Misha Omar

Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia

Misha Omar (lahir Samihah @ Aisah Omar; 6 Januari 1982 di Machang, Kelantan) adalah seorang penyanyi pop wanita Malaysia berbangsa Melayu yang sehingga kini telah memenangi 8 piala Anugerah Juara Lagu, 5 Anugerah Industri Muzik, 3 Anugerah Era & masing-masing sebuah trofi Festival Filem Malaysia dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Beliau berasal dari Machang, Kelantan dan mula menceburi bidang seni suara sejak berusia 19 tahun setelah menyertai pertandingan Bintang RTM 2001[1]. Populariti beliau memuncak setelah meraih kejayaan menerusi lagu Bunga-bunga Cinta, dan terus bertahan popular hingga setanding dengan populariti penyanyi-penyanyi wanita lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Ning Baizura dan Jaclyn Victor sekaligus menjadi antara penyanyi wanita paling berpengaruh dan terlaris di era 2000-an[2]. Misha berjaya mencatat jumlah penstriman melebihi 50 juta pada 2024 dengan purata pendengar bulanan sebanyak 250, 000 [3][4].

Misha Omar
Misha Omar di pentas Konsert Tribute Sudirman pada April 2007.
Kelahiran
Samihah @ Aisah binti Omar

(1982-01-06) 6 Januari 1982 (umur 42)
Pekerjaan
  • penyanyi
  • penggubah lagu
  • penerbit rakaman
  • penulis lirik
  • pelakon
  • model
  • pengacara
  • ahli perniagaan
Tahun aktif2002–kini
PasanganFiroz Ezzwan Rossly (k. 2014)
Anak-anak3
IbuZainan Mat. Nor
BapaOmar Ismail
Saudara7 adik-beradik (termasuk Mimi Omar)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia (2002-kini)
Misha mula mengikat kontrak bersama label BMG Music Malaysia dan dua tahun kemudian label itu dibeli oleh Sony Music sekaligus menjadi satu entiti di bawah payung Sony Music Entertainment
Pengkarya berkait
Adnan Abu Hassan, Ramli M. S., Tohpati, Jaclyn Victor, Andy Flop Poppy, Shazzy, Elvira Arul, Syafinaz Selamat, M. Nasir, Azlan Abu Hassan, Imagi Band, Dean Sim, Sze Wan

Beliau juga antara segelintir artis Malaysia yang berjaya menempa nama di peringkat Asia terutama setelah memenangi anugerah emas di Anugerah Muzik Asia di Shanghai pada 2003[5]. Misha telah dicalonkan di MTV Asia Awards [6] sebanyak dua kali[7] serta terpilih untuk membuat persembahan di MTV World Stage pada 2009[8]. Beliau juga adalah artis Malaysia pertama yang mempunyai akaun VEVO di laman YouTube [9] serta lagu-lagunya juga antara lagu Malaysia yang terawal terjual di laman iTunes[10] serta menjadi perintis kepada penggunaan mikrofon berteknologi tinggi dalam kalangan artis gred A tempatan [11].

Kerjaya

sunting

Kehidupan awal

sunting

Misha ialah anak keempat dari tujuh beradik kepada pasangan beretnik Melayu iaitu Omar Ismail, seorang penjawat awam dan Zainan Mohd Nor, seorang surirumah.[12][perlu rujukan] Ibu Misha juga mempunyai beberapa anak daripada perkahwinan terdahulu [13]. Misha menamatkan persekolahannya di Sekolah Menengah Kubang Kerian 1, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1999 dan melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan di Universiti Tun Abdul Razak pada tahun 2000 [14]. Misha minat menyanyi sejak kecil dan sering menyanyi karaoke bersama keluarganya di Kampung Bayam Guchil, Kota Bharu dimana lagu pop pertama yang menjadi kegemarannya adalah lagu Menaruh Harapan (Zaiton Sameon) [15]. Meningkat usia remaja, Misha mula meminati penyanyi Fauziah Latiff [16] dan Liza Hanim kerana kelunakan suara mereka mengalunkan irama sentimental sehinggakan Misha seringkali menyanyi lagu-lagu mereka di dalam bilik mandi [17]. Misha juga mendedahkan ketika meniti usia remaja, beliau meminati muzik Pop yang dibawakan oleh Amy Mastura, selain mengagumi bakat lakonan artis serba boleh itu [18].

Pembabitan Awal (2001-2002)

sunting

Bakat Misha mula dikesan apabila beliau menyertai Bintang RTM 2001 setelah didesak oleh ibu saudaranya. Pertandingan ini adalah yang pertama kali dan satu-satunya pertandingan nyanyian amatur yang disertainya sebelum bergelar artis rakaman. Menerusi pertandingan nyanyian yang disiarkan setiap minggu di saluran TV1 itu, Misha berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang finalis pada peringkat akhir pertandingan tersebut. Ketika mara ke peringkat akhir, Misha mendendangkan lagu nyanyian asal Salamiah Hassan berjudul "Menghitung Hari" dan "Antara Yang Manis" (Anita Sarawak)[19]. Pertandingan peringkat akhir itu turut disertai penyanyi-penyanyi seperti Sarah Raisuddin, Farawahida, dan Amir Mahiyidin (vokalis kumpulan Sofazr). Juara pertandingan tersebut; Azharina Azhar dan naib juara disandang oleh Asmidar. Kesemua mereka meraih perhatian dunia seni suara dalam tempoh sepuluh tahun selepas pertandingan. Meskipun tidak bergelar juara, namun bakat Misha contohnya disedari oleh komposer terkenal Adnan Abu Hassan. Adnan menawarkan kontrak rakaman di bawah payung BMG Music (M) Sdn Bhd pada awal 2002.

Suara Misha pertama kali dirakamankan untuk album kompilasi khas "Pasti Hits Adnan vs Azlan" yang dipasarkan pada Julai 2002 menerusi lagu hits "Bunga-bunga Cinta"[20][21]. Mendengar vokalnya yang lunak tapi mantap [22], memberi harapan bahawa Misha mampu menjadi penyanyi terkenal, sekali gus bakal mengulangi kejayaan anak didik Adnan seperti Fauziah Latiff, Siti, Dayang dan Liza[23]. Di awal pembabitan, Misha sering mendapat dorongan daripada penyanyi-penyanyi senior seperti Sharifah Aini [24], Sheila Majid dan Liza Hanim[25] serta Ramlah Ram yang pernah meminjamkan jurusoleknya untuk Misha ketika bertanding di Bintang RTM [26]. Kebaikan yang ditunjukkan oleh penyanyi-penyanyi senior terhadap beliau mendorongnya meneruskan legasi dan kebaikan itu kepada penyanyi generasi baharu [27].

Fenomena Bunga-Bunga Cinta (2003)

sunting
 
Misha di pentas Anugerah Juara Lagu 2003.

Ketika lagu "Bunga-bunga Cinta" meledak di corong-corong radio, Adnan dan adiknya Azlan Abu Hassan bekerjasama menyiapkan album sulung Misha yang dinanti-nantikan banyak pihak. Adnan turut mengundang komposer terkenal Indonesia, Tohpati untuk sama-sama merakamkan suara Misha. Ketika dalam proses rakaman Misha menunjukkan kebolehannya sebagai penulis lirik melalui lagu ciptaan Adnan bertajuk "Kau Yang Amat Ku Sayang" dan "Lilitan Asmara". Lirik itu penuh bermakna kerana dihasilkan secara spontan dan dalam waktu yang singkat ketika berada dalam studio rakaman. Belum berkesempatan mencipta nama, namun bakat Misha dalam arena seni suara mula menjadi perhatian komposer dan penyanyi jazz luar negara, Jim Brickman, yang sanggup memberikan lagu untuk dirakamkan semula oleh Misha selepas dia mendengar demo tape yang dihantar pihak BMG Music tidak lama sebelum itu.

Album sulung beliau berjudul "Misha" juga berada di pasaran pada 28 Oktober 2002 [28] dan ternyata mendapat sambutan hangat[29]. Single kedua berjudul "Lilitan Asmara" juga mendaki carta radio dengan pantas diikuti single ketiga pada Januari 2003 berjudul "Halaman Cinta". Album Misha terjual sebanyak 10,000 unit pada 2 bulan pertama dipasaran.Pada 30 Oktober 2002, Misha terpilih untuk menjadi artis pembukaan konsert kumpulan pop terkenal United Kingdom, Westlife. Konsert sempena acara perlawanan bola sepak antara Westlife dengan artis rock tanah air untuk Westlife Showcase & Soccer Extravaganza Live in Concert 2002. Misha menyampaikan lagu "Bunga-bunga Cinta" dan Destiny di hadapan lebih 30,000 penonton namun mendapat sorakan boo daripada penonton yang rata-rata tidak mesra lagu-lagu Melayu[30]. Misha ternyata malu namun terus menggagahkan diri untuk menghabiskan nyanyian. Biarpun disorak sebegitu rupa, dek kerana nyanyian live beliau yang baik, Misha mula menjadi perhatian media-media urban contohnya New Straits Times menamakan Misha sebagai "The Next Big Thing"[31].

Pada 12 Januari 2003, Misha telah membuat persembahan di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk acara karpet merah Anugerah Juara Lagu ke-17 (2002)[32]. Pada 25 Januari pula, Misha diberi peluang untuk membuat persembahan penutup bersama penyanyi seangkatan lain seperti Siti Sarah dan Elyana dalam majlis Anugerah Media Hiburan[33]. Misha juga menjengah pasaran Singapura apabila diberi peluang membuat persembahan di Anugerah Pesta Perdana, anjuran saluran Suria.Pada bulan Mac 2003 juga, impian sekian lama Misha tertunai apabila dipanggil menjadi artis jemputan dalam rancangan "Hiburan Minggu Ini bersama Liza Hanim"[34].

