Buka menu utama

Zaiton Sameon merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia yang terkenal pada dekad 1980-an.

Zaiton Sameon
250px
Latar belakang
Nama lahirZaiton binti Haji Sameon
Juga dikenali sebagai
Zaiton Sameon
Kelahiran1957 (umur 61–62)
Berasal dariMalaysia Negeri Sembilan, Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1987 - 1990 2009 - sekarang
Syarikat rakaman
BMG

Permulaan KarierSunting

Zaiton mula mencipta nama apabila menjuarai Juara Lagu 1987 dengan lagu popularnya Menaruh Harapan ciptaan A.Ali, lirik oleh Habsah Hasan

Kemalangan ngeriSunting

Zaiton Sameon telah terbabit dengan kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Batang Kali yang turut meragut nyawa anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang berusia 13 tahun di Batang Kali, Selangor pada 21 Februari 1990. Dalam kemalangan tersebut, Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh lori. Seorang lagi yang turut meninggal dunia ialah pemuzik pengiring Zaiton, Ismail Shaari. Beliau telah mengalami gangguan emosi selama 11 tahun (Feb 1990-Julai 2001). Dalam tempoh tersebut, rakan-rakannya memberi sokongan dengan menghasilkan "album Kami Bersamamu Zaitun Sameon.".

Kemunculan SemulaSunting

Selepas pulih ingatan, beliau kembali aktif menyanyi semula. Beliau masih lagi mendapat banyak undangan nyanyian sehingga kini.

Pada bulan Jun 2015, Zaiton Sameon mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Album terbaru daripada "Zaiton Sameon" , Terimalah Aku sudah selesai dirakam pada tahun 2016 tetapi masih belum dilancarkan kerana ingin menunggu masa yang sesuai dan mungkin bakal dilancarkan pada tahun 2017. Album baru tersebut akan dimuatkan dengan lagu-lagu balada dan melodinya lebih kepada lagu era 90-an kerana beliau beranggapan bahawa penggemar muzik masih lagi menggemari lagu-lagu era 90-an.

Dapur Zaiton SameonSunting

Selain aktif dalam bidang nyanyian, Zaiton Sameon turut menceburi dalam bidang perniagaan. Rendang Nasib daripada Dapur Zaiton Sameon turut mendapat permintaan di Singapura. Beliau memulakan perniagaan Rendang Nasib hanya sebagai pendapatan sampingan. Baginya, dia tidak perlu meminta simpati dan pertolongan orang selagi ada kudrat untuk bekerja.

DiskografiSunting

Album studioSunting

Album KompilasiSunting

  • 1989 : Diriku Yang Tersingkir (Edaran FGM)
  • 1990 : Koleksi Zaiton Sameon (Edaran FGM)
  • 1995 : 20 Lagu Memori Zaiton Sameon (Edaran Winner)
  • 2004 : Album Ratu Sensasi (menampilkan lagu baru 'Menadah Impian') (Edaran FGM/Life Records)
  • 2004 : In Sensation (menampilkan lagu baru 'Cinta Sepanjang Masa', edaran Musictech Musicland Sdn Bhd)

SingleSunting

  • 2004 : Cinta Sepanjang Masa
  • 2004 : Menadah Impian
  • 2017 : Terimalah Aku
  • 2017 : Rindu Pelukan Bonda

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1990 Hati Bukan Kristal Cik Som Filem ini merupakan filem pertama beliau.

Filem Zaiton CeritakuSunting

Pada 01 November 2012, filem biografi Zaiton Ceritaku mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem arahan Esma Daniel ini diterajui oleh Nadiah Aqilah yang memegang watak utama dan turut dibintangi oleh Shahronizam Noor, Karl Shafek, Norlia Ghani, Fazlina Ahmad Daud dan Arash Mohamad. filem Zaiton Ceritaku ini mengupas kembali detik-detik perjalanan Zaiton Sameon ketika meniti zaman popularitinya sehingga beliau jatuh akibat peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya seperti kemalangan ngeri yang mengorbankan anak kesayangannya, kisah keluarganya, kisah mereka yang cuba memperalatkan dirinya dan juga kisah kemunculan seorang lelaki yang jujur ingin membantu.

PencapaianSunting

 
Zaiton Sameon memenangi anugerah Juara Lagu 1987

Anugerah Juara Lagu 1987Sunting

  • "Menaruh Harapan" (A. Ali / Habsah Hassan / Zaiton Sameon)

Persembahan terbaikSunting

  • Zaiton Sameon - "Menaruh Harapan"

Lirik terbaikSunting

  • "Menaruh Harapan" - Habsah Hassan

RujukanSunting