Nora Danish

Pelakon, pengacara dan model Malaysia

Nora Mohd Danish Hanif (lahir 7 Mac 1982) atau lebih dikenali sebagai Nora Danish merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan memegang watak utama Puteri dalam siri komedi Puteri. Beliau juga terkenal dengan peranan televisyen seperti Sumpah Bunian, Khurafat The Series, Ana lu'lu, Tentang Dhia dan Ariana Mikhail.

Nora Danish
Kelahiran
Nora binti Mohd Danish Hanif

(1982-03-07) 7 Mac 1982 (umur 42)
PekerjaanPelakon, pengacara, penyanyi, model
Tahun aktif2004–kini
Ketinggian160 cm (5 ka 3 in)
Pasangan
  • Toh Muda Dato’ Rizal Ashram Ramli (k. 2006; c. 2008)
  • Nedim Nazri (k. 2017)
Anak-anak3
IbuSalimah Talib
BapaMohd Danish Hanif
Hubungan

Nora mempunyai beberapa peranan filem terkenal seperti Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006), Cuti-Cuti Cinta (2010), Seru (2011), Aku Terima Nikahnya (2012), Lagenda Budak Hostel (2013) dan Surga yang Tak Dirindukan 2 (2017).

Kehidupan awal sunting

Nora dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kemaman, Terengganu kepada ibu bapanya, Mohd Danish Hanif dan Salimah Binti Talib.[1] Beliau yang berdarah kacukan Arab dan Myanmar merupakan anak bongsu daripada empat beradik yang kesemuanya perempuan. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Kajang, Selangor di mana beliau lulus Sijil Pelajaran Malaysia.[2]

Kerjaya sunting

2004–2010 sunting

Kerjaya hiburan Nora bermula pada 2004 sewaktu menjayakan iklan Gadis Misteri Hotlink.[3]

Pada tahun berikutnyya, ketika berusia 23 tahun, Nora mula mendapat perhatian umum sewaktu menjayakan peranan utama dalam sitkom Puteri arahan Aziz M. Osman.[4] Beliau bekerja sekali lagi di bawah arahan Aziz dengan membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem sulung lakonannya, Gila-Gila Pengantin Popular lakonan Norman Hakim, Afdlin Shauki dan Erra Fazira. Pada tahun berikutnya, beliau mempunyai peranan sebagai Dr. Lisa dalam filem Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita lakonan kumpulan Senario.

Beliau menjayakan watak sebagai serikandi Tun Fatimah dalam drama sejarah Pendekar 5 yang disiarkan di TV9 bermula 24 Oktober 2007.[5][6] Setahun kemudian, beliau membintangi siri drama Gadis Cuci musim pertama. Beliau berlakon bersama dramatis Ryzal Jaafar menerusi drama Slot Lagenda TV3 Sumpah Bunian yang bersiaran pada 30 September 2009, Nora memegang watak gadis bunian bernama Hawa.[7][8]

Pada 31 Mei 2010, Nora menjayakan peranan Cempaka dalam siri drama epik fantasi TV3. Arjuna terbitan KRU. Nora memegang watak Eava Ealiana, seorang pengarah di syarikat bapanya dan kepentingan cinta Omar Rudy lakonan Farid Kamil dalam filem drama romantik 2010, Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham.[9] Filem ini menandakan gandingan sulung Nora dan Farid, ditayangkan pada 21 Oktober 2010.[9]

Nora menjayakan peranan judul dalam drama Ana lu'lu arahan pertama Pierre Andre untuk siaran di Slot Lestary TV3. Ia mengisahkan seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatinya, ia turut dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Wawa Zainal dan Kamal Adli.[10]

2011–kini sunting

 
Nora ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 12 Mei 2015.

