Fimie Don

Pelakon lelaki Malaysia

Shafimie Saedon, atau lebih dikenali sebagai Fimie Don (lahir 13 Februari 1998) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Fimie mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak kecil lagi iaitu ketika beliau berusia lima tahun dan [1] beliau juga ialah sepupu kepada pelakon Nik Adruce.[2]

Fimie Don
Kelahiran
Shafimie bin Saedon

(1998-02-13) 13 Februari 1998 (umur 26)
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi
Tahun aktif2003–kini
Ketinggian168 cm (5 ka 6 in)
Saudara
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
The BeeSings, Raja Syahiran

Kerjaya

Fimie merupakan pelakon utama siri Hikayat Putera Shazlan [3] dan Bong. Beliau turut terlibat dalam program ‘Nasi Lemak Kopi O’. Beliau mula menceburi industri lakonan menerusi drama yang disiarkan di RTM dan telah melakonkan lebih 30 buah drama, tiga buah filem dan 50 buah iklan seperti drama ‘Kudrat’, ‘Ramadan ke-30’, ‘Mencari Sinar Lailatulqadar’, ‘Malam Tujuh Likur’, filem ‘Magika’, ‘Aman’ dan ‘Seram’. Lain-lain program yang disertainya ialah 'Ketupat Rendang Kopi O' yang disiarkan di TV9, 'Kuih Goyang Seha' (TV3), 'Rumah Kembar 4' (RTM) dan 'Gabra' (RTM). Telemovie Kasut mengakhiri slot akhir tahun 2010 pada 25 haribulan 12. Drama Seram (asrama) arahan Nizam Zakaria dan 7 lagu arahan Kabir Bhatia telah mendapat tempat di Astro Ria dan Astro Citra. Drama lakonan Fimie Don seterusnya yang menyusul di TV9 ialah Sekilas Kalbu arahan Jamal Khan bersama Zeel Production yang mana Zeel juga merupakan penerbit bagi Kem Pink. Astro Warna pula telah menayangkan drama komedi bertajuk "Ayahku Anakku" arahan Mat London. Fimie Don telah melakonkan iklan pertamanya untuk JPJ bertajuk ‘Tengok Kiri, Tengok Kanan’ ketika berusia 9 tahun dan muncul dalam beberapa iklan seperti Roti Tiger, KFC 35 tahun, Pizza, Solivite serta menjadi duta pakaian Hari-Hari.

Pelakon watak utama dalam filem Sereem arahan Bob Singah pada tahun 2008. Akan tetapi, hingga kini filem tersebut masih tidak dapat ditayangkan. Beliau kini diberi peluang lagi oleh KRU dalam filem keluaran arahan Edry Abdul Halim bertajuk Magika dengan diberi watak utama bersama Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain, M. Nasir serta pelakon lain. Dengan bakat yang dimiliki beliau, beliau diberi lagi kepercayaan oleh Pengarah terkenal Prof. Dr. Hatta Azad Khan untuk membawa watak utama dalam filem Senario Asam Garam terbitan MIG. Kemudian dalam pencarian watak utama kanak-kanak dalam filem CE1 terbitan Hes Communication, Fimie Don telah ditawarkan watak tersebut dan pada tahun 2011 telah dijemput sekali lagi oleh MIG bawah arahan Ahmad Idham untuk filem aksi terbaik untuk 2012 bertajuk 8 Jam dengan membawa watak Shaheizy Sam semasa kecil yang bernama Alang. Pada tahun yang sama juga, Fimie Don sekali lagi ditawarkan watak Shaheizy Sam semasa kecil untuk filem SAM: Saya Amat Mencintaimu arahan pengarah termuda Syafiq Yusof anak kepada Dato Yusof Haslam. Filem 8 Jam berada di pawagam pada 5 Julai 2012 manakala S.A.M pada Hari Raya pertama 2012. [4]

