Adibah Noor

Pelakon dan penyanyi wanita Malaysia

Adibah Noor Mohamed Omar (3 September 1970 – 18 Jun 2022) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia. Beliau pernah menjadi guru Bahasa Inggeris selama dua tahun di sebuah sekolah di SMK Taman Dato' Harun Petaling Jaya. Adibah juga merupakan duta pusat beli belah / Pasaraya The Store (Malaysia).[1]Beliau telah meninggal dunia pada 18 Jun 2022.

Adibah Noor
Kelahiran
Adibah Noor binti Mohamed Omar

(1970-09-03)3 September 1970
Meninggal dunia18 Jun 2022(2022-06-18) (umur 51)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianKanser ovari
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Hulu Kelang, Selangor
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara, penyampai radio
Tahun aktif1995–2022
Ibu bapa
  • Allahyarhamah Norlia Abdul Majid (ibu)
  • Mohd Omar Zainal Abidin (bapa)
Kerjaya muzik
Genre
  • Balada
  • Irama Malaysia
InstrumenVokal

Latar belakang sunting

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Adibah merupakan guru Bahasa Inggeris sebagai lulusan Bahasa Kedua dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan nyanyian pertamanya ialah dalam pertunjukan bakat yang dipanggil Suara 90-an Nescafe di mana beliau mendapat tempat pertama pada tahun 1994.[2]

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 7.45 malam 18 Jun 2022 di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur akibat kanser ovari tahap 4.[3] Berita kematian beliau dimaklumkan oleh Datin Emylia Rosnaida menerusi laman Facebook. Adibah Noor menjadi peserta Gegar Vaganza kelima yang kembali ke Rahmatullah selepas Nassier Wahab pada tahun 2019, Maya Matahari pada tahun 2020, Siti Sarah dan Gmie Screen pada tahun 2021.

Kerjaya sunting

Gegar Vaganza 2021 sunting

Adibah terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Laguku Sendiri Terlalu Istimewa Dirinya sendiri Ke-2
Minggu 2 Masih Aku Terasa Istana Menanti Rahim Maarof Ke-2
Minggu 3 Segalanya Ku Terima All I Ask Adele Ke-3
Minggu 4 Berdiri Bulu Romaku Jika Melly Goeslaw dan Ari Lasso Tempat Pertama
Minggu 5 Dulu Lain Sekarang Lain Gajah Tulus Ke-6
Minggu 6 Langkah Seiringan Tanya Sama Itu Hud-Hud (Duet Bersama Ali Sariah) Dato' M. Nasir Ke-3
Minggu 7 Kelentang Kelentong Berdiri Bulu Romaku Hetty Koes Endang Ke-8
Minggu 8 (Suku Akhir) Kupetik Bintang-Bintang Dhoom Machale Sunidhi Chauhan Ke-5
Minggu 9 (Separuh Akhir) Lagu Untukmu Night Fever Bee Gees Ke-5
Sumpah Naim Daniel
Minggu 10 (Akhir) Akhirnya Kini Pasti Seroja S. Effendi TEMPAT KEEMPAT
Kau Di Hatiku (Duet Bersama Zainalabidin) Zainalabidin
Kami Rappers (battle Azzan Scan) 4U2C

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Sepet Kak Yam Filem pertama beliau
2006 Buli Balik Pengacara Pelakon undangan
Gubra Kak Yam
2007 Mukhsin Kak Yam
2009 Talentime Cikgu Adibah
Jin Notti Sofea Jin
2010 Magika Makcik Halia
Hooperz Coach D
Crayon Mak Engku
Aku Tak Bodoh Kak Jah
2011 Nasi Lemak 2.0 Nor
2012 Hoore! Hoore! Lia
Pontianak vs Orang Minyak Saodah
2013 Kolumpo Cikgu Penampilan khas
2014 Mamak Cupcake Juri
Rentap
2015 Fundamentally Happy Habiba Hj Salam
2017 Mencari Rahmat Datin Azizah
2019 Rumahku Mak Engku Filem pendek
2021 The Code of Happiness Puan Nina Penampilan khas
Selamat Hari X Jadi Dekan
Chomel Hakim Zulaikha
Hantu Ke Lima Puan Sri Zaleha
Busuk Ustazah Mariam Filem pendek
2022 Juang Kak Long Filem terakhir beliau
2023 Eraser Khatijah
Adoiii Jiwaku Munah
2024 Baik Punya Ah Long
TBA Sekolahaha

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Phua Chu Kang Sdn Bhd Fatimah NTV7 Drama pertama beliau
2012–2013, 2017 Oh My English! Cikgu Puan Hajah Astro TVIQ
2012 Small Mission Enterprise Aminah NTV7
2017 Jadikan Aku Yang Kedua Hajah Latifah Astro Oasis
2018 Lafazkan Kalimah Cintamu Kak Kembong (Bong) Astro Ria Pelakon undangan
2019 Plan Cinta Che Timah TV3
2020 Kampung People 2 Dona
Rumah Rara Umi Jah Awesome TV
2021 Covid Oh Covid Habsah TV3
Man Transform Awesome TV
Keluarga Untuk Disewa Puan Sri Maryam TV9
2022 Mem & Bibik Bibik Bibik Mok TV3
Hantu Raya Pergi Perang Dato' Null Sooka Drama terakhir beliau

