Adam Ahmad

penyanyi dan penggubah lagu Malaysia

Adam Ahmad merupakan seorang penyanyi dan penggubah lagu yang berasal dari Malaysia. Beliau amat meminati bidang nyanyian sejak dari kecil lagi. Beliau juga mempunyai kebolehan dalam bermain alat muzik seperti gitar dan piano. Beliau juga merupakan seorang yang pendiam dan menyukai lagu-lagu yang berirama sentimental. Beliau juga pernah mencipta beberapa lagu untuk penyanyi syarikat rakaman Polygram Records. Antara lagu ciptaan beliau ialah ‘Janji Manismu’ nyanyian aishah.[1]

Adam Ahmad
Kulit album Adam Ahmad
Kelahiran1964 (1964)
Meninggal dunia15 Mei 2014(2014-05-15) (umur 49–50)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Permai
Warganegara Malaysia
Pekerjaanpenulis lagu, penyanyi
Terkenal keranaMenyanyi 1980-an - 1990-an
Kampung asalJohor Bahru
PasanganNorliza Ayat

Lebih kurang jam 12 tengah malam 15 Mei 2014, Adam Ahmad menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang kerana komplikasi beberapa penyakit.[2]

Kelahiran Album Pertama: Untukmu Sayang sunting

Pada tahun 1983, albumnya yang pertama yang bertajuk "Untukmu Sayang" dikeluarkan di bawah label Omry Records. Syarikat ini juga merupakan syarikat rakaman milikan bumiputera di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Album ini diterbitkan oleh Omar Taib, seorang penerbit yang telah memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada beliau sepanjang rakaman album ini.

Diskografi sunting

Album Studio sunting

Album Pelbagai sunting

Lagu-lagu sunting

  • Kau Pergi Jua
  • Agar Dia Kembali
  • Ku Ingin Kembali
  • Bahagia Oh Di Mana
  • Hanya Mainan Mimpi
  • Biarlah Ku Sendiri
  • Di Mana Cahaya
  • Kehilangan Abadi
  • Gerimis Hati
  • Kasihmu Oh Ibu
  • Masa Masa Lalu
  • Kisah Dua Insan
  • Untukmu Sayang
  • Bersamamu
  • Rindu Menghempas Hati

Kejayaan sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting