Ampang

Ampang merupakan sebuah mukim di bawah daerah Hulu Langat.
Untuk maklumat tentang Ampang di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sila lihat Ampang, Kuala Lumpur.

Mukim Ampang terletak di negeri Selangor dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Sebelum ini, Ampang berada dalam pentadbiran Pejabat Daerah Hulu Langat. Jarak di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dan Ampang hanyalah 9 hingga 11 kilometer sahaja. Yang Berhormat Rodziah Ismail merupakan Ahli Parlimen Ampang (P099) dari Pakatan Harapan (PH) dan Rafizi Ramli merupakan Ahli Parlimen Pandan (P100) dari Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia selepas PRU15.

Ampang

امڤڠ
Official seal of Ampang
Jata
Nama panggilan: 
امڤڠ، سلاڠور دار الاحسان
Moto: 
Bakti, Bersih, Berbudaya
Negara Malaysia
NegeriSelangor Selangor
Dianugerahkan
Status Perbandaran
1 Julai 1992
Dianugerahkan
Status Bandaraya
TBA
Kerajaan
 • Dikelolakan olehMajlis Perbandaran Ampang Jaya
 • Yang diPertua
Mohammad Yacob
 • Ahli Parlimen AmpangRodziah Ismail
 • Ahli Parlimen PandanRafizi Ramli
Luas
 • Jumlah143.5 km2 (55.4 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah126,285 [1]
 • Kepadatan880/km2 (2,300/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)tidak mengamalkan
Laman webhttp://www.mpaj.gov.my

Umum sunting

Secara umumnya, Ampang telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ampang Selangor dan Ampang, Kuala Lumpur (meliputi kawasan disekitar Jalan Ampang menuju ke kawasan sekitar Kuala Lumpur City Center (KLCC). Kawasan Zon Ampang Kuala Lumpur ini telah ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengikut Rang Undang-Undang Wilayah Persekutuan. Kawasan pentadbiran di kawasan Zon Ampang Selangor pula ditadbir oleh MPAJ yang dibahagikan kepada lima (5) kawasan pemerintahan Dewan Undangan Negeri (DUN). Berikut adalah senarai ADUN selepas pemilihan pada PRU15.[2]:

Dewan Undangan Negeri Nama Wakil Rakyat
Parlimen Gombak
P098
N18 ADUN Hulu Klang Dato' Seri Azmin Ali
Parlimen Ampang
P099
N19 ADUN Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamaruddin
N20 ADUN Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad
Parlimen Pandan
P100
N21 ADUN Pandan Indah Izham Bin Hashim
N22 ADUN Teratai Yew Jia Haur

Sebahagian kecil kawasan Ampang, Selangor juga terletak didalam daerah Gombak, Selangor. Kawasan yang dimaksudkan adalah sekitar Kuala Ampang.

Pada asalnya, Ampang cuma meliputi kawasan sekitar:

