Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya


Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya atau nama ringkasnya SK Pandan Jaya, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Taman Pandan Jaya.

Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya
Lencana Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya.jpg
Lokasi
Taman Pandan Jaya, KUALA LUMPUR, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Beramal Bersahsiah
Nombor sekolah392838210
Kod sekolahBBA4035
Faks392838019
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya memiliki 447 pelajar lelaki dan 384 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 831 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya ialah sebuah sekolah rendah di Malaysia yang terletak di Cheras, Selangor. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Disember 1994 dan telah dianugerahkan status sekolah bestari pada Januari 2003.

SejarahSunting

Terletak di atas kawasan seluas 10.39 ekar, Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya (SKPJ) mula dibina pada 1 Februari 1994. 11 Bulan kemudian iaitu pada 1 Disember 1994, SKPJ mula beroperasi dengan pengambilan murid seramai 773 orang dan 34 orang tenaga pengajar terlatih yang diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Latib b. Mohd Sharif sebagai guru besar.

Pada peringkat awal sekolah yang memiliki sebuah padang mini berkeluasan 4800m ini hanya menjalankan sesi persekolahan pada waktu pagi sahaja. Dengan hampir 50% tenaga pengajarnya terdiri daripada guru sandaran tidak terlatih, SKPJ mula mengorak langkah sebagai sebuah sekolah cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum.

Sambutan yang mengalakkan daripada masyarakat setempat dan kawasan-kawasan berhampiran dengan anak-anak mereka belajar di SKPJ menjadikan sekolah ini semakin maju. Daripada sekolah gred B pada mulanya SKPJ telah dinaiktaraf kepada sekolah gred A pada Ogos 1994. Pada masa itu sebanyak 24 buah kelas telah digunakan untuk menampung jumlah murid seramai 1279 orang.

3 tahun kemudian iaitu pada 2001, sebuah lagi blok bangunan 4 tingkat telah dibina (dikenali sebagai blok C) berhampiran Blok A dan B untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah dari tahun ke setahun. 2003 telah mencatat satu lembaran baru bagi SKPJ. Tahun ini SKPJ telah memulakan sesi Pra-sekolah dengan murid seramai 50 orang dengan 2 orang guru dan 2 orang pembantu.

Pertukaran status SKPJ kepada sekolah bestari bermula pada Januari 2003, telah menjana semangat warga SKPJ untuk terus mengekalkan kecemerlangan. Dibawah kepimpinan seorang guru besar yang dedikasi moga-moga SKPJ akan melahirkan insan yang berketrampilan dari segi rohani dan jasmani. Berikut merupakan guru besar-guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini setelah berakhirnya perkhidmatan Tn. Hj. Abdul Latib disusuli dengan Pn. Hjh Rokiyah bt Majid (2003-2004), Pn. Robiyah bt. Hj. Ahmad (2004-2008) dan sekarang diterajui oleh Pn. Mintal bt. Masri (2008-sekarang).

AlamatSunting

Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya
Taman Pandan Jaya
Selangor, Malaysia
Telefon = 392838210
Fax = 392838019

Pautan luarSunting