Gegar Vaganza 9 sunting

Konsert Lagu (penyanyi asal)

All Stars Gegar Vaganza sunting

Konsert Lagu (penyanyi asal)

Vokal sunting

Jaclyn Victor dikatakan mempunyai vokal yang mantap dan mendapat bimbingan vokal daripada Juita Suwito ketika menyertai pertandingan Malaysian Idol. Nota tinggi Jaclyn Victor mampu mencapai nota yang berada pada oktaf ke enam tanpa menggunakan suara nada kepala tetapi beliau menggunakan suara dada.

Profil Vokal sunting

  • Jenis suara: Lyric Coloratura Soprano
  • Justifikasi: Jaclyn lebih tepat memakai label "lyric coloratura soprano". Hal ini kerana sub-klasifikasi suara ini tidak memiliki kepenuhan dan kelantangan lyric soprano. Jaclyn juga menepati salah satu kriteria utama coloratura soprano yakni agility (ketangkasan) yang mantap dan boleh menyanyikan melisma yang kompleks dan mencabar.
  • Nota rendah: A2 (Duet Cinta dengan Misha Omar, B2 ("Saving All my Love For You") D3 (Sweet Child O' Mine)
  • Nota tinggi menggunakan suara nada kepala: E6 (Medley MI2 dengan semua peserta MI musim pertama dan kedua), D6 ("Saving All My Love For You")

C6 (Encore Gemilang di Anugerah Juara Lagu) F#5 ("Cinta Tiada Akhirnya")

  • Nota tinggi menggunakan suara dada: Bb5 (Encore Gemilang di Juara Lagu), Bb5 dan B5 (All By Myself), A5 dan B♭5 (Superwoman)
  • Julat suara: 3.4 oktaf (A2-E6)

Diskografi sunting

Album studio sunting

Album solo


Album kolaborasi

EP sunting

  • Bersama Kamu (KRU Music, 2013)
  • Unleashed (KRU Music, 2014)

Kompilasi sunting

  • Malaysian Idol Karaoke (bersama Danell Lee, 2005 Karaoke CD/VCD, Sony BMG)
  • Jubilee (Compilation Christian Album) (2007, AION Music)
  • Keunggulan (2011, Sony Music)
  • Hits Terbaik - Misha Omar dan Jaclyn Victor (2014, Sony Music)

Single sunting

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Hot FM Suria FM Muzik-muzik X-Fresh

