Altimet

Penyanyi, penggubah lagu, pelakon dan ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad[2][3][4][5] atau lebih dikenali sebagai Altimet (lahir 27 November 1978)[6] merupakan seorang komposer, penulis lirik, pelakon, penyanyi rap serta ahli politik Malaysia. Beliau ialah bekas ahli kumpulan Teh Tarik Crew yang meraih kejayaan antara 1999 dan 2007.[7] Beliau telah mengumumkan bahawa kerjaya beliau sebagai seorang penyanyi setelah hari lahirnya yang ke-40 telah tamat, namun masih akan menerima tawaran mengarang lagu bagi pihak lain.[8]

Altimet
Altimet ditemu ramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 14 April 2015.
Kelahiran
Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Alhadad

(1978-11-27) 27 November 1978 (umur 45)
PekerjaanKomposer, penulis lirik, pelakon, ahli politik
Tahun aktif1999–kini (sebagai penyanyi)
1999–kini (sebagai komposer dan penulis lirik)
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Lembah Jaya
Memegang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehHaniza Mohamed Talha
Ketua Cabang PKR Ampang
Memegang jawatan
9 Julai 2022
Perdana MenteriDato Seri Anwar Ibrahim
Butiran peribadi
Parti politik PKR (sejak 2021)
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Harapan (2021-kini)
Laman web rasmialtimet.com.my

Awal hidup dan pendidikan sunting

Altimet dilahirkan pada 27 November 1978 di Petaling Jaya, Selangor dan merupakan anak kepada pasangan Syed Abdul Rahman bin Syed Ali Alhadad dan Sharifah Jamalah binti Syed Agil Alsagoff. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Subang Jaya dan Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya dan Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor.

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat universiti di Universiti Perubatan Antarabangsa di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Altimet mula didedahkan dengan muzik hip hop sejak berusia 11 tahun, minatnya berputik semasa mendengarkan lagu "Bring The Noise" nyanyian Anthrax dan Public Enemy.[9]

Kerjaya muzik sunting

 
Altimet (tiga dari kanan) ketika bersama Teh Tarik Crew pada awal kemunculannya.

Altimet memulakan kerjaya muzik dengan menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew yang ditubuhkan pada 1999. Ia turut disertai oleh Mizz Nina, DJ Fuzz dan Fiquetional.[10][11] Sepanjang bersama kumpulan ini, Altimet menerbitkan tiga album bersama TTC, Are We Rap Stars Now (1999), How's The Level? (2002) dan What's Next? (2004). Selepas kumpulan itu dibubarkan pada 2007, beliau memulakan kerjaya secara solo.[11]

Pada November 2013, Altimet bekerjasama dengan penyanyi Singapura, Awi Rafael menerusi lagu "Kalau Aku Kaya".[12]

Pada tahun 2016, Altimet tampil dengan single "Memang Mudah" di mana beliau bekerjasama dengan rapper, Sasi The Don dan Maya Hanum. Lagu itu dirakamkan sempena ulang tahun ke-9 syarikat pengiklanan, Mudah.my.[13]

Beliau merupakan pemenang trofi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu "Amboi" pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 pada 11 Februari 2018.[14]

Beliau menamatkan kerjayanya sebagai seorang penyanyi pada hari lahirnya yang ke-40 pada 27 November 2018. Namun begitu, beliau masih tetap menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi lain.[15] Konsert The Last Altimet Show yang ditunda sehingga Februari 2019 merupakan penampilan terakhirnya dalam dunia nyanyian.[8]

Penceburan lain sunting

Perniagaan sunting

Altimet mengusahakan jenama pakaian berkonsep Islam untuk orang lelaki dan kanak-kanak di bawah label "Benua Clothing" bersama seorang rakan kongsi yang juga kawan rapatnya, Mohd Nizar Manaf. Label ini mula beroperasi pada awal Mei 2014.[16] Selain itu, beliau turut menguruskan salah satu cawangan kedai gunting rambut Joe Flizzow.[15]

