Mas Ermieyati Samsudin

Yang Berhormat Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin (lahir 13 November 1976) merupakan ahli politik wanita Malaysia dari Ahli Parlimen P134 Masjid Tanah sejak Mei 2013 setelah memenanginya pada Pilihanraya Umum Ke-13. Beliau kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 10 Mac 2020. Beliau juga merupakan mantan Ketua Pergerakan PUTERI UMNO Malaysia setelah memenanginya pada Pemilihan UMNO 2013 dan merupakan Wanita pertama dari negeri Melaka yang terpilih sebagai Ahli Parlimen dari kalangan wanita.[2][3]


Mas Ermieyati Samsudin

DCSM, DMSM, DSM (Melaka);
ANS (Negeri Sembilan); BCM, PJK (Melaka); AP
MasErmieyatiSamsudin.jpg
Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri
Parlimen dan Undang-undang
Memegang jawatan
30 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
MenteriYang Berhormat Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi
Didahului olehShabudin Yahaya
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Masjid Tanah, Melaka
Memegang jawatan
6 Mei 2013
Didahului olehAbu Seman Yusop
Naib Ketua Srikandi BERSATU
Memegang jawatan
16 Ogos 2020
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
KetuaRina Mohd Harun
Didahului olehShamsilah Siru
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriLogo Perikatan Nasional.svg Bendera BERSATU.svg Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriYang Berhormat Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi
Didahului olehYang Berhormat Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli
Digantikan olehMuslimin Yahaya
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Didahului olehJames Dawos Mamit
Digantikan olehMuhammad Bakhtiar Wan Chik
Ketua Puteri UMNO
Dalam jawatan
12 Oktober 2013 – 24 Jun 2018
Didahului olehRosnah Rashid Shirlin
Digantikan olehZahida Zarik Khan
Butiran peribadi
LahirMas Ermieyati binti Samsudin
(1976-11-13) 13 November 1976 (umur 44)
Hospital Besar Melaka, Melaka, Malaysia
Parti politikUMNO (Malaysia).svg UMNO (sehingga 2018)
Bendera BERSATU.svg PPBM (2018-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional.png BN (sehingga 2018)
Pakatan Harapan Logo.svg PH (2018-2020)
Logo Perikatan Nasional.svg PN (2020-kini)
PasanganMohd. Helmy Abd. Talib
Anak-anakHaiqal, Hakim, Hafiy, Hasif & Eiman
IbuHajah Salbiah Ahmad
BapaHaji Samsudin Md Ali
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam
GajiRM41,681.65 sebulan[1]
Nilai bersihRM2.5 ke 5 juta[1]

Beliau diisytihar keluar dari UMNO pada 1 Julai 2018 dan menjadi ahli parlimen bebas.[4] Beliau diberitakan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada tahun 2019. Beliau merupakan Naib Ketua Srikandi Malaysia.

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 13 November 1976 di Hospital Besar Melaka dan merupakan anak kedua kepada pasangan Hjh Salbiah Ahmad dan Hj Samsudin Md Ali. Dibesarkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Methodist Girls School (2) Tengkera, Melaka dan Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah Melaka. Beliau kemudiannya mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (1989-1993 dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang dan Ijazah Undang-Undang di UKM, Bangi, Selangor. Beliau berkahwin dengan Mohd. Helmy Abd. Talib dan dikurniakan 5 cahaya mata iaitu Haiqal, Hakim, Hafiy, Hasif dan Iman.

Akedemik & Kelayakan ProfessionalSunting

Tahun Kursus Bidang Pengajian Universiti
1996 Sijil Matrikulasi dalam Undang-Undang Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM)

2000 Ijazah Sarjana Muda dalam Undang-Undang Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM)

2001 Peguambela dan Peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya Undang-undang Mahkamah Tinggi Malaya
2001 Peguam Syariah untuk Mahkamah Syariah di Melaka Undang-undang Mahkamah Syariah di Melaka
2019 Sarjana Pentadbiran Perniagaan Pentadbiran perniagaan Universiti Asia E Malaysia

KerjayaSunting

Selepas menamatkan pengajian Ijazah Undang-Undang di UKM, beliau memulakan kerjayanya sebagai peguambela dan peguamcara di firma guaman tetuan Khairul Latif & Associates dan tetuan Adillah A. Nordin. Pada tahun 2004, bersama dua orang rakan kongsi iaitu Mohd Khairul Nizam Abd Kadir dan Desmond Ho Chee Cheong, beliau membuka firma guamannya sendiri iaitu Tetuan Ermiey Nizam & Ho. Waktu yang sama minat kepada kerja kesukarelawan sudah sebati dengan jiwa. Sejak zaman sekolah dan seawal umur 15 tahun, beliau telah aktif dengan persatuan Gerakan Belia 4B MALAYSIA (GB4B). Kini beliau memegang jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi GB4B Malaysia.

PolitikSunting

Penglibatan awalSunting

Beliau menceburkan diri dalam politik secara serius sejak mula bergelar sebagai peguam sekitar 2001 semasa sayap UMNO yang ketiga iaitu PUTERI dipersetujui oleh Presiden UMNO untuk diwujudkan di seluruh negara maka waktu inilah beliau ditawarkan menduduki jawatankuasa penaja di bahagian Alor Gajah. Tahun 2003 beliau menjadi Ketua PUTERI UMNO Bahagian Alor Gajah dan Ketua PUTERI Negeri Melaka (persempadanan baru tahun 2004 bertukar ke Bahagian Masjid Tanah) selama 10 tahun sehingga 2013 dan dalam tempoh yang sama beliau juga merupakan EXCO PUTERI UMNO Malaysia.