Ketika ini nama Misha sering dibandingkan dengan Siti Sarah sementelah Sarah ternyata lebih popular daripada beliau[35][36]. Persaingan sihat diantara Misha dan Sarah diteruskan dalam penganugerahan Anugerah Planet Muzik apabila kedua-duanya dicalonkan untuk kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Pun begitu, tuah menyebelahi Sarah. Walau bagaimanapun, kemunculan Misha di atas pentas anugerah berprestij itu mengalunkan lagu "Bunga-bunga Cinta" ternyata menarik perhatian penggiat seni Indonesia terutamanya komposer Anang Hermansyah dan isterinya ketika itu, Krisdayanti [37]. Misha sekali lagi tewas kepada Sarah apabila dicalonkan untuk kategori Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 10 [38]. Selain itu, Misha juga tercalon untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) dan juga Lagu Terbaik untuk lagu "Bunga-bunga Cinta" ciptaan Adnan[39].

Pada Julai 2003, Misha muncul dengan album repacked "Misha" dengan mempertaruhkan single keempat "Terpana" dan kemudian popular dengan single kelima "Semoga Abadi" ciptaan Imaniar Noorsaid. Dalam pada itu bakat lakonan Misha pertama kali dipersembahkan menerusi sitkom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" apabila beliau muncul sebagai artis undangan dalam episod "Dilema" pada 8 Ogos 2003. Biarpun hanya untuk suka-suka tetapi Misha memperoleh banyak tunjuk ajar daripada pemain sitkom tersebut yang begitu berpengalaman apatah lagi ia dirakam secara langsung dari studio. Misha mula menyinar apabila memenangi anugerah Artis Baru Pilihan di Anugerah Era 2003 menewaskan saingan seperti Sarah, Ezlynn dan Waheeda. Pada bulan Oktober 2003, Misha dipertandingkan di Festival Muzik Asia Shanghai yang mengiktiraf nyanyian artis baru seluruh Asia[40]. Tuah berpihak kepada beliau apabila meraih anugerah Piala Emas dan juga Persembahan Vokal Terbaik menerusi dua buah lagu iaitu "Bunga-bunga Cinta" dan "Lilitan Asmara". Misha berjaya menewaskan nama-nama popular seperti The Honeys (China) dan Tim Hwang (Korea Selatan) [41].

Berturut daripada kejayaan itu, Misha disenaraikan ke Anugerah Juara Lagu ke 18 juga menerusi lagu "Bunga-bunga Cinta". Pelbagai pihak telah meramalkan penguasaan Misha dan akhirnya beliau berjaya membawa pulang trofi juara keseluruhan AJL beserta anugerah Vokal Terbaik menewaskan penyanyi yang jauh lebih senior seperti Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Mus dari kumpulan May, Ning Baizura dan Yassin Sulaiman. Kejayaan besar di Shanghai dan Anugerah Juara lagu berjaya menaikkan jualan album itu kepada 35,000 Unit dan mendapat Anugerah Cakera Platinum. Ia adalah suatu pencapaian yang hebat memandangkan kehadiran cetak rompak yang berleluasa menjadikan kebanyakkan artis hanya sekadar terjual 15,000 unit satu album tetapi Misha berjaya mencatat jualan album melebihi 60,000 unit. Album pertamanya itu berjaya melonjak ke tangga pertama Carta RIM pada minggu pertama Januari 2004. Misha pernah bergandingan bersama kugiran punk Amerika Syarikat, iaitu Good Charlotte sebagai penyampai anugerah ketika acara MTV Asia Awards 2004 dimana Misha turut tercalon sebagai Artis Pilihan Malaysia.

Populariti memuncak (2004 - 2006)

sunting

Dalam tempoh masa yang singkat, populariti Misha mampu menandingi populariti artis-artis lain seperti Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Siti Nurhaliza. Misha bukan sahaja dikenali di Malaysia, nama beliau juga turut menjadi sebutan oleh peminat-peminatnya di Singapura dan Brunei. Misha juga meraih lebih sepuluh anugerah dalam tempoh setahun pertama penglibatan beliau serta dicalonkan di anugerah MTV Asia menerusi kategori Artis Pilihan Malaysia serta dijemput bergandingan bersama kumpulan Good Charloote sebagai penyampai anugerah. Pada tahun 2004 Misha mula memulakan langkah dengan melibatkan diri sebagai penyanyi latar untuk filem "Pontianak Harum Sundal Malam" menerusi lagu berhantu berjudul "Pulangkan". Tidak lama selepas itu Misha ditawarkan untuk membintangi filem terbitan pengarah box-office Yusof Haslam menerusi filem aksi GK3 The Movie. Memegang watak sebagai adik kepada Inspektor Aleeza (lakonan Abby Abadi), Misha dicalonkan untuk memenangi anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke 18, namun tewas kepada aktres Sharifah Amani. Sebelum filem pertamanya ditayangkan, Misha muncul dengan album kedua berjudul "Aksara" pada 17 Mei 2004[42]. Minggu pertama di pasaran album ini terus melonjak ke tangga pertama Carta RIM. Lagu-lagu seperti "Pulangkan" dan "Dedebu Cinta" menjadi siulan ramai dan meneruskan lagi legasi kemasyhuran penyanyi ini. Ketika ini juga Misha diundang menjadi pengkritik dalam rancangan TV Akademi Fantasia dimana hingga kini beliau merupakan pengkritik profesional yang paling muda muncul dalam program realiti, beliau hanya berusia 22 tahun ketika dipanggil untuk memberikan komentar di konsert mingguan ke-9, AF 2.

Misha terus mengorak langkah apabila memenangi pelbagai anugerah dalam bidang muzik seperti gelaran Artis Wanita Pilihan di Anugerah Era 2004, Juara Kategori Balada dan Persembahan Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 19, Pemenang Lagu Terbaik di Anugerah Hits 1 menerusi lagu "Pulangkan" dan sebagainya. Serentak dengan kejayaan album "Aksara", Misha ke Indonesia untuk melebarkan sayapnya selepas lagu-lagu seperti "Bunga-bunga Cinta" dan "Semoga Abadi" popular di sana. Lagu "Dedebu Cinta" mula mendapat perhatian dan seterusnya Misha berpeluang muncul dalam banyak program TV di sana.

Seterusnya Misha mula menumpukan perhatian ke bidang lakonan apabila filem pertama lakonannya "GK3" ditayangkan pada 12 Februari 2005. Kesan daripada kejayaan filem itu, Misha disunting pengarah prolifik A Razak Mohaideen untuk membintangi filem "Main-main Cinta" bersama Adam.Sayangnya filem tersebut gagal mendapat tempat di hati penonton Malaysia biarpun Misha memberi lakonan yang memberangsangkan. Selepas filem terbitan Metrowealth tersebut gagal, Misha seterusnya beralih memberi perhatian kepada bidang nyanyian.

Menerjah era eksklusif (2007 - 2010)

sunting
 
Ketika memenangi Anugerah Industri Muzik 2009.

Kejayaan dua buah album terdahulu ternyata memberi lebih banyak peluang kepada Misha untuk turut serta dalam penentuan arah album ketiganya. Album tersebut sepatutnya dijadualkan berada dipasaran pada tahun 2006 bagaimanapun mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi album pertama di kalangan artis Malaysia yang diterbitkan secara delay-released. Misha mula merakamkan album tersebut pada tahun 2005 menerusi runut bunyi filem "Pontianak Harum Sundal Malam II" berjudul "Ku Seru". Lagu tersebut mendapat tempat di corong-corong radio dan disifatkan sebagai sebuah lagu yang dirakamkan dengan emosi dan penuh jiwa. Misha dikhabarkan menangis ketika merakamkan lagu tersebut. "Ku Seru" berjaya layak ke Anugerah Juara Lagu ke 21 pada Januari 2007 namun tidak berjaya mengulangi kejayaan prequel lagu tersebut "Pulangkan" biarpun memberikan persembahan terbaiknya. Seterusnya Misha bekerjasama dengan 3 genius utama dalam industri muzik tanahair iaitu M. Nasir, Ramli M. S. dan Loloq menerusi lagu "Nafas Cahaya". Misha cukup bertuah kerana M.Nasir sendiri mengaguminya, malah bersedia mencipta sebuah lagu yang bersesuaian dengan karektor Misha. Lagu ini pertama kali diperdengarkan di corong radio pada 28 Ogos 2006 dan pada 8 Jun 2006, Misha terlebih dahulu menyanyikannya secara eksklusif di hadapan para peminatnya ketika rakaman Konsert Fenomena RTM (yang kemudiannya disiarkan di kaca TV pada 21 Oktober 2006). Ketika lagu ini dicalonkan di peringkat separuh akhir Muzik-muzik untuk kategori Etnik Kreatif, ramai yang meramalkan lagu ini akan ke final. Malangnya keputusan juri menunjukkan sebaliknya. Ramai pemerhati seni melihat keputusan ini agak mengejutkan memandangkan lagu ini amat baik mutu penciptaannya. "Nafas Cahaya" akhirnya menebus maruah apabila menang di Anugerah Industri Muzik ke 16, 4 tahun selepas diperkenalkan. Misha juga berkolaborasi bersama penyanyi lain seperti Jaclyn Victor untuk lagu "Cinta" ciptaan komposer Indonesia, Melly Goeslaw serta lagu "Sembunyi" bersama Andy daripada kumpulan Flop Poppy. Kedua-dua lagu tersebut mendapat tempat di stesen-stesen radio malah populariti Misha bertahan apabila berjaya mara ke beberapa majlis anugerah.

Hanya pada 10 Disember 2008 album ketiganya yang diberi judul "Misha Omar" diterbitkan [43]. Single "Jawapanmu" yang diperdengarkan pada awal tahun tersebut berjaya memikat pasaran urban dan seterusnya Misha tampil dengan lagu yang memberi refleksi tersendiri kepada kerjaya seni muziknya iaitu lagu "Cinta Adam dan Hawa". Lagu tersebut ternyata berjaya membuktikan Misha masih ampuh dengan vokalnya apabila berjaya meraih pelbagai anugerah termasuk kejayaan besar di buat pertama kalinya buat Misha sendiri di Anugerah Industri Muzik ke 16 pada 29 April 2009. Misha berjaya meraih 4 anugerah daripada 7 kategori yang dicalonkan. Anugerah Lagu Terbaik untuk "Nafas Cahaya" serta Album Pop Terbaik menjadi bukti album yang dipasarkan selepas 5 singlenya berjaya di pasaran itu mempunyai kualiti terbaik setanding dengan album-album lain. Lagu "Cinta Adam dan Hawa" yang juga meraih anugerah Lagu Pop Terbaik berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke 24 yang mana menyaksikan Misha bertanding sebagai artis paling senior bertarung bersama angkatan artis indie dan baru. Ketika berlangsungnya Konsert Jelajah MTV World Stage di Surf Beach Park, Sunway pada 15 Ogos 2009, Misha Omar telah dipilih menggantikan penyanyi Taylor Swift untuk berduet dengan kumpulan popular Boys Like Girls menyanyikan lagu Two Is Better Than One.

Pada tahun 2010 juga impian Misha untuk beraksi di Dewan Filharmonik Petronas di Menara Berkembar Petronas (KLCC) tercapai apabila penyanyi rock lagenda Ramli Sarip mempelawanya membuat persembahan eksklusif dalam "Konsert Tafsiran Alam Ramli Sarip" pada 11 Mei 2010. Misha di mata Ramli adalah seorang penyanyi wanita berbakat, berpenampilan sopan dan mampu menyanyi dalam lenggok Melayu dengan baik. Penyanyi veteran cukup terharu apabila pelawaan ini diterima baik oleh Misha malah teruja kerana dapat menyanyi bersamanya dan membuat persembahan di DFP buat pertama kalinya. Ekoran itu Misha dilihat mula selesa dengan nilai eksklusif yang ada pada jenamanya. Bermula dengan pembabitannya di pentas teater "Muzikal Uda dan Dara" pada 7 Julai 2010 dan seterusnya "Muzikal Tun Mahathir" pada 24 September tahun sama Misha mula dilihat lebih cenderung kepada seni artistik dalam usaha mengasah vokalnya. Persembahan Misha sebagai Dara dalam naskah tulisan sasterawan negara Usman Awang mendapat perhatian pengkritik serta kemunculannya sebagai Datuk Rosnah Majid dalam muzikal tokoh terulung negara mencerminkan transisi baru Misha.

"Dia... Misha" dan tempoh bertenang (2011 - 2017)

sunting

Misha muncul dengan sebuah album kompilasi pada tahun 2011 yang berjudul "Dia...Misha" dimana ia memuatkan lagu-lagu popularnya serta 3 buah lagu baru. Bagaimanapun Misha tidak merakamkan semula lagu "Tuah Melepas Teja" yang dinyanyikan di acara Keynote 2010 serta "Mahathir", tema muzikal yang disertainya. Album ini dilancarkan secara eksklusif di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 28 Mac 2011 yang mana Misha telah mempersembahkan showcase 4 buah lagu di Celebrities Hall of Music serta diberi penganugerahan platinum dan emas menerusi penjualan digital dan album sebelum ini. Selain album, kecintaan Misha terhadap pentas teater bersambung lagi. 2011 nyata mencabar kewibawaan Misha sebagai pelakon teater apabila beliau diberi peluang menterjemah watak bekas wanita pertama Malaysia, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali menerusi "Muzikal Tun Mahathir 2" yang dipentaskan di Istana Budaya bermula 21 Januari 2011. Ternyata Misha ada kelebihan tersendiri kerana pernah berada dalam produksi tersebut sebelumnya menerusi penglibatannya sebagai wartawan TV , Datuk Rosnah Majid. Pada bulan Julai 2011 Misha kembali ke pentas teater membawakan watak anak saudara 2 dalam teater muzikal "Mak Dara Nyonya" di MATIC.

Misha juga rancak muncul dalam drama televisyen untuk siaran RTM antaranya telefilem "Antara Dua" bergandingan bersama Zul Ariffin dan drama bersiri 13 episod "Qaseh Marisa" bergandingan bersama dua pelakon handalan Shaharuddin Thamby dan Aida Khalida. Lakonan Misha sebagai gadis kampung yang melalui episod duka dan kemudian bangkit memajukan diri setelah menjadi pembantu rumah dalam keluarga hartawan mendapat pujian ramai [44]. Lagu "Detik Antara Waktu" petikan dari album "Dia...Misha" dipilih sebagai lagu tema dan juga dilancarkan sebagai single kedua untuk album tersebut pada 1 November 2011.

Misha dilantik menjadi wajah Shiseido pada 7 Mac 2012 sekaligus menjadi artis melayu pertama yang dipilih oleh syarikat kosmetik antarabangsa yang tertua di dunia itu. Tidak sekadar itu, sempena kempen rangkaian produk Shiseido White Lucient, Sony Music menerbitkan album EP "Set Pilihan Misha" menampilkan lagu baharu ciptaan M. Nasir iaitu "Angin Syurga" pada Julai 2012 di mana lagu tersebut menjadi "sleeper hits" apabila meraih populariti sekitar 6 bulan selepas pelancarannya. Lagu tersebut mengembalikan populariti Misha apabila menjuarai carta radio dan muat turun. Susulan daripada lagu ini, Misha tampil dengan single seterusnya berjudul "Untuk Bermimpi" pada tahun 2013.

Pada 24 November 2012, Misha menjayakan 3 Jewels in Concert: Misha Omar, Jaclyn Victor & Adibah Nor Live at The Esplanade, Singapore di mana ia merupakan konsert skala besar pertamanya di pentas bertaraf dunia di Singapura itu. Menerusi konsert tajaan syarikat beli belah Giant ini, Misha menyanyikan 15 buah lagu termasuk 5 lagu secara trio bersama Adibah dan Jaclyn sempena tribute kepada biduanita Saloma[45]. Konsert itu dihadiri oleh 6,000 penonton dari Singapura, Malaysia dan Indonesia. Kejayaan konsert ini menarik perhatian penganjur di Malaysia untuk menjayakan konsert jelajah 3 Jewel (dinamakan sebagai 3 Permata) di 6 lokasi iaitu Pulau Pinang, Ipoh, Shah Alam, Johor Bahru, Kuantan dan Kota Kinabalu pada Oktober 2013 bagaimanapun rancangan konsert ini dibatalkan beberapa minggu selepas pelancarannya kerana masalah dalaman dan kontrak[46].

Pada 4 Mei 2013, Misha digandingkan bersama Joe Flizzow dan Faizal Tahir dalam konsert live sempena karnival muzik Loud Fest Asia 2013 di Juru Autocity, Pulau Pinang [47]. Di samping itu Misha juga muncul dalam telefilem "Bonus Hari Raya" bersama Zahiril Adzim dan "Untung Atas Angin" bersama Roy Azman.

Sejak tahun 2011 hingga 2016, Misha terlibat dalam rakaman album keempatnya bersama M. Nasir sebagai penerbit setelah dua lagu terawal "Angin Syurga" dan "Untuk Bermimpi" diterbitkan sebagai single. Album ini asalnya direncanakan untuk diterbitkan pada tahun 2013 namun ia tertangguh hingga kini biarpun beberapa lagu seperti "Yang Indah", "Maharani" dan "Kabus dan Masa" ciptaan M. Nasir sendiri sudah dirakam. Tarikh penerbitannya masih menjadi tandatanya sekaligus menjadikan projek album ini sebagai "unreleased album" setelah Misha dan Sony Music menerbitkan lagu-lagu baharu bukan kelolaan M. Nasir sejak 2016.

Misha berehat seketika setelah melangsungkan perkahwinan bersama suaminya Firos Ezwan Rosli pada 2014 dan hanya pada penghujung 2015, Misha kembali ke televisyen apabila menyertai program realiti TV "Juara Parodi" bergandingan bersama kumpulan lawak Jambu (yang dianggotai oleh Yus dan Tauke). Ketika masuk minggu ke-5, Yus telah menghembuskan nafas terakhir dan mengakibatkan Misha dan Tauke berganding sebagai duo untuk ke peringkat seterusnya. Nasib menyebelahi mereka berdua apabila memenangi gelaran juara dengan hadiah wang tunai berjumlah RM300,000.

Pada tahun 2016 Misha bekerjasama dengan penyanyi Hafiz Suip untuk lagu tema megadrama Astro "Uda & Dara" lakonan Zul Ariffin dan Siti Saleha. Lagu tema berjudul "Terima Ku Seadanya" dicipta dan diterbitkan sepenuhnya oleh komposer Ajai. Gandingan mereka meledakkan lagu ini hingga mara ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan memenangi gelaran Naib Juara. Misha dan Hafiz juga menerima pencalonan Duo/Kumpulan Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2016.

Kembali ke puncak dengan Sampai Bila (2018-kini)

sunting

"Sampai Bila" menyusul pada tahun 2018 selepas Misha berehat seketika kerana melahirkan anak lelaki pada penghujung 2016. Misha merakam lagu ciptaan Sharon Paul ini setelah setahun demo diberikan kepadanya kerana belum bersedia dari segi vokal. Hasilnya lagu ini menjadi megahits kerana berjaya mendapat perhatian pendengar generasi baru dan lama, malah meraih kedudukan juara di Carta RIM (minggu ke-32) serta mara ke Anugerah Juara Lagu ke-33. Di acara tersebut, Misha memenangi tempat ketiga dan vokal terbaik. Lagu ini juga dicalonkan sebagai Lagu Meletop di Anugerah Meletop Era 2018 serta memenangi lagu runut bunyi terbaik di Anugerah Telenovela 2018.

