A. Ali (lahir Hamdan Atan; 1949 — 21 November 2020) merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau terkenal sebagai gitaris dan vokalis kumpulan Kembara antara lain turut dianggotai oleh M. Nasir.[1][2] Beliau dikenali kerana sumbangannya terhadap perkembangan industri muzik Malaysia pada era 80-an.[3]

A. Ali
Nama lahirHamdan bin Atan
Kelahiran1949
Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia21 November 2020 (umur 71)
Semenyih, Selangor, Malaysia
Genre
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit rakaman
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
Tahun aktif1970–2020
Pengkarya berkait

BiografiSunting

A. Ali dilahirkan di Johor Bahru, Johor.[3] Pada pertengahan 1970-an, beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan menganggotai kumpulan Sweet Charity bersama Ramli Sarip, kemudian dipelawa oleh M. Nasir menyertai kumpulan Kembara bersama-sama S. Sahlan.[4]

Sebagai komposer berprolifik, Ali telah membantu menaikkan nama-nama penyanyi terkenal tempatan termasuk Rohana Jalil menerusi lagu "Resahku", Wann menerusi lagu “Lamunan Hati” dan Francesca Peter menerusi lagu "Diriku Terbelenggu". Lagu "Menaruh Harapan" ciptaanya dan dipersembahkan oleh Zaiton Sameon telah memenangi Anugerah Juara Lagu 1987.[1]

Beliau juga pernah bekerjasama bersama John Goh dengan menubuhkan kumpulan Pelangi pada 1984.[5] Kumpulan ini mula meraih kejayaan komersial menerusi lagu "Biarku Menjadi Lilin".[1] Beliau kemudian menubuhkan syarikat rakaman sendiri, A. Ali Production House (APH).[6] Pada November 2014, beliau bersama Kembara mengadakan persembahan di malam Gala Konsert Hati Emas Kembara yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya.[1]

Beliau meninggal dunia semasa tidur pada 21 November 2020 di kediamannya di Semenyih, Selangor tanpa menghidap sebarang penyakit kronik. Beliau meninggalkan isteri, Latifah Khamis, sembilan anak dan 10 cucu.[7][8] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang selepas solat Zohor.[9][3]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d "Komposer A. Ali meninggal dunia". mStar Online. 21 November 2020. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  2. ^ Zaidi Mohamad (21 November 2020). "Alllahyarham A. Ali berjiwa mulia". Berita Harian. Dicapai pada 4 Disember 2020 – melalui MSN News.
  3. ^ a b c Shamshul Azree Samshir dan Zaidi Mohamad (23 November 2020). "Allahyrham A. Ali kurang cakap, fokus kerja". Berita Harian. Dicapai pada 20 Mac 2021.
  4. ^ Budiey (22 November 2020). "Tiada masalah kesihatan kronik, pemergian A. Ali sangat mengejutkan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  5. ^ "A. Ali tubuhkan kumpulan Pelangi". Berita Minggu. 23 September 1984. m/s. 6. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
  6. ^ Azman Siraj (7 Jun 1987). "Ali tubuh syarikat rakaman". Berita Minggu. m/s. 16. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
  7. ^ Syafil Syazwan Jefri (21 November 2020). "A. Ali meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  8. ^ Aslinda Nasir (21 November 2020). "Komposer A. Ali meninggal dunia". Utusan Malaysia. Dicapai pada 4 Disember 2020.
  9. ^ Mohammed Shahemy Azmi (21 November 2020). "Komposer, penyanyi A. Ali meninggal dunia dalam tidur". Kosmo!. Dicapai pada 4 Disember 2020.

Pautan luarSunting