Tajuk bahagian digunakan untuk membahagikan rencana menjadi bahagian-bahagian. Ini membantukan penulis untuk menstrukturkan teks serta memudahkan para pembaca untuk memahami rencana.

Susunan kata sunting

Susunan kata sunting

Secara am, tajuk rencana harus mengandungi kata nama atau frasa nama. ("Lihat juga" merupakan pengecualian peraturan ini.) Umpamanya "Kelakuan di kawasan liar", bukannya "Mengenai kelakuan mereka di kawasan liar".

Jangan mengulangi tajuk rencana dalam tajuk bahagian kerana memang dianggapi bahawa anda tengah menulis tentang tajuk rencana. Oleh sebab itu, tulis sahaja "Kehidupan awal", bukannya "Kehidupannya yang awal".

Tajuk dan susunan piawai sunting

Beberapa tajuk bahagian mengandungi perkataan yang piawai dan perkataan serta huruf besarnya harus tidak boleh ditukar. Kedua-dua urutan boleh diterima, dan pilihannya tergantung kepada sistem rujukan dan nota yang digunakan dalam rencana.

  • Lihat juga
  • Nota
  • Rujukan
  • Pautan luar

atau

  • Lihat juga
  • Rujukan
  • Nota
  • Pautan luar

Huruf besar sunting

Gunakan huruf besar untuk huruf pertama bagi perkataan pertama serta Kata nama khas dalam Penulisan Bahagian A, tetapi biarkan perkataan lain dalam huruf kecil. Umpamanya, "Peraturan-peraturan dan syarat-syarat", bukannya "Peraturan-peraturan dan Syarat-syarat".

Pautan sunting

Elakkan daripada penggunaan pautan dalam tajuk bahagian. Tergantung kepada konfigurasinya, beberapa pengguna mungkin tidak dapat melihat pautan tersebut dengan terang. Oleh sebab itu, adalah lebih baik bahawa anda menggunakan pautan pada ayat pertama di bawah tajuk bahagian.

Aksara khas sunting

Elakkan daripada penggunaan askara khas dalam tajuk bahagian, umpamanya ampersan (&), tanda campur (+), tanda kurung kerinting ({}), ataupun tanda kurung siku ([]). Sebagai ganti untuk ampersan, gunakanlah perkataan "dan" kecuali ampersan itu merupakan sebahagian nama rasmi.

Petanda sunting

Gunakanlah gaya petanda == (dua tanda persamaan) untuk tajuk rencana, dan bukannya ''' (tiga koma terbalik) yang digunakan untuk membuat huruf tebal dalam menformatkan askara.

Mulakan dengan "==", tambahkan tajuk bahagian, dan akhirkan dengan "==".

Alasannya adalah seperti berikut:

  • Bahagian-bahagian boleh dinomborkan secara automatik untuk pengguna.
  • Sebuah jadual kandungan boleh dijanakan secara automatik daripada bahagian-bahagian.
  • Bahagian-bahagian boleh disunting secara berasingan.
  • Perkataan-perkataan dalam tajuk bahagian yang ditandai dengan betul didahulukan dalam pencarian.
  • Pengguna dengan penglihatan yang cacat mungkin menggunakan perisian yang bermula dengan ringkasan rencana yang terdiri daripada teg tajuk bahagian.

Persarangan sunting

Sarangkan tajuk bahagian dengan betul untuk alasan yang sama seperti yang tertulis di atas. Tajuk peringkat tertinggi yang dijanakan untuk setiap halaman ialah H1 yang memberikan tajuk rencana. Tajuk-tajuk dalam rencana haruslah bermula dengan H2, iaitu "==", diikuti dengan subtajuk "==" (iaitu "==="), sub-subtajuk "====" dan sebagainya.

Contoh:

==Tajuk bahagian 1== 
===Tajuk bahagian 1.1=== 
====Tajuk bahagian 1.1.1==== 
==Tajuk bahagian 2==

Ruang kosong sunting

Ruang di atas dan di bawah tajuk tidak wajib. Ruang di antara == dan teks tajuk juga tidak wajib (==Tajuk bahagian== dan == Tajuk bahagian ==). Menurut Wikipedia:Manual gaya penulisan, ruang tersebut tidak ada kesan pada rupa tajuk; kedua-dua halaman akan mempunyai rupa yang sama. Bagaimanapun, garis kosong yang berbilang 'akan menambahkan ruang putih.

Perkara ini sama sahaja dengan penggunaan satu atau dua ruang kosong selepas tanda titik. Kesannya hanya dalam kotak penyuntingan sahaja. Oleh sebab itu, gunakanlah cara yang anda suka.

Sila ambil perhatian bahawa tab "+" dalam halaman perbualan memasukkan garis kosong sebelum dan selepas tajuk, serta ruang kosong di antara == dan teks tajuk. Beberapa penyunting mendapati bahawa ini adalah lebih mudah untuk membaca dalam kod sumber teks wiki.

Jadual kandungan (TOC) sunting

Untuk setiap rencana yang mempunyai tiga tajuk bahagian, sebuah jadual kandungan akan dijanakan secara automatik, kecuali:

  • pengguna telah mematikan pilihan itu
  • pengguna telah menggunakan __NOTOC__ dalam kotak penyuntingan.

TOC biasanya diletak sebelum bahagian pertama, kecuali ia diletakkan secara manual melalui kod __TOC__. Sila lihat bahagian pimpin untuk cadangan bagi kepanjangan bahagian tersebut. Untuk maklumat lanjut mengenai jadual kandungan, sila lihat Wikipedia: Bahagian#Jadual kandungan (TOC).

Mengambang TOC sunting

TOC boleh diambang ke kiri atau kanan melalui {{TOCkanan}} atau {{TOCkiri}}. Bagaimanapun, ini bukan amalan yang baik. Untuk maklumat lanjut mengenai pengambangan TOC, termasuk garis panduan mengenai bila ia sesuai diguna, sila lihat Mengambang TOC.

Lihat juga sunting

  • Wikipedia:Bahagian menerangkan bahagian dan jadual kandungan yang dijanakan oleh penciptaan tajuk bahagian.

Pautan luar sunting