Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang

Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang atau nama ringkasnya SK Hulu Kelang, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Hulu Kelang. Ia terletak berhampiran Sungai Klang.[2] Sekolah ini merupakan sekolah terpilih dalam program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) salah satu program yang dirangka oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang
Lokasi
 Malaysia Jalan Hulu Kelang, Gombak, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah341078662
Kod sekolahBBA7201[1]
Pengerusi PIBGHj Ali Bin Mohamad
PengetuaHj Tuan Ismail Bin Tuan Mat
GPK Pentadbiran dan AkademikBebe Zarjan Binti Mirbas Khan
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridKhairah Binti Duru Laman
Penolong Kanan KokurikulumRodziah Binti Abd Hamid
Faks341066254
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 675 orang. Ia mempunyai seramai 53 orang guru.Januari 2018[1]

Sejarah sunting

Sekolah ini pernah muncul dalam filem lakonan Tan Sri P.Ramlee berjudul Masam Masam Manis sekitar tahun 1965 dengan dialog lontaran murid-murid sekolah ketika itu; "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola". Bangunan tempat berlakunya adegan tersebut dinamakan Bangunan Tan Sri P.Ramlee. Difahamkan bahawa sekolah ini adalah antara yang tertua di kawasan Ampang. Latar belakang bangunan asal Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang dahulunya merupakan bangunan kedai yang dibina pada tahun 1883. Bangunan tersebut mula dijadikan sekolah pada tahun 1910 di mana ia hanya menumpang di bangunan kedai berkenaan.

Sekolah ini telah dinaikkan taraf iaitu daripada gred C kepada gred A. Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang ditubuhkan bagi menampung keperluan pendidikan bagi penduduk setempat ekoran daripada pertambahan penduduk yang semakin pesat.

Pada tahun 1913 pembinaan bangunan pertama telah didirikan iaitu bangunan yang diperbuat daripada kayu-kayu bulat yang beratapkan nipah dan lantainya yang tidak bersimen.

Pada tahun 1938 pula bangunan tersebut telah diubahsuai daripada setingkat menjadi 2 tingkat. Walau bagaimanapun ia masih dalam bentuk yang sama iaitu bangunan yang diperbuat daripada kayu.

Sekolah tersebut mula mendapat bekalan air paip dan elektrik pada tahun 1964 dan ia merupakan infrastruktur yang pertama bagi sekolah tersebut. Manakala pada tahun 1974, bangunan batu 2 tingkat mula dibina berhampiran dengan bangunan lama dan ia mengandungi 4 bilik darjah, pejabat, tandas, kantin dan rumah guru besar.

Pada tahun 1981 pula bangunan kayu yang mempunyai 2 bilik darjah turut didirikan. Sekolah tersebut kemudiannya memperolehi sebuah lagi bangunan baru 2 tingkat yang mengandungi 8 bilik darjah iaitu pada tahun 1987.

Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang keseluruhannya mempunyai 4 buah bangunan yang mana ia mengandungi 14 bilik darjah bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah dan memberi keselesaan kepada mereka.

Selain itu, sebuah padang permainan yang cukup luas di kawasan sekolah juga turut disediakan bagi kemudahan pendidikan jasmani. Perkembangan Sekolah Di awal penubuhannya pada tahun 1910 hanya terdapat satu kelas yang dibuka dan hanya seorang guru sahaja yang mengajar untuk pelbagai matapelajaran.

Manakala murid yang belajar di sekolah tersebut pada masa itu adalah seramai 15 orang. Pada tahun 1979 pula berlakunya pertambahan murid dengan pesat akibat daripada pembangunan di kawasan Hulu Kelang.

Pada tahun 1993, sekolah ini telah menyambut sambutan ulang tahun dengan perasmian oleh Menteri Pendidikan ketika itu Dato Seri Anwar Ibrahim serta penampilan beberapa artis terkenal ketika itu seperti Datuk Sheila Majid, Datuk Zainal Abidin, Pak Pandir, artis RAP dan ramai lagi.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang
Jalan Hulu Kelang
Selangor, Malaysia
Telefon = 341078662
Fax = 341066254

Rujukan sunting

  1. ^ a b Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018
  2. ^ Oleh ISMADI ISMAIL, SK Hulu Kelang banjir lagi SINAR HARIAN 21 APRIL 2017. Diambil 03 Disember 2018

Pautan luar sunting