Anugerah Juara Lagu
Anugerah Juara Lagu, atau yang biasa dikenali dengan akronim AJL, ialah pertandingan muzik tahunan yang popular di Malaysia, dianjurkan oleh TV3 sejak 1986. Ia menampilkan gubahan muzik dan lirik terbaik setiap tahun ia diadakan. Pencalon diperoleh daripada senarai kebanyakan lagu berbahasa Melayu yang telah mendapat undian terbanyak dalam Muzik Muzik sepanjang tahun, dan kemudian mara ke separuh akhir, yang mana dua belas lagu akan dicalonkan oleh panel hakim untuk menjadi pemenang Juara Lagu.
Anugerah Juara Lagu | |
---|---|
Semasa: Anugerah Juara Lagu ke-38 | |
Jenis | Rancangan televisyen, anugerah |
Penerangan | Prestasi dalam industri muzik |
Negara | Malaysia |
Disampaikan oleh | TV3 |
Kali pertama | 30 Disember 1986 |
Kini dipegang oleh | "Hasrat" Nyanyian: Amir Jahari Muzik: Amir Jahari Lirik: Amir Jahari |
Liputan televisyen/radio | |
Rangkaian | TV3 |
Tempoh tayangan | Kira-kira 3 jam |
Diterbitkan oleh | Primeworks Studios |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah dan latar belakang
suntingPada asalnya, Juara Lagu diperkenalkan sebagai rancangan yang mempunyai format penerbitan yang mudah agar senang difahami dan diikuti penonton. Anugerah Juara Lagu bermula pada tahun 1986 dan telah berjaya menambat hati ramai penonton buat bertahun-tahun. Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 ialah perintis kepada rancangan Muzik Muzik yang mula disiarkan pada hari Ahad, 2 Mac 1986 pukul 8.30 malam. Dari lagu-lagu yang dicalonkan dalam Muzik-Muzik itulah yang akan dibawa dan disaringkan ke peringkat seterusnya.
Pada tahun-tahun awal Juara Lagu, peserta pertandingan akhir disaring daripada juara bulanan. Pada peringkat awal penganjuran juga, orang awam turut membuat pencalonan dan pemilihan menerusi akhbar harian tempatan. Sehingga tahun 1991, setiap juara bulanan layak disaringkan ke peringkat akhir. Mulai tahun 1992, format Juara Lagu telah diubah dengan memperkenalkan kategori dengan tujuan menggalakkan penyertaan daripada genre seperti irama tradisional dan balada kerana genre rock yang banyak mendominasi ketika itu.
Perubahan secara tetap telah dilakukan ke atas format rancangan hinggalah sistem carta mingguan. Carta 20 diperkenalkan seperti digunakan oleh Muzik Muzik sekarang. Format carta ini memberi peluang kepada lagu-lagu baru untuk memasuki carta pada setiap minggu. Lagu-lagu yang berjaya disaringkan akan dibawa ke peringkat separuh akhir untuk memilih 12 buah lagu yang akan dipertandingkan ke peringkat akhir untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu". Pada tahun 2009, pertandingan mengikut kategori dimansuhkan kerana kekurangan penyertaan yang amat kritikal daripada lagu-lagu berunsurkan irama tradisional dan etnik kreatif.
Anugerah Juara Lagu diadakan sama ada pada hujung tahun tersebut atau pada awal tahun berikutannya. Lokasi AJL yang menjadi gelanggang kepada artis dan penggubah tanah air beradu bakat pernah diadakan di Dewan San Choo di Wisma MCA; Auditorium Besar Angkasapuri RTM, Sri Pentas Dua, Dewan Bandaraya Shah Alam, Dewan Merdeka, PWTC, Stadium Malawati Shah Alam, Axiata Arena dan Stadium Putra Bukit Jalil.
Juara Lagu juga pernah menjemput juri-juri profesional tempatan dan antarabangsa terutama dari rantau Melayu seperti Singapura, Indonesia, Filipina dan Jepun untuk mengadili pertandingan akhir. Penilaian tertumpu kepada melodi, lirik dan persembahan artis.