Drama Bong terbitan Ace Mation telah memberi peluang kepada Abang Fimie Don memulakan episodnya untuk pertama kalinya di TV9 di samping beliau mendapat tawaran daripada Filem Scape untuk terlibat dalam Astro Ceria sebagai watak utama dalam drama Hikayat Putera Shazlan yang mengisahkan Shazlan bersama buku istimewanya yang telah menaikkan nama dan memperkenalkan beliau kepada ramai pengarah dan penerbit. Beliau sekali lagi mendapat tawaran daripada Global Station membawa watak utama dalam drama bertajuk Surat untuk Amin yang bersiaran di TV9. Beliau semakin mendapat tawaran-tawaran bagi drama, iklan, filem dan program secara langsung di TV9 iaitu Nasi Lemak Kopi O sebagai pengacara bersama setiap hari Sabtu dari pukul 8 sehingga 10 pagi. Beliau juga merupakan pengacara Berita Adik di TV9. [5] Kini, Fimie Don telah menamatkan program Nasi Lemak Kopi O dan Berita Adik untuk memberi laluan sepenuhnya bagi pengacaraan terbaharu di RTM2 untuk Kids On 2 yang disiarkan setiap hari Jumaat dari jam 7 sehingga 11 pagi.

Daripada seorang model iklan, beliau mula terjebak dalam persenian sejak usia 9 dan menjadi pelakon ketika berusia 8 tahun. Kemudian, beliau melangkah pula menjadi seorang pengacara pada usia 13 tahun dan kini melangkah setapak lagi menjadi seorang penyanyi dan memiliki single dengan dua lagu pada usia 14 tahun dan pada usia 15 tahun, telah memiliki single ke-2 bertajuk "Bila Ku Di Mercu". Lagu "Untuk Mama & Papa" telah pun berkumandang di semua corong radio-radio dan televisyen. Lagu tersebut telah menjadi lagu tema bagi Hari Ibu 1 Malaysia yang telah dipersembahkan di hadapan Dato' Shahrizat. Tambahan lagi, lagu "Untuk Mama & Papa" telah berjaya memasuki Muzik-Muzik. Fimie diberi kepercayaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadi pengacara bersama untuk menjayakan program "Pelancaran Pencarian Duta Kecil Kuala Lumpur 2010" dan telah melaksanakan tugasnya di hadapan Tun Sri Siti Hasmah Mohd Ali, Yg Bhg Datuk Ahmad Fuad bin Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur. Lagu Mama & Papa dipilih untuk menjadi lagu tema dalam drama Cucu Seorang Primadona siaran RTM, [6] manakala single keduanya pula dipilih untuk menjadi lagu tema dalam drama Kelab WOW di TV9. Fimie Don juga menggunakan suaranya sendiri untuk OST filem Magika bersama KRU dan menjadi suara latar untuk lagu "Bangun Semula" nyanyian Alif AF8 yang juga hasil penggubah Edry Abdul Halim daripada KRU. Selain itu, Fimie juga pernah menjadi ahli kumpulan The BeeSings bersama Azzam Shah, Didi Astillah & Haqiem Rusli. [7]

Pada tahun 2010, Fimie mengurangkan semua pengambaraan kerana memberi laluan kepada pelajarannya bagi menduduki peperiksaan UPSR. [8] Fimie telah berada di carta tempat pertama sebagai kanak-kanak berbakat dalam Hip TV di TV9 pada 2010 dan Fimie telah terpilih menjadi pelakon remaja terbaik pada tahun 2010 dalam filem Magika, manakala Filem Magika muncul sebagai filem terbaik bagi Festival Festa Filem Malaysia ke-23. Pada tahun 2011, Fimie Don juga tercalon dalam senarai Top 5 Anugerah Sri Angkasa untuk drama Surat Dari Amin terbitan Global Station ditayangkan di TV9 yang telah dipertandingkan pada 18 dan 19 Februari 2011 di PWTC.