Ampang Jaya, Kampong Mengkudu, Kampong Desa Nirwana dan Kampung Pandan yang merupakan kawasan asal setinggan bagi perantau yang datang dari negeri luar seperti Kedah, Perak, Johor, Kelantan. Mereka membina rumah setinggan dikawasan lombong sekitar tahun 1970-1980an yang kemudian ditukar menjadi kawasan perumahan kos rendah (Flat) dan rumah lot, pusat kommersial serta bangunan kedutaan berikutan saranan kerajaan untuk melaksanakan program sifar setinggan di sekitar Lembah Klang. Kawasan Ampang dahulunya berada dibawah seliaan Pejabat Daerah Hulu Langat bersama-sama kawasan Majlis Daerah Kajang (kemudian dinaik taraf dan dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kajang) sebelum dipecahkan kepada kawasan baru berikutan tertubuhnya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (kemudian dinaik taraf dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Ampang Jaya (MBAJ)). Antara kawasan lain yang berhampiran ialah Kampung Pisang (kawasan sebelum dimajukan menjadi Pandan Indah) Kampung Baru Ampang, Pekan Ampang, Kampung Melayu Ampang. Kemudian Ampang mengalami perubahan pada sekitar 1980an hingga 1990an dengan perancangan bandar yang lebih dinamik sehingga terbukanya kawasan baru seperti Bandar Baru Ampang, Taman Dagang, Taman Nirwana dan Taman Ampang Hilir. Pada tahun 1990an hingga 2000, Kampung Pandan dan Ampang menjadi tumpuan warga asing (terutama daripada negara jiran yang kemudiannya menjadi penduduk tetap dan warganegara) untuk mendapatkan tempat tinggal kerana harga rumah yang berpatutan serta lokasinya yang berhampiran dengan bandar. Ketika ini juga lebuh raya MRR-2 dan kawasan perumahan mula dibina di kawasan bekas lombong dan setinggan Desa Nirwana dan Kampung Mengkudu yang kemudian berubah menjadi kawasan segi tiga emas yang terdiri daripada Taman Ampang Utama, Taman Putra Sulaiman, Mamanda, Ampang, Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) dan Ampang Jaya. Nama Kampong Mengkudu kini diabadikan menjadi Jalan Mengkudu berhampiran dengan Taman Tasik Ampang Hilir. Manakala Kampong Desa Nirwana digunakan menjadi Taman Nirwana.

Kini Ampang dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil seperti; Ampang Indah, Ampang Mewah, Ampang Permai, Ampang Jaya dan Lembah Jaya. Ampang mempunyai taman-taman perumahan berikut: Mamanda, Ampang, Kampung Melayu Ampang, Taman Dagang, Taman Cempaka, Taman Melur, Taman Cahaya, Taman Saga, Taman Bukit Indah, Taman Kosas, Taman Kesuma, Taman Kencana, Taman Rasmi Jaya, Pandan Jaya dan Pandan Indah.

Ampang juga sehingga kini telah berjaya meluaskan kawasan takluknya dibawah pentadbiran (MPAJ) sehingga ke Taman Bukit Mulia, Taman Riverdale Park, Taman Bukit Utama, Taman Puncak Bukit Utama, Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Mewah, Taman Wangsa Ukay, Taman Oakleaf, Pinggiran Ukay, Ukay Height, Taman Kelab Ukay, Taman Sri Ukay, Baverly Hill, Taman Jobina, Taman Highland, Taman Shuet Liang, Taman Emas Ukay, Taman Medan Damai, Kampung Dato Keramat Tambahan, Taman Keramat, Taman Keramat Permai (AU1), Taman AU, Bukit Antarabangsa, Jelatek, Zoo View (kawasan sekitar Zoo Negara), Taman Permata, Taman Melawati dan sehingga ke Taman Maluri.

Di samping itu terdapat beberapa kondominium mewah di kawasan Ampang:

  • Ampang Prima Condominium
  • Ayers Tower
  • Desa 288
  • East Side One Ampang Avenue
  • Kondominium Kojaya
  • Kyoto Garden
  • Oakleaf Condo
  • Renjana Ampang Condo
  • Tiara Duta Condominium
  • Villa Aman
  • Villa Ampang
  • Villa Duta
  • Villa Ria

Sejarah sunting

Ampang berasal dari perkataan "ampangan" bermaksud kawasan bekas lombong. Ketika era penjajahan British dan pasca merdeka, Ampang pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting di Selangor. Kerja-kerja pencarian dan perlombongan bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan penempatan baru. Ampang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan ini.