- 1986 - "Juara Lagu kali pertama dianjurkan"
- 1986 - "Piala AJL versi asal berbentuk klef treble diperkenalkan dan dihadiahkan dalam bentuk kotak kaca"
- 1988 - "Juara Lagu ditayangkan di beberapa negara Asia melalui kerjasama televisyen (Jepun, Indonesia dan Filipina)
- 1992 - "Sistem pengasingan kategori mengikut genre diperkenalkan tanpa anugerah Persembahan Terbaik. Kategori Terbuka dimansuhkan. Berlaku gangguan siaran langsung selama 13 minit, dan TV3 terpaksa menggantikan siaran dengan persembahan konsert penyanyi antarabangsa Sting [1]"
- 1993 - "Penjenamaan semula kategori daripada Pop Kreatif kepada Balada, Rock kepada Pop Rock; manakala penyertaan lagu klasik gubahan semula dimansuhkan"
- 1994 - "Juara Lagu pertama kali diadakan tanpa iringan pemuzik; juri undangan"
- 1995 - "Penglibatan juri awam dari 4 lokasi seluruh negara"
- 1995 - "Piala AJL diubahsuai dengan mengecilkan simbol klef treble dan melebarkan tapak. Ia mendapat reaksi negatif penonton"
- 1996 - "Piala AJL versi moden diperkenalkan; digunakan hingga kini. Pemuzik iringan ditampilkan semula"
- 1996 - "Penganjuran AJL mendapat sedikit gangguan kerana siaran berita terkini tragedi ribut Greg yang sedang berlaku di negeri Sabah pada malam peristiwa"
- 1997 - "Logo Juara Lagu versi moden diperkenalkan, digunakan hingga kini"
- 1998 - "Juara Lagu diadakan tanpa iringan pemuzik, tanpa penaja utama dan bersiaran dari studio ekoran kegawatan ekonomi"
- 1999 - "Muzik montaj Muzik Muzik/Juara Lagu diperkenalkan semua; kerjasama pertama AJL bersama pengarah muzik Ramli M. S."
- 2000 - "AJL mula bersiaran melalui platform digital (streaming) dan radio"
- 2001 - "Sistem undian sistem pesanan ringkas (SMS) diperkenalkan untuk penjurian awam sebanyak 70%. Juara Lagu diadakan tanpa pemuzik"
- 2002 - "Juara Lagu dijenamakan sebagai Anugerah Juara Lagu"
- 2002 - "Krisis penjurian berlaku melibatkan pemilihan lagu juara dan percanggahan pendapat di antara barisan juri"
- 2004 - "Anugerah Juara Lagu mula bersiaran dari Stadium Putra (Axiata Arena)"
- 2006 - "Krisis penjurian berlaku melibatkan pemilihan lagu finalis di peringkat separuh akhir Irama Malaysia. Komposer M. Nasir yang kecewa dengan penjurian hampir menarik diri daripada mempertandingkan lagu nyanyiannya di kategori Pop Rock. Beberapa bantahan juga dibuat oleh penggiat muzik R&B berkenaan penjurian separuh akhir Pop Rock"
- 2007 - "Kuota penyertaan mengikut kategori diubahsuai bagi memasukkan lagu yang lebih banyak daripada genre popular"
- 2008 - "Penyertaan pertama lagu secara Wildcard - "Dingin" (Azlan Abu Hassan)"
- 2009 - "Kategori Terbuka kembali diperkenalkan setelah pengasingan mengikut genre dimansuhkan"
- 2010 - "Krisis penjurian berlaku melibatkan pemilihan lagu juara dan percanggahan pendapat di antara barisan juri"
- 2011 - "Anugerah Juara Lagu mencipta rekod penontonan secara langsung tertinggi dalam sejarah siaran hiburan televisyen iaitu sebanyak 6.5juta penonton"
- 2016 - "Undian dalam talian diperkenalkan untuk penjurian awam, menggantikan sistem pesanan ringkas (SMS)"
- 2017 - "Piala AJL diberi sentuhan fesyen apabila dibaluti dengan permata swarovski mengikut warna emas, perak dan gangsa. Ia hanya diadakan pada edisi ini dan tidak mendapat reakti positif daripada penonton"
- 2019 - "Dua persembahan peserta diharamkan daripada tayangan digital setelah penampilan secara langsung menampilkan elemen yang tidak dibenarkan"
- 2020 - "Krisis penjurian berlaku melibatkan pemilihan lagu finalis di peringkat separuh akhir. Keputusan juri disifatkan berat sebelah, dan mendapat bantahan ramai artis-artis senior"
- 2020 - "Anugerah Juara Lagu berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan Darurat 2021; diadakan pertama kali tanpa penonton di dewan acara. Perakuan akujanji peserta untuk mengikuti syarat persembahan yang dipiawaikan diperkenalkan"
- 2021 - "Pemenang anugerah utara AJL36, Sekumpulan Orang Gila, Shila Amzah dan penulis lirik Fadzlena Hishamuddin dikompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang kerana didapati melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan ketika naik ke pentas menerima piala AJL"
- 2021 - "Piala AJL ditambahbaik dengan tapak yang lebih tebal dan tinggi. Ia mendapat reaksi positif penonton "
- 2023 - "Biduan Datuk Jamal Abdillah bertindak menarik diri daripada membuat persembahan di pentas akhir dengan protes berkenaan acara AJL yang mendapat tajaan yang besar dan membuat penjualan tiket kepada penonton tetapi artis tidak diberikan imbuhan berbentuk bayaran untuk bertanding"
Senarai Penganjuran
suntingTahun/Edisi | Tarikh | Tempat | Penerbit/Penerbit Eksekutif | Pengacara ( bertanda '§') dan pembantu acara | Pengarah Muzik | Ketua Juri | Tema | Penaja Utama | Penontonan (Rating) |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
AJL1 1986 |
30 Disember 1986 | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Frank Tian | Zainal Abas § Habibah Yusof§ |
Ooi Eow Jin | Johari Salleh | "Malam Penentuan" | Dynamo (Colgate-Palmolive) / Mesiniaga | 2.0 juta (12.5%) |
AJL2 1987 |
20 Disember 1987 | Mokhtar Abu Bakar | Karim Muhammad § Noorkumalasari § |
— | Player's Gold Leaf | 2.4 juta (14%) | |||
AJL3 1988 |
23 Disember 1988 | ND Lala § Charmaine Agustine § |
— | Panasonic | 2.8 juta (16.2%) | ||||
AJL4 1989 |
30 Disember 1989 | Mohd Asri Zulkifli Frank Tian |
Azwan Ali § Charmaine Agustine § Suliza Salam |
Muzik Malaysia ke Persada Dunia | 3.0 juta (16.9%) | ||||
AJL5 1990 |
30 Disember 1990 | Tan Guat Eyu | Azwan Ali § Charmaine Agustine § Ferry Anugerah Makmur |
Ahmad Merican | — | Sharp | 3.1 juta (17.1%) | ||
AJL6 1991 |
29 Disember 1991 | Mokhtar Abu Bakar | Azwan Ali § Melissa Saila Intan Rozila |
— | 2.8 juta (15.1%)[2] | ||||
AJL7 1992 |
20 Disember 1992 | Dewan San Choo, Wisma MCA, Kuala Lumpur | Nik Ramzi Nik Hassan | Azwan Ali § Haleeda Mazlin Rina Khan Wohnen |
— | Panasonic | 2.6 juta (13.65%) [3] | ||
AJL8 1993 |
19 Disember 1993 | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Mohd Asri Zulkifli | Azwan Ali § Fauziah Ahmad Daud § Aznil Nawawi § |
Purnama Booty | Ahmad Nawab | Muzik Sensasi | Biore (Kao Marketing) | 3.0 juta (15.3%) |
AJL9 1994 |
16 Disember 1994 | Nik Ramzi Nik Hassan | Azwan Ali § Salih Yaacob § Sharifah Haslinda § Jayamani Kandasamy Mazlan Pet Pet Shamsul Ghau Ghau |
Minus One (Tiada Orkestra) | Wah Idris | Kegemilangan Muzik Malaysia | — | 3.1 juta (15.4%) | |
AJL10 1995 |
Disember 1995 | Tan Guat Eyu | Azwan Ali § Fauziah Ahmad Daud § Shamsul Ghau Ghau Iwan Dasri Maya Ruslee Mamat Azie Shajiry Dameri |
Ooi Eow Jin | 10 Tahun | Telekom Malaysia | 3.0 juta (14.49%) [4] | ||
AJL11 1996 |
28 Disember 1996 | Azwan Ali | Salih Yaacob § Fauziah Ahmad Daud § |
Anuar Dahalan | Sejuta Wajah | Malakoff | 3.2 juta (15.09%) | ||
AJL12 1997 |
27 Disember 1997 | Khalid Ahmad Rasidah Karim |
Shamsul Ghau Ghau § Anne Hamid § |
Aznul Haidi | Muzik Malaysia ke Era Multimedia | MIMOS (MSC Malaysia) | 3.5 juta (16.05%) | ||
AJL13 1998 |
6 Disember 1998 | Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam | Kamarul Zamli Ramly | Minus One (Tiada Orkestra) | — | — | 2.5 juta (11.21%) | ||
AJL14 1999 |
5 Disember 1999 | Auditorium MBSA, Shah Alam | Khalijah Mohammed | Kelvin Ong § Normala Samsudin § |
Aznul Haidi | Wah Idris | Muzik Alaf Baru | KFC | 3.8 juta (16.59%) |
AJL15 2000 |
19 November 2000 | Hemanathan Paul Ismadi Ismail |
Aidiel Abdul Ghaffar § Zalina Azman § Intan Suraya |
Ramli M.S. | Johari Salleh | Andai Dipisah Lagu dan Irama... [5] | MIMOS | 3.2 juta (13.61%) | |
AJL16 2001 |
30 Disember 2001 | Muhamad Sufian Isa Micheal Christian Simon |
Aidiel Abdul Ghaffar § Zalina Azman § |
Minus One (Tiada Orkestra) | Terbaik Dari Malaysia Ke Pentas Dunia [6] | TIME | 3.8 juta (15.83%) [7] | ||
AJL17 2002 |
12 Januari 2003 | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Ismadi Ismail | Ary Malik § Intan Suraya § |
Ramli M.S. | Panorama Muzik | 3.6 juta (14.69%) [8] | ||
AJL18 2003 |
28 Disember 2003 | Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur | Kama Azman | Aznil Nawawi § Sarimah Ibrahim § |
Ooi Eow Jin | Sure Hebat (Geometri) | 4.4 juta (17.6%) [9] | ||
AJL19 2004 |
16 Januari 2005 | Rasidah Karim Muhamad Sufian Isa |
Najip Ali § Sarimah Ibrahim § Cheryl Samad |
Farihin Abdul Fatah | Simfoni Alam, Sejuta Ilham [10] | L'oreal Paris | 4.0 juta (15.68%) | ||
AJL20 2005 |
5 Februari 2006 | Nurhul Huda Khalid | Cheryl Samad § Ally Iskandar Farah Fauzana Amy Mastura Ezlynn |
Evolusi Muzik Berterusan [11] | 4.2 juta (16.15%) | ||||
AJL21 2006 |
21 Januari 2007 | Tengku Sahilawaty Tengku Jehori | Cheryl Samad § Ally Iskandar § Farah Fauzana |
Azhar Borhan | Rentak Kita Rentak Dunia [12] | 4.19 juta (15.81%) | |||
AJL22 2007 |
27 Januari 2008 | Cheryl Samad § Ally Iskandar § Farah Fauzana § Faizal Ismail § |
Keajaiban Muzik [13] | 4.7 juta (17.34%) | |||||
AJL23 2008 |
18 Januari 2009 | Roslina Abdul Rahman | Cheryl Samad § Ally Iskandar § Faizal Ismail § |
Azmeer | Iluminasi Muzik [14] | STAGE Cosmetics | 4.5 juta (16.3%) [15] | ||
AJL24 2009 |
10 Januari 2010 | Ahmad Shaifullizam Arshad | Cheryl Samad § Ally Iskandar § Faizal Ismail § Adriefaidz Adzlan |
Fauzi Marzuki | Music Unfolds [16] | Maxis (Hotlink) | 5.0 juta (17.79%) | ||
AJL25 2010 |
9 Januari 2011 | Cheryl Samad § Ally Iskandar § Faizal Ismail § Adzriefaidz Adzlan |
M. Nasir | Pemetaan Muzik [17] | 4.2 juta (14.68%) [18] | ||||
AJL26 2011 |
29 Januari 2012 | Nurhul Huda Khalid | Cheryl Samad § Faizal Ismail § Adzriefaidz Adzlan |
Azmeer | Alunan Muzik Bergelora [19] | Celcom (X-Pax) | 6.5 juta (22.33%) | ||
AJL27 2012 |
6 Januari 2013 | Hamsiah Biri Tengku Sahilawaty Tengku Jehori |
Cheryl Samad § Faizal Ismail § |
Ekspresi Seni [20] | 6.0 juta (20.3%) | ||||
AJL28 2013 |
26 Januari 2014 | Azman Abdul Ghaffar Zaini Saidi |
AG Selamat § Scha Al-Yahya § Hunny Madu |
