Puteri UMNO merupakan sayap paling bongsu dalam UMNO yang ditubuhkan bagi mewakili golongan belia wanita Melayu dan Bumiputera dan juga sebagai pelapis kepada Wanita UMNO apabila mencapai had umur wanita dalam organisasi parti. Ia telah diilhamkan oleh Naib Presiden UMNO ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menarik minat dari kalangan wanita muda untuk menceburi bidang politik seperti mana Nurul Izzah Anwar ketika itu.

Pergerakan Puteri UMNO
ڤرݢرقن ڤوتري امنو
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan3 Ogos 2001; 22 tahun yang lalu (2001-08-03)
Pengurusan
Ketua PuteriNurul Amal Mohd Fauzi
Naib KetuaSiti Sokhleha Nordin
Organisasi utamaPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
GabunganPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatMenara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketua Pergerakan Puteri UMNO sekarang ialah Nurul Amal Mohd Fauzi bagi penggal 2023-2026 yang menggantikan penyandang terdahulu iaitu Zahida Zarik Khan.

Sejarah sunting

Penubuhan Puteri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Tertinggi (MT) pada 10 Julai 2000, dan 16 Oktober tahun yang sama MT bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO sebagai sayap pergerakan, bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO.

Justeru, pada 9 April 2001, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, Dato’ Seri Azalina Othman telah dilantik menjadi Ketua Penaja. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.

Sayap bongsu pergerakan parti itu dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden UMNO pada, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ketua Puteri UMNO yang pertama ialah Dato’ Seri Azalina Othman, seorang peguam yang banyak terlibat dalam Biro Bantuan Guaman.

Dato’ Seri Azalina Othman pernah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dan pada tahun 2008 beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan. Sehingga kini beliau masih menjadi ahli Parlimen Pengerang dan Ketua UMNO Bahagian.

Ketua Puteri UMNO kedua, Datuk Noraini Ahmad, bekas graduan kewangan dari University of Saskatchewan, Kanada, pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dan menjadi ahli Parlimen Kota Tinggi.

Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menjadi Ketua Puteri UMNO yang ketiga. Beliau yang juga ahli Parlimen Papar pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan pada 2009. Kini, bekas graduan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya. Terkini, dalam arena politik, beliau memegang jawatan sebagai ahli MT UMNO dan juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Manakala bermula 2013, Ketua Puteri UMNO yang keempat pula disandang oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Anak jati Melaka ini berpendidikan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), merupakan ahli Parlimen Masjid Tanah dan menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelancongan.

Keahlian Puteri UMNO pada cadangan awalnya adalah kepada wanita bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun, tetapi setelah dibahaskan di dalam MT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun kecuali bagi Ketua Puteri UMNO Malaysia sehingga 40 tahun.

Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara berstatus bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO.

Peranan Puteri UMNO sangat bermakna kerana dapat menarik ramai golongan remaja untuk menyertai UMNO. Mereka dengan mudah dapat memberi kerjasama dalam pelbagai aktiviti di peringkat cawangan dan bahagian hinggalah ke pusat.

Senarai Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO sunting

Penjawat jawatan terkini sunting

Berikut senarai pemegang jawatan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Sesi 2023-2026 :

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Jawatan Nama Catatan
Pengerusi Tetap Farehah Wasli
Timbalan Pengerusi Tetap Zulikha Abdul Talib
Ketua Puteri Nurul Amal Mohd Fauzi
Naib Ketua Puteri Siti Sokhleha Nordin
Setiausaha Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani
Penolong Bendahari Hanis Hazwani Hazmin
Ketua Penerangan Shamellya Norazizi
Ahli Jawatankuasa Puteri
Dipilih Nurul Syifaa Mohd Ridzwan Goh
Engku Juliani Engku Mokhtar
Nooryana Najwa Mohammad Najib
Nik Zakirah Farhanis Zakimi Na Rahim
Nurfazreen Elyana Muhamad Zailan
Shaninah Sani @ Johor
Shahril Shamshunilani Mohd Shariff
Norshaidatul Akhmar Sharudin
Haryani Sukarman
Reena Awliyatul Imani Reezal Merican
Hasnor Hafiza Hussin
Dayang Nurazlin Nordin
Nor Zakiah Azmi
Nur Sabrina Sukardi
Raja Sara Raja Petra
Nurdiyana Musfirah Hadhri
Nor Akmal Muhammad
Nadhirah Afiqah Abdull Rahim
Nur Arina Kamarulzaman
Wan Nu-Rulhuda Wan Ikmal Hisham
Dilantik
Setiausaha Kerja

Senarai Ketua Puteri UMNO sunting

# Imej Ketua Puteri Tempoh mula Tempoh tamat
1   Azalina Othman Said 9 April 2001 25 September 2004
2   Noraini Ahmad 25 September 2004 26 Mac 2009
3   Rosnah Rashid Shirlin 26 Mac 2009 12 Oktober 2013
4   Mas Ermieyati Samsudin 12 Oktober 2013 25 Jun 2018
5   Zahida Zarik Khan 25 Jun 2018 11 Mac 2023
6   Nurul Amal Mohd Fauzi 12 Mac 2023 Kini

Lagu Puteri UMNO sunting

Lagu Puteri

Dengan berkat doa, hasrat ikhlas dijiwa
Kami berusaha dengan setia
Berikrar berjanji, bersatu, teguh hati
Pertahan kedaulatan bangsa merdeka

Kamilah Puteri pewaris bangsa dan negara
Rela untuk berkorban harta dan nyawa
Demi agama, bangsa dan negara
Puteri UMNO terus mara

Dengan bersemangat tabur bakti dan khidmat
Untuk rakyat di kota dan di desa
Hingga ke titisan darah yang terakhir
Rela berjuang demi maruah bangsa

Puteri UMNO akan tetap setia
Puteri UMNO akan terus mara

Bantahan Wanita UMNO sunting

Pada peringkat awal, penubuhan Puteri UMNO mendapat bantahan daripada Wanita UMNO kerana akan bertindan peranan. Sebenarnya Puteri UMNO setaraf dengan Pemuda UMNO . Sebagai langkah seimbang, Putera UMNO telah ditubuhkan bagi meremajakan UMNO.

Apabila Datuk Sri Rafidah Aziz dan ramai wanita UMNO tidak dilantik sebagai menteri pada Mac 2008 , keahlian Azalina menjadi tandatanya.

Had umur sunting

Semua anggota Puteri UMNO secara automatik didaftar sebagai anggota Wanita UMNO sebaik sahaja umur mereka melepasi had yang ditetapkan.Ahli yang telah melepasi had umur sebagai ahli Puteri secara automatik menjadi ahli Wanita. [1]

Rujukan sunting