Pilihan raya Umum 2013Sunting

Pada Pilihan raya Umum 2013 YB Datuk Wira Mas Ermieyati dipilih untuk mewakili Barisan Nasional bertanding kerusi Parlimen P134 Masjid Tanah dan memenanginya apabila menewaskan calon PAS iaitu Mohd Nasaie Bin Ismail. Beliau telah memperoleh 27,688 undi berbanding lawannya memperoleh 11,488 undi dan menang dengan majoriti sebanyak 16,200 undi. Beliau merupakan Wanita pertama Melaka yang terpilih sebagai Ahli Parlimen sehingga mewakili parlimen Malaysia ke luar negara sepert ke Brunei ke ‘34th General Assembly Of The ASEAN Inter Parliamentary Assembly (AIPA)’, ke Brussels, Belgium bagi ‘Women In Parliament Forum’. Sebagai Pemerhati ke ‘General Election’ di Cambodia bersama YB. Datuk Seri Shahidan Kassim, Dipilih oleh Parlimen Malaysia sebagai pengiring bagi lawatan kerja ke ‘The 4th Qatar International Businesswomen Forum St. Regis, Doha, Qatar and to Dubai,Uae’, Pada 2014 mewakili Parlimen Malaysia ke Tehran, Iran bagi ‘Iran for The 9th Parliamentary Union Of Oic Member States (Puic) Conference and Meetings’.

NGOSunting

YB Datuk Wira Mas Ermieyati merupakan seorang aktivis belia yang aktif. Di peringkat Negeri Melaka beliau merupakan Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Masjid Tanah dan Naib Pengerusi Wanita Gerakan Belia 4B (M) Negeri Melaka. Di peringkat Nasional beliau pernah menyandang jawatan Pengerusi Biro Kebudayaan Gerakan Belia 4B Malaysia, Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Gerakan Belia 4B Malaysia dan Timbalan Pengerusi Gerakwanis Gerakan Belia 4B Malaysia. Kini beliau menyandang jawatan Ahli Majlis KERJA Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia.

Jawatan DisandangSunting

Tahun Jawatan
2020 - kini Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia
2013 - kini Ahli Parlimen (MP) Masjid Tanah Melaka
2015 - 2018 Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
2006 - 2013 Setiausaha Khas (Perhubungan) kepada YAB Ketua Menteri Melaka

Jawatan PolitikSunting

Ahli Parti Pribumi Bersatu MalaysiaSunting

Tahun Jawatan
Feb 2020 - Kini Ketua Bahagian PPBM Masjid Tanah

Bekas Ahli UMNOSunting

Tahun Jawatan
2013 - 2018 Bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia
2002 - 2013 Bekas Ketua Puteri UMNO Melaka
2 penggal EXCO Puteri UMNO Malaysia

Jawatan NGOSunting

Peringkat KebangsaanSunting

Tahun Jawatan
2016 - kini Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MDF)
2016 - kini Penaung Penyelam Muslimah - Rantai Manusia Bawah Laut Terpanjang
2015 - kini Pengerusi Yayasan Rizqah
2009-2017 - Gerakan Belia 4B Malaysia

- Ahli Majlis Tertinggi Gerakan Belia 4B Malaysia

- Timbalan Pengerusi Gerakwanis Gerakan Belia 4B Malaysia

Peringkat Negeri MelakaSunting

  • Naib Pengerusi Wanita Gerakan Belia 4B (M)  Negeri Melaka
  • Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Masjid Tanah
  • Pengerusi Pusat Dalam Komuniti (PDK/OKU) Seri Permata Lubok China Melaka
  • Ahli Jawatankuasa Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah
  • Pengerusi AADK kawasan Masjid Tanah
  • Pengerusi Koperasi Parlimen Masjid Tanah

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen Malaysia: Masjid Tanah, Melaka.[5][6][7][8]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 Mas Ermieyati Samsudin (UMNO) 27,688 70.68% Nasaie Ismail (PAS) 11,488 29.32% 39,827 16,200 86.67%
2018 Mas Ermieyati Samsudin (UMNO) 22,898 % Sabirin Jaafar (PPBM) 14,739 % 8,159 %
Mohd Nasir Othman (PAS) 4,688 %

PenghargaanSunting

  •   Melaka :
    •   Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) - Datuk Wira (2017)[9]

RujukanSunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ "PKR toying with Nurul Nuha 'candidacy' for sympathy vote - Mas Ermieyati". Astro Awani. 12 February 2015. Dicapai pada 7 July 2015.
  3. ^ "Still only five PR reps in PAC unchanged". The Sun. 26 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 7 July 2015.
  4. ^ "Mas Ermieyati keluar Umno, isytihar MP bebas". Malaysiakini. 1 Julai 2018. Dicapai pada 14 Julai 2018.
  5. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  6. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. SPR. Dicapai pada 24 March 2017.
  7. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
  8. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  9. ^ "Wan Junaidi leads honours list in conjunction with Melaka Yang Dipertua's 79th birthday". Nurul Fhatihah Zakinan. New Straits Times. 12 October 2017. Dicapai pada 25 September 2018.

Pautan luarSunting