Nora digandingan bersama Zahiril Adzim dalam siri drama Khurafat The Series, adaptasi daripada filem Khurafat arahan Syamsul Yusof yang disiarkan pada 12 Julai 2011 di Astro Ria, Nora memegamg watak sebagai Mastura.[11] Nora berpasangan bersama Ady Putra dalam filem romantik Aku Terima Nikahnya arahan sulung Eyra Rahman yang ditayangkan pada 11 Oktober 2012.[12] Juga pada 2012, Nora digandingkan bersama penyanyi dan pelakon Syed Hussein dalam drama waktu perdana Ariana Mikhail di TV9.[13]

Pada tahun 2013, beliau berlakon dalam tiga filem serentak—Lagenda Budak Hostel,[14] Mencari Cinta[15] dan 2 Kalimah.[16] Pada Jun 2014, selepas kali terakhir membintangi dua filem terdahulu (Cuti-Cuti Cinta dan Bencinta), Nora digandingkan sekali lagi bersama Farid Kamil dalam filem seram Pengantin Malam arahan Eyra Rahman. Beliau mendedahkan beberapa ulasan di akaun Instagram rasmi beliau mengenai filem ini.[17][18] Nora memegang watak Maya, isteri kepada Razif yang sering kali diganggu kejadian mistik sehingga menyebabkan hidupnya sengsara dan dan hilang ingatan.[19]

Nora digandingkan kembali bersama Ady Putra dalam filem keagamaan romantik Suami Aku Ustaz arahan Ghaz Abu Bakar, ditayangkan pada 14 Mei 2015.[20][21] Filem yang diadaptasikan daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Hannah Dhaniyah mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah menengah, Alisa yang dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya dan guru agama di sekolahnya, Ustaz Hafiz.[22][23]

Bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar, Nora berlakon bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam dalam filem aksi Polis EVO, beliau memegang watak sebagai Anis.[24] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan mendapat ulasan positif daripada pengkritik filem.[25] Nora kembali bekerja di bawah arahan Ghaz menerusi telefilem Lampu Merah yang diterbitkan untuk Karya 12 Astro Citra; Nora memegang watak gadis psiko yang mengejar seorang pemandu Uber. Ia turut dibintangi oleh personaliti media sosial popular, Ucopp.[26]

Nora tampil berkolaborasi bersama penyanyi W.A.R.I.S menerusi lagu single "Ini Lagi Boom" terbitan KRU Music yang dikeluarkan pada 9 Januari 2017.[27][28][29][30]

Beliau membintangi bersama pelakon Indonesia, Fedi Nuril dan Laudya Chintya Bella dalam filem drama keagamaan Surga yang Tak Dirindukan 2 arahan Hanung Bramantyo yang mana beliau memegang watak sebagai Sheila.[31][32] Filem ini menandakan penampilan filem Indonesia pertama Nora.[33]

Nora digandingkan bersama Syamsul Yusof dalam filem drama biografi romantik Makrifat Cinta arahan Kamal G, beliau memegang watak sebagai Sofea. Filem ini ditayangkan pada 1 Februari 2018.[34] Beliau menjayakan peranan utama sebagai Dewi dalam filem drama hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia, Bukan Cinta Malaikat arahan Aziz M. Osman dan Herdanius Larobu yang ditayangkan pada 25 Januari 2018. Filem ini turut dibintangi oleh Ashraf Muslim, Fachri Albar dan Donita.[35][36][37]

Pada 19 April 2018, The Malay Mail melaporkan bahawa Nora akan kembali aktif berlakon selepas Hari Raya Aidilfitri.[38] Beliau menjadi pengacara jemputan untuk MeleTOP bersama Nabil Ahmad di Astro Ria pada 17 Julai 2018.[39]

Nora kembali digandingkan bersama Kamal Adli menerusi telefilem Hingga Jumpa Lagi yang memulakan tayangan perdana di Astro Citra pada 17 November 2018.

Kehidupan peribadi sunting

Nora berkahwin dengan ahli perniagaan, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada awal Julai 2008 semasa dia sedang mengandung selama 3 bulan. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka mempunyai seorang anak lelaki.[40][41]

Pada 30 Mac 2017, beliau berkahwin kali kedua dengan Nedim Nazri yang merupakan anak kepada ahli politik BN UMNO, Mohamed Nazri Abdul Aziz dan dia menjadi ibu tiri kepada anak lelaki Nedim yang merupakan hasil daripada perkahwinan pertama beliau yang telah berakhir disebabkan penceraian pada tahun 2013.[42][43][44]

Pada 21 Februari 2018, Nora dan suaminya, Nedim, dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki.[45][46]

