Hospital Ampang

Hospital Ampang ialah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Selangor, Malaysia. Di samping perkhidmatan kepakaran perubatan, Hospital Ampang turut memberikan perkhidmatan sokongan klinikal dan bukan klinikal.

Hospital Ampang
Kerajaan
Hospital Ampang.jpg
Hospital Ampang, Selangor, Malaysia
Geografi
LokasiAmpang, Selangor,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisDaerah, Mengajar
Gabungan universitiUniversiti Tunku Abdul Rahman
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Pautan
Laman sesawangLaman Web Rasmi Hospital Ampang

Pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) ada menjalankan latihan amali perubatan di hospital ini.

SejarahSunting

Pandemik COVID-19Sunting

Susulan keadaan pandemik COVID-19 di kawasan Selangor yang semakin meruncing, Hospital Ampang menjadi sebuah hospital khusus COVID-19 pada Jun 2021.[1] Menjelang Julai, terdapat laporan bahawa pengurusan pesakit kronik COVID-19 di hospital semakin genting dengan kemasukan pesakit kronik yang lebih kerap jaminan bekalan oksigen yang semakin terancam. Berikutan itu, kadar kematian COVID-19 di Hospital Ampang melonjak memuncak hingga belasan atau puluhan orang sehari.[2] Sementara itu, pihak kerajaan menjamin bahawa bekalan oksigen di hospital ini adalah terkawal,[3] dan segelintir pihak tampil memberi bantuan pemberian pemekat oksigen.[4] Di samping itu, pihak hospital giat menambahkan kapasiti dan prasarana hospital sebagai persediaan penerimaan para pesakit kronik.[5]

AlamatSunting

Hospital Ampang
Jalan Mewah Utara,
Pandan Mewah,
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan

RujukanSunting

  1. ^ "Hospital Ampang rawat pesakit COVID-19 sepenuhnya". Berita Harian. 24 Jun 2021. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  2. ^ Zainudin, Alifah (23 Julai 2021). "Ampang Hospital's Oxygen Problem Sees Record Covid-19 Deaths". Code Blue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Julai 2021.
  3. ^ Arifin, Latifah (23 Julai 2021). "Bantuan oksigen di Hospital Ampang mencukupi". Berita Harian. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  4. ^ "Bantuan Sembilan 'Oxygen Concentrator' Kepada Hospital Ampang Tanda Solidariti Hadapi COVID-19 – Megat Zulkarnain". UMNO Online. 26 Julai 2021. Dicapai pada 28 Julai 2021.
  5. ^ "Ampang Hospital Increases Beds, Oxygen Pressure Levels". Code Blue (dalam bahasa Inggeris). 26 Julai 2021. Dicapai pada 28 Julai 2021.

Pautan luarSunting