Norman Hakim

Pelakon lelaki Malaysia

Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim (lahir 8 Januari 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan bekas peserta Hero Remaja 1993/1994 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas (2003–2021).[1]

Norman Hakim
Kelahiran
Mohamed Nurhakim bin Zaidon

(1976-01-08) 8 Januari 1976 (umur 48)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif1993–kini
Ketinggian1.8 m (5 ka 11 in)
PasanganAbby Abadi (k. 2002; c. 2009)
Memey Suhaiza (k. 2011)
Anak-anak6

Kerjaya sunting

Kerjaya Norman bermula apabila beliau menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 1993/94. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1996 dan hanya pada 1999, beliau berlakon dalam drama Idaman, memegang watak sebagai Ikmal. Norman juga pernah membintangi iklan jenama rokok, Winfield Casuals.

Beiiau bersama rakan pelakon Eizlan Yusof dan Sani Salehuddin (kini ahli perniagaan) menubuhkan kumpulan Impression yang mana mereka menerbitkan album pertama, Jatuh Hati pada 1999.[2]

Kerjaya filem Norman bermula dengan menjayakan watak utama bersama Erra Fazira dalam filem Pasrah yang ditayangkan pada 8 Januari 2000, sekaligus menandakan kolaborasi sulungnya bersama Yusof Haslam, orang kuat Skop Productions.[3] Beliau kemudian memegang watak sebagai Rafayel dalam filem Gerak Khas The Movie, juga arahan Yusof. Filem inilah yang menemukan beliau dengan bakal isterinya ketika itu, Abby Abadi yang turut berlakon dalam filem ini.[4]

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[5]

Pada 2012. Norman memegang watak Joe, orang kanan Dino lakonan Aaron Aziz dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul Yusof.[6]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau pernah berumah tangga dengan pelakon Arbaiyah Abdul Manan (Abby Abadi) dan mempunyai tiga orang anak iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Kedua-dua pasangan ini pernah bercerai pada April 2006 akibat tekanan dalam rumah tangga namun demi kebahagiaan anak-anak, mereka berdua bertaut kembali. Penceraian Norman dan Abby ini pernah dikaitkan dengan penyanyi Farahdhiya, namun kepastiannya tidak dapat disahihkan.[7][8]

Pada tahun 2009, Norman telah dilanda kemurungan. Beliau beribadat hampir setiap hari di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam. Pada suatu ketika, beliau didatangi seorang lelaki. Lelaki tersebut yang menyedari tangisan beliau menanyakan sebabnya. Selepas memberi pengakuan mengenai kekecewaan beliau terhadap kehidupannya, lelaki tersebut memberikannya sepotong ayat al-Quran untuk dijadikan amalan. Peristiwa tersebut telah menyebabkan beliau lebih dekat dengan agama Islam.[9] Norman dan Abby bersanding kali kedua pada 25 September 2017 namun bersama pasangan pada perkahwinan terbaharu masing masing.[10][11]

Pernikahan dengan Memey Suhaiza sunting

Pernah ditangkap khalwat bersama Memey Suhaiza sekitar tahun 2008 dan menceraikan isterinya iaitu Abby Abadi dengan talak satu. Memey kini telah menjadi isterinya.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1998 Nafas Cinta Norman Filem pertama
2000 Pasrah Hafsham
2001 Gerak Khas The Movie Rafael
2002 Idola Mukhriz
2003 Gila-Gila Pengantin Dr. Johari
2004 Tangkai Jering
2005 GK3 The Movie Inspektor Harris
Gila-Gila Pengantin Popular Herman
2007 Kayangan Ali
2009 Skrip 7707
2010 Magika Lembing Awang Pulang Ke Dayang
2011 Nur Kasih The Movie Ilyas Dewasa (40an) Pelakon undangan
2012 Jidin Sengal Dirinya sendiri Penampilan kameo
2013 Tanda Putera Tun Hanif Omar
2015 Suami Aku Ustaz Pegawai Polis Pelakon undangan
2016 Kabali Orang Kanan Filem Tamil, pelakon sampingan
2018 Badang Prof. De Bono Pelakon undangan
3: AM Azman
2021 J2: J Retribusi Ketua Operasi
2022 Tiga Janda Melawan Dunia Aiman Zalimi
Seratus Penampilan khas
2023 Eva ‘Take Me As I Am’ Mike

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999–2001 Idaman Ikmal Astro Ria
2000 Maria Mariana The Series Sazali TV3
2002 Insurgensi Ketua Platun 2, Kompeni 'B', Batalion ke-8

