Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana


Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana, yang lebih dikenali sebagai nama ringkasnya SK Taman Nirwana, merupakan sebuah sekolah kebangsaan dalam bandar[2] yang terletak di Jalan Nirwana 13, Taman Nirwana, di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat[2]. Pada masa kini, Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana memiliki 1,505 murid dan 94 guruJun 2022.

Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana
Logo Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana.
Logo Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana.
Lokasi
Jalan Nirwana 13
Taman Nirwana, 68000 Ampang, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah rendah
MotoBerilmu, Berdisiplin, Berbakti[5]
Ditubuhkan1986[1].
Nombor sekolah+603-92849280
Kod sekolahBBA4014[2]
Guru besarHarman bin Harun[3]
GPK Pentadbiran dan AkademikKu Norazrihan binti Ku Mohd Yusof[4]
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNatasha binti Che Razenan[4]
Penolong Kanan KokurikulumHalimatun Saadiah binti Johari[4]
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangSapiah binti Daud[4]
Faks+603-92812059
Laman sesawang

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana telah dibuka pada April 1986 di kawasan perumahan Taman Nirwana, disebabkan wujudnya beberapa taman perumahan lain seperti Taman Cahaya, Taman Bakti, Taman Cempaka dan pemindahan penduduk ke Kampung Pandan.

Sekolah ini dibina pada tahun 1985 di kawasan seluas 7 ekar. Pada peringkat awalnya hanya terdiri daripada 2 blok bangunan yang menempatkan bangunan pejabat, bilik guru, perpustakaan, muzium, kelas, tandas dan bilik bekalan elektrik.

Pada tahun 1993, 2 blok bangunan setingkat dan satu blok bangunan tiga tingkat dibina. Walau bagaimanapun, pertambahan bangunan tersebut tidak cukup untuk menampung jumlah murid yang meningkat sehingga lebih 2,000 orang pelajar. Penambahan dan pengubahsuaian terus dilakukan untuk kemudahan dan keselesaan warga sekolah.

Pada tahun 2002, sebuah lagi bangunan setingkat yang menempatkan 2 buah makmal ICT telah dibina. Pada tahun 2010, 1 block bangunan 4 tingkat dibina. Bangunan yang dilengkapi dengan dewan terbuka menempatkan makmal ICT, bilik muzik, bilik bimbingan dan kaunseling serta tandas[1].

Misi dan Visi sunting

Misi sunting

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara[5].

Visi sunting

Pendidikan berkualiti, insan terdidik, negara sejahtera[5].

Guru Besar sunting

Senarai Nama Guru Besar[3]
Guru Besar Tahun
Tuan Haji Mohammad Daud bin Abdul Hamid 1986
En. Ashari bin Mohd Sharif 1986 - 1987
En. Ayub Azhari bin Haji Kassim 1987 - 1988
En. Jamlus bin Haji Abu Bakar 1988 - 1992
En. Mohd Daud bin Abdul Hamid 1992 - 1994
En. Hassan bin Salim 1994 - 1996
Pn. Shahar Fadzilah binti Mohamad Daud 2010 - 2013
En. Mohamad Thani bin Abdullah 2013 - 2014
Pn. Maizan binti Hashim 2014 - 2017
Pn. Roslinda binti Kamiss 2017 - 2022
En. Harman bin Harun 2023 - kini

Demografi sunting

Demografi
Tahun Jumlah Murid Jumlah Guru
2009 2,010 104
Januari 2018[6] 1,531 95
April 2018[7] 1,519 95
Mei 2019[8] 1,514 95
Januari 2020[9] 1,414 98
Jun 2020[10] 1,476 99
Jun 2021[11] 1,496 96
Jun 2022[12] 1,505 94

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana
Jalan Nirwana 13, Taman Nirwana
68000 Ampang
Selangor Darul Ehsan,   Malaysia
Telefon: +603-92849280
Faks: +603-92812059
E-mel: bba4014@moe.edu.my[2]

Rujukan sunting

Pautan Luar sunting