Wikiquote
Wikiquote merupakan salah satu kumpulan projek berdasarkan wiki yang diusahakan oleh Yayasan Wikimedia, menggunakan perisian MediaWiki. Berdasarkan idea Daniel Alston dan dilaksanakan oleh Brion Vibber, tujuan projek ini adalah untuk menjadi rujukan petikan daripada orang-orang, buku-buku, dan peribahasa, serta memberikan maklumat lanjut tentang petikan-petikan ini. Walaupun terdapat pelbagai koleksi petikan atas talian, Wikiquote merupakan salah satu daripada segelintir kecil koleksi yang memberi peluang untuk pelawat menyumbang.[1] Laman-laman di Wikiquote dipautkan dengan rencana-rencana Wikipedia mengenai orang-orang ternama yang berkenaan.[2]
![]() | |
Jenis laman web | Gudang petikan |
---|---|
Terdapat dalam bahasa | Multilingual |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Diciptakan oleh | Jimmy Wales dan Komuniti Wikimedia |
URL | http://www.wikiquote.org/ |
Komersial | Bukan |
Pendaftaran | Tidak wajib |
Pada mulanya projek ini dicipta dalam Bahasa Inggeris, namun pada Julai 2004, lebih banyak bahasa ditambah.
Rujukan Sunting
- ^ Gemma DeVinney (18 January 2007 (v38 n19)). "Wikiquote: Another source for quotes on the Web". Electronic Highways. University of Buffalo Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-10. Dicapai pada 2007-04-21. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Hafsa Ahsan (2007-01-27). "It's all about Wikis". DAWN. DAWN Group of Newspapers. Check date values in:
|date=
(bantuan)
Pautan luar Sunting
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: Wikiquote:Wikiquote |