Asal-usul nama Ampang

Menurut sejarah, Ampang merupakan pekan melombong bijih timah semasa penjajahan British dan pasca-merdeka. Sejarahnya berkait rapat dengan sejarah Kuala Lumpur. Pada tahun 1857, Raja Abdullah, wakil Kesultanan Selangor, membuka Lembah Klang bagi pencari gali bijih timah. Seramai 87 orang pencari gali berbangsa Cina pergi ke Sungai Klang dan mula mencari gali di kawasan Ampang yang pada masa itu hutan. Meskipun 69 orang daripada mereka meninggal dunia akibat wabak penyakit, sebuah lombong bijih timah yang berkembang maju dapat didirikan. Sebuah empangan dibina dari Bukit Belacan ke kawasan bandar Ampang untuk kerja-kerja melombong bijih timah. Perkataan ‘Ampang’ datang daripada perkataan 'Empangan' tetapi, kerana pelat, disebut 'Ampangan' oleh pencari gali Cina.[3]

Keluasan

Mukim Ampang merupakan mukim terkecil dalam Daerah Hulu Langat. Keluasannya ialah 3,859 hektar. Terdapat bebrapa kampung dalam Mukim Ampang, di antaranya ialah: -

Ampang Pra Merdeka

Raja Abdullah merupakan Raja pertama Daerah Kelang telah membuka lombong bijih timah di Ampang, Kuala Lumpur. Raja Abdullah telah membawa seramai 87 orang pekerja Cina dari Lukut dan tinggal di Sungai Klang. Semasa beliau dan pengikut-pengikutnya sampai ke persimpangan Sungai Klang dengan Sungai Gombak beliau telah menamakan tempat tersebut sebagai ‘Lumpor’.

Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua iaitu zaman peralihan antara kekalahan dan pemerintahan semula kerajaan British, Tanah Melayu ketika itu telah dikuasai oleh pengganas komunis atau dipanggil Bintang Tiga (tempoh empat belas hari komunis memerintah Malaya). Berikutan dengan pemerintahan ini, Bukit Belacan yang terletak di kawasan Ampang telah dijadikan tempat memancung kepala pengikut tentera Jepun oleh pihak komunis.

Ketika peristiwa 13 Mei yang berlaku pada 1969, Ampang tidak terlibat dalam sebarang pertelingkahan, pergaduhan atau pertumpahan darah disebabkan kawalan ketat yang disusun oleh pihak kerajaan pada masa itu serta kebijaksanaan para pemimpin masyarakat menjaga sentimen masyarakat Melayu dan Cina.

Selepas itu, mulalah aktiviti pertanian kecil, di mana sayur-sayuran ditanam dan binatang ternakan mula kelihatan di kiri kanan jalan di sekitar Ampang. Perpindahan penduduk dari luar bandar ke sini menjadikan Ampang semakin berkembang dengan pertambahan kawasan perumahan dan pusat perniagaan.Ampang juga merupakan salah satu tanah takluk jajahan kepada Kerajaan Sultan Selangor.

Kemudahan dan tempat tumpuan awam sunting

Ampang yang terletak di negeri Selangor, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur awam yang serba lengkap dan moden, ditambah dengan kedudukan geografinya yang strategik dan sangat hampir/bersempadan dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Antara kemudahan yang terdapat disini termasuklah kompleks membeli-belah, masjid dan surau, kuil, gurdwara, tokong, gereja kecil, sekolah & institusi pengajian tinggi, stesen LRT, hospital, balai polis, pejabat pos dan lain-lain.

Kompleks Membeli-Belah

Kompleks Membeli-Belah
Pusat Membeli-Belah
Pasar Raya Besar
Pasar Raya
Pawagam dan Pusat Boling
Pawagam GSC Cinemas Melawati Mall
TGV Cinemas Ampang Point
One Cinemas Spectrum Mall
Pusat Boling Ampang Superbowl Ampang Point

Masjid

Institut Pengajian[4]

Institusi Pengajian
Sekolah Rendah[4]
Sekolah Jenis Kebangsaan
Sekolah Menengah[4]
Sekolah Agama
Sekolah Antarabangsa &
Kolej
  • Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL), Jalan Kolam Ayer Lama
  • Sekolah Antarabangsa Mutiara Grammar
  • Institut Flamingo
  • Kolej Stamford Ampang

