Anugerah Juara Lagu ke-5

(Dilencongkan dari Anugerah Juara Lagu 1990)

Juara Lagu 1990 ialah pertandingan yang membariskan lagu-lagu Melayu untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu" bagi tahun 1990. Malam pertandingan ini telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 30 Disember 1990 dan ditaja oleh SHARP. JL 90 menampilkan juara bulanan untuk dipertandingkan. Azwan Ali dan Charmaine Agustine kekal sebagai pengacara dari tahun sebelumnya.

Anugerah Juara Lagu ke-5
TV3
Tarikh 30 Disember 1990
Tempat Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra
Pengacara Azwan Ali & Charmaine Agustine
Juara Lagu "Janji Manismu"
nyanyian Aishah
(gubahan: Adam Ahmad/
lirik: Wan Aishah)
 < 1989 Anugerah Juara Lagu 1991 > 

FinalisSunting

Juara Bulanan Komposer Penulis Lirik
Bulan Judul Lagu Artis
Januari Mustika M. Nasir M. Nasir
Februari Sentuhan Kecundang Kumpulan Ekamatra M. Nasir
Mac Pusara Di Lebuhraya Kumpulan Ekamatra Fauzi Marzuki Bob
April Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara Kumpulan Mega M. Nasir S. Amin Shahab
Mei Sejati Kumpulan Wings M. Nasir
Jun Dari Sinar Mata Kumpulan BPR Awang BPR J.S. Kevin
Julai Kembang Terhalang Kumpulan Gamma Sani Sudin Azida NS
Ogos Sangkar Emas Endang S. Taurina A. Ali Lukhman S
September Suci Dalam Debu Kumpulan Iklim Wan Zul S. Amin Shahab
Oktober Janji Manismu Aishah Adam Ahmad Wan Aishah
November C.I.N.T.A. Kumpulan XPDC Z.N. Kevin J.S. Kevin

PemenangSunting

Anugerah Kedudukan Judul Lagu Artis Komposer Penulis Lirik
Juara Lagu
Tempat Pertama (Lagu Terbaik AJL) Janji Manismu Aishah Adam Ahmad Wan Aishah
Tempat Kedua Suci Dalam Debu Kumpulan Iklim Wan Zul S. Amin Shahab
Tempat Ketiga Sejati Kumpulan Wings M. Nasir
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Artis
Persembahan Terbaik
Tempat Pertama Sejati Kumpulan Wings
Tempat Kedua Janji Manismu Aishah
Tempat Ketiga Suci Dalam Debu Kumpulan Iklim
Anugerah Judul Lagu Penulis Lirik
Lirik Terbaik Suci Dalam Debu S. Amin Shahab

TriviaSunting

  • AJL kali ini menampilkan buat pertama kali penyertaan menyeluruh Komposer hebat, M.Nasir di pentas AJL, dengan mempertaruhkan 3 buah lagu & 1 lagu nyanyian beliau sendiri, apabila beliau mendapat kerakyatan Malaysia selepas berpindah dari Singapura.
  • Anugerah pertama yang dimenangi oleh M.Nasir adalah tempat ke-3 Juara Lagu dengan lagu Sejati oleh Kumpulan Wings.
  • Pencipta Lagu Yang Baru Sahaja Berkecimpung Dalam Bidang Muzik Iaitu Wan Zul Dengan Lagu Suci Dalam Debu Berjaya Merangkul Anugerah Ciptaan Terbaik Tempat Ke-2 & Berjaya Mengalahkan M.Nasir Dengan Lagu Sejati Dimana Berjaya Mendapat Ciptaan Terbaik Tempat Ke-3.
  • Wings dinobatkan juara untuk persembahan terbaik yang dimana menampilkan kali pertama irama muzik Rock diselangi oleh muzik irama Malaysia disertai bunyi Bonang & Petikan Gitar "Tradisional" oleh Gitaris WINGS, Joe.
  • Edisi kali diteruskan dengan dominasi Kumpulan Rock, dengan penyertaan sebanyak 7 buah kumpulan Rock berentap di AJL 5, iaitu Kumpulan Wings, Kumpulan Iklim, Kumpulan Ekamatra dengan 2 buah lagu, Kumpulan Mega, Kumpulan Bumiputra Rockers (BPR), Kumpulan XPDC & Kumpulan Gamma.
  • Aishah dapat memecah tembok muzik Rock dengan memenangi Juara Lagu dengan membawa lagu balada, Janji Manismu dengan menampilkan persembahan berkonsep "theatrical" serta vokal mantap beliau semasa membuat persembahan.
  • Aishah & Endang S Taurina adalah 2 peserta wanita dalam AJL 5, manakala Endang S Taurina mencipta sejarah sebagai artis pertama & satu-satunya penyanyi dari Indonesia dapat menyertai pentas akhir AJL.