Keluarga Untuk Disewa

Keluarga Untuk Disewa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Raja Mukhriz. drama bersiri ini dibintangi oleh Allahyarhamah Adibah Noor, Fifi Laura dan Dynas Mokhtar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Diandra (TV9) bermula 2 November 2021 menggantikan Kampung Kolestrol. [1]

Keluarga Untuk Disewa
Genre
Ditulis oleh
  • MF Kencana
  • Ellyna Ahmad
PengarahRaja Mukhriz
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Dijaja" nyanyian Cat Farish, Fimie Don, Shiha Zikir dan Pekin Ibrahim
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Syarikat penerbitan
Eleven Field Creative Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV9 (Slot Diandra)
Disney+ Hotstar Malaysia
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal2 November 2021 – 6 Disember 2021
Kronologi
MengikutiKampung Kolestrol
Diikuti olehMr. Millennium

Sinopsis sunting

Puan Sri Maryam mengumpulkan empat individu iaitu Alwi, Intan, Nora dan Fikri untuk diperkenalkan kepada cucunya Aina. PS Maryam mahu melantik mereka menjadi 'keluarga sewa' dan menyamar sebagai keluarga Aina dengan bayaran lumayan.

Alwi, Intan, Fikri dan Nora bersetuju setelah memikirkan masalah kewangan mereka yang semakin merudum setiap hari. Alwi dikejar Ahlong, Intan diganggu bekas suami meminta duit, Fikri kais pagi makan pagi dan Nora menyara adik-adiknya.

Sementara mereka cuba membiasakan diri dengan watak masing-masing, Aina mula curiga. 'Keluarga Sewa' mula kelam-kabut untuk menutup penyamaran dan berlakulah berbagai kejadian lucu sampai rahsia mereka nyaris-nyaris terbongkar.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon undangan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Keluarga Untuk Disewa. MyInfoTaip. Dicapai 1 November 2021

Pautan Luar sunting