Game On! [21] | 6.0 juta (19.86%) | ||||
AJL29 2014 |
18 Januari 2015 | Nurhul Huda Khalid | AG Selamat § Scha Al-Yahya § Juliana Evans |
Gema Dalam Muzik [22] | Vida Beauty | 6.0 juta (19.54%) | |||
AJL30 2015 |
24 Januari 2016 | Stadium Malawati, Shah Alam | AG Selamat § Farah Fauzana § Juliana Evans |
3 Dekad Mencipta Fenomena [23] | 6.2 juta (19.87%) | ||||
AJL31 2016 |
22 Januari 2017 | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur |
Farah Fauzana § Fizie Hot FM § Awal Ashaari § Sarimah Ibrahim § Hefny Sahad Liza Khairuddin Liza Abdullah |
Cerita Dalam Lagu [24] | Honda, Samsung Galaxy & CJ Wow Shop | 6.0 juta (18.98%) | |||
AJL32 2017 |
11 Februari 2018 | Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur | Alif Satar § Sherry Alhadad § Zulin Aziz |
Aubrey Suwito | Fesyen dan Muzik [25] | Nivea Samsung |
6.1 juta (19.06%) | ||
AJL33 2018 |
3 Februari 2019 | Hamsiah Biri | Alif Satar § Sherry Alhadad § Haziq Hussni Nabila Razali Ismail Izzani |
Supernova [26] | Samsung Galaxy KFC |
6.2 juta (19.13%) | |||
AJL34 2019 |
9 Februari 2020 | Nurhul Huda Khalid Roslina Abdul Rahman |
Haziq Hussni § Sherry Alhadad § Awal Ashaari § Hefny Sahad Ain Edruce Shuk Sahar Sean Lee |
Ajai | Warna Warna Suara [27] | McDonald's Celcom Setel |
6 juta (18.46%) | ||
AJL35 2020 |
14 Mac 2021 | Auditorium MBSA, Shah Alam Dibawah peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21 bagi mengelakkan penularan wabak pandemik COVID-19 |
Nurhul Huda Khalid Aeizul Reeza Ismail |
Haziq Hussni § Sherry Alhadad § Awal Ashaari § Hefny Sahad Neeta Manis Muaz Mohamed Sissy Imann |
Datuk Mokhzani Ismail | Baik Semula (Covid PSA) [28] | McDonald's Celcom X Pax Sabella |
5.6 juta (17.28%) | |
AJL36 2021 |
6 Mac 2022 | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Dibawah peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-21 bagi mengelakkan penularan wabak pandemik COVID-19 |
Jamil Hassan Mohd Hanafi Mohd Sani |
Alif Satar § Nabila Huda § Sean Lee Sissy Imann |
Dato Ramli M.S. | Spektrum Warna [29] | Noir Health & Beauty Oppo |
5.0 juta (15.33%) | |
AJL37 |
12 Februari 2023 | Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur |
Sherry Alhadad § Jihan Muse § Muaz Mohamed Fiza Frizzy Imran Aqil Nadia Hasnan |
Dimensi Muzik [30] | Alha Alfa Cosmetics | 5.4 juta (16.5%) | |||
AJL38 |
3 Mac 2024 | Russell Mark Rodrigues | Sherry Alhadad § Alif Satar § Fizi Ali Fiza Frizzy Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil (Alha Alfa) |
Genervie Kam | Muzikaverse [31] | Alha Alfa Cosmetics | 6.4 juta (19.39%) [32] |
Statistik Penganjuran
sunting
Lokasi
Penaja
Pengarah Muzik
Pengacara Utama
Penerbit
Ketua Juri
Penontonan Tertinggi
Penontonan Terendah
Pengacara Majlissunting
|
Penjurian
suntingUntuk senarai penuh jemaah juri Anugerah Juara Lagu, sila lihat senarai jemaah juri Anugerah Juara Lagu
Pertandingan ini bermula dari peringkat undian popular mingguan di dalam program Muzik Muzik di mana undian dibuat oleh penonton melalui borang akhbar (1986-2002) dan undian atas talian (2003-kini). Pemarkahan terkumpul akan menentukan 30 buah lagu yang akan bertanding di peringat Separuh Akhir. Pada peringkat ini lagu-lagu yang akan mara ke peringkat akhir akan dinilai oleh juri profesional yang dilantik daripada komposer dan pengarah muzik.
Anugerah Juara Lagu menggunakan kaedah penjurian secara profesional dimana sekumpulan penggiat seni muzik dari pelbagai latar belakang dikumpulkan untuk menilai kualiti lagu yang mara ke peringkat akhir bagi menobatkan lagu juara, naib juara, tempat ketiga dan juara kategori (1992-2008). Pada malam anugerah, pemarkahan persembahan vokal dan persembahan pentas akan digabungkan bagi menentukan kejuaraan. Pemarkahan vokal terletak 100% di tangan juri, manakala persembahan pentas ditentukan sama ada menerusi undian peminat (undian akhbar, telefon, SMS, atas talian) ataupun digabung/ditentukan oleh juri profesional.
Untuk senarai penuh penyertaan, sila lihat senarai lagu-lagu yang pernah bertanding di Anugerah Juara Lagu
|
|
|
Petunjuk:
Tajuk = Tajuk lagu
Gubahan = Pencipta/Penggubah lagu
Lirik = Penulis lirik
Artis = Penyanyi
Album = Album yang menerbitkan lagu tersebut
Mulai 1993, Anugerah Industri Muzik mempertandingkan anugerah lagu terbaik, dan berikut ialah penanda perbandingan keputusan;
† = Lagu yang memenangi Lagu Terbaik AIM
†S = Lagu yang memenangi mana-mana Lagu Kategori Terbaik AIM
‡ = Lagu yang dicalonkan sebagai Lagu Terbaik / mana-mana lagu kategori terbaik AIM
‡S = Lagu yang dicalonkan dalam mana-mana lagu kategori terbaik AIM
Jika diukur menerusi pertandingan menerusi album, berikut ialah penandanya;
†C = Album yang memenangi mana-mana Album Kategori Terbaik AIM
†K = Album yang memenangi Album Terbaik Keseluruhan AIM
‡C = Album yang dicalonkan dalam mana-mana album kategori terbaik AIM
‡K = Album yang dicalonkan sebagai Album Terbaik Keseluruhan AIM
Juara-juara Kategori
suntingKetika mula dianjurkan pada 1986, AJL mempertandingkan kategori terbuka untuk semua genre lagu. Bagaimanapun, dari AJL yang ke 7 (1992) hingga AJL 23 (2008), penganjurkan membuka tiga kategori yang disusun mengikut genre lagu. Kategori berkenaan ialah balada, pop rock serta irama malaysia etnik kreatif. Pembukaan kategori ini antara lain untuk memastikan genre muzik tradisional turut sama bersaing dengan lagu-lagu pop masakini. Pertandingan melalui kategori dimansuhkan pada tahun 2009 ekoran kekurangan penyertaan daripada lagu-lagu berirama tradisional.
Kategori Khas
suntingLain-lain Anugerah
sunting- 1995: Anugerah Penyertaan Terbanyak (Penyanyi): Rohana Jalil
- 1995: Anugerah Penyertaan Terbanyak (Komposer): M. Nasir
- 2009: Anugerah Penyanyi Popular: Stacy — "Pakai Buang"
- 2009: Lagu Paling Banyak Dimuat Turun (Hotlink): Akim — "Bengang"
- 2011: Anugerah Juara Mobile Celcom: Anuar Zain — "Sedetik Lebih"
- 2012: Anugerah Juara Mobile Celcom: Hafiz Suip dan Adira Suhaimi — "Ombak Rindu"
- 2013: Anugerah Juara Mobile Celcom: Hafiz Suip — "Bahagiamu Deritaku"
- 2015: Anugerah Qu Diva AJL: Siti Nurhaliza — "Cindai"
- 2017: Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung: Khai Bahar — "Bayang"
- 2019: Anugerah Pilihan Peminat Setel: Haqiem Rusli — "Lembah Kesepian"
- 2021: Anugerah Penyanyi Pilihan Popular Oppo AJL: Aina Abdul dan Khai Bahar — "Nafas Cinta"
- 2022: Anugerah Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa: Khai Bahar — "Sengsara"
- 2023: Anugerah Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa: Aina Abdul — "Jangan Mati Rasa Itu"
Rujukan
sunting- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3625769/power-cut-during-live-telecast
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3094458/tiga-penonton-terima-hadiah
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/323516/pop-balada-jadi-pilihan
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3140028/konsep-baru-juara-lagu-95
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/1978564/segmen-legenda-cuit-hati-penonton
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/3550163/debaran-juara-lagu-2001
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2439523/juara-lagu-2001-tv3-hebat
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2334392/peminat-senario-999-meningkat
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2341742/tv3-rai-pemenang-anugerah-juara-lagu-2003
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2362744/ramai-artis-tak-ikut-tema-ajl-19
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2266860/logo-ajl-20-simbol-peredaran-zaman
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/2324393/lagu-terbaik-diketahui-esok
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/4243708/ajl22-biar-melekat-dalam-hati-penonton
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/4524727/mencari-tafsir-erti-lagu-terbaik
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/4475312/markah-lagu-untukmu-memang-selesa
- ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2009/12/17/ajl24-music-unfolds-rai-era-muzik-60an-70an-80an-dan-2000
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/5019014/persiapan-paling-gah-ajl25
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/5049721/hampir-cecah-5-juta
- ^ https://www.klik.com.my/item/story/5145783/elemen-air-tema-ajl-26
- ^ https://ohbulan.com/teman-pengganti-menang-persembahan-terbaik-ajl-27-kerana-populariti/
- ^ https://www.yahoo.com/news/ajl-28-tampil-dengan-tema-39-game-39-041700474.html?guccounter=1&guce_referrer=aHR0cHM6Ly93d3cuZ29vZ2xlLmNvbS8&guce_referrer_sig=AQAAAKmhuxQA79sit_Js9CgI6hwC9yLd6j7-MLHSKo0FD7vEDm_TsvwmxMuor2ZLUCrQj2baLAbYkU3m93p4WJakBtdEnnek3JJCu-pdE45kyd6MqsVFeEGzws7qkitvGRzoC0-TT2k7q9nWxek8s8QKq3clHjp-44mzNOVC-6wGz5Fd
- ^ https://putih14.rssing.com/chan-26137461/article2769.html
- ^ https://www.facebook.com/hotfm976/posts/anugerah-juara-lagu-ke-30-ajl30-memilih-konsep-kegemilangan-dan-kemeriahan-30-ta/10153924098034271/
- ^ https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2016/12/07/ajl31-hos-tema
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/lain-lain/2018/01/376811/fesyen-dan-muzik-tema-ajl-32
- ^ https://www.facebook.com/BuletinTV9/videos/ajl-33-fesyen-dengan-tema-supernova/742816546118196/?locale=ms_MY
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/lain-lain/2020/01/645403/warna-warna-suara-tema-ajl34
- ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2021/01/662921/ajl35-tukar-lokasi
- ^ https://www.hmetro.com.my/rap/2022/02/809891/ajl36-berlangsung-6-mac-depan
- ^ https://www.xtra.com.my/hiburan/di-sebalik-dimensi-muzik-anugerah-juara-lagu-ke-37/
- ^ https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/02/1208901/ajl-38-paling-ikonik-angkat-tema-muzikaverse
- ^ https://www.facebook.com/share/ChRx6bveqJhmGX9W/?mibextid=oFDknk