Fimie telah selesai berlakon untuk filem 8 Jam dengan membawa watak Shaheizy Sam sewaktu kecil yang diarah oleh pengarah terkenal iaitu Ahmad Idham. Seterusnya, Fimie telah membintangi filem berjudul Butak yang diarahkan oleh Sabri Yunus. [9]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Cinta Murid Filem pertama
2010 Senario Asam Garam Amin
Magika Malik
2012 8 Jam Alang (kecil)
SAM: Saya Amat Mencintaimu Sam (kecil)
2014 Balistik Saga budak
Gila Baby Boh
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Fakhrul Penampilan khas
2020 Butak Panjang
2023 The Lord Musang King Fiezol

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Hikayat Putera Shazlan Shazlan Astro Ceria Drama pertama
2008 Bong Aiman TV9
2010 Kem Pink Anya TV3
2011 Juvana Kedah
2015 Wadi Azim
2016 Mr. Donat Karamel Kamil
2017 Oh My English! Level Up Ronaldo Astro TVIQ
2018 Matahari Cerah Lagi Wan Irsyad TV Okey
2019 Rumah Siti Khadijah Amin TV3 Episod: "Ragut"
2020 Titian Takdir Ayoi
Bidadari Salju Naufal
2021 One Two Hantu 2 Awesome TV
Cik Ayu Mee Sanggul Joe Al-Jufry Astro Ria
Keringat Firdausi Ryan TV1
Ali Alia Ali Astro Prima
Malaysian Ghost Stories Izzat Astro Ria Episod “Rumah Sewa RM100”
Israqi Episod: “Jenglot”
Keluarga Untuk Disewa Fikri / Hisham TV9
Diari Seorang Suami Jenal TV3
2022 Nurlaila Sam TV1
Melur Untuk Firdaus Harris Daniel TV3
Histeria The Series Khairul Astro Citra
Kau vs Aku Luqman Sooka
2023 Nenek Bongkok Tiga Mior Viu
Melur Untuk Firdaus 2 Harris Daniel TV3
From Saga With Love Bob Viu
2023–2024 The Cadets Hakim Astro Ceria
2024 X-Change Yacob Muda Astro Premier Penampilan khas
From Saga With You 2 Bob Viu

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Kain Pelikat Acat Acat TV9
2012 7 Lagu Farhan (kecil) Astro Citra
2014 Acu Haikal TV3
Dislesia Sham
2016 Dodol Dodol Cinta Amir TV2
2017 Imamkan Aku Afiq Haiqal TV9
2020 Rindu Tanpa Batas Syafami TV1
2021 Rujuk Amirul TV2
2022 Kerana Aku Seorang Ibu Ezra TV1
Along TV Okey
2024 Budak Pendamping Khai Unifi TV

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006–2011 Berita Adik Pengacara TV9 mengacara bersama Diyana & Afieq

Diskografi

Single

Tahun Tajuk Album Catatan
2010 "Mama & Papa" Single lagu tema drama Cucu Seorang Primadona
2011 "Bila Ku Di Mercu"
2012 "Pentas Dunia" The BeeSings kumpulan The BeeSings
"Luar Biasa"
2019 "Jangan Panggil" Single bersama Raja Syahiran
2021 "Dijaja" bersama Cat Farish, Shiha Zikir, Pekin Ibrahim, lagu tema drama Keluarga Untuk Disewa
2023 "Sambut" bersama Faizal Tahir
"Koyak"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2010 Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Remaja Terbaik Fimie Don (Magika) Menang
2011 Anugerah Seri Angkasa 2010 Top 5 Anugerah Sri Angkasa Fimie Don Tercalon

Rujukan

  1. ^ Kekesalan Fimie Don... harian metro.
  2. ^ Siti Athirah Dzulkifly (17 Jun 2012). "Saya tak macam dulu - Fimie Don". Utusan Malaysia. Foto oleh Noradzrene Mohd Nor. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-31. Dicapai pada 31 Julai 2017 – melalui Utusan Online.
  3. ^ Fimie Don pernah berhasrat tinggalkan dunia lakonan. sinar harian.
  4. ^ Filem 'SAM' Beri Tekanan Kepada Syafiq Yusof. mstar.
  5. ^ Dayana, Fimie dan Afiq Pengacara BERITA ADIK di TV9. budiey.com
  6. ^ Pengajaran Dalam Drama Cucu Seorang Primadona. mstar
  7. ^ Gambar Kumpulan BeeSings di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 27. budiey.com.
  8. ^ Fimie Don Sasar 5A Dalam UPSR. mstar.
  9. ^ Putera Shazlan' tak malu. berita harian.

Pautan luar