Rejimen Renjer Malaysia sebagai Leftenan Kassim

TV1
2003–2009
2014, 2017–2021
Gerak Khas ACP Haris TV1, TV2, TV3
2004 Rumah Itu Dunia Aku Mohsein
2006 Tangisan Bulan Madu Dr. Bada TV2
2007 Airmata Maria Farid TV3
Kerana Karina Taufik Gua.com.my
2007–2008 Kisah Kaisara Hasnor TV3
Pasrah The Series Hafsham
2008–2009 Jelma Rosli Gua.com.my
2009 Embun Mutiara Hadi TV3
Kamelia Katrina Jehan Astro Ria
10 Astro Citra
Senja Permai Rahman Astro Prima
2010 Gelora Di Hati Sara (Musim 2) Iskandar TV1
2011 Dia Bukan Maryam Anuar TV9
Mantera Anjasmoro Irfan TV3
Iparku Diva Hussein Astro Warna
Keranamu Laila Fendi TV3
Terowong Ayai Episod: "Diari"
2012 Adam & Hawa Kapten Zul Astro Mustika HD
Tanah Kubur (Musim 3) Kassim Astro Oasis Episod: "Ilmu Tak Berguru"
Esah Pajero Sahak TV3
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Joe TV2
2013 Mak Lang, Datang Kompang Bergendang Zahar TV3
Cinta Adam & Hawa Adam Hanzalah TV1
Mencari Luqmanul Hakim Herman
2014 Kifarah TV3 Episod: "Di Angin Lalu"
Janji Jaslina Johan
Bila Chacha Masuk Asrama Encik Meor
Ana Aku Aiman Dr. Kamal TV2
Senafas Cinta TV1
2015 Kifarah Mistik TV3 Episod: "Mandi Bunga"
2017 Dia Bidadariku Rizal Astro Ria
2018 Cinta Fatamorgana Tuan Deraman TV3
2019 KL Meroyan Razif TV2
Demi Rindumu Nasrul Astro Ria
2020 Chandelier Dato' Emran
Janda Kosmopolitan Kamil Awesome TV
2021 Fam I Love You Shahir Astro Ceria
The Maid Jayden Astro Ria
Melastik Ke Hatimu Jeffri TV3
Keluarga Epik Shahrul
Single Terlalu Lama Dr. Farid
2022 The Maid 2 Jayden Astro Ria
2023 Legenda Puteri Qaseh Raja Sulung Astro Ceria
Jangan Ambil Kerja Tuhan TV2 Episod: "Idola"
Presiden Kampung Morten Mudim Sado Tonton

Model Video Klip sunting

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 Neon Fido VCD
2007 Wali Faizal Astro Ria
2009 Donut Zulkifli
Tunjang Saadah Tajuddin TV3
2010 Sabar Iman
Tetamu Malam Bob TV1
2012 Kau Untukku Azhar Astro Box Office
Calon Suamiku Hafiz Astro Prima
Aku Belum Mati Suma
2013 7 Dulang Asam Pedas JJ TV1
2014 Pilihan Rozana Salleh
Menantu Cantik Johan Astro Maya HD
2014 Anak Mejar Azlan Mejar Azlan TV AlHijrah
Istidraj Amri
2015 Bidadari Walid Danial
2016 Mimi Amah Diva Taufik Astro Ria
Aku Bukan Orang Gaji TVi
2018 Datin Glam Datuk Kamal TV3
Ayah Bohong Lagi Hakim TV1
Pengantin Lari Culik Artis Pak Abu Astro Citra
2020 Mak... Nak Peluk Boleh Fikry TV3
Dia Kembarku Datuk Jamal

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Profesion Ekstrem Pengacara TV1
Dapur Panas Artis jemputan TV3
2019 Mingguan Wanita (Musim 2) Pengacara Astro Prima
2021 Luar Biasa Pengacara bersama Shiha Zikir
2022–2023 The Masked Singer Malaysia (musim 3) Sebagai peserta Zirafah Astro Warna

Iklan sunting

Tahun Iklan
1997 Winfield Casuals

Diskografi sunting

  • Jatuh Hati (album bersama Impression; 1999)

Aktivisme sunting

Pada 3 Jun 2018, Norman bersama-sama pelakon Rosyam Nor, menyertai bersama 1,200 penunggang motosikal bagi menjayakan konvoi Ride for World #QuranHour yang bermula di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum berakhir di Shah Alam, Selangor. Ia merupakan acara simbolik bagi membina momentum ke kemuncak program World #QuranHour yang diraikan pada 7 Jun.[12][13]

Rujukan sunting

  1. ^ "Norman Hakim kembali dalam Gerak Khas". Utusan Malaysia. 5 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-26. Dicapai pada 26 April 2014.
  2. ^ Rozi Abdul Razak (2 Mac 1999). "Impression... tidak kecewa sekiranya gagal". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-21. Dicapai pada 26 April 2014.
  3. ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-10. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  4. ^ "Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama". Utusan Malaysia. 25 Februari 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 22 Disember 2011.
  5. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  6. ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Diarkibkan 2017-12-09 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  7. ^ Niezam Abdullah (28 Februari 2018). "Kontroversi Norman, Abby dan Memey". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-14. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  8. ^ Budiey (18 Disember 2008). "Norman Hakim Cerai Abby Abadi Dengan Talak Satu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  9. ^ Muhammad Shamsul Abd Ghani (28 Februari 2018). "'Ada hamba ALLAH tepuk belakang saya'". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-28. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  10. ^ Nur Asyikin Mayudin (25 September 2017). "Norman Hakim, Abby Abadi Bersanding Lagi". mStar Online. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  11. ^ Nadia Azam (30 Ogos 2017). "Norman idam naik pelamin dengan Abby". Malaysiakini. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  12. ^ "Rosyam Nor, Norman Hakim sertai konvoi World #Quran Hour". Berita Harian. 3 Jun 2018. Dicapai pada 21 Jun 2018.
  13. ^ "Rosyam Nor, Norman Hakim join 1,200 motorcyclists in World #QuranHour convoy [NSTTV]". New Straits Times. 3 Jun 2018. Dicapai pada 12 Julai 2018.

Pautan luar sunting