Beliau juga mengumumkan akan menubuhkan sebuah francais kedai gunting rambut dan melabur dalam syarikat piza dan aplikasi pembelajaran al-Quran, Recite.[8]

Penampilan lain sunting

Altimet merupakan antara 120 selebriti popular tanah air yang menjayakan projek insiatif muzik di bawah kendalian Pete Teo, Malaysian Artistes For Unity (MAFU) yang bertujuan bagi meraikan kepelbagaian budaya dan idea Bangsa Malaysia menerusi lagu dan video. Selebriti yang terlibat termasuk Afdlin Shauki, Awie, Ning Baizura, Jason Lo, Sharifah Amani, Adibah Noor, Maya Karin dan lain-lain.[17]

Beliau merupakan salah seorang dari 10 duta baharu 1M4U.[18] Altimet menjadi pelakon dalam filem Rentap sebagai penampilan khas dan menjadi pelakon utama dalam PU Wid di Astro Oasis dan Astro Maya HD.[10]

Selain itu, beliau juga muncul dalam pementasan teater Ola Bola The Musical memegang watak sebagai Sarjan Ahmad.[19]

Kerjaya politik sunting

Altimet secara rasminya menyertai PKR pada April 2021, dengan salah satu tujuan utama ingin melihat ketua PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin negara serta mengukuhkan penglibatan bidang kesenian dalam politik negara. [20][21] Pada 2023, beliau menjadi calon bagi pihak Pakatan Harapan – gabungan parti PKR – dalam pilihan raya negeri Selangor 2023 di Lembah Jaya.

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Negeri Selangor[22][23]
Tahun Kawasan Calon Undian Peratusan Lawan Undian Peratusan Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2023 N20 Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (PH-PKR) 26,298 57.27 Sharifah Haslizah Syed Ariffin (PN-PAS) 19,620 42.73 45,918 6,678 69.94%

Kehidupan peribadi sunting

Altimet telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.[24] Beliau mendedahkannya dalam satu laporan Hlive: -

Ya, saya sudah berumah tangga sejak 15 tahun lalu. Saya kongsikan perkara ini ketika konsert terakhir saya hanya buat peminat yang menyokong saya selama ini kerana selepas ini saya pun sudah tiada lagi dalam industri.[25]

Diskografi sunting

Album studio

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak
2014 Rentap Penampilan istimewa
2018 Busker
2019 Ejen Ali: The Movie Andik (suara)
2021 Hutang 2D Gua Mambang
Belaban Hidup: Infeksi Zombie Sukma

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Riot!: Rebel With a Cause Dirinya sendiri Astro Premier Penampilan khas

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Umrah Kita Pengacara TV9 bersama Noh Salleh & Aizat Amdan
2015 Sounds Of Muslims: Austria
2016 Sounds Of Muslims: Greece & Macedonia
PU Wid Tora Astro Oasis
2017 Sounds Of Muslims: Denmark Pengacara TV9
My Mudah Stories Astro Ria

Teater sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2018 Ola Bola The Musical Sarjan Ahmad[26]

Muzik video sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 Here In My Home Diri sendiri Lagu khas untuk Malaysian Artistes For Unity
2014 Hello Diri sendiri Bersama The Trisno Trio
2016 Amboi Diri sendiri
2018 Bunga Diri sendiri
2018 Jejaga Diri sendiri Bersama A'trez, Minah B & Mat Piah

