Sekolah kerajaan

sekolah yang didanai oleh cukai

Sekolah kerajaan merujuk kepada sekolah yang dibina untuk pendidikan kanak-kanak oleh kerajaan, sama ada di peringkat kebangsaan, kawasan, atau tempatan, disediakan oleh institusi kerajaan sivil, dan dibiayai dengan cukai yang diterima kerajaan.

Perbelanjaan pendidikan 2005

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), terdapat tiga kategori sekolah iaitu:-

  1. Sekolah Kerajaan,
  2. Sekolah Bantuan Kerajaan
  3. Sekolah Swasta.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), penjelasan maksud ‘Sekolah Bantuan Kerajaan’ adalah seperti berikut:

'Sekolah Bantuan Kerajaan' atau 'Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan' ertinya sekolah atau institusi pendidikan yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh.
‘Sumbangan modal’ ertinya bayaran daripada wang awam kepada sesuatu institusi pendidikan bagi –
  • Mengadakan bangunan;
  • Mengubah atau menambah premis yang sedia ada;
  • Mengadakan perabot atau kelengakapan bagi premis yang baru, diubah atau ditambah; atau
  • Apa-apa maksud lain yang ditetapkan.

Manakala ‘Sumbangan bantuan’ ertinya apa-apa bayaran daripada wang awam, selain daripada sumbangan modal, yang dibuat kepada sesuatu institusi pendidikan.[1]

Selepas UPSR, murid-murid berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah. Pendidikan menengah terbahagi kepada dua peringkat:

  • Pendidikan Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
  • Pendidikan Menengah Atas (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)[2]

Kategori Sekolah Menengah sunting


Rujukan sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.