Rumah Siti Khadijah
Rumah Siti Khadijah merupakan siri drama televisyen antologi Malaysia 2019 arahan Heykal Hanifah terbitan Luqsar Kreatif. Drama ini menampilkan kelainan dengan paparan 13 kisah tentang isu-isu remaja di rumah perlindungan wanita. Ia bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 10 September 2019 sehingga 2 Oktober 2019 menggantikan Hilang Yang Kembali.[1]
Rumah Siti Khadijah | |
---|---|
Genre | Drama Keluarga Agama Konflik |
Ditulis oleh | Farhana Fauri |
Pengarah | Heykal Hanifah |
Dibintangi oleh | Farahdhiya Faezah Elai Intan Ladyana Nina Iskandar Sherry Al-Jefri |
Lagu pembukaan | "Jiwa Raga" oleh Liya Banks |
Lagu penutup | "Jiwa Raga" oleh Liya Banks |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Lokasi | |
Tempoh siaran | 38–39 minit |
Syarikat penerbitan | Luqsar Kreatif Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 10 September 2019 – 2 Oktober 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Hilang Yang Kembali |
Diikuti oleh | Sara Sajeeda |
PremisSunting
Rumah Siti Khadijah adalah sebuah rumah pemulihan akhlak untuk remaja bermasalah yang ingin kembali ke pangkal jalan. Setiap penghuni mempunyai masalah dan konflik kehidupan yang berbeza sehingga mereka diberi perlindungan di Rumah Siti Khadijah. Rumah Siti Khadijah diwarisi oleh Sakinah (Farahdhiya) yang merupakan anak angkat kepada seorang hartawan, Datin Siti Khadijah. Setiap warden di rumah Siti Khadijah iaitu Amira (Faezah Elai), Zara (Intan Ladyana) dan Fika (Nina Iskandar) mempunyai kisah silam tersendiri dan mereka berusaha untuk melindungi gadis-gadis ini.
PelakonSunting
Pelakon utamaSunting
- Farahdhiya sebagai Sakinah
- Intan Ladyana sebagai Zara
- Nina Iskandar sebagai Fika
- Faezah Elai sebagai Amira
- Sherry Al-Jefri sebagai Siti Khadijah
Pelakon pembantuSunting
- Zaefrul Nordin
- Isyariana Che Azmi
- Riena Diana
- Emelda Rosmila
- Azhan Rani
- Radhi Khalid
- Rahim Omar
- Amyza Aznan
- Syerinie Myra
- Alif Hadi
- Kodi Rasheed
- Scha Elinnea
- Hanna Aqeela
- Wan Nor Azlin
- Syainie Aida
- Asyiqin Zead
- Syazwan Zulkifly
- Syafnida Shuhaimi
- Aleza Shadan
- Rahim Jailani
- Zaidi Omar
- Heykal Hanifah
- Bella Dowanna
- Erynne Erynna
- Adam Shah
- Siti Khadijah Halim
- Neera Azizi
- Razzuan Rosli
- Fara Nadiah
- Fimie Don
EpisodSunting
No. episod keseluruhan |
No. episod musim |
Tajuk | Tarikh siaran pertama |
---|---|---|---|
1 | 1 | "Rumah Siti Khadijah" | 10 September 2019 |
2 | 2 | "Sumbang Mahram" | 11 September 2019 |
3 | 3 | "Call Girl" | 12 September 2019 |
4 | 4 | "Lari Rumah" | 16 September 2019 |
5 | 5 | "Pil Khayal" | 17 September 2019 |
6 | 6 | "Mangsa Rogol" | 18 September 2019 |
7 | 7 | "Gengsterism" | 19 September 2019 |
8 | 8 | "Ragut" | 23 September 2019 |
9 | 9 | "Tokan Dadah" | 24 September 2019 |
10 | 10 | "Hamil Luar Nikah" | 25 September 2019 |
11 | 11 | "Parti Liar" | 26 September 2019 |
12 | 12 | "Tokan Dadah" | 1 Oktober 2019 |
13 | 13 | "Episod Akhir" | 2 Oktober 2019 |
KontroversiSunting
Rumah Siti Khadijah menjadi subjek kecaman warganet di media sosial terutama Facebook yang menyifatkannya sebuah drama lucah dan tidak sesuai untuk dipertontonkan. Dalam temuramah bersama Harian Metro, Heykal selaku pengarah dan penerbit menafikan menyelitkan babak keterlaluan dalam drama itu. Menurutnya, setiap tayangan drama 13 episod itu sudah diberikan kelulusan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan diletakkan label PG13.[2]
RujukanSunting
- ^ Rumah Siti Khadijah angkat kisah wanita dianiaya lelaki durjana XTRA (11 September 2019). Dicapai pada 4 Oktober 2019.
- ^ Ridzuan Abd Rahman (13 September 2019). Bukan babak lucah, hanya tunjuk metafora Harian Metro. Dicapai pada 4 Oktober 2019.