Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur

(Dilencongkan dari PWTC)

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (PWTC; bahasa Inggeris: Pusat Dagangan Dunia Putra), ialah pusat konvensyen dan pameran di, Kuala Lumpur, Malaysia. Tempat ini berkeluasan lebih 1.70 juta kaki persegi dengan 235,000 kaki persegi ruang pameran.[1]

Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur
Map
Nama alternatifWorld Trade Centre Kuala Lumpur
Maklumat umum
StatusSiap
JenisPusat konvensyen dan pejabat
LokasiJalan Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur, Malaysia
Pembinaan bermula1981
Disiapkan pada
1984
Pembukaan26 September 1985
Pemilik[3]
PengurusanPutrade Property Management Sdn Bhd
Butiran teknikal
Keluasan tingkat
1.70 juta kaki²[1]
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekDatuk Dr. Ikmal Hisham Albakri[2]
Papan tanda nama Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur
Dalaman Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur

Ia adalah pusat konvensyen bersejarah Malaysia dan tempat pilihan untuk konvensyen tempatan dan antarabangsa, konsert, perkahwinan, termasuk acara kecil seperti seminar, latihan dan mesyuarat.

Pembinaan dimulakan pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1984. Bangunan ini telah dibuka secara rasmi pada 26 September 1985. Sebelum PWTC, kawasan tersebut merupakan tempat diadakan Perhimpunan Agung UMNO tahunan yang pertama dan seterusnya.

Bangunan ini juga digunakan untuk Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa setiap tahun, sejak ia dipindahkan dari Stadium Merdeka pada tahun 1985.

Latar belakang sunting

 
Menara Dato' Onn, Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra

Asalnya bangunan 42 tingkat ini dinamakan Bangunan Tunku Abdul Rahman dan Menara Dato’ Onn sempena memperingati kedua-dua bekas Presiden UMNO. Bangunan ini menggabungkan ciri-ciri moden dengan budaya tradisi Melayu.

Sejarah sunting

Cadangan pembinaan PWTC bermula pada 1971, semasa Perhimpunan Agong UMNO bersetuju untuk membina sebuah bangunan tetap sebagai ibu pejabat UMNO menggantikan premis sedia ada ketika itu di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Projek ini kemudian dipengerusikan oleh Presiden UMNO ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein. Sebuah tabung khas telah ditubuhkan bagi menampung kewangan projek tersebut.

Pada tahun 1972, UMNO telah membeli 4 hektar tanah di Jalan Tun Ismail. Menerusi tabung khas yang diwujudkan, sebanyak RM3 juta telah berjaya dikumpulkan dari bahagian UMNO dan juga individu.

Pada tahun 1979, Majlis Tertinggi UMNO telah meluluskan rekabentuk PWTC. Kemudian Mahathir Mohamad telah mengambil alih jawatan pengerusi daripada Tengku Razaleigh. Kemudian, kerja-kerja pembinaan PWTC telah dimulakan ketika itu kemelesetan ekonomi.

Pada tahun 1985, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur telah dinamakan Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Center) (PWTC) sempena nama Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

Peristiwa penting sunting

Kontroversi sunting

Pembiayaan PWTC sunting

Barry Wain di dalam bukunya bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.

Penulis, yang merujuk maklumat tersebut kepada wawancara pada 2007 dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata bank-bank berkenaan telah melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul.

Menurut Wain, harga siap sepenuhnya PWTC ialah RM360 juta. Jumlah yang dibiayai melalui pinjaman ialah RM199.5 juta dari bank milik kerajaan, Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan RM64.9 juta dari Malayan Banking Bhd. laporan akauntan tersebut menyatakan bahawa sehingga Mac 1989, syarikat yang dilantik oleh Umno untuk membina bangunan itu, Khidmat Bersatu Sdn Bhd, hanya membayar faedah sebanyak RM51,570. [4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Putra World Trade Centre (PWTC)". Time Out Kuala Lumpur. 23 April 2014. Dicapai pada 19 October 2018.
  2. ^ "PWTC architect dies at 75". The Star. 15 January 2006. Dicapai pada 19 October 2018.
  3. ^ "PWTC, nilai sentimental Ku Li". Harian Metro (dalam bahasa Malay). 30 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-19. Dicapai pada 19 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Siapa biayai PWTC? ANDALAH - buku Barry Wain", Malaysiakini.com. 16 Januari 2010.

Pautan luar sunting

Koordinat: 3°10′4.96″N 101°41′29.78″E / 3.1680444°N 101.6916056°E / 3.1680444; 101.6916056