Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Majlis Kerja Tertinggi UMNO[1] (sebelum ini Majlis Tertinggi UMNO) ialah sebuah badan eksekutif bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Ia menjalankan pentadbiran hal ehwal parti bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung UMNO dan berkuasa menjalankan sebarang tindakan mewakili Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya, namun segala tindakan itu hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung[2].
Majlis Kerja Tertinggi UMNO | |
---|---|
![]() | |
Singkatan | MKT UMNO |
Ibu pejabat | Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. |
Pengerusi | Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi |
Organisasi utama | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |
Bermula tahun 2018, UMNO memutuskan Majlis Tertinggi (MT) dikenali sebagai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang turut memikul tugas yang lebih dan menumpukan aspek tertentu dalam pengurusan parti[3].
KeanggotaanSunting
Majlis Kerja Tertinggi UMNO terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, enam orang Naib Presiden termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri; Setiausaha Agung; Bendahari; Ketua Penerangan; tidak lebih daripada dua puluh lima (25) orang yang dipilih oleh Perhimpunan Agung; dan tidak lebih daripada dua belas (12) orang yang dilantik oleh Presiden termasuk sekurang-kurangnya seorang dari Pergerakan Pemuda, seorang dari Pergerakan Wanita dan seorang dari Pergerakan Puteri.
SenaraiSunting
Pautan luarSunting
RujukanSunting
- ^ UMNO tukar MT jadi Majlis Kerja Tertinggi
- ^ Roslinda Hashim (7 Oktober 2020). "'Muktamadkan dalam Perhimpunan Agung'". Sinar Harian. Dicapai pada 5 November 2021.
- ^ Rohaniza Idris (30 Julai 2018). "UMNO tukar MT jadi Majlis Kerja Tertinggi". Berita Harian. Dicapai pada 5 November 2021.