Misha Omar (album 2008)
Misha Omar adalah album studio ketiga yang dinyanyikan oleh penyanyi Malaysia Misha Omar. Album ini menempuh jalan yang panjang sejak mula pembikinannya pada tahun 2006.
Misha Omar | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 10 Disember 2008[1][2] | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 48:25 minit | |||
Bahasa | Bahasa Melayu | |||
Syarikat | Sony Music Entertainment Malaysia | |||
Penerbit | Ramli M. S. (Eksekutif) Roslan Aziz(Eksekutif) Azmeer Ajai Aidit Alfian Nurfatima Cat Farish | |||
Kronologi Misha Omar | ||||
| ||||
Single daripada Misha Omar | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Pembikinan
suntingAlbum ini mengambil masa agak lama untuk disiapkan sehingga peminat keliru sama ada ia album baru atau album kompilasi. Ini disebabkan kecenderungan Misha menghasilkan single kemudian disusuli album baru. Konsep delay-released ini akhirnya menjadi trend apabila ramai penyanyi selepas itu mengikut strategi pemasaran sebegini seperti Faizal Tahir, Stacy dan Alyah malahan penyanyi tersohor seperti Siti Nurhaliza. Melalui Misha Omar impian penyanyi jelita ini menjadi kenyataan apabila berpeluang bekerjasama dengan pengarah muzik terkenal, Ramli MS, yang dikaguminya sejak sekian lama walaupun bayaran dikenakan agak tinggi berbanding penerbit lain. Sesudah banyak kali bekerjasama untuk persembahan konsert dan pentas, Misha memberanikan diri merisik Ramli untuk menjadi penerbit album ketiganya ini. Dengan persetujuan Sony BMG, mereka sanggup melabur jumlah yang tinggi untuk memastikan album Misha Omar ini mencapai standard yang diinginkan. Pun begitu, pada awalnya Ramli memberitahu jadi penerbit album kerja yang buang masa, lebih-lebih lagi beliau sangat sibuk, namun setelah memikirkan bahawa Misha mempunyai potensi yang tinggi untuk digilap, beliau sudi untuk menjadi penerbit album ini.
Kelewatan Misha Omar disiapkan juga disebabkan mahu menunggu masa terluang Ramli untuk menerbitkan album itu memandangkan jadual hariannya yang dipenuhi pelbagai aktiviti seni di dalam dan luar negara. Namun, Misha tidak patah semangat dan terus menunggu sehinggalah kesemua lagu dapat dirakamkan. Selain mengambil masa yang lama ketika mahu mengumpul material. Ramli menerusi pengamatan Misha adalah seorang yang mementingkan kesempurnaan dan ketelitian. Misha turut mengakui tidak kisah menunggu lama dan terpaksa berbelanja besar untuk Misha Omar kerana ia memuaskan hatinya, malah menganggap album ketiganya itu sebagai album terbaik pernah dihasilkannya sepanjang sedekad menceburi bidang nyanyian. Yang penting katanya, beliau tidak akan menyesal kalau tidak lagi berpeluang atau mengambil masa lebih lama untuk menghasilkan album selepas ini kerana album ini bukan sekadar memuatkan lagu, sebaliknya karya penterjemahan hebat berserta transformasinya yang akan sentiasa relevan dengan perkembangan semasa.
Bermula dengan produksi Ku Seru yang diterbitkan oleh Roslan Aziz, album ini sebenarnya mula sekali digerakkan menerusi rakaman lagu fenomena Nafas Cahaya pada pertengahan 2006 selepas 3 bulan Misha menunggu komposer ternama M. Nasir memberikan lagu berhantu tersebut. Seterusnya, Ramli menerbitkan lagu Sembunyi dan Jawapanmu sebelum album ini benar-benar dihasilkan dalam bentuk fizikal pada 3 Disember 2008. Ketika-tiga single terawal itu sebelum ini hanya dijual menerusi digital dan juga diputarkan di radio.
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Jawapanmu" | Cat Farish | Cat Farish | 5:11 | |
2. | "Sampai Disini" | Slenn | Ajai | 4:39 | |
3. | "Sembunyi (duet Andy Flop Poppy)" | Loloq | Aidit Alfian | 3:57 | |
4. | "Cinta Adam dan Hawa" | Loloq | Azmeer | 4:27 | |
5. | "Nafas Cahaya" | Loloq | M. Nasir | 5:00 | |
6. | "Cinta Suci" | Nurfatima & Omar K | Nurfatima & Omar K | 3:57 | |
7. | "Ku Seru" | Shuhaimi Baba | Ajai | 4:25 | |
8. | "Cinta (duet Jaclyn Victor)" | Melly Goeslaw | Melly Goeslaw | 4:41 | |
9. | "Nafas Cahaya" | (minus one) | |||
10. | "Sembunyi" | (minus one) | |||
11. | "Jawapanmu" | (minus one) | |||
Single
sunting2 buah lagu di dalam album ini tidak dikira single menerusi album ini iaitu Ku Seru (yang terlebih dahulu dimuatkan dalam OST filem Pontianak Harum Sundal Malam II dan Cinta (OST Cinta). Single pertama album ini adalah lagu Nafas Cahaya dan disambung oleh Sembunyi dan seterusnya.
