Abby Abadi

Penyanyi, pengacara dan pelakon Malaysia

Arbaiyah binti Abdul Manan atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi (lahir 1 Disember 1977) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik sebagai salah seorang daripada ahli Elite yang meraih kejayaan pada pertengahan dekad 1990-an. Beliau menjadi ahli asal kumpulan itu yang pertama mengundurkan dirinya pada 1997. Beliau pernah menjadi pengacara Roda Impian bersama Halim Othman selama dua musim. Kerjaya lakonannya bermula dengan memegang watak sebagai Inspektor Aleza dalam drama bersiri Gerak Khas yang disiarkan di TV2 sebagai salah seorang daripada enam pelakon asalnya sejak drama ini mula diperkenalkan.

Abby Abadi
Kelahiran
Arbaiyah binti Abdul Manan

(1977-12-01) 1 Disember 1977 (umur 46)
PekerjaanPelakon, penyanyi, pengacara
Tahun aktif1995 - kini
Ketinggian165 cm (5 ka 5 in)
PasanganNorman Hakim (k. 2002; c. 2008)
Muhammad Noor Farhan (k. 2013; c. 2014)
Muhammad Faizal Zakaria (k. 2015)
Anak-anak3

Kehidupan peribadi sunting

Abby Abadi merupakan bekas isteri kepada aktor Norman Hakim. Mereka mempunyai 3 orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Pada 2009, mereka telah disahkan bercerai. Hak penjagaan anak diserahkan sepenuhnya kepada Abby Abadi selaku ibu.[1]

Kontroversi sunting

Abby Abadi pasca-hijrah aktif bergiat dalam aktiviti politik dan dalam pada masa yang sama mendalami Islam. Beliau telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Twitter miliknya berhubung ibadah korban yang mendapat perhatian ramai terutamanya di blog. Kenyataan beliau yang menyebut "Jika tidak mahu berkorban untuk memperjuangkan agama tetapