Amyza Aznan

Pelawak dan pelakon wanita Malaysia

Amyza binti Aznan (lahir 18 Julai 1976, kadangkala dikreditkan sebagai Amyza Adnan) merupakan seorang pelawak dan pelakon wanita Malaysia. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang seni lakon sejak 1995. Antara drama terawal lakonannya yang begitu popular ialah siri komedi Mat Despatch. Amyza meraih perhatian ramai apabila muncul menerajui siri komedi Tiga Dara: Tan Tin Tun bersama pelakon Jasmin Hamid & Norseha selama 4 tahun pada 2005.

Amyza Aznan
Kelahiran (1976-07-18) 18 Julai 1976 (umur 43)
Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Nama lainAmyza Adnan
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1995–kini
PasanganKhairil Idzhar Md Nazir (k. 2004)

Pada tahun 2011 Amyza mengejutkan penggemar drama bersiri apabila berjaya menghayati watak dramatik dalam drama bersiri Trilogi Cinta di TV1 bersama Rosyam Nor. Drama bersiri ini mencapai rating hingga 1.2 juta penonton.

Kehidupan peribadiSunting

Anak sulung daripada lima beradik ini yang terdiri daripada Zulkifly, Siti Jamiyyah, Nor Abdah dan Nurul Najwa Sabrina ini lahir pada 18 Julai 1976 di Alor Gajah, Melaka. Ayahnya Aznan Ibrahim seorang anggota polis sementara ibunya, Khadijah Mohd. Iderus seorang suri rumahtangga. Sejak kecil lagi dia cukup popular baik di sekolah mahupun di kalangan anak-anak jirannya. Gelaran 'kudut', keding, Mak enon dan Becok memang sudah dikenali ramai. Ini kerana, mulutnya yang dikatakan suka bercakap dan berceloteh tak henti-henti itu telah membuat ramai yang senang mendampinginya. Kerana kelebihan itu Amyza kini menempa nama sebagai pelakon komedi yang disukai ramai. [1] Ketika berusia 8 tahun, Amyza sekeluarga berpindah ke Kampung Melayu Subang, Selangor dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan, kebetulan satu sekolah dengan penyanyi Anuar Zain dan pengacara TV Anne Hamid.

Amyza pernah menjalinkan hubungan dengan Badrul Izhan Yeop Abdullah, penyanyi kumpulan Indigo pada 1998 hingga mereka putus di tengah jalan pada 2001. Kisah putus cinta mereka mencetuskan kontroversi kerana Bard mengalami kemurungan hingga ditahan di hospital.[2]. Pada tahun 2004, Amyza berkahwin dengan pegawai Petronas Khairil Idzhar Md Nazir dan kekal bahagia dan dikurniakan dua cahayamata Andre Mikhail (lahir 2006) dan Andrian Adam (2008). Amyza dan suami menang naib juara pertandingan realiti amal tarian Sehati Berdansa pada tahun 2009.

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1998 Iman Alone Filem pertama
Puteri Impian 2
2012 Jidin Sengal

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1997 Larut
1998 Rumah Itu Duniaku TV3
1998–2002 Mat Despatch Izzati TV1
2005–2008 Tiga Dara: Tan Tin Tun
2008 Mister & Misses
Geletek
Iris TV3
2009 Gerak Khas (Musim 11) TV2 Episod: "Bomoh Oh Bomoh"
2009–2010 Isteriku Bukan Queen Control
2010 Gerak Khas (Musim 12) TV2 Episod: "Pukau"
2011 Trilogi Cinta TV1
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Astro Oasis Episod: "Susuk Marabah"
Pulau
Cinta Shanxi
2015 Bidadari Mak Rock TV3
Wadi Pelakon undangan
Cinta Dari Marikh Maimunah TV2
2016 Menantu Ting Tong Puan Latifah TV3
2017 Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin
2018 Kalis Kasih Zauyah
Isteriku Mem Besar Maziah
2019 Setelah Cinta Itu Pergi Sariah
Rumah Siti Khadijah
2020 Budak Tebing Aida

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2005 Gosok 2
2008 Janji Meletup
2009 Kerana Kasih
Donut Astro Ria
2010 Midah Kuih Bangkit
2011 Menantu Tip Top
Diva Divana
2016 Ku Haramkan Susu Itu
2019 Batik Zakiah

Anugerah dan pencapaianSunting

Jurucakap produkSunting

  • Wangian Karisma (2009-2012)

RujukanSunting

Pautan luarSunting