Di dalam media sunting

Selain penampilan di media elektronik, Nora juga membuat penampilan media cetak sebagai penghias halaman depan untuk beberapa majalah termasuk Remaja, URTV, Media Hiburan dan akhbar termasuk Berita Harian dan Harian Metro. Beliau dilaporkan mempunyai 3.6 juta pengikut di Instagram dan 1.7 juta di Twitter, menjadikan Nora sebagai personaliti media sosial terkemuka di Malaysia.[47]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2005 Gila-Gila Pengantin Popular Mala Filem pertama
2006 Senario Pemburu Emas Yamashita Dr. Lisa
2010 Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Seha
Cuti-Cuti Cinta Eeva Eliana
2011 Seru Yana
2012 Aku Terima Nikahnya Arlisa
2013 Lagenda Budak Hostel Seroja
Mencari Cinta Myra
Dua Kalimah Selena
Bencinta Fathia
2014 Pengantin Malam Maya
Anak Jantan Nara
2015 Gudang Kubur Zarra
Hantu Bungkus Ikat Tepi Mimie
Suami Aku Ustaz Alisa
Jurassic World Claire Dearing Alih suara BM
Suamiku Jatuh Dari Langit Asyikin
Polis EVO Anis
Chowrasta Hanizah
Isteri Untuk Dijual Anabella
2017 Surga yang Tak Dirindukan 2 Sheila Filem Indonesia
2018 Makrifat Cinta Sofea
Bukan Cinta Malaikat Dewi Filem Malaysia-Indonesia
Warkop DKI Reborn: Jangkrik Boss! Part 2 Filem Indonesia
2020 Kelaster Ain
2022 7 Minggu Sebelum Kahwin Syifa Hana
Kan Cheong Ayu
Seratus Pelayan Restoran Penampilan khas
2023 Sumpahan Malam Raya Misha
Polis EVO 3 Anis
Sayu Yang Syukur Liana

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2005–2008 Puteri Puteri Fara Nordin TV3 Drama pertama
2006 Gerak Khas Fara TV2 Episod: "Minah Reweng"
Misi XX-Ray TV3 1 episod
2007 Pendekar 5 Tun Fatimah TV9
2008 Gadis Cuci (Musim 1) Nasha Astro Ria
2009 Sumpah Bunian Siti Hawa TV3
2009–2010 Tiga Serumah Astro Warna
2010 Arjuna Cempaka TV3
2010–2011 Putera Katak Tina
2011 Ana lu'lu Ana Lu'lu
Khurafat The Series Mastura Astro Ria
Tentang Dhia Nur Kamardhia (Dhia) TV3
Ariana Mikhail Ariana TV9
2013 Benci Vs Cinta Alisa Astro Ria
2015 Ajaibnya Cinta Halimatun TV3
2015–2019 Mak Cun
2016 Rumi & Jawi Sharon Astro Prima
2018 Bahagia Bukan Bidaan Ain Farhana / Hana TV3
2019 Imaan Imaan Astro Ria
Atin, Atan & Mak Cun Halimatun TV3
2020 Sepenggal Puisi Aisha Astro Citra Drama Malaysia-Indonesia
Rumah Rara Rafidah Awesome TV Drama Komedi di Awesome TV
Bougainvillea Mimie TV3
2021 Covid Oh Covid Suhaila
2022 Puteri Reunion Puteri Fara Nordin
2023 Nak Dengar Cerita Hantu? DEGUP

Web drama sunting

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2019 Ombak Rindu The Series Dr. Khadijah Iflix 1 episod
2023 Raya Heist Nor Tonton

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2004 Celak Pak Andam Lisa VCD
2005 Poyo Norma
2010 Madu Sorok Nora TV3
2012 Jujur Aku Dayus Lisa
Maafkan Aku Marya
Anak Ikan Maria Astro Prima
Panah Asmara Adilla TV1
Di Bawah Langitmu Annur TV3
2013 Ijab Dan Qabul Zarra
2014 Spain Uolls! Halimatun
2016 Cikgu Timah Sekolah Bandar Timah Astro Citra
Mak Cun Pi New York! Halimatun TV3
Lampu Merah Nora Astro Citra
2017 Kuntom Kuntom
2018 Hingga Jumpa Lagi Eva
2020 Puyah & Putat Puyah
2021 6 Langkah Menghancurkan Ex-Boyfriend Sha
2022 Survival 486 Syuhada