Tahun | Tajuk | Album | Tarikh Terbit | Posisi tertinggi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
MUZIK fm | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | |||||||||
2005 |
|
OST Pontianak Harum Sundal Malam II | 5 Oktober 2005 | 1 | 1 | - | 1 | |||||
2006 |
Cinta duet Jaclyn Victor
|
OST Cinta | 10 November 2006 | 6 | - | 1 | - |
Tahun | Tajuk | Album | Tarikh Terbit | Posisi tertinggi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
MUZIK fm | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | |||||||||
2006 |
|
Misha Omar | 28 Ogos 2006 | 1 | 1 | 1 | 2 | |||||
2007 |
Sembunyi duet Andy (Flop Poppy)
|
20 Mac 2007 | 1 | 1 | 1 | 1 | ||||||
2008 |
|
4 Jun 2008 | 3 | 2 | 1 | 3 | ||||||
|
3 Disember 2008 | 1 | 1 | 1 | 1 | |||||||
2009 |
|
23 April 2009 | 6 | - | - | - |
Produksi
suntingTerbitan: Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd
Penerbit: Adrian Lim & Aziana Ali
Penerbit Eksekutif:
Ramli MS
Roslan Aziz -Trek 7
Penerbit Lagu:
Azmeer
Aidit Alfian
Ajai
Cat Farish
Nurfatima
Pemuzik Undangan :
Tohpati Ario Utomo
KL Symphony Orchestra
Mastering: CL Toh @ Mastering One
Konsep & Rekabentuk Album: Ad.verse
Jurusolek & Stylist: Alex Eu
Jurugambar: Kamali Zahri Abdul Malik
Busana: Butik Sofea
Rambut: Saw Salon KLCC
Urusan A&R & Promosi:
Aida Kamarul Baharin
Baharina Kamarul Baharin
Farina Sayed Mohamed
Zaza Zulkafli
Urusan Digital :
Tam Kim Wing
Soo Siow Ling
Jessica Chau
Urusan Jualan:
Jack Liew
Shamsul Herbert Gunadasa
Chin SL
Jordan Chow
Karen Yap
Penerimaan
suntingBiarpun album ini terbit selepas 3 singlenya merajai carta, jualan album ini sebenarnya mengejutkan pemerhati. Teknik delay-released ini sebenarnya cocok untuk artis yang albumnya boleh dijadikan sebagai collector's item (simpanan pengumpul). Misha bertuah kerana album ini terjual lebih 50,000 unit dalam tempoh 2 tahun selepas dipasarkan sekaligus meletakkan Misha sebagai salah seorang artis wanita terlaris pada dekad 2000an.
Kemuncak kejayaan album ini adalah ketika acara Anugerah Industri Muzik ke 16 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)apabila Misha membawa pulang empat kategori termasuk kategori utama Lagu Terbaik (Nafas Cahaya), Album Pop Terbaik, Lagu Pop Terbaik (Cinta Adam Dan Hawa) dan Lagu Pop Etnik Terbaik (Nafas Cahaya).
Pencapaian
suntingMenang
- Album Pop Terbaik - Anugerah Industri Muzik ke-16
- Lagu Terbaik - Anugerah Industri Muzik ke-16 :: (Nafas Cahaya)
- Lagu Pop Terbaik - Anugerah Industri Muzik ke-16 :: (Cinta Adam dan Hawa)
- Lagu Etnik Terbaik - Anugerah Industri Muzik ke-16 :: (Nafas Cahaya)
- Lagu Terbaik Tempat Kedua - Pertandingan Akhir Hits 1 Musim ke-3 RTM :: (Ku Seru)
- Lagu Terbaik Tempat Kedua - Pertandingan Akhir Hits 1 Musim ke-4 RTM :: (Nafas Cahaya)
- Lagu Terbaik Tempat Kedua - Pertandingan Akhir Gah 1 Musim ke-7 :: (Cinta Adam dan Hawa)
- Lagu Global Pilihan - Anugerah Era 07 :: (Nafas Cahaya)
- Lagu Tema Asal Terbaik - Festival Filem Malaysia ke-19 :: (Ku Seru)
Pencalonan
- Album Terbaik - Anugerah Industri Muzik ke-16 :: (Misha Omar)
- Lagu Terbaik - Anugerah Industri Muzik ke-13 :: (Ku Seru)
- Lagu Terbaik - Anugerah Industri Muzik ke-16 :: (Cinta Adam dan Hawa)
- Lagu Pop Terbaik - Anugerah Industri Muzik ke-16 :: (Sampai Disini)
- Finalis Kategori Balada - Anugerah Juara Lagu ke-21 :: (Ku Seru)
- Finalis Kategori Pop Rock - Anugerah Juara Lagu ke-22 :: (Sembunyi)
- Finalis - Anugerah Juara Lagu ke-24 :: (Cinta Adam dan Hawa)
- Semi-finalis - Separuh Akhir Etnik Kreatif Muzik-muzik / Anugerah Juara Lagu ke-21 :: (Nafas Cahaya)
- Finalis - Pertandingan Akhir Hits 1 Musim ke-5 RTM :: (Sembunyi)
- Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan - Anugerah Era 07 :: (Sembunyi/ Andy Flop Poppy)
- Lagu Serantau Paling Popular - Anugerah Planet Muzik ke-8 :: (Sembunyi)
- Artis Wanita Terbaik - Anugerah Planet Muzik ke-9 :: (Misha Omar)