Pada April 2019, Misha bergandingan bersama Sarah Raisuddin dan Noryn Aziz untuk konsert anjuran Eddrazhee Entertainment iaitu "Konsert Soul Sisters" di Istana Budaya. Susulan daripada itu Misha juga menjayakan konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas menerusi konsert This Is Misha..Live at DFP 2019 pada 5 Ogos 2019. Konsert ini berjaya terjual dalam tempoh 18 jam pada 1 Mei 2019 sekaligus menjadi antara konsert paling dinanti oleh peminat seni [48]. Konsert ini diarahkan oleh Ramli MS [49].

Pada tahun 2020, Misha tampil buat pertama kali sebagai pengkritik dan juri tetap untuk pertandingan realiti Suara Viral siaran Astro Prima[50]. Peranan Misha sebagai juri mendapat perhatian netizen kerana komennya yang konstruktif hingga menimbulkan gerun kepada peserta [51]. Selesai Suara Viral, Misha bersiap sedia dengan single terbarunya berjudul "Tanpa Rela" yang mana dicipta oleh Misha sendiri bersama Lee Sze Wan, Roslen Fadzil dan Zul Husni[52]. Lagu ini dilancarkan di platform digital pada 18 September 2020 dan menjadi lagu tema drama "Cinta Sekali Lagi" di Slot Akasia.

Pada 12 Oktober 2021 Misha mengumumkan konsert solo terbaharu apabila bekerjasama dengan Istana Budaya dalam "Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) bersama Bintang: Misha Omar" yang berlangsung pada 30 Oktober 2021 [53]. Konsert solo bersama OSK ini merupakan konsert pertama yang diadakan di dewan berprestij dunia itu setelah Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21 dengan mengikut norma baharu [54]. Tiket konsert itu mula dijual pada 20 Oktober 2021 dan habis dijual dalam tempoh 4 jam. Namun kerana pematuhan SOP, tempat duduk terhad dan tidak dijual secara dalam talian, ramai peminat yang telah beratur gagal untuk mendapatkan tiket sehingga Misha sendiri menjadi mangsa kecaman peminat terhadap sistem penjualan tiket secara manual oleh Istana Budaya [55].

Bagi meraikan 20 tahun pembabitan dalam industri muzik , Misha Omar mengadakan konsert mini eksklusif "Malam Bunga-bunga Cinta" pada 19 Februari 2022 di Dewan Taming Sari, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur yang bertujuan untuk memungut dana dan sumbangan amal untuk badan-badan kebajikan. Selain membantu yayasan kebajikan terpilih, sebahagian daripada hasil jualan meja disumbangkan kepada Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) untuk artis-artis yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan bencana banjir [56].

Misha dipilih sebagai co-headlining acts bagi konsert jelajah "Kepci Music Fest" anjuran KFC Malaysia , bersama-sama bintang ternama seperti Amy Search, Siti Nurhaliza dan Ella Aminuddin [57]. Turut menjayakan konsert berkenaan adalah angkatan artis-artis muda berpengaruh seperti Estranged, Bunkface, Insomniacks, MK K-Clique, Sekumpulan Orang Gila, Yonnyboii dan Dolla. Misha menjayakan konsert ini di Stadium Malawati Shah Alam pada 26 Ogos 2023 yang menjadi detik pertama kali pertemuan penyanyi ini dengan Perdana Menteri Malaysia ke-10 Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isterinya [58].

Pada 1 Mac 2024, Misha meluncurkan single ciptaannya bersama Sharon Paul berjudul "Masihkah Ada Rasa Itu?" yang bernuansa Indo Pop [59]. Lagu ini telah berjaya menjuarai Carta Era selama beberapa minggu [60], dan mencapai jumlah 1 juta aliran (strim) dalam tempoh 5 bulan. Pada 11 Julai 2024, Misha mengumumkan bakal kembali bekerjasama dengan pengarah muzik terkenal Indonesia iaitu Tohpati apabila memberitahu lagu terbaru nyanyiannya akan menggunakan khidmat pengarah muzik terkenal Indonesia itu sebagai penggubah susunan muzik [61]. Tohpati sebelum ini pernah menjadi penerbit dan bekerjasama dengan Misha pada tahun 2002 dan 2008 [62].

Diskografi

sunting

Sejak mula menjadi artis rakaman pada 2002, Misha hanya merakam 4 buah album penuh (sebuah daripadanya tidak dipasarkan) merangkumi 40 buah lagu yang mana 7 daripadanya bergelar juara carta. Kesemua album solo Misha telah terjual sebanyak hampir 200,000 unit secara fizikal dan lagu-lagunya telah melebihi angka 5,000,000 muat turun secara digital sekaligus meletakkan beliau sebagai salah seorang artis wanita paling laris pada dekad 2000an selepas Siti dan Ella.[63]. Pada tahun 2024, Misha berjaya mencapai paras 50 juta penstriman di platform Spotify [64].

Jenis vokal Misha Omar dikaslifikasikan sebagai Full-Lyrical Soprano dek kematangan tona suara dan not rendah yang lebih kedengaran (clarity) berbanding light-lyric soprano berteraskan sistem pengklasifikasian jenis suara Jerman [65]. Misha juga antara salah satu penyanyi tempatan yang benar-benar mahir menggunapakai teknik growling ketika perlu untuk menghasilkan keunikan dalam penyampaian [66] serta mendapat pujian menerusi penukaran tonasi nyanyian dengan penggunaan teknik crescendo dan decrescendo terutamanya pada rangkap awalan lagu yang efektif untuk menimbulkan emosi pada lagu [67]. Vokal Misha disifatkan agak sukar untuk diklon oleh penyanyi-penyanyi amatur mahupun profesional [68].

Dari segi genre muzik, jenama 'Misha Omar" amat sinonim dengan genre muzik pop hingga digelar sebagai "Diva Pop Alaf Baru" oleh media dan peminat [69][70]. Ramli M. S. dan komposer M. Nasir bertanggungjawab meneruskan eksperimentasi terhadap muzik Misha menerusi "Nafas Cahaya" yang berkonsep etnik fusion dengan iringan orkestra yang mewah. Lagu ini menggunakan full string set oleh KL Symphony Orchestra [71]. Jenama pop Misha Omar sepanjang dua dekad bergelar penyanyi papan atas Malaysia ternyata tidak klise sebaliknya sentiasa berani bereksperimen dengan elemen baru dan segar[72] dan menjadikan beliau sebagai salah seorang penyanyi yang paling selektif dalam pemilihan lagu [73][74].

Album Studio

Album EP

Album Kompilasi

Lagu-lagu Popular

Filemografi

sunting

Misha lebih sinonim sebagai penyanyi, bagaimanapun tetap mencuba beberapa ruang dalam bidang lakonan. Bermula dengan filem-filem komersial arahan Yusof Haslam dan Abdul Razak Mohaideen, serta muncul dalam beberapa drama televisyen [75], kini Misha lebih cenderung ke arah seni persembahan artistik menerusi pembabitan beliau dalam persembahan teater muzikal [76]. Kebanyakan penampilan Misha di kaca televisyen adalah dalam bentuk persembahan nyanyian serta penampilan sebagai juri jemputan dan juri tetap untuk program nyanyian [77]. Misha juga bergiat sebagai pengacara untuk beberapa program gaya hidup dan hiburan [78] .

Penajaan / Wajah Kempen

sunting

Sebagai figura yang dikenali segenap lapisan masyarakat di Malaysia, nama Misha Omar sering menjadi pilihan jenama-jenama tempatan dan antarabangsa untuk terbabit dalam kempen pengiklanan mereka. Biarpun tidak begitu fokus terhadap cabang ini, beberapa kontrak dengan barangan berjenama membuktikan Misha juga mempunyai kredibiliti sebagai jurucakap dan wajah kempen untuk produk dalam dan luar negara. Ketika peringkat awal pembabitan, Misha agak terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai jenama termasuk mencuba bakat sebagai penyanyi lagu iklan. Pada tahun 2009, Misha pernah bertindak menyaman syarikat tempatan Bumi Intan Maju (jenama Rorine) kerana tidak menunaikan perjanjian seperti yang termetrai dalam kontrak [79]. Mengambil iktibar daripada itu, Misha dilihat lebih cenderung untuk bekerjasama dengan produk-produk yang lebih premium dan berkelas [80]. Sebagai contoh, Misha merupakan artis Asia Tenggara pertama yang dilantik sebagai jurucakap produk kosmetik tertua di dunia Shiseido pada tahun 2012 [81]. Setelah era media sosial, Misha tidak ketinggalan menjadi pilihan untuk dilantik sebagai wajah kempen untuk pelbagai jenama yang kebanyakkannya berstatus multinasional [82]. Nama Misha tidak tersenerai ketika kempen "Blockout" yang dibuat oleh warganet terhadap selebriti tempatan dan antarabangsa yang bekerjasama dengan produk pro-zionis [83]. Selepas perang Israel-Hamas 2023, kontrak Misha bersama beberapa jenama terutama produk premium di bawah The Estée Lauder Companies telah tamat, maka setelah itu Misha hanya memilih jenama pro-palestin seperti Clarins [84].

Selain itu Misha juga dilihat sering terbabit dalam kempen-kempen kerajaan sejak awal pembabitannya di dalam industri.