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Nostalgila Mekanik Astro First Eksklusif
Nasi Dagang Nasi Ayam Abibah TVi
2015 Nasi Ayam Duda Timah TV2
2016 Mati Tunggu Sekejap Kamaliah Astro Oasis
2017 Cupid Boss Astro Citra
Bisik Pada Allah Kiah
2019 Pendoa Yang Ikhlas Kak Limah TV2
2020 Aku OCD Astro Citra

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Ah-Ha Pelbagai TV3
Senario
2011–2012 Oh Yeah! Astro Warna
2012 Super Spontan Pengacara
2013–2014 Liga Lawak Superstar TV3 bersama Afdlin Shauki
2017 Debat Lebat Astro Maya HD
2018 A++ TV2 bersama Afdlin Shauki
Bintang RTM 2018 Juri tetap
Super Spontan Xtravaganza Juri Astro Warna
2019 The Sherry Show Artis Jemputan TV3 Episod: Artis Educated
Komuniti Awani Dirinya sendiri Astro Awani
Raja Lawak Junior Juri Astro Warna bersama Nabil Ahmad & Jihan Muse
2020 Seminggu Sekali Ahli Panel
Keringat Selebriti Pengacara Awesome TV
Vokal Mania Juri Jemputan TV3
2021 Sembang Rawak Artis Jemputan Awesome TV
Sepahtu Reunion Live Kameo Astro Warna Episod: "Gemerlap Langkahku"
Gegar Vaganza (musim 8) Peserta Astro Ria
Raja Lawak Junior Juri Astro Warna
2022 Mic ON! (Musim 2) Juri Jemputan Awesome TV
Gegar Vaganza Semangat Nak Raya Dirinya sendiri Astro Ria

Iklan sunting

Tajuk
TV3 Fifa World Cup 2002: Makan Bola
TV3 Fifa World Cup 2002: Pasu Pecah
TV3 Crocodile Hunter
TV3 The Rock
TV3 Merdeka Combat
TV3 Temple
TV3 Raya: Cekodok Monster
TV3 Raya: Baru Balik Dari London
TV3 Raya: Kucing Hitam
Telekom Malaysia: ITalk
Hari Raya: Proton
TV3 Raya: Ikan Dilaut, Asam Didarat
Libresse
Libresse: Wachaaa!
Delivery Ke Hati Seri
Sadaqah

Radiografi sunting

Radio sunting

Tahun Tajuk Stesen
13 Februari 2013 – 31 Mei 2016 Rancangan Suria Pagi Suria

Diskografi sunting

Album studio sunting

Lagu dan single sunting

  • Zapin Cinta SMS (duet bersama Senario)
  • Appy Thots (duet bersama Doul)
  • Ayah Dan ibu (featuring Harun Salim Bachik, Fauziah Nawi, Nurfarah Nazirah) - OST Hoore! Hoore!
  • Bahasa Rindu - Versi Solo & featuring Nizam Din
  • Ke Sana Dengan Mu (featuring Sam Innuendo)
  • Malaysia Kau Ku Cinta (featuring Dina Nadzir)

Anugerah dan pencalonan sunting

Anugerah Industri Muzik sunting

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
2006 (AIM13) Artis Baru Terbaik Tercalon Jaclyn Victor
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) Terlalu Istimewa Tercalon Siti Nurhaliza - Siti Nurhaliza in Concert, Royal Albert Hall London
Album Pop Terbaik Tercalon Jaclyn Victor - Gemilang
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Ikan Di Laut, Asam Di Darat Tercalon Jaclyn Victor - Gemilang
Video Muzik Terbaik Terlalu Istimewa Tercalon LO - Sleepy Head
Lagu Terbaik Tercalon Zahid - Warkah Buat Laila
2011 (AIM18) Lagu Pop Etnik Terbaik Joget Tak Senang Hati Menang
Lagu Terbaik Tercalon Anuar Zain - Sedetik Lebih

Anugerah Juara Lagu sunting

  • Anugerah Juara Lagu 2006 (Vokal Terbaik) Terlalu Istimewa
  • Anugerah Juara Lagu 2006 (Balada) Terlalu Istimewa
  • Anugerah Juara Lagu 2006 Terlalu Istimewa

Lain-lain sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2018 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Mencari Rahmat Menang
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Pengacara TV Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-09. Dicapai pada 2011-07-09.
  2. ^ Yeang, Soo Ching (2006). "10 THINGS YOU DIDN'T KNOW ABOUT: Adibah Noor". Sunday People. The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2006.
  3. ^ "Entertainer Adibah Noor dies at 51 from ovarian cancer". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 18 Jun 2022. Dicapai pada 18 Jun 2022.
  4. ^ Shazryn Mohd. Faizal (19 January 2007). "Terlalu Istimewa apa misi Adibah Noor?". Utusan Malaysia. Dicapai pada 24 April 2008.[pautan mati kekal]

Pautan luar sunting