Perhubungan

Kod Nama Stesen / Lebuhraya
3 Laluan Ampang  AG18  Stesen LRT Ampang
 AG17  Stesen LRT Cahaya
 AG16  Stesen LRT Cempaka
 AG15  Stesen LRT Pandan Indah
 AG14  Stesen LRT Pandan Jaya
5 Laluan Kelana Jaya  KJ05  Stesen LRT Setiawangsa
 KJ06  Stesen LRT Jelatek

Laluan Bas [1]

Kod Laluan
300 Pandan Mewah -  AG18  LRT Ampang - KLCC - Lebuh Ampang
303 Taman Mulia Jaya -  AG18  LRT Ampang - KLCC - Lebuh Ampang
T300 Bukit Indah - Jalan Rasmi - Ampang Point
T301 Taman Mulia Jaya - Jalan Merdeka -  AG18  LRT Ampang - Ampang Point
T302 Hutan Lipur Ampang -  AG18  LRT Ampang - Ampang Point
T303  AG15  LRT Pandan Indah - Ampang Point
T304 Bukit Indah -  AG18  LRT Ampang - Ampang Point
T305 Ampang Waterfront - Sri Nilam -  KG24  Taman Midah
T350  AG16  LRT Cempaka - Taman Mawar
T351  AG16  LRT Cempaka - Taman Bukit Permai

Lebuhraya

Kod Nama Lebuhraya Laluan Lebuhraya
  Lebuhraya Sungai Besi Tambahan (BESRAYA) Sungai Besi - MRR2 (Pandan Jaya)
Shamelin - Pandan Indah
  Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) Ampang - Kuala Lumpur
  Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) Sungai Besi,   KESAS - Ulu Klang
  Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE)
(Dalam Pembinaan)
Kajang,   Kajang SILK - Ulu Klang
Lebuhraya KL Node
(Dalam Perancangan)
Ulu Klang - Taman Rimba Templer
  Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) Jalan Duta,   PLUS - Ulu Klang
  Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) Bandar Sri Damansara - Sri Petaling,   KESAS

Klinik Kerajaan dan Hospital

Tempat Pelancongan dan Rekreasi

Nama Tempat Lokasi Nota Tambahan
Zoo Negara Ulu Klang
Air Terjun Batu Asah Kemensah
ATV Adventure Park Ampang
Bukit Tabur
Kelab Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak Lapangan golf, kolam renang, rekreasi, riadah, gimnasium, lapangan tennis & lain-lain
Taman Bandar Taman Kosas Taman Rekreasi
Sedang dinaiktaraf
Taman Bukit Utama Hillside Jogging Track Bukit Antarabangsa Juga dikenali sebagai Stelvio Pass
Taman Rimba Ampang Bukit Belacan Dahulunya dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Belacan
Taman Rekreasi Taman Bukit Indah
Kampung Tasik Tambahan
Taman Tasik Ampang Hilir Ampang, Kuala Lumpur
Taman TAR Jogging Track Taman Tun Abdul Razak Juga merupakan kawasan tumpuan monyet, babun, dan babi hutan[5]
Empangan Klang Gates
Look Out Point Ampang Terletak di sempadan Ampang dan Hulu Langat
Telah Ditutup

Komposisi penduduk sunting

Faktor ini boleh dilihat melalui aspek demografi seperti bangsa,agama dan jantina.

Taburan bangsa utama

  • Melayu: 55 %
  • Cina: 35 %
  • India: 10 %

Taburan jantina (ketepatan 100 %)

  • Lelaki: 55%
  • Perempuan: 45%

Rujukan sunting

  1. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 February 2012. Dicapai pada 2012-12-05. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) table 13.1
  2. ^ Adun dan Ahli Parlimen MPAJ, pautan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/08/1139604/keputusan-rasmi-prn-2023-selangor
  3. ^ http://www.heritagemalaysia.my/Kl-Ampang.html
  4. ^ a b c https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/139
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-08. Dicapai pada 2011-10-24.

Pautan luar sunting