Jenama Asal Jenama Jenis Produk/Perkhidmatan Peranan Tempoh Catatan
Duta Produk Wajah Kempen Bakat Iklan Tahun Mula Tahun Tamat
Agensi Antidadah Kebangsaan   kempen "Kempen Perangi Dadah 2003" Tidak Ya Tidak 2003 2003 juga menyanyikan lagu tema "Hitam Putih Kehidupan" [85]
Laurier (Kao Corporation)   Penjagaan diri (tuala wanita) Ya Tidak Tidak 2004 2007 [86]
AirAsia   Penerbangan Tambang Murah Tidak Ya Tidak 2004 2004 [87]
TM Net   Telekomunikasi dan internet Tidak Ya Tidak 2004 2004 [88]
Yayasan Budi Penyayang   kempen "Nyonya Kebaya Splendour" Tidak Ya Tidak 2004 2004 [89] [90]
Persatuan Industri Rakaman Malaysia   kempen "Bantuan Amal Tsunami 2004" Tidak Ya Tidak 2005 2005 juga menyanyikan lagu tema "Suluhkan Sinar" [91]
Felisa Cosmetic   Kosmetik (alat solek) Ya Tidak Tidak 2005 2005 Juga mengacarakan program "Felisa Beauty Makeover" [92]
Rorine (Bumi Intan Maju Sdn Bhd)   Tas tangan Ya Tidak Tidak 2005 2006 [93] [94]
Listerine (Johnson & Johnson)   Penjagaan diri (pembersih mulut dan pendakap gigi) Ya Tidak Tidak 2007 2008 [95]
Nagoya Textile & Fashion   /   Tekstil Tidak Tidak Ya 2009 2011 menyanyikan lagu iklan (jingle)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat   kempen "Kami Prihatin" Tidak Ya Tidak 2010 2010 juga menyanyikan lagu tema "Harapan Tanpa Suara" [96]
Jabatan Perdana Menteri   Persidangan Wanita Pertama Sedunia (1st Lady Summit) Tidak Tidak Ya 2010 2010 menyanyikan lagu tema "Wanita Perdana"
Christian Dior x EH   /  Kosmetik (bedak asas) Tidak Ya Tidak 2011 2012 juga menghiasi wajah sampul majalah Eh! Mac 2011
Shiseido   Kosmetik (Penjagaan wajah dan kecantikan) Ya Tidak Tidak 2012 2015 [97][98]
Colourland   Cat rumah Ya Tidak Tidak 2013 2016 [99][100]
Syaiful Baharim - Syawal Collection   Fesyen Tidak Ya Tidak 2013 2013 [101]
Forever Living Products (FLP) - Aloe Vera Gel / Essential Oil   /   Penjagaan diri Tidak Ya Tidak 2016 2017 [102]
Dior Malaysia   /   Kosmetik, fesyen dan gaya hidup Tidak Ya Tidak 2018 2022 [103]
La Mer (The Estée Lauder Companies)   Kosmetik dan Solekan Tidak Ya Tidak 2019 2023 [104]
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
dan Kementerian Dalam Negeri
  kempen "Terapi Muzik :Doktor Hati" Tidak Ya Tidak 2019 2019 [105]
Doraemon X Gucci   /   Fesyen dan tas tangan Tidak Ya Tidak 2021 2021 [106]
Tom Ford Beauty   Haruman badan Tidak Ya Tidak 2021 2021 [107]
Sulwhasoo First Care Activating Serum (Amorepacific Corporation)   Penjagaan wajah (krim anti-penuaan) Ya Tidak Tidak 2021 2022 [108]
Elemis (L'Occitane)   /   Penjagaan wajah (krim pelembap) Tidak Ya Tidak 2021 2021 [109]
Tory Burch (Valiram Group)   Tas tangan Ya Tidak Tidak 2021 2022 [110]
Tiffany Knot by Tiffany & Co. (LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton SE)   Barang kemas Tidak Ya Tidak 2022 2022 Juga menghiasi wajah sampul Majalah GLAM edisi Jan/Feb 2022[111] [112]
Cartier (Société Cartier Malaysia)   Jam tangan dan Barang kemas Tidak Ya Tidak 2022 2022 Wajah kempen "Into The Wild by Cartier"; juga membuat persembahan eksklusif [113]
Clarins (Clarins Group)   Penjagaan wajah (krim pelembap) Tidak Ya Tidak 2024 - Kempen 'Precious' [114]

Anugerah & Penghargaan

sunting

Untuk rekod sehingga 2020, Misha telah memenangi lapan (8) piala Anugerah Juara Lagu, lima (5) piala Anugerah Industri Muzik, tiga (3) piala Anugerah Era dan sebuah piala untuk Festival Filem Malaysia. Di pentas antarabangsa, Misha pernah meraih anugerah emas di Festival Muzik Asia 2003 di Shanghai, China.

Petunjuk
Menandakan anugerah bertaraf nasional
Penganugerahan Kemenangan Pencalonan Merit Nota
Keseluruhan 35 64 60% Kualiti, 40% Populariti
Anugerah Industri Muzik 5 14 Kualiti bidang rakaman
Anugerah Seri Angkasa 1 1 Kualiti bidang penyiaran
Festival Filem Malaysia 1 3 Kualiti bidang perfileman
Anugerah Juara Lagu 8 7 Kualiti/Populariti membuat penampilan dalam 7 buah lagu
Pertandingan Lagu Hits 1 RTM 4 6 Kualiti/Populariti membuat penampilan dalam 5 buah lagu
Anugerah Planet Muzik 0 11 Kualiti/Populariti
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1 7 Populariti
Anugerah Era / Anugerah MeleTOP Era 3 7 Populariti
Anugerah MTV Asia 0 2 Populariti
Festival Muzik Asia 2 2 Kualiti mewakili Malaysia menerusi dua buah lagu

Dalam Budaya Pop

sunting

Menerusi filem "Gol & Gincu" pada tahun 2005, nama Misha Omar disebut sebagai salah satu artis kegemaran watak-watak gadis di dalam filem tersebut. Pada musim Aidilfitri tahun 2010, Astro Prima telah menyiarkan sitkom muzikal "No 5 Kampung Prima" yang mana menampilkan parodi watak Misha Omar menerusi karekter Miza Omar yang dilakonkan oleh pelawak Syuhaida Dottie. Misha juga seringkali dijadikan bahan parodi oleh pelawak-pelawak terkenal Malaysia seperti Jihan Muse [115], Yus Jambu, Shahrul Shiro [116], Amyza Aznan, Noreen Iman [117], Johan [118] dan Nabila Huda [119] dalam pelbagai program TV. Misha digambarkan sebagai penyanyi yang beraksi agresif di atas pentas (dengan trademark tendangan kaki) [120]. Imej Misha berambut pendek juga seringkali dijadikan rujukan untuk fesyen wanita di Malaysia[121].

Nama Misha juga diabadikan sebagai judul lagu iaitu "Misha Omar" oleh komposer dan pemuzik Lubnan - Alwalid Hallani menerusi projek rakaman instrumental Solitary State Of Mind pada 2023 [122]. Ia merupakan gubahan muzik orkestra bernuansa Soft Rock.

Kehidupan peribadi

sunting

Imej dan Penampilan

sunting

Misha merupakan salah seorang artis yang bijak menyembunyikan kisah peribadi di saat kerjaya di sedang kemuncak. Biarpun sering menjadi buruan tabloid yang dahagakan gossip-gossip liar, Misha tetap dilabel sebagai salah seorang artis yang bersih dan berdisiplin.

Sejak album pertama lagi Misha begitu serasi dengan penampilan rambut pendek paras bahu mahupun bob [123] . Penampilan Misha pada penghujung tahun 2006 yang menggayakan potongan rambut ala bob dan pendakap gigi atau braces pernah mengejutkan peminatnya[124][125]. Bimbang memberi kesan kepada nyanyian [126], Misha mendapatkan nasihat daripada pakar beberapa kali sebelum memakai pendakap gigi [127]. Setelah tiga minggu memakainya, ternyata ia tiada membawa apa-apa kesan pada nyanyian beliau biarpun agak kurang selesa di awal pemakaian pendakap gigi tersebut [128]. Misha menyanyi dengan pendakap gigi untuk 3 edisi Anugerah Juara Lagu dan pernah diberi jolokan oleh aktor Afdlin Shauki sebagai Penyanyi Gigi Besi di Anugerah Industri Muzik 2009 [129]. Misha membuang pendakap giginya pada bulan Julai 2010 ketika menjayakan watak Dara dalam teater "Uda & Dara" di Istana Budaya sebelum memakai retainer selepas tamat persembahan teater muzikal itu [130]. Penampilan Misha dengan rasmi tanpa pendakap gigi adalah pada tahun 2011 menerusi album kompilasi "Dia..Misha" dan ternyata mendapat perhatian positif [131].

Selain itu tindakan Misha menggunakan mikrofon milik sendiri jenama Sennheiser bernilai RM11,000 beserta seorang jurutera bunyi juga menjadi bualan di media massa sekitar 2007 [132]. Natijahnya, Misha sendiri telah memulakan trend itu kepada artis kelas A termasuklah Siti Nurhaliza dan Anuar Zain untuk menggunakan teknologi berkualiti bagi memantapkan persembahan secara langsung mereka [133].

Ketika dunia menempuh pandemik COVID-19 , Misha antara artis yang aktif menggunakan media sosial untuk menyeru kepada rakyat Malaysia (terutama warga negeri kelahirannya, Kelantan) bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21 seperti larangan rentas negeri [134] dan juga kesedaran pengambilan vaksinasi [135] . Dalam pada itu Misha juga pernah mengkritik kesukaran untuk mendaftar slot vaksinasi [136]. Misha juga menggunakan media sosial untuk berhubung dengan peminat dan masyarakat bagi membantu mengurangkan tekanan mental ketika menghadapi saat sukar itu [137].

Kontroversi

sunting

Antara gosip panas yang terawal dihadapinya adalah apabila namanya disebut dalam emel layang berunsur fitnah [138] terhadap penyanyi Siti Nurhaliza [139] hingga membawa kepada isu ugutan terhadap wartawan oleh Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini yang turut dikaitkan dengan isu itu [140]. Isu ini berlaku setelah rentetan persembahan ketiga-tiga penyanyi di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 [141] yang mana Sharifah dikecam kerana lupa lirik "Bunga-bunga Cinta" [142]. Perkara itu menjebakkan nama Misha dalam kontroversi yang berlaku di antara dua artis yang lain [143][144].

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pernah mendedahkan nama Misha sebagai salah seorang selebriti yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman pelajaran PTPTN pada Februari 2005[145]. Isu ini menimbulkan polemik di kalangan peminjam PTPTN dan Misha membuat bayaran segera beberapa hari setelah itu [146]. Pada tahun 2009, beberapa nama artis lain juga didedahkan termasuk dikenakan sekatan keluar negara dan ketika itu PTPTN mengesahkan Misha telah menjelaskan baki pinjaman pelajarannya [147]. Misha pernah mengemukakan saman terhadap syarikat Bumi Intan Maju Sdn Bhd pada 2007 kerana melanggar perjanjian mereka sebagai jurucakap produk Rorine, kes ini kemudiannya diselesaikan di luar mahkamah pada 2009 [148]. Pada tahun 2013, Misha mengumumkan untuk ambil tindakan terhadap penganjur konsert jelajah 3 Permata yang dibatalkan tanpa sebarang pengumuman [149]. Beberapa hari selepas Misha mengumumkan rencana perkahwinannya dengan Firos Ezzwan Rossly, beberapa warganet mula menyebarkan fitnah kononnya Misha pernah berkahwin dengan seorang usahawan automotif asal Kelantan. Perkara ini dinafikan sekerasnya oleh Misha dan beliau menggesa pemohonan maaf terbuka daripada warganet berkenaan. Pada 10 Februari 2014, seorang wanita bernama Rahana Mohd Dahari tampil membuat pemohonan maaf secara terbuka melalui media [150].

Seminggu setelah berakhir Anugerah Juara Lagu ke-33, Misha membuat dua laporan polis di Balai Polis Kota Damansara dan Balai Polis Salak Selatan pada 14 Februari 2019 berhubung fitnah yang diciap oleh beberapa pengguna laman Twitter yang mengaitkan dirinya menggunakan ilmu hitam (bomoh) untuk memenangi pertandingan itu[151]. Misha menggesa pemilik akaun yang dilaporkan membuat pemohonan maaf dalam tempoh tujuh hari jika tidak mahu dikenakan tindakan saman [152]. Pada 21 Februari 2019, dua lelaki Fairuz Azwan Akhir Sufian, 32, dan Ahmad Azhar Aziz, 27, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan media dan Misha serta barisan peguamnya , Abi Mursyidin Awal dan Ahmad Fuad Hasim dari firma Amelda Fuad Abi & Aidil [153][154].

Perhubungan

sunting

Misha pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki dalam industri muzik dan juga usahawan. Bermula dengan kisah percintaannya dengan rakan satu kampus pada tahun pertama pembabitan, pemuda yang tidak dikenali itu bagaimanapun tidak berjaya mengikat hati Misha ekoran populariti penyanyi itu yang agak mendadak selepas kejayaan "Bunga-bunga Cinta". Seterusnya Misha dikaitkan dengan maestro muzik ternama Ramli M.S akibat hubungan akrab mereka sebagai mentor-protege.[155] Gossip berlegar apabila Misha membawa kereta BMW yang pernah dimiliki oleh penggubah lagu tersebut. Namun semua itu tidak menjadikan satu ikatan lebih-lebih lagi hubungan Misha - Ramli bertambah erat hanya sebagai mentor dan anak didik hingga kini. Kisah cinta Misha yang paling disebut-sebut mungkin ketika bersama pemuzik muda berketurunan Siam-Melayu dari Thailand bernama Fiat Hakimi [156] pada tahun 2004 - 2006 yang mana Misha pernah mengabadikan ingatannya terhadap jejaka itu dalam lagu "Jawapanmu". Fiat ketika itu sering mengiringi persembahan Misha.[157] Paling mengejutkan adalah gossip cinta di antara Misha dan raja pop Jamal Abdillah sekitar tahun 2009 hingga 2010 ekoran kekerapan Misha diundang untuk berduet dengan Jamal dalam beberapa siri konsert. Namun kesemua gossip cinta ini tidak berakhir ke peringkat yang lebih serius. Misha pernah digossipkan sudah berkahwin dengan seorang usahawan automotif Aman Razak. Namun Misha berkeras menafikan malah menyangkal dakwaan kahwin senyap kerana agak mustahil untuk seorang Misha Omar melakukan perkara itu kerana banyak hati perlu dijaga.[158]

Akhirnya pada 21 Februari 2012, Misha telah selamat mengikat pertunangannya bersama Firos Ezzwan Rossly, berumur sebaya, seorang juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tepat pada jam 1 tengahari. Majlis pertunangan mereka berlangsung secara tertutup di kediaman keluarga Misha iaitu di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Di majlis itu Misha menggayakan persalinan baju kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim dan menerima lima dulang hantaran berbalas lima. Acara majlis pertunangan itu menyaksikan Misha Omar menerima dua bentuk cincin, merisik dan bertunang, yang disarungkan bakal ibu mentuanya. Menurut Misha, Firos bukanlah orang asing dalam hidupnya sebaliknya adalah sahabat setia malah pernah putus cinta bersama jejaka tersebut pada tahun 2008.[159] Jodoh menyatukan Misha dan Firos dengan ikatan pernikahan pada 2 Mei 2014.[160] Majlis perkahwinan Misha berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan dengan kehadiran rakan artis terkenal seperti M. Nasir, Hattan, Amy Mastura, Salamiah Hassan dan ramai lagi serta Misha diiringi oleh gadis dulang yang antara lain terdiri daripada rakan artis yang rapat seperti Jaclyn Victor, Fara Fauzana dan Dina Nadzir [161][162].

Keluarga

sunting

Pada tahun 2006 Misha mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Mohd Adam Emir (lahir 2006) [163][164]. Ketika awalnya beliau tidak mendapat hak penjagaan sepenuhnya [165] sehinggalah pada tahun 2009 beliau mendapat hak penjagaan penuh melalui proses undang-undang keluarga Islam [166]. Pada tahun pertama itu juga Misha dikaitkan dengan isu pengambilan anak angkat oleh wanita yang belum berkahwin di mana kebanyakan ibu yang belum berkahwin ini mengambil suntikan untuk mengeluarkan susu ibu [167]. Kes ini pernah mendapat perhatian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hingga dibahaskan di Dewan Parlimen [168] [169] . Pada tahun 2012 Misha pernah mengambil anak angkat perempuan bernama Humaira Lateefah dan menjaganya shingga berusia 5 tahun [170]. Namun kanak-kanak itu dipulangkan kembali ke pangkuan keluarga kandungnya pada 2017 [171]. Biarpun tidak pernah berahsia dengan anak angkatnya, Misha pernah memohon jasa baik warganet untuk tidak memanggil atau menggelar Adam dengan istilah anak angkat di media sosial kerana ia mengganggu emosi anaknya yang sudah memasuki usia remaja [172].

Pada 24 Ogos 2016, Misha melahirkan anak kandung pertamanya di Hospital Canselor Tunku Mukhriz, Cheras Kuala Lumpur [173]. Bayi lelaki pramatang itu diberi nama Muhammad Idris Ezzwa menjadi pelengkap hidup Misha, suami dan anak sulungnya Adam [174]. Memandangkan tahap kesihatan Idris tidak begitu baik ketika awal kelahiran, Misha terpaksa memperlahankan kerjaya seni selama lebih satu tahun sehingga anaknya betul-betul stabil [175]. Pada tahun 2021, Misha memaklumkan sedang menjalani rawatan kesuburan dalam usaha mendapatkan zuriat setelah beberapa siri penerangan dan perkongsian ilmu bersama pakar perubatan kepada pengikut akaun Instagram-nya ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21 [176]. Pada 12 Oktober 2021 Misha memberitahu media yang dia dan suami memberhentikan rawatan kesuburan mereka buat sementara waktu bagi memberi perhatian kepada konsert solonya bersama Orkestra Simforni Kebangsaan [177].

Bidang Perniagaan

sunting

Misha Omar Production Sdn Bhd

sunting

Misha dan kakaknya,Salmi Omar atau lebih dikenali sebagai Mimie Omar yang merangkap pengurus kerjaya seninya menubuhkan Misha Omar Production Sdn Bhd (MOP) pada tahun 2004 dengan tujuan untuk menguruskan kerjaya seninya termasuk pengurusan acara, pengurusan bakat dan penajaan serta jualan barangan cenderahati/koleksi peminat [178]. Sejak itu Misha menguruskan sendiri soal persembahan pentas, perhubungan awam dan media, kutipan royalti serta khidmat kejuruteraan bunyi untuk persembahan live[179] . Antara artis yang pernah menggunakan khidmat jurutera bunyi Misha Omar Production adalah Hael Husaini, Liza Hanim, Aina Abdul [180] dan Hazama Azmi. Bukan setakat untuk persembahan artis tempatan, khidmat kejuruteraan bunyi oleh MOP juga digunapakai oleh penerbitan program konsert televisyen seperti Gegar Vaganza, Anugerah Juara Lagu dan banyak lagi.

Derrick & Team Hairdressing

sunting

Pada tahun 2007 Misha merencana pelaburan dalam perniagaan berasaskan penjagaan diri. Beliau menjadi rakan kongsi kepada pendandan rambut dan usahawan Derrick Ho untuk membuka rangkaian salun rambut Derrick & Team Hairdressing [181]. Perniagaan ini tidak hanya fokus kepada perniagaan salun malahan juga menjadi pengedar peralatan dan produk untuk kegunaan salun di seluruh negara serantau termasuk Indonesia. Misha walaubagaimanapun tidak menguruskan perniagaan ini secara sepenuhnya.[182]

Apple Fibre by Misha Omar

sunting

Pada 2017, Misha memperkenalkan produk minuman kesihatan Apple Fibre by Misha Omar yang dikeluarkan sendiri oleh syarikatnya. Biarpun perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan, ia mendapat perhatian ramai kerana bahan yang digunakan organik[183]. Misha mengambil peluang mengeluarkan produk ini setelah diminta berkongsi petua pelansingan badan setelah melahirkan anaknya pada 2016 [184]. Produk Misha bagaimanapun tidak dijual meluas sebagaimana produk kosmetik dan makanan tambahan lain dimana sasaran jualannya hanya bertumpu di platform e-dagang [185].

Rujukan

sunting
  1. ^ MH (2020-07-02). ""Saya Pernah Katakan Padanya Kalau Dia Masih Ingat...," - Ramlah Ram Cerita Satu Situasi Bersama Misha Omar Di Bintang RTM 2001 Yang Pasti Ramai Tak Tahu". Media Hiburan. Dicapai pada 2022-01-10.
  2. ^ Omar, Aref (2020-09-11). "#Showbiz: Misha Omar praises Siti 'a legend who never gives up'" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-10. Text "New Straits Times" ignored (bantuan)
  3. ^ https://backstage2020.wordpress.com/2024/08/09/penyanyi-wanita-malaysia-capai-50-juta-strim-di-spotify-siti-nurhaliza-najwa-latif-tersenarai/?fbclid=PAZXh0bgNhZW0CMTEAAab9HiHNJ4uvauO4kzCrW-pgWI9ItpA5afvACFPkxSXY7KIoVWNDqm9B1qE_aem_sCIjuJ5_nTK4fBl31OkyJQ
  4. ^ https://www.musicmetricsvault.com/artists/misha-omar/5cpxHc2y6L3Jn3FWY3z94Q
  5. ^ "Anugerah Emas dorong Misha lebih cemerlang | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2022-01-10.
  6. ^ "Misha Omar from Malaysia, a nominee, arrives at the "MTV Asia Awards..." Getty Images (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-10.
  7. ^ "Mtv Asia Awards Pictures and Photos - Getty Images". www.gettyimages.ie. Dicapai pada 2022-01-10.
  8. ^ "MTV World Stage Malaysia returns this 12 September" (dalam bahasa Inggeris). 2015-07-08. Dicapai pada 2022-01-10. Text "theHive.Asia" ignored (bantuan)
  9. ^ "Profile Misha Omar | Sensasi Selebriti". www.budiey.com (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-15. Dicapai pada 2022-01-10.
  10. ^ "Misha Omar". www.top-charts.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-10.
  11. ^ https://www.klik.com.my/item/story/435822/rahsia-mikrofon-misha-wartawan-diva
  12. ^ Unknown. "13 Gambar Adik Beradik Misha Omar Memang Cantik". Dicapai pada 2022-01-10.
  13. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/06/25/abang-misha-omar-meninggal-dunia-peminat-banjiri-ucapan-takziah
  14. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2005/02/26/misha-a-loan-defaulter-too
  15. ^ Nostalgia Misha Omar
  16. ^ https://eh.my/artikel/hiburan/nothing-comes-easy-fauziah-latiff/
  17. ^ https://www.youtube.com/watch?v=fUC60uAaPwg
  18. ^ https://www.youtube.com/watch?v=pCT9NO6pFVU&t=2163s
  19. ^ https://www.youtube.com/watch?v=2I49rD_Ue-A
  20. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3920568/two-brothers-many-hits
  21. ^ https://www.worldcat.org/title/adnan-vs-azlan-abu-hassan-pasti-hits/oclc/850890316
  22. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2076784/misha-bina-imej-sendiri
  23. ^ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/pemergian-adnan-abu-hassan-anak-didik-kongsi-kesedihan-98963
  24. ^ https://mishaomaronline.proboards.com/thread/51/misha-omar-laksana-permata-sharifah
  25. ^ https://kzbin.info/www/misha-omar-kagumi-liza-hanim-dan-datuk-sheila-majid/nIamZ2OrdsaDrck
  26. ^ https://www.mediahiburan.my/saya-pernah-katakan-padanya-kalau-dia-masih-ingat-ramlah-ram-cerita-satu-situasi-bersama-misha-omar-di-bintang-rtm-2001-yang-pasti-ramai-tak-tahu/
  27. ^ https://www.beritaharian.sg/gah/misha-nasihat-artis-muda-usah-mudah-kecewa
  28. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2065315/album-misha-di-pasaran
  29. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3913537/exciting-potential
  30. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3977120/misha-s-mark-of-maturity
  31. ^ https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/2016/04/14/can-misha-omar-stay-relevant-in-todays-music-scene
  32. ^ https://www.klik.com.my/item/story/595870/nirmala-atau-hala-timur-
  33. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2342420/aph2002-malam-ini-dijangka-meriah
  34. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3978664/finally-famous
  35. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3988772/making-of-a-pop-queen
  36. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2440618/sarah-misha-bebas-lenggok-siti-nurhaliza
  37. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2334083/kris-anang-puji-vokal-misha
  38. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3976071/siti-tops-list-of-nominees
  39. ^ http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2003/04/aim-2003-top-5-nominees-artis-baru.html
  40. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2003/10/23/singer-misha-to-contest-at-shanghai-fest/
  41. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2003/12/29/fresh-talent-misha-takes-the-best-vocal-award
  42. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2338795/-aksara-sarat-keindahan-warna
  43. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4433524/kompilasi-misha-omar
  44. ^ https://www.budiey.com/drama-bersiri-qaseh-marisa/
  45. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2012/11/12/adibah-noor-misha-dan-jaclyn-bikin-konsert-di-singapura
  46. ^ https://www.bharian.com.my/bharian/articles/Nasib3bintang/Article?bh=&fbclid=IwAR3UAIBS0GbIoDAGlUlmvXI1swKWs-IJhDznqhLPfDGuRiKntqFZXu9oDMY[pautan mati kekal]
  47. ^ https://1in1m.proboards.com/thread/9875/loud-fest-asia-2013-penang
  48. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2019/05/453548/tiket-konsert-misha-omar-habis-dalam-18-jam
  49. ^ https://gempak.com/artikel/22952/terima-kasih-cikgu-mek-akan-terus-belajar-rupanya-ramli-ms-panggil-misha-omar-mek
  50. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2020/06/590002/suara-siapa-paling-viral
  51. ^ https://gempak.com/artikel/38850/boy-suara-viral-nangis-lepas-misha-omar-naik-hantu-terkejut-sebab
  52. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/08/19/pertama-kali-cipta-lagu-misha-omar-tak-mahu-syok-sendiri-untuk-039tanpa-rela039
  53. ^ https://www.budiey.com/konsert-osk-bersama-bintang-misha-omar-di-istana-budaya/
  54. ^ https://www.utusan.com.my/premium/2021/10/misha-ketepikan-hasrat-hamil-demi-konsert/?fbclid=IwAR3KKToT52GVVx44XgZ-C9srk-_ARWjgHAdOWLBK0CMpBzCPsVSBkrA6t1c
  55. ^ https://www.kosmo.com.my/2021/10/21/tiket-konsert-habis-misha-omar-dimarahi-peminat/?fbclid=IwAR225lPdz3nxA91zDsjyb-ALleYIb0GH7XxlP3JNbxhmgPbOIwT4Y02poZk
  56. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/12/902423/usah-patah-semangat-anak-seni-mahu-cari-rezeki
  57. ^ https://says.com/my/lifestyle/kepci-music-fest-free-tickets
  58. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2023/08/27/fyling-kiss-wan-azizah-buat-siti-nurhaliza-misha-omar-pula-malu-malu-jumpa-pmx-di-konsert-kepci-music-fest
  59. ^ https://www.xtra.com.my/hiburan/masihkah-ada-rasa-itu-buah-tangan-terbaru-misha-omar-buai-emosi-peminat/
  60. ^ https://www.instagram.com/era.je/p/C9Zn1eDSUsr/?img_index=1
  61. ^ https://hibglam.com.my/hiburan/2024/07/jumpa-tohpati-misha-omar-telik-instagram-takut-penyamar/
  62. ^ https://www.instagram.com/era.je/p/C9Zn1eDSUsr/?img_index=1
  63. ^ [1]
  64. ^ https://www.musicmetricsvault.com/artists/misha-omar/5cpxHc2y6L3Jn3FWY3z94Q
  65. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2399470/anuar-akur-kehebatan-vokal-misha
  66. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2337642/kemampuan-misha-makin-terserlah
  67. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2441515/aksara-misha-lebih-dinamik
  68. ^ https://www.klik.com.my/item/story/12006687/misha-holds-court
  69. ^ https://www.youtube.com/watch?v=HRpy9Y3lPRc
  70. ^ https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2018/11/427403/showbiz-divas-are-back-full-force
  71. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2232725/buah-hati-ibu
  72. ^ https://www.kosmo.com.my/2020/08/27/langkah-berani-misha/
  73. ^ https://www.kosmo.com.my/2020/08/19/misha-hasilkan-lagu-sendiri-tanpa-rela/
  74. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4407635/mahu-karya-berbekas-di-jiwa
  75. ^ https://www.budiey.com/misha-omar-berlakon-dalam-drama-siri-julia-juli/
  76. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4849712/ziana-misha-meriahkan-gamat
  77. ^ https://www.hmetro.com.my/utama/2020/07/598634/terbuka-untuk-bekerjasama
  78. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2018/01/27/aqasha-duet-misha?la=en
  79. ^ http://mishaomarlover.blogspot.com/2009/
  80. ^ https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2022/01/764745/showbiz-mellifluous-journey
  81. ^ https://ohbulan.com/misha-omar-dilantik-menjadi-duta-produk-kecantikan-shiseido
  82. ^ https://gempak.com/intrend/wah-persis-model-penampilan-misha-omar-dalam-kempen-peraga-tas-tangan-curi-tumpuan-68349
  83. ^ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/selebriti-dunia-hilang-pengikut-besar-besaran-sempena-met-gala-470163
  84. ^ https://www.groupeclarins.com/country/palestine-en/
  85. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2334210/artis-popular-bantu-perangi-dadah
  86. ^ https://www.thestar.com.my/business/business-news/2004/09/22/kao-set-to-double-laurier-sales/
  87. ^ https://www.klik.com.my/item/story/417346/kontroversi-tambang-murah-airasia
  88. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2442029/selepas-siti-tmnet-intai-misha
  89. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2004/12/19/kebaya-girls-take-over-bangsar-clubbing-scene/
  90. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3317990/singkap-keunikan-kebaya-nyonya
  91. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4107855/artistes-out-to-make-waves-with-song-of-hope
  92. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2175782/10-jelitawan-felisa-layak-ke-final
  93. ^ http://mishaomarlover.blogspot.com/2009/
  94. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3488109/produk-rorine-bertaraf-global
  95. ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2010/01/07/listerine-beri-ganjaran-rm10000-kepada-rakyat-malaysia-paling-sihat
  96. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2010/04/14/harapan-tanpa-suara-sarat-mesej-kemanusiaan
  97. ^ https://ohbulan.com/misha-omar-dilantik-menjadi-duta-produk-kecantikan-shiseido
  98. ^ https://eh.com.my/artikel/kecantikan/tip-cantik-misha-omar/
  99. ^ https://www.budiey.com/misha-omar-dilantik-jadi-duta-pertama-cat-colourland/
  100. ^ https://www.youtube.com/watch?v=8oJiIfMbZBA
  101. ^ https://ohbulan.com/foto-misha-omar-anggun-menggayakan-koleksi-syawal-syaiful-baharim
  102. ^ https://www.pinterest.com/pin/519884350716684436/
  103. ^ https://www.lofficielmalaysia.com/fashion/dior-malaysia-celebrates-international-women-s-day-2019
  104. ^ https://vimeo.com/494976958
  105. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2019/11/513637/misha-sayu-menyanyi-depan-banduan
  106. ^ https://www.instagram.com/p/CKvQb6qh1HI/?utm_source=ig_web_copy_link
  107. ^ https://www.instagram.com/p/CMZv1L1LiJi/?igshid=47cmt3iypc9f
  108. ^ https://sulwhasoo.my/collections/skincare
  109. ^ https://www.instagram.com/p/CVjvFFJJGq2/?utm_source=ig_web_copy_link
  110. ^ https://gempak.com/intrend/wah-persis-model-penampilan-misha-omar-dalam-kempen-peraga-tas-tangan-curi-tumpuan-68349
  111. ^ https://www.instagram.com/p/CbgzWOBLq2l/?utm_source=ig_web_copy_link
  112. ^ https://glam.my/cover/glam-persona-the-talented-misha-omar/
  113. ^ https://www.instagram.com/p/CiMVlVsAPYf/?hl=en
  114. ^ https://icon.my/beauty/clarins-precious-luxury-skincare-with-anti-ageing-ingredients-moonlight-flower/
  115. ^ https://www.youtube.com/watch?v=WxRGttaefEE
  116. ^ https://www.youtube.com/watch?v=2QJdT22lFk8
  117. ^ https://www.youtube.com/watch?v=5mPKV4dGMpM
  118. ^ https://www.youtube.com/watch?v=ZesOspMiM3E
  119. ^ https://www.youtube.com/watch?v=ohHDsUAdhTQ&t=2317s
  120. ^ https://www.buletinfm.audio/pernah-fikir-tak-kenapa-misha-omar-selalu-angkat-kaki-masa-nyanyi-ini-sebabnya/
  121. ^ https://rambutmodelku.blogspot.com/2019/06/37-rambut-pendek-misha-omar-2019-konsep.html
  122. ^ https://music.apple.com/my/song/solitary-state-of-mind/1714600306
  123. ^ https://eh.my/artikel/kecantikan/tujuh-selebriti-wanita-serasi-berambut-pendek/
  124. ^ https://beautifulnara.com/gambar-gaya-rambut-pendek-terbaru-misha-omar/
  125. ^ https://www.remaja.my/7-selebriti-yang-pernah-pakai-braces-hasilnya-kini-gigi-cantik-dan-senyuman-menawan/
  126. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2315064/pendakap-gigi-fesyen-kecantikan-atau-kesihatan-
  127. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4732110/pendakap-gigi-untuk-cantik-atau-trend-
  128. ^ https://twitter.com/iammishaomar/status/291080547508314114?lang=en
  129. ^ https://www.youtube.com/watch?v=5oPf-1bP4tk
  130. ^ http://mishaomarlover.blogspot.com/2010/05/sedia-tanggal-pendakap-gigi.html
  131. ^ https://www.klik.com.my/item/story/5688977/senyuman-puluhan-ribu-ringgit-
  132. ^ https://www.klik.com.my/item/story/435822/rahsia-mikrofon-misha-wartawan-diva
  133. ^ [2]
  134. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/05/704449/bakpo-gak-degil-misha-omar?fbclid=IwAR0RpaUsjGyN6FDTlru7Mfpov3o52ZDTa8Stn03PDLGaLOlQhJDDJvZ_adM
  135. ^ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kecewa-10000-gagal-hadir-vaksinasi-di-kelantan-bakpo-tokse-vaksin-misha-omar-300282
  136. ^ https://www.utusan.com.my/gaya/2021/05/misha-omar-kecewa-tak-dapat-daftar-vaksin/
  137. ^ https://wacana.my/waaw-setiap-hari-saya-menangis-rindukan-ibu-misha-omar/
  138. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2441791/gara-gara-fitnah-aliff-jatuh-sakit
  139. ^ https://www.klik.com.my/item/story/3992708/siti-full-of-life
  140. ^ https://www.klik.com.my/item/story/181312/laporan-sharifah-aini-ugut-wartawan-disiasat
  141. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2339756/apabila-artis-bertaraf-diva-berkongsi-pentas
  142. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2441583/soal-artis-lupa-lirik-bukan-lagi-isu-gergasi-
  143. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2441720/-cayalah-misha-omar-
  144. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2440866/maaf-zubir-bukan-kaunter-pertanyaan-
  145. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2216865/misha-janji-bayar-balik-pinjaman-ptptn
  146. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2212286/misha-jelaskan-sebahagian-pinjaman
  147. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4602221/artis-apm-tetap-berkumpul
  148. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4560402/misha-penaja-setuju-selesai-kes-saman-di-luar-mahkamah
  149. ^ https://www.klik.com.my/item/story/6286734/tiada-niat-saman-penganjur
  150. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2014/02/11/wanita-tuduh-misha-omar-janda-minta-maaf
  151. ^ https://gempak.com/berita-terkini/didakwa-guna-mak-esah-untuk-menang-ajl-33-misha-omar-ambil-tindakan-15534
  152. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/sensasi/2019/02/15/misha-omar
  153. ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/02/533470/isu-fitnah-misha-tunggu-individu-ketiga-mohon-maaf
  154. ^ https://www.astroawani.com/berita-hiburan/lelaki-mohon-maaf-pada-misha-omar-sebab-sebar-fitnah-198865
  155. ^ [3]
  156. ^ [4]
  157. ^ [5][pautan mati kekal]
  158. ^ [6]
  159. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-04. Dicapai pada 2012-07-18.
  160. ^ "Majlis resepsi Misha Omar meriah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-14. Dicapai pada 2015-11-10.
  161. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2014/05/03/misha-omar-2nd-story
  162. ^ https://beautifulnara.com/15-gambar-majlis-resepsi-perkahwinan-misha-omar-firos-ezzwan/
  163. ^ https://www.klik.com.my/item/story/2289986/kekasihku-adam
  164. ^ https://www.klik.com.my/item/story/616912/raya-untuk-adam
  165. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-19. Dicapai pada 2012-07-18.
  166. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4641146/misha-adam-tak-dapat-dipisahkan
  167. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4550739/cinta-adam-misha
  168. ^ https://www.klik.com.my/item/story/619706/wanita-solo-susui-bayi
  169. ^ [7]
  170. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2020/03/08/trivia-anak-angkat
  171. ^ https://www.youtube.com/watch?v=toL5bHz4c2c
  172. ^ https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-masyarakat/misha-omar-anak-angkat-adam-idris/
  173. ^ https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2016/10/198221/anak-sulung-lengkapi-misha-omar
  174. ^ https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2016/08/186462/eksklusif-misha-omar-lahir-bayi-lelaki
  175. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2016/09/02/idris-misha-sihat
  176. ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2021/06/18/misha-omar-mulakan-rawatan-kesuburan-berharap-dikurniakan-baby-girl---kalau-telur-masih-okay-dia-boleh-hamil-secara-normal
  177. ^ https://www.kosmo.com.my/2021/10/12/demi-konsert-misha-tangguh-tambah-zuriat/
  178. ^ https://www.dnb.com/business-directory/company-profiles.misha_omar_productions_sdn_bhd.325d14e72405b2044f85ae4a73c0c21d.html
  179. ^ https://www.ctoscredit.com.my/business/MISHA-OMAR-PRODUCTIONS-SDN-BHD-0674788D
  180. ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/11/778008/jurutera-bunyi-khas-jaga-mikrofon-aina-abdul
  181. ^ https://www.klik.com.my/item/story/4555704/misha-jadi-gadis-syampu-
  182. ^ https://www.thestar.com.my/story/?file=%2F2007%2F7%2F7%2Fcentral%2F18188066&sec=central
  183. ^ https://mediapermata.com.bn/misha-omar-kongsi-petua-kurus/
  184. ^ https://majalahselebriti.blogspot.com/2018/03/petua-kurus-misha-omar.html
  185. ^ https://shopee.com.my/Apple-Fiber-By-Misha-Omar-i.22955225.1045581509

Pautan luar

sunting