Stesen LRT Pandan Indah

Stesen LRT Pandan Indah ialah stesen LRT yang terletak di Ampang, Selangor, Malaysia di mana perkhidmatan Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di kawasan perumahan Pandan Indah. Stesen ini dibuka kepada awam pada 16 Disember 1996.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]

Pandan Indah Rapid KL
ڤندن اينده
LokasiStesen Pandan Indah, Off Jalan Pandan Indah 20, Pandan Indah, 55100 Ampang Jaya, Selangor, Malaysia
Koordinat3°8′5″N 101°44′48″E / 3.13472°N 101.74667°E / 3.13472; 101.74667Koordinat: 3°8′5″N 101°44′48″E / 3.13472°N 101.74667°E / 3.13472; 101.74667
Dimiliki olehPrasarana Malaysia
Laluan3 Laluan Ampang
Platform2 platform sisi
Trek2
Pembinaan
Jenis strukturAtas Tanah
Templat letak kenderaan277 petak parkir
Kemudahan OKUYa Akses OKU
Maklumat lain
Kod stesen AG15 
Sejarah
Dibuka16 Disember 1996
Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
menghala ke Ampang
Lokasi
Map

Ciri-ciri stesen sunting

Lokasi sunting

Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Kerayong, Pandan Indah, Selangor. Di sebelah barat laut stesen adalah Flat Taman Bakti manakal di sebeah tenggar stesen adalah Pangsapuri Inai. Juga terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli-belah Axis Atrium, kondominium Axis Residences, kawasan perumahan Pandan Indah, Taman Bakti, Taman Cempaka, pangsapuri Pandan Mas dan Dewan MPAJ Taman Cempaka.

Pelan stesen sunting

G Bangunan stesen Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian  
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  
AG Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke Sentul Timur (Pandan Jaya)
AG Arah Utara 3 Laluan Ampang menghala ke Ampang (Cempaka)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri  

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 277 petak parkir kereta — 2 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. Dicapai pada 27 Mei 2019.
  3. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  4. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.