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 Maharaja Lawak Mega 2013 Juri Astro Warna
2015 Sensasi BollyOne HD Pengacara Astro Prima
2018 MeleTOP Pengacara Jemputan Astro Ria
2019 Muzikal Lawak Superstar Juri Astro Warna
2021 Shopee 3.3 Supermarket Sale Show Artis Jemputan TV3
2024 Melodi Pengacara Jemputan

Muzik video sunting

Tahun Tajuk lagu Artis undangan
2011 "Ajari Aku" Anuar Zain
"Sempurnakan Aku"

Diskografi sunting

Tahun Tajuk Penyanyi Catatan
2008 "Bersama Together" Iz Sulaini Penyanyi jemputan
2017 "Ini Lagi Boom" W.A.R.I.S

Aktivisme sunting

Pada Julai 2013, Nora bersama-sama dengan Adi Putra, Neelofa, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza, dilantik oleh TV3 sebagai duta untuk kempen Anugerah Syawal 2013. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.[48][49][50]

Pada 16 April 2018, Nora bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Neelofa, Maya Karin, Joe Flizzow, Scha Al-Yahya, dan Kavita Sidhu menjayakan kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[51][52][53][54]

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2005 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 Artis Baru Wanita Popular Tercalon
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 Pakaian Paling Glamor[55] Menang
2009 Anugerah Parti Hip TV[56] Artis Hot Mama Tercalon
2010 Anugerah Stail EH! Selebriti Paling Fotogenik Tercalon
Anugerah Shout! 2010 Anugerah Hot Chick Tercalon
2011 Anugerah PPMH Anugerah Selebriti Cekal Tercalon
Anugerah Janda Hot Menang
Anugerah Hot Mama Tercalon
Anugerah Skrin 2011 Anugerah Sinaran Pantene Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Wanita Popular Online Tercalon
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
2012 Anugerah Stail EH! Selebriti Paling Fotogenik Tercalon
Selebriti Harapan Pilihan Tercalon
Anugerah Shout! 2012 Anugerah Hot Chick Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
Artis Wanita Stailo Tercalon
Gandingan di Layar Serasi (bersama Adi Putra) Tercalon
Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial Tercalon
Artis Asia Paling Popular Tercalon
2013 Anugerah Bella Skrin Bella Tercalon
2017 Anugerah Instafamous 2017 #tilljannah with Nedim Menang
2018 Indonesian Box Office Movie Awards[57] Kategori Pendatang Baru Terbaik Tercalon
Anugerah Skrin 2018 Pelakon Wanita Terbaik Filem Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Biodata Nora Danish Azhan (14 Ogos 2016). Diperoleh pada 14 Ogos 2016.
  2. ^ Ellyna Ali (1 November 2007). "Nora Danish". Murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2013. Dicapai pada 10 Februari 2012.
  3. ^ Khadijah Ibrahim (5 Julai 2004). "Nora - Kehidupan berubah selepas dilamar Hotlink". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Julai 2004. Dicapai pada 17 February 2017.
  4. ^ Azhariah Kamin (4 Mac 2005). "Puteri is a hit comedy series". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-01. Dicapai pada 2015-11-07.
  5. ^ Norfadzilah Baharudin (29 Oktober 2007). "Pendekar 5 bukan drama purba biasa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-25. Dicapai pada 2015-11-07.
  6. ^ Norfadzilah Baharudin (18 Oktober 2007). "Nora Danish daripada watak gedik kini pendekar". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-06. Dicapai pada 6 Mei 2015.
  7. ^ Budiey (29 September 2009). "Drama Lagenda Puteri Bunian". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2015-11-07.
  8. ^ "Kakak Tua: Bila Nora Danish jadi puteri bunian yang 'gedik'". mSTAR Online. 6 Oktober 2009. Dicapai pada 2015-11-07.
  9. ^ a b Norliza Mohd Zakaria (21 Oktober 2010). "Nora lama menanti Farid". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-24. Dicapai pada 28 Oktober 2017.
