Karl Shafek

Pengacara televisyen Malaysia

Khairul Shafek Ibrahim (lahir 28 Mac 1980) yang dikenali sebagai Karl Shafek merupakan seorang pengacara televisyen dan pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Pekan, Pahang.[1]

Karl Shafek
Kelahiran
Khairul Shafek bin Ibrahim

(1980-03-28) 28 Mac 1980 (umur 44)
PekerjaanPengacara, Usahawan , pelakon
Tahun aktif2008–kini

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 28 Mac 1980 di Pekan, Pahang dan merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Karl merupakan lulusan dalam bidang multimedia di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).

Kerjaya sunting

Karl memulakan kerjaya awalnya sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia (MAS), seterusnya berkhdimat sebagai wartawan penyiaran.

Karl memulakan kerjaya televisyen sepenuh masa dengan mengacarakan rancangan bual bicara TV9, Nasi Lemak Kopi O, ia kemudian diikuti oleh 3 Hari 2 Malam dan Chopp. Pada 1 November 2012, beliau memegang watak sebagai Shamsul dalam filem biopik Zaiton: Ceritaku arahan Esma Daniel yang berkisarkan tentang kehidupan dan kerjaya penyanyi veteran terkenal era 80an, Zaiton Sameon.[2]

Karl merupakan salah seorang peserta rancangan MasterChef Selebriti Malaysia di Astro Ria yang turut disertai oleh Fazley Yaakob, Jehan Miskin, Raja Azmi dan lain-lain.[3]

Karl terpilih bagi memegang watak sebagai Aziz yang juga watak antagonis dalam pementasan teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck arahan Azhar Zainal. Teater yang diadaptasi daripada novel 1938 dengan tajuk sama karya Hamka dipentaskan di Istana Budaya dari 12 hingga 18 Oktober 2015.[4]

Beliau merupakan antara penerima Ikon Belia Anak Pekan dalam kategori anak seni pada majlis anjuran Kelab Anak Wawasan Pekan, Pahang (KAWAN) yang berlangsung di Seri Perdana pada 18 Julai 2017.[1]

Karl menjadi pengacara majlis bagi Pertandingan Pencarian Wanita Malaysia 2018 yang berlangsung pada 28 April.[5]

Kehidupan peribadi sunting

Karl merupakan seorang yang rabun jauh dan takut melihat cermin.[6] Beliau juga mengakui lebih banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan kurang berminat untuk berpolitik, Karl dipetik sebagai berkata: "Secara terus terang dan jujur awal-awal lagi saya sudah maklumkan, saya tidak mahu terlibat dengan parti politk."[7]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2012 Zaiton: Ceritaku Shamsul Esma Daniel Filem pertama

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Hotel Mania TV3
Aalia Astro Prima
2011 Boona Boonie TV9
2012 Cinta Itu Milikku Ridzuan TV3
Dewi Kasihku TV2
Takdir Qismah TV3
2014 Rindu Awak 200% IIhan Darwisy
Masihkah Ada Cinta

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Anak Aku Artis Astro Ria
2013 Opah Raya Stail Meon

Teater sunting

Tahun Tajuk
2011 1 Plastik Hitam
2012 Kawan-Kawan Yang Kita Suka
2013 Maduku Kalut
2015 Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
2016 Ombak Rindu: Tiada Penghujung

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008 Nasi Lemak Kopi O Pengacara TV9
2009 3 Hari 2 Malam
2011 Chopp!
2012 MasterChef Selebriti Malaysia Peserta Astro Ria
2013 Jelajah Ramadan Pengacara TV1
2014 Hip TV TV9
Cabaran Raja Tarik F&N
2015 Aroma Tradisi TV3
2016 Resepi Saywho bersama Karl Shafek Astro Bintang
2017 CJ Wow Shop Pengacara TV9
2018 Moreh TV3

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ramlah Zainal (20 Julai 2017). "Karl Shafek terharu dapat pengiktirafan". Harian Metro. Dicapai pada 29 Julai 2017.
  2. ^ "Esma Daniel Akur Filem 'Zaiton Ceritaku' Gagal". mStar Online. 11 November 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-09. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  3. ^ "Senarai peserta MasterChef Selebriti Malaysia". Sensasi Selebriti. 1 April 2012. Dicapai pada 1 April 2012.
  4. ^ Ramlah Zainal (12 September 2015). Akhirnya Karl terpilih... Harian Metro. Dicapai pada 1 Oktober 2015.
  5. ^ Hasnurul Mohamed (6 April 2018). Karl Shafek ‘intai jodoh’ di pertandingan PWM Utusan Malaysia. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
  6. ^ Karl Shafek takut tengok cermin Sinar Harian (31 Mei 2018). Dicapai pada 29 Julai 2018.
  7. ^ Zulqarnain Abu Hassan (17 Mei 2018). Saya tidak mahu terlibat dengan mana-mana parti politik Sinar Harian. Dicapai pada 21 Ogos 2018.

Pautan luar sunting