FM

Nasional

FM

2002 "In A Dream" - - - - - - Dream
2004 "Gemilang" 2 - - 1 1 - Gemilang
"Tunggu Sekejap" - - - - - -
2005 "When I Fall In Love" - - - - - -
"Suluhkan Sinar"
nyanyian bersama Misha Omar, Anita Sarawak, Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Ezlynn,
Ning Baizura,Siti Sarah, Vince Chong, Zahid Baharuddin, Hazami, Fazley Yaacob, kumpulan
Rabbani,Alleycats, Spider, Ruffedge, KRU dan Raihan
dengan sokongan Waheeda, DJ Dave, Yana Samsuddin, AC Mizal, Azharina Azhar, Malissa
Januddin, Ifa Raziah, Juliza Adzlizan, Salimah Mahmood,Sasi The Don, kumpulan Nitrus, Sofaz,
Def Gab C, Phynne Ballerz,Pretty Ugly, Slam, Newboyz, By'U, D;Va,
dan pelajar Akademi Fantasia
- - - - - - CD Amal Tsunami
"Di Bawah Pohon Asmara" - - - 9 - - Gemilang
"Tiada Lagi Indah" - - - - - -
"Wajah" - - - 4 - - Bersamamu
2006 "Cepat-cepat"
menampilkan Mode
- - - 4 1 - Inilah Jac
"Star" - - - - - -
"Ceritera Cinta"
duet bersama Rio Febrian
- - - 5 - -
"Jealous" - - - - - -
"Cinta"
duet bersama Misha Omar
- - - - - - Misha Omar
OST Cinta
2007 "Inilah Masanya" - - - - - - Inilah Jac
"Satu Harapan" - 2 - 3 - -
"Ipoh Mali"
menampilkan Point Blanc
- - - - - -
"Cinta Tiada Akhirnya" 6 - 1 - - -
"Kau Muzik Di Hatiku"
duet bersama Vince Chong
- - - - - - Non-album Single
2008 "Dambaran Cinta" - - - - - - OST Apa Kata Hati
2009 "Here In My Home"
bersama Pete Teo, Awie, Afdlin Shauki, Atilia Haron, Ning Baizura, Reshmonu,
Jason Lo, Ho Yuhang, Nikki Palikat, Suki Low, Altimet and Point Blanc
- - - - - - Peace Malaysia
"Cinta Ada"
duet bersama Karen Kong dan Sheila Majid
- 1 - - - - I'm Karen
"Bertamu Di Kalbu" 7 - - 3 - 1 Jaclyn Victor III
"Koleksi Gemilang" - - - - - -
2010 "Jatuh Cinta" - - - - - -
"Ku Tak Bisa" - 18 - 11 - -
"Noel" - - - - - - Aubrey Suwito: Christmas With Friends
"Mahligai"
duet bersama Noraniza Idris
- - - - - - Cintaku Satu
2011 "Di Mana Di Mana"
trio bersama Ning Baizura dan Shila Amzah
5 2 - - - - 3 Suara
"Beribu Sesalan"
trio bersama Ning Baizura dan Shila Amzah
2 1 - 1 - -
2012 "Semua Isihati Mu"
trio bersama Ning Baizura dan Shila Amzah
- 3 - - - -
"Counting Days" - - - - - - Home
"Harapan Bangsa" - - - - - - Harapan
"Sebelah Jiwaku" 12 1 3 1 - - Ikut Rentakku
"Jagalah Diri" - 8 4 3 - -
2013 "Ikut Rentakku" - 7 5 1 - -
"Senafas Baru" - - - - - -
2014 "Magical Moment"
duet bersama Az Yet
- - - - - -
"Remedy" - - - - - - Unleashed
2015 "Sweeter than a dream"
"Seindah Mimpi"
2017 "Nisan Cinta"

duet bersama Siti Nordiana

1
2022 "Perempuan" 1
2023 "Kembalilah" 8

Video muzik sunting

  • Gemilang
  • Wajah
  • Cinta (duet bersama Misha Omar)
  • Without You (duet bersama Same Same)
  • Cepat-Cepat
  • Ceritera Cinta (duet bersama Rio Febrian)
  • Ipoh Mali (sebagai artis jemputan)
  • Satu Harapan
  • You're the Music in Me (2007, duet bersama Vince Chong)
  • Koleksi Gemilang
  • Bertamu di Kalbu
  • Beribu Sesalan
  • Remedy
  • Jagalah Diri
  • Ikut Rentakku
  • Magical Moment (duet bersama Az Yet)
  • Sweeter than a Dream
  • Seindah Mimpi
  • Nisan Cinta (duet bersama Siti Nordiana)
  • #BaikSemula (duet bersama Faizal Tahir, Tuju K-Clique & Siti Nordiana)
  • Perempuan
  • Kembalilah

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Susuk Dirinya sendiri Filem pertama, penampilan khas
2009 Talentime Bhavani
2010 Appalam Nalaini

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Gegar Vaganza (musim 9) Peserta Astro Ria Juara
2023 All Stars Gegar Vaganza Peserta Astro Ria

