Sekolah Kebangsaan Ampang


Sekolah Kebangsaan Ampang, yang lebih dikenali sebagai nama ringkasnya SK Ampang, merupakan sebuah sekolah kebangsaan dalam bandar[2] yang terletak di Jalan Merbau, Kampung Melayu Ampang, di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat[2]. Pada masa kini, Sekolah Kebangsaan Ampang memiliki 1,222 murid dan 75 guruJun 2022.

Sekolah Kebangsaan Ampang
Logo Sekolah Kebangsaan Ampang.
Logo Sekolah Kebangsaan Ampang.
Lokasi
Jalan Merbau
Kampung Melayu Ampang, 68000 Ampang, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah rendah
MotoBerusaha, Berilmu, Berbakti
Ditubuhkan1971[1]
Nombor sekolah+603-42564342
Kod sekolahBBA4024[2]
Guru besarYazid bin Zakaria[3]
GPK Pentadbiran dan AkademikHairda binti Md Hairi[3]
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTahran Nazim bin Mohamad Tahir[3]
Penolong Kanan KokurikulumHaniza binti Zulkapli[3]
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangMohd. Hafizul Ariff bin Mohd. Kashim[3]
Faks+603-42564342
Laman sesawang

Sejarah

sunting

Sekolah Kebangsaan Ampang ditubuhkan pada tahun 1971, dengan satu blok bangunan setingkat yang kini dikenali sebagai blok A, dan mempunyai 16 orang guru yang dipimpin oleh Encik Baharuddin bin Mat Lon sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ampang yang pertama. Seramai 250 murid mula mendaftar pada ketika itu. SK Ampang telah dirasmikan pada dua tahun berikutnya iaitu pada 16 September 1973 oleh Yang Berhormat Dato Mohammad bin Yakob, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

SK Ampang, yang merupakan sekolah yang pertama di Ampang, membina bangunan tambahan untuk bilangan murid yang bertambah selari dengan pertambahan populasi penduduk setempat pada ketika itu. Selain itu, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan pada 1974[1].

Dari tahun 1976, bilangan guru bertambah ke 75 orang, dan murid bertambah menjadi 1,000 orang, yang menyebabkan masalah seperti kekurangan kerusi meja, bilik guru yang terlalu kecil dan kekurangan tenaga pengajar. Pada tahun 1979, sebuah bangunan tiga tingkat telah dibina, yang dinamakan Blok B, diikuti oleh sebuah lagi bangunan tambahan pada tahun 1980[4]. Sejak tahun 1978, SK Ampang beroperasi secara dua sesi[4].

Misi dan Visi

sunting

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara[5].

Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera[5].

Fasiliti

sunting

SK Ampang terbahagi kepada 3 blok bangunan iaitu blok A, blok B, dan blok C[1].

Blok A terdiri daripada pra-sekolah, bilik JQaf, surau dan bilik darjah. Blok B terdiri daripada pejabat, bilik darjah dan bilik-bilik khas (dewan, bilik mesyuarat, bilik guru, bilik kurikulum, pusat sumber, bilik kaunseling, bilik SPBT, bilik muzik, bilik pemulihan, bilik pengawas dan gim). Blok C terdiri daripada makmal sains dan bilik darjah. Selain itu, terdapat makmal komputer, stor sukan dan kantin yang terletak di blok setingkat yang berlainan.

Guru Besar

sunting
Senarai Nama Guru Besar[6]
Guru Besar Tahun
En. Baharuddin bin Mat Lon 1971 - 1977
En. Ibrahim bin Ali Sakim 1977 - 1985
Tuan Hj. Salim bin Sarbini 1986 - 1987
Tuan Hj. Mohamad bin Samsudin 1988 - 1991
En. Basiri bin Sengat 1991 - 1997
Pn. Norsiah binti Lope Shaari 1997 - 2000
Tuan Hj. Shaari bin Jasman 2000 - 2003
En. Abu bin Ahmad 2003 - 2004
Pn. Hjh. Zabedah binti Hashim 2004 - 2009
Pn. Hjh. Khodijah binti Aziz 2009 - 2014
Pn. Rosmimah binti Embi 2014 - 2017
Dr. Hjh. Nazirah binti Mohd Nordin 2017 - 2021[7]
En. Yazid bin Zakaria 2021 - kini

Demografi

sunting
Demografi
Tahun Jumlah Murid Jumlah Guru
2009 1,484 76
Januari 2018[8] 1,216 81
April 2018[9] 1,208 82
Mei 2019[10] 1,223 78
Januari 2020[11] 1,248 75
Jun 2020[12] 1,243 75
Jun 2021[13] 1,213 79
Jun 2022[14] 1,222 75

Alamat

sunting
Sekolah Kebangsaan Ampang
Jalan Merbau, Kampung Melayu Ampang
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan,   Malaysia
Telefon: +603-42564342
Faks: +603-42564342
E-mel: bba4024@moe.edu.my[2]

Rujukan

sunting

Pautan Luar

sunting