Anugerah Juara Lagu1991 (Juara Lagu '91) merupakan pertandingan yang menampilkan lagu juara bulanan muzik-muzik yang dipertandingkan untuk dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi tahun 1991. Anugerah Juara Lagu 1991 telah berlangsung pada 29 Disember1991 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur. Siaran tersebut ditayangkan secara langsung melalui TV3 dan ditaja oleh SHARP. Seramai 3 orang artis solo dan 8 kumpulan rock telah berentap mempertaruhkan lagu dari penggubah masing-masing. Pada tahun ini, tema rock dipertaruhkan hampir kesemua peserta. Seramai 3 orang pengacara telah bergabung tenaga untuk mengacarakan rancangan ini iaitu Azwan Ali, Melissa Saila dan Intan Rozila. Pengacaraan mereka disampaikan dengan sebuah cerita yang menggunakan tajuk lagu yang dipertandingkan sebagai jalan cerita.
Muzik Tema AJL bertukar rentak menjadi lebih kearah Muzik Pop Rock kerana kesemua lagu yang layak ke AJL kali ini berunsurkan rentak Rock.
Edisi kali ini menampilkan 3 Pengacara, Azwan Ali & Melissa Saila sebagai Pengacara Utama & Intan Rozila sebagai pembantu pengacara.
Ini kali kedua pengacara utama duduk bermeja mengacara AJL, dengan pengacara membuat "Story-telling" atau cerita dalam lagu.
Edisi kali ini juga menampikan sekali lagi dominasi Kumpulan Rock dengan penyertaan terbanyak dalam sejarah AJL dengan seramai 8 kumpulan, diterajui oleh pemenang AJL 6, Kumpulan Mega, diikuti Kumpulan Kris, Kumpulan Damasutra, Kumpulan Dinamik, Kumpulan Massa, Kumpulan Blackrose, Kumpulan Laksamana & Kumpulan Olan.
Hanya 3 artis solo, iaitu Hattan diiringi Kumpulan Double Trouble, 2 penyanyi wanita, Ella & Shima, dapat menyertai AJL kali ini.
Terdapat kritikan hebat oleh peminat muzik rock sendiri terhadap beberapa kumpulan rock yang menyertai AJL kali ini, seperti kritikan terhadap mutu persembahan & vokal Kumpulan Blackrose & Kumpulan Massa yang agak tidak memuaskan pada malam tersebut.
Semasa di awal persembahan Kumpulan Damasutra, mikrofon tidak berfungsi, namun ianya tidak menjejaskan kualiti nyanyian penyanyi kumpulan tersebut (Bagio) bertindak profesional dengan meneruskan nyanyian sehingga pihak produksi segera menggantikan mikrofon baru lalu mendapat tempat ke-2 persembahan terbaik.
Tirai Juara Lagu 1991 telah dibuka dengan Aishah iaitu pemenang Juara Lagu tahun sebelumnya dengan nyanyian lagu Seloka Rindu serta diiringi tarian berwarna-warni oleh Penari-penari "Dewi Kasturi Dance Troupe"
Bagi persembahan selingan ketika penjurian dijalankan, menampilkan persembahan nyanyian lagu asli dendangan Abdullah Chik, Liza Aziz dan Ruhil. Konsep menyanyikan lagu asli diadakan untuk memperingatkan rentak lagu Irama Malaysia yang seakan-akan hilang dengan irama rock serta untuk secara tidak langsung memperkenalkan kategori Irama Malaysia dalam siri Juara Lagu akan datang.