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Industri Muzik sunting

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan
2006 (AIM13) Artis Baru Terbaik Gemilang Menang
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Tercalon
Rakaman Album Terbaik Tercalon
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Di Bawah Pohon Asmara Tercalon
Gemilang Menang
Lagu Terbaik Tercalon
Album Pop Terbaik Menang
Album Terbaik Menang
2007 (AIM14) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Inilah... Jac Menang
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Inilah Masanya Tercalon
Album Pop Terbaik Tercalon
Lagu Terbaik Ceritera Cinta
duet bersama Rio Febrian
Tercalon
2010 (AIM17) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) Bertamu Di Kalbu Jac III Tercalon
Lagu Pop Terbaik Cinta Ada
bersama Karen Kong & Dato' Sheila Majid)
I'm Karen Tercalon
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Menang
2011 (AIM18) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) Noel Christmas With Friends Tercalon
Persembahan Vokal Duo/Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu Beribu Sesalan
bersama Ning Baizura & Shila Amzah)
3 Suara
bersama Ning Baizura & Shila Amzah)
Menang
Lagu Pop Terbaik Tercalon
Album Terbaik Tercalon
2012 (AIM19) Lagu Terbaik Counting Days Home Tercalon
Susunan Muzik dalam Lagu Terbaik Menang
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik Menang
Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Lagu Menang
Jagalah Diri OST 29 Februari Tercalon
Lagu Pop Terbaik Tercalon
Sebelah Jiwaku Hitman Tercalon
Lagu Pop Etnik Terbaik Mahligai
duet bersama Noraniza Idris
Cintaku Satu Tercalon
2013 (AIM20) Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) Ikut Rentakku Ikut Rentakku Tercalon
Lagu Pop Terbaik Tercalon
Senafas Baru Tercalon

Anugerah Planet Muzik sunting

Anugerah Planet Muzik
Tahun Kategori Karya Tercalon Album Keputusan Tewas Kepada
2006 Artis Wanita Terbaik Gemilang Menang
2007 Artis Wanita Terbaik Inilah Jac Tercalon Siti Nurhaliza - Transkripsi
Artis Wanita Paling Popular Tercalon Siti Nurhaliza
2011 Duo / Kolaborasi Terbaik 3 Suara Menang
Album Terbaik Tercalon Kotak - Energi

Anugerah Juara Lagu sunting

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2005 (AJL20) Gemilang Gemilang Aubrey Suwito Asmin Mudin Balada Menang
Juara Lagu Menang
Wajah Othman Mohamed Habsah Hassan Balada Tercalon
2007 (AJL22) Ceritera Cinta (bersama Lah Ahmad) Inilah Jac Ross Ariffin Habsah Hassan Balada Tercalon
Vokal Terbaik Menang
2011 (AJL26) Beribu Sesalan (bersama Ning Baizura & Shila Amzah) 3 Suara Kevin Chin Tinta Terbuka Menang

(Naib Juara)

Sedetik Lebih menggantikan Anuar Zain OST Merong Mahawangsa Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Terbuka Tercalon
2013 (AJL28) Ikut Rentakku OST Maskara Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim Terbuka Menang

(vokal terbaik)

2018 (AJL33) Nisan Cinta (duet bersama Siti Nordiana) OST Dendam Aurora Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong Hael Husaini, Mike Chan & Ezra Kong Terbuka Tercalon

Anugerah Bintang Popular Berita Harian sunting

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2004 Artis Baru Wanita Popular Menang
2008 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
2009 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
2011 Artis Duo/Berkumpulan Popular Menang
2018 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Siti Nordiana) Tercalon

Anugerah Shout! sunting

Shout! Awards
Tahun Kategori Keputusan
2009 Popstar Award Tercalon
Power Vocal Award Menang
2010 Popstar Award Tercalon
Power Vocal Award Tercalon

