Wikipedia:Manual gaya penulisan/Reka letak


Garis panduan reka letak menghuraikan peraturan-peraturan yang paling asas untuk reka letak rencana. Garis panduan ini tidak kena mengena dengan markap wiki ataupun gaya penulisan:

Jika anda tidak mempunyai masa untuk membaca seluruh rencana ini, sila baca bahagian senarai semakan sahaja.


Bahan pengenalan sunting

Untuk maklumat lanjut, sila lihat: Wikipedia:Pengenalan.

Rencana harus mendahului dengan satu perenggan pengenalan atau lebih, kecuali rencana yang terlalu ringkas. Jangan bermula rencana dengan tajuk bahagian ==Pengenalan==.

Perkara rencana atau tajuk rencana/halaman harus ditulis dalam huruf tebal, sebaik-baik menjadikannya sebagai perkataan-perkataan pertama dalam ayat pertama. Ini biasanya dapat dilaksanakan jika ayat disusun semula, umpamanya:

"Salah satu negeri di Malaysia ialah Selangor."

disusun semula menjadi:

"Selangor merupakan sebuah negeri di Malaysia".

Lazimnya, perkara rencana adalah serupa dengan tajuk halaman. Bagaimanapun, ia kekadang harus diubahsuai kerana tajuk rencana perlu singkat, umpamanya untuk rencana "Hussein Onn", rencana boleh bermula dengan:

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn adalah...

Perenggan pertama harus menerangkan perkara rencana supaya dapat memudahkan para pembaca membuat keputusan adakah rencana ini mengandungi maklumat yang mereka tengah mencari atau tidak. Lazimnya, perenggan pertama ringkas sahaja. Jika terdapat terlalu banyak maklumat dalam perenggan pertama, perinciannya harus ditulis dalam perenggan-perenggan yang berikutan, iaitu sebelum bahagian baru. Bagi rencana-rencana biografi, perenggan pengenalan harus merupakan ringkasan untuk pencapaian tokoh tersebut.

Struktur rencana sunting

Setiap penerbit mempunyai gaya masing-masing. Begitu juga dengan Wikipedia. Masukkan tajuk-tajuk bahagian yang piawai (hanya jika ada maklumat) selepas tulisan anda mengikut susunan berikut:

==Petikan==
==Lihat juga==
==Rujukan==
==Bibliografi== (bacaan tambahan)
==Pautan luar==

Perkataan-perkataan tajuk piawai, termasuk cara mengguna huruf besar dan kecil, adalah tetap dan harus ditulis mengikut turutan format seperti diatas. Selepas bahagian pautan luar, masukkan pautan antarabahasa jika rencana anda merupakan rencana terjemahan Wikipedia bahasa lain. Butir-butir pautan antarabahasa boleh disalin dari bahagian bawah rencana asal. Jangan lupa menulis pautan rencana bahasa asal. Umpamanya, jika anda menterjemahkan rencana bahasa Inggeris, anda harus menulis: en:[Nama rencana]) kerana ia tidak akan wujud dalam salinan.

Bilangan perenggan yang amat pendek harus dikurangkan kerana ia menghalang aliran teks; dengan sebab yang sama, perenggan juga susah dibaca jika ia terlalu panjang.

Lazimnya, rencana akan mengandungi perenggan prosa dan bukannya senarai berbulet. Walaupun demikian, senarai berbulet boleh diperguna untuk membahagikan teks yang terlalu panjang supaya mudah dibaca. Bagaimanapun, jangan sentiasa menggunakan senarai berbulet dalam rencana. Senarai berbulet sering diguna dalam bahagian "Rujukan" dan "Bacaan lanjut" di bahagian bawah rencana.

Tajuk bahagian sunting

Penting: Wikipedia mengamalkan sistem huruf kecil untuk semua huruf tajuk halaman dan tajuk bahagian, kecuali huruf pertama untuk perkataan pertama dan untuk kata nama khas sahaja. Ini merupakan penyimpangan daripada sistem lain.

Tajuk rencana menyebabkan rencana kelihatan lebih terang. Tajuk-tajuk tersebut juga menjadi isi kandungun bagi Jadual kandungan.

Tajuk rencana merupakan satu hierarki lima tahap yang boleh dicipta seperti berikut:

==Tajuk bahagian==
===Tajuk bahagian kecil===
====Tajuk bahagian kecil bagi bahagian kecil====
=====Tajuk bahagian kecil bagi bahagian kecil=====

Bagaimanapun, sekiranya dianggapi bahawa tahap pertama, yakni ==Tajuk bahagian== tidak sesuai, anda boleh bermula dengan tahap kedua, yakni ===Tajuk bahagian kecil===. Tahap =Tajuk bahagian= tidak disyorkan kerana hurufnya terlalu besar.

Serupa dengan perenggan, jika bahagian dan bahagian kecil terlalu pendek, rencana tidak akan kelihatan kemas. Perenggan pendek dan ayat tunggal tidak memerlukan tajuk sendiri. Dalam keadaan sedemikian, gunalah senarai berbulet sahaja.

Pautan sunting

Pautan rencana mengaitkan perkataan-perkataan penting kepada rencana yang berkaitan. Ia dipergunakan hanya apabila rencana yang berkenaan mengandungi maklumat yang dapat membantu pembaca memahami rencana asal.

Untuk nasihat mengenai apa yang perlu dipaut, sila lihat:

Pautan yang berguna tetapi tidak tertulis dalam perenggan prosa boleh dimasukkan ke dalam bahagian "Lihat juga" pada akhir halaman (sila lihat bawah).