Konsert dan jelajah sunting

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Juara Lagu ke-32 Persembahan Terbaik "Amboi" Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular (bersama Hazama) Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Hasbullah Awang Chik (4 Februari 2018). "Walau nekad, Altimet tidak jadi bersara jika ibu bantah". The Malay Mail Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  2. ^ "MEMBERSHIP". Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-26. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  3. ^ Bernama (18 Januari 2013). "Najib mahu belia sumbang kepada pembangunan masyarakat, negara". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-26. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  4. ^ "20 personaliti belia dilantik Duta 1Malaysia". Utusan Malaysia. 18 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-26. Dicapai pada 26 Ogos 2018 – melalui Utusan Online.
  5. ^ Bernama (19 Januari 2013). "Serve nation above personal interests, youths told" [Belia disarankan negara didahulukan melebihi kepentingan sendiri]. Borneo Post online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-26. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  6. ^ Budiey Isma (16 Disember 2016). "Altimet Lancar Album Terbaru Berjudul AMBOI". Budiey.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-26. Dicapai pada 25 Ogos 2018.
  7. ^ "Bukan bintang rap sejati". Berita Harian. 23 Januari 2017. Dicapai pada 8 Mac 2018 – melalui PressReader.com.
  8. ^ a b c Fatin Farhana Ariffin (28 November 2018). "Berhenti menyanyi, Altimet tolak tawaran lima angka". BH Online. Dicapai pada 29 November 2018.
  9. ^ "Biodata Altimet, rapper terkenal Malaysia". Azhan.co. 2 Februari 2017. Dicapai pada 8 Mac 2017.
  10. ^ a b "Kritikan peminat cetus inspirasi". Berita Harian. 13 Mei 2017. Dicapai pada 8 Mac 2018 – melalui PressReader.com.
  11. ^ a b Yeoh, Angelin (17 Februari 2017). "Don't shoot the messenger" [Jangan bidas utusan]. The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Mac 2018 – melalui PressReader.com.
  12. ^ Nadia Azam (7 Jun 2016). "Altimet kongsi rezeki dari Kalau Aku Kaya". Malaysiakini. Dicapai pada 2 Disember 2016.
  13. ^ "Mudah.my creates music video featuring Altimet". Marketing Interactive. 25 November 2016. Dicapai pada 14 Jun 2017.
  14. ^ Zaidi Mohamad (12 Februari 2018). "Cubalah pujuk ibu saya - Altimet". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  15. ^ a b Nur Asyikin Mayudin (18 Ogos 2017). "Altimet Nekad Tinggalkan Dunia Seni". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  16. ^ Sofea Susan Albert Kassim (25 Julai 2014). "Benua Clothing Tampil Rekaan Eksklusif Busana Lelaki Muslim, Kanak-Kanak". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  17. ^ Wanda Idris (1 Jun 2008). "Malaysian Artistes For Unity". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-26. Dicapai pada 19 Mac 2014.
  18. ^ Muhammad Adnan (26 Julai 2016). "iM4U lantik 10 duta baharu". mStar Online. Dicapai pada 9 Disember 2016.
  19. ^ Ola Bola The Musical bakal menyaksikan penampilan teater muzikal pertama altimet Suria FM (11 Oktober 2017). Dicapai pada 7 Mac 2018.
  20. ^ Buang, Shakira; Har Vian, Yasmin; Nasaruddin, Nazira Hasanah (1 April 2021). "Altimet kini sah sertai PKR". Malaysiakini. Dicapai pada 3 April 2021.
  21. ^ Palansamy, Yiswaree (1 April 2021). "Ex-rapper Altimet joins PKR, says prodded by thoughts about children's future". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 3 April 2021.
  22. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 13 December 2020.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  23. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 13 December 2020. Percentage figures based on total turnout.
  24. ^ Syafiqah Jalal (18 Februari 2019). ""Saya Dah Berumah Tangga 15 Tahun Lalu"- Altimet Tiada Niat Menipu, Tapi…". Gempak. Dicapai pada 19 Februari 2019.
  25. ^ "Rupa-rupanya Altimet sudah kahwin 15 tahun lalu". Astro Awani. 18 Februari 2019. Dicapai pada 19 Februari 2019.
  26. ^ Zaidi Mohamad (22 Januari 2018). "Altimet terpaksa 'ponteng' pementasan Ola Bola". BH Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-08. Dicapai pada 8 Mac 2018.
  27. ^ Asraf Aded (19 Disember 2018). The Last Altimet Show! Konsert Terakhir Altimet Sebelum Bersara Astro Gempak. Dicapai pada 27 Februari 2019.

Pautan luar sunting