Kelaster

Kelaster ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2020 arahan Razif Rashid terbitan D'Alpha Legacy.[1] Diinspirasikan dari situasi pandemik COVID-19 di Malaysia, filem ini dibintangi oleh Nora Danish, Azhan Rani, Achey Bocey, Amyza Aznan dan Meerqeen, dan ditayangkan pada 24 September 2020 di Astro First.[2][3]

Kelaster
PengarahRazif Rashid
PenulisRazif Rashid
Dihasilkan oleh
  • Aminahtul Mardiah Mohd Nor
  • Sanjay Kumar Veerasingam (eksekutif)
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
D'Alpha Legacy
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
24 September 2020 (Malaysia)
Durasi tayangan
88 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

SinopsisSunting

Kelaster ialah sebuah kisah seram tentang bagaimana tiga orang pelajar yang terperangkap di kolej kediaman selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Dua pelajar lelaki Usop dan Zul terpaksa menemani Ain, yang bersendirian sehingga terpaksa mencari bantuan di asrama lelaki. Tragedi pelik mula berlaku apabila mereka cuba mendapatkan bantuan untuk Ain. 

Keadaan bertambah rumit selepas Usop dan Zul berkongsi kisah mengenai gangguan hantu serta makhluk halus yang pernah mereka lalui. Tiba giliran Ain untuk kongsikan pengalamannya, Ain terus menghilangkan diri. Usop dan Zul segera mencari Ain dan ketika di temui, Ain sedang berada di dalam Bas berdekatan dengan Kolej mereka. Di situlah segala misteri dan rahsia gangguan yang mereka bertiga alami terungkai.

PelakonSunting

PenerbitanSunting

Kelaster ialah karya sulung terbitan D'Alpha Legacy. Menurut penerbit eksekutifnya, Sanjay Kumar Veerasingam, pihaknya mendapat idea menerbitkan filem itu setelah melihat apa yang berlaku ketika tempoh PKP. Tempoh sesi penggambaran hanya mengambil masa enam hari dan penggambaran dijalankan di Kolej Antarabangsa Unifield.[6][7]

Keluaran dan sambutanSunting

Kelaster ditayangkan pada 24 September 2020 di Astro First.[8] Sejak tayangan perdana rasmi, filem ini berjaya menduduki tempat pertama di carta filem Astro First.[9]

Seorang pengulas untuk portal filem Kakimuvee menyifatkan filem ini "boleh dikatakan lebih teruk dari Miimaland, sangat teruk baik dari segi barisan pelakon, jalan cerita sehingga ke genrenya sendiri".[10]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Kelaster… Tampilkan Kisah Seram Di Sebalik Pandemik Covid-19". Kopiplanet. 22 September 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  2. ^ Aqmar Mustaza (23 September 2020). "Kelaster, Tampil Cerita Berbeza Di Sebalik Covid-19". Sinar Plus. Sinar Harian. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  3. ^ Mya Amri (18 September 2020). "Kelaster, Kisah Seram Pelajar Terperangkap Di Kolej Diganggu Ketika PKP". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  4. ^ Mya Amri (2 Oktober 2020). ""Rupanya Situ Memang Seram, Penduduk Beritahu Ada…" – Achey Kongsi Pengalaman Berlakon Kelaster". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  5. ^ Mya Amri (7 Oktober 2020). "Bawa Watak Usop Dalam Kelaster, Lakonan Meerqeen Dipuji". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  6. ^ Khadijah Ibrahim (22 September 2020). "Ada Kelaster seram komedi pula". Bebas News. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  7. ^ Nisa Irina (21 September 2020). ""Kelaster" papar kisah seram pelajar terperangkap di kolej ketika PKP". Cinema Online. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  8. ^ "Di Sebalik Kerisauan Pandemik, Terselit Kisah Seram – Filem Kelaster". Syok.my. 21 September 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  9. ^ Mya Amri (30 September 2020). "Wohoo! Kelaster Kekal Di Tangga #1 Dalam Carta Filem Top 5 Astro First!". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Oktober 2020.
  10. ^ "Review Filem: Kelaster (2020)". Kakimuvee. 3 Oktober 2020. Dicapai pada 25 Oktober 2020.

Pautan luarSunting