 
Commons

Lazimnya, imej pertama diletak pada sebelah kanan rencana dan tempat imej-imej yang berikut disilih ganti dari kiri ke kanan. Lebar imej biasanya di antara 200px dan 350px.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat:

Templat sunting

Anda boleh menggunakan pesanan templat.

Lampiran piawai sunting

Lampiran piawai (jika ada kandungan) harus diletakkan di bahagian bawah rencana, seperti yang berikut.

Petikan sunting

Biasanya, petikan boleh dimasukkan dalam teks rencana secara langsung. Jika terdapat banyak petikan, lazimnya senarai petikan akan dialih ke Wikiquote dan kenyataan {{wikiquote}} dimasukkan pada tempat teratas di bahagian "Pautan luar".

Lihat juga sunting

Masukkan di sini rencana-rencana Wikipedia lain yang berkaitan dengan rencana ini, umpamaya.

Rencana-rencana yang berkaitan harus dikelompokkan mengikut perkara supaya mudah dilayari. Sila masukkan juga keterangan jika kandungan rencana tidak jelas pada tajuk pautannya, umpamanya:

  • [[Tajuk rencana tokoh]] telah memperoleh pencapaian yang serupa pada 2005.

Jika rencana-rencana berkaitan tidak melebihi tiga, tuliskan sahaja satu baris di bawah bahagian berkenaan seperti berikut:

Rujukan sunting

Masukkan di sini tajuk-tajuk buku rujukan yang anda guna untuk tulisan anda. Gunakanlah format senarai berbulet, umpamanya:

  • Pooh, W. T. & Robin, C. (1926). "Bagaimana menangkap heffalump", Karma Kanga, m.s. 23–47, Edisi A. A. Milne. Penerbit Hundred Acre Wood. ISBN 999999999

Lihat juga: Wikipedia:Sebutkan sumber dan Wikipedia:ISBN.

Bibliografi sunting

Masukkan di sini tajuk-tajuk buku yang anda mengesyorkan kepada para pembaca sebagai bacaan tambahan. Gunakanlah senarai berbulet.

Pautan luar sunting

Masukkan alamat halaman web yang anda mengguna ataupun mengesyorkan kepada para pembaca sebagai bacaan tambahan (termasuk huraian jika boleh). Sila lihat: Lampiran piawai.


Senarai semakan sunting

1. Bahan pengenalan:

  • Mendahului setiap rencana dengan sebuah perenggan pengenalan atau lebih.
  • Jangan bermula rencana dengan tajuk bahagian ==Pengenalan==.
  • Mulakan rencana dengan tajuk halaman yang ditulis dalam huruf tebal sebagai perkataan-perkataan pertama dalam ayat pertama.
  • Jika terdapat terlalu banyak maklumat dalam perenggan pertama, tuliskan perinciannya dalam perenggan baru.
  • Bagi rencana biografi, tuliskan ringkasan pencapaian tokoh dalam perenggan pengenalan.

2. Struktur rencana:

  • Masukkan bahagian-bahagian piawai (jika ada kandungan sahaja) selepas tulisan anda, mengikut susunan berikut:
==Petikan==
==Lihat juga==
==Rujukan==
==Bibliografi== (bacaan tambahan)
==Pautan luar==
  • Jangan cipta bahagian piawai, jika tiada kandungan dalam bahagian piawai.
  • Masukkan pautan antarabahasa jika rencana anda merupakan rencana terjemahan Wikipedia bahasa lain. Sewaktu menyalin pautan-pautan dari bahagian bawah rencana asal, jangan lupa menulis pautan rencana bahasa asal yang tidak wujud dalam salinan.
  • Ciptakan bahagian rencana jika rencana terlalu panjang.
  • Jangan cipta bahagian rencana jika kandungannya amat ringkas.
  • Jangan' gunakan senarai berbulet sebagai ganti untuk perenggan prosa.

3. Tajuk bahagian:

  • Gunakan huruf kecil untuk semua huruf tajuk halaman dan tajuk bahagian, kecuali huruf perkataan pertama dan nama khas.
  • Tajuk rencana merupakan satu hierarki lima tahap yang boleh dicipta secara berikut:
==Tajuk bahagian==
===Tajuk bahagian kecil===,
====Tajuk bahagian kecil bagi bahagian kecil====
=====Tajuk bahagian kecil bagi bahagian kecil=====.

4. Pautan: Kaitkan perkataan-perkataan yang penting kepada rencana yang berkenaan.

5. Imej:

  • Masukkan imej-imej jika ia dapat menghiasi rencana anda.
  • Imej-imej boleh didapati daripada Wikimedia Commons.
  • Letakkan imej pertama pada sebelah kanan rencana dan tempat imej-imej yang berikut disilih ganti dari kiri ke kanan.
  • Lebar imej biasanya di antara 200px dan 350px.

6. Lampiran piawai:

  • Lihat juga: Untuk mengesyorkan rencana-rencana Wikipedia lain yang berkaitan dengan rencana anda. Sila masukkan juga keterangan jika kandungan rencana tidak jelas pada tajuk pautannya.
  • Rujukan: Untuk tajuk buku rujukan yang anda mengguna dalam penulisan rencana; gunakanlah format senarai berbulet.
  • Bibliografi: Untuk mengesyorkan tajuk buku bacaan tambahan; gunakanlah format senarai berbulet.
  • Pautan luar: Untuk halaman web (serta huraian, jika boleh) yang anda mengguna ataupun mengesyorkan kepada para pembaca sebagai bacaan tambahan.