  10. ^ "Nora Danish: Memang Ada Sayang". Malaysian Digest. 2 Jun 2011. Dicapai pada 2015-11-07.
  11. ^ Abdul Aziz Itar (11 Julai 2011). Khurafat The Series yakin lulus LPF Diarkibkan 2018-03-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 21 Julai 2011.
  12. ^ "'Aku Terima Nikahnya' RM1.3 Juta". Malaysian Digest. 16 Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-17. Dicapai pada 2 Mac 2013.
  13. ^ "Ariana Mikhail, Nora Danish new drama on TV9". Malaysiasaya. 7 Januari 2012. Dicapai pada 2 Mac 2013.
  14. ^ Nor Atieyah Yusoff (12 September 2013). "Nora Danish enggan terburu-buru". Sinar Harian. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  15. ^ Budiey (18 April 2013). "Sinopsis & Trailer Filem Mencari Cinta Lakonan Nora Danish". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  16. ^ Nurezaatul Aqmar Mustaza (6 April 2013). Dua Kalimah bawa iktibar untuk masyarakat Sinar Harian. Dicapai pada 24 April 2018.
  17. ^ Nina Farzuin Md Sharom (16 Jun 2014). "Pengantin Malam: Gandingan terbaharu Farid, Nora". Sinar Harian. Dicapai pada 6 Februari 2015.
  18. ^ "(HIBURAN) Farid Kamil dan Nora Danish bertemu kembali di dalam "Pengantin Malam"". Galaksi Media. 16 Jun 2014. Dicapai pada 6 Februari 2015.
  19. ^ "Percintaan Farid, Nora". Kosmo!. 22 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-18. Dicapai pada 6 Februari 2015.
  20. ^ "Suami Aku Ustaz gabungkan semula Adi dan Nora". Kosmo!. 25 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-17. Dicapai pada 12 April 2018.
  21. ^ Nannie Isa (13 Mei 2015). "Suami Aku Ustaz, Gabungan Nora Danish & Adi Putra Dinantikan Semua". Kite Punye. Dicapai pada 12 April 2018.
  22. ^ Rozaimi Zubadi (12 April 2018). "'Suami Aku Ustaz' Sarat Pengajaran, Menghiburkan". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-07. Dicapai pada 2 Mac 2018.
  23. ^ Aqmar Mustaza (12 April 2018). "Suami Aku Ustaz menghiburkan". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-17. Dicapai pada 2 Mac 2018.
  24. ^ "Polis Evo hits it big at the box-office (with video)". NST Online. Dicapai pada 2015-11-07.
  25. ^ Mohd. Haikal Isa (23 September 2015). "Aksi lasak Polis Evo". Kosmo! Online. Kosmo! Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-01. Dicapai pada 24 Julai 2016.
  26. ^ "Nora Danish Psiko, Kejar Pemandu Uber". Astro Gempak. 15 Mei 2016. Dicapai pada 30 Mei 2018.
  27. ^ Kemalia Othman (15 Januari 2017). "Nora Danish Tiada Niat Serius Menyanyi". mStar Online. Dicapai pada 15 April 2018.
  28. ^ "Rap dengan Waris, Nora Danish nyanyi puaskan hati sendiri (VIDEO)". The Malay Mail. 24 Februari 2017. Dicapai pada 15 April 2018.
  29. ^ "Puas berlakon, Nora Danish jadi penyanyi, rakam single bersama W.A.R.I.S". Astro Awani. 10 Januari 2017. Dicapai pada 15 April 2018.
  30. ^ Ifqdar Rahman (9 Januari 2017). "Nora Danish berduet dengan Waris". Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 April 2018.
  31. ^ "Surga Yang Tak Dirindukan 2 raih kutipan lebih RM2 juta". utusan.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-07. Dicapai pada 2017-02-28.
  32. ^ "Surga Yang Tak Dirindukan 2 sarat mesej". kosmo.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-14.
  33. ^ "Nora Danish rindu berlakon". Sinar Harian. 4 Januari 2018. Dicapai pada 2 Mac 2018.
  34. ^ Ramlah Zainal (23 Januari 2018). "Makrifat Cinta ala Bollywood". Harian Metro. Dicapai pada 6 Februari 2018.
  35. ^ Ferry Sanjaya (13 Julai 2017). "Bukan Cinta Malaikat, kolaborasi aktor Indonesia dan Malaysia". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 9 Julai 2018.