Pengiktirafan-pengiktirafan lain sunting

Rujukan sunting

  1. ^ June H.L. Wong (12 Oktober 2004). "A real win for all Malaysians". The Star. Dicapai pada 11 Januari 2010.
  2. ^ Sheela Chandran (11 Mac 2005). "Auditions for Malaysian Idol 2 next month". The Star. Dicapai pada 11 Januari 2010.
  3. ^ Lisa Goh (31 Oktober 2005). "Malaysian Idol returns with Golden Prize from Shanghai". The Star. Dicapai pada 11 Januari 2010.
  4. ^ Azhariah Kamin (7 Februari 2006). "Winner's circle". The Star. Dicapai pada 11 Januari 2010.
  5. ^ Rosli Manah (2006-04-02). "Planet jatuh di APM 2006". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-02-18.
  6. ^ Jac n Juwita perform kat Adelaide[pautan mati kekal]
  7. ^ "Jaclyn Victor @ Mount Buller, Australia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-30. Dicapai pada 2008-02-19.
  8. ^ Shazryn Mohd. Faizal (2008-01-28). "Estranged juara AJL22". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2008-02-18.
  9. ^ Susuk deleted Scene (Jaclyn Victor & Yasmin Yusof)
  10. ^ "Pushpa pengganti Jaclyn Victor dalam filem Estet?". Berita Harian. 2007-12-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-28. Dicapai pada 2009-03-02.
  11. ^ Azhariah Kamin (2008-10-16). "Talents on show in Talentime". The Star. Dicapai pada 2009-03-02.
  12. ^ Ellyna Ali (6 Ogos 2009). "FFM22: Jac, Adik Hadziq, Zahiril Menang!". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-08. Dicapai pada 11 Ogos 2009.
  13. ^ Au Yeong How (12 Ogos 2009). "Jac: Saya tidak akan 'melalak' lagi dalam album baru". mStar Online. Dicapai pada 12 Ogos 2009.
  14. ^ a b Li Ee Kee (5 Disember 2009). "Jaclyn Victor: Saya Tak Layak". gua.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-08. Dicapai pada 6 Disember 2009.
  15. ^ "Because of her, it was a wonderful night". New Straits Times. 26 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-29. Dicapai pada 26 April 2010.
  16. ^ Punitha Yogaratnam (29 Mac 2010). "Cuci The Musical Returns". The Star. Dicapai pada 24 Mac 2010.
  17. ^ Hans keeps it real Diarkibkan 2011-08-04 di Wayback Machine, Malay Mail, 29 Julai 2010. Dicapai pada 1 Ogos 2010.
  18. ^ Clean, simple jokes worked![pautan mati kekal], The Malay Mail, 4 Ogos 2010. Dicapai pada 6 Ogos 2010.
  19. ^ "Appalam bukan Papadom". Harian Metro. 28 Mac 2010. Dicapai pada 29 Mac 2010.
  20. ^ 3 SUARA satukan Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Diarkibkan 2011-01-01 di Wayback Machine, Tupai, 30 Disember 2010. Dicapai pada 5 Januari 2011.
  21. ^ Planet Muzik 2011 | APM Singapore 2011. Diambil pada 16 Julai 2011.
  22. ^ Senarai Pencalonan AIM 18(2011). Diambil pada 15 September 2011.
  23. ^ Album Kompilasi Keunggulan Jaclyn Victor, XFM. Dicapai pada 17 Oktober 2011.
  24. ^ Jaclyn Victor Mengaku Tertekan Dengan Sedetik Lebih, gua.com.my, 5 Disember 2011. Dicapai pada 26 Januari 2012.
  25. ^ Jaclyn Victor – Bawah Label KRU Music, Oh! Artis, 26 Jan 2012. Dicapai pada 26 Jan 2012.
  26. ^ KRU Music Tonjol Sisi Lain Jaclyn Victor Diarkibkan 2012-01-29 di Wayback Machine, Murai.com.my, 26 Jan 2012. Dicapai pada 26 Jan 2012.
  27. ^ Tiga Empayar Sudah Penuh!, Era.fm, 2 April 2012. Dicapai pada 3 April 2012.
  28. ^ You Raise Me Up (A Tribute to Manchester United's Greatest) [feat. Jaclyn Victor & Cleopatra - Single]
  29. ^ "Jac juara Anugerah Hits 1". 2006-01-21. Dicapai pada 2008-02-19. Unknown parameter |publihser= ignored (|publisher= suggested) (bantuan)
  30. ^ "Profil Jaclyn Victor di Asian Idol". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-03. Dicapai pada 2008-02-19.

Pautan luar sunting