  36. ^ "Bukan Cinta Malaikat, Film Religi Tiga Negara dengan Cinta Terlarang". Kompasiana (dalam bahasa Indonesia). 26 Mei 2017. Dicapai pada 11 Julai 2018.
  37. ^ Ramlah Zainal (1 Februari 2018). "Kisah cinta ada kelainan". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2018.
  38. ^ "Nora Danish return to acting after Aidilfitri". The Malay Mail. 19 April 2018. Dicapai pada 26 April 2018.
  39. ^ Dennis Chua (18 Julai 2018). "#Showbiz: Nora Danish's hosting skill impresses viewers". New Straits Times. Dicapai pada 9 Ogos 2018.
  40. ^ "Nora: I tried to save marriage". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 12 Julai 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2012. Dicapai pada 10 Oktober 2010.
  41. ^ Wahiduzzaman (1 Jun 2011). "Nora Danish Akui Berkawan Dengan Lelaki Muda". mStar Online. Dicapai pada 10 Oktober 2014.
  42. ^ "Nora Danish ties knot to Nedim Nazri in intimate ceremony" [Nora Danish mengahwini Nedim Nazri dalam majlis romantik] (dalam bahasa Inggeris). Astro Awani. 30 Mac 2017. Dicapai pada 30 Mac 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  43. ^ "Nora Danish and Nedim Nazri say 'I do' (VIDEO)" [Nora Danish dan Nedim Nazri mengucapkan ‘Saya terima’ (VIDEO)] (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail Online. 31 Mac 2017. Dicapai pada 31 Mac 2017. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  44. ^ Arina Azlan (2 Januari 2018). "Nora menghitung bahagia". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-05. Dicapai pada 26 Mac 2018.
  45. ^ "Nora Danish selamat melahirkan anak lelaki". Astro Awani. 22 Februari 2018. Dicapai pada 23 Februari 2018.
  46. ^ Kenneth Chaw (22 Februari 2018). "Actress Nora Danish welcomes another baby boy, Neqayl Nedim". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-21. Dicapai pada 23 Februari 2018.
  47. ^ Kenneth Chaw (19 Julai 2016). "Nora Danish, the social media sweetheart". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-06. Dicapai pada 10 Februari 2017.
  48. ^ Kemalia Othman (25 July 2013). "Lapan Selebriti Popular Jadi Duta Anugerah Syawal TV3". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 25 July 2013.
  49. ^ Marina Sahabudin (4 August 2013). "TV3 saji program terbaik sepanjang raya". Sinar Harian. Dicapai pada 5 August 2013.
  50. ^ "Variasi Aiman, Tasha, Amar". Kosmo!. 15 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-17. Dicapai pada 15 August 2013.
  51. ^ Hemananthani Sivanandam (17 April 2018). "Neelofa, Hans Isaac and local celebs fight fake news and cyberbullying". The Star. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  52. ^ "Celebrities campaign against cyberbullying". Free Malaysia Today. 17 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-02. Dicapai pada 15 Mei 2018. They will also fight dissemination of fake news on social media as they are often the target of malicious attacks.
  53. ^ Beatrice Nita Jay, Siti Nnur Maserah Amran (17 April 2018). "Celebrities lend their support in 'war' against cyber bullying, fake news [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai pada 15 Mei 2018.
  54. ^ Dennis Chua (18 April 2018). "#Showbiz: Nora Danish forgives 'ugly fan' for 'ugly baby' remark". New Straits Times. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  55. ^ Nora Danish, Ijoy pemenang Pakaian Paling Glamour ABP 2007 Sensasi Selebriti (31 Mac 2008). Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  56. ^ Senarai pencalonan Anugerah Parti Hip TV Sensasi Selebriti (24 Mac 2010). Diperoleh pada 1 Januari 2015.
  57. ^ Ine Yulita Sari (16 Mac 2018). IBOMA 2018 Siap Digelar, Siapa Saja yang Masuk Nominasi? Liputan 6. Dicapai pada 20 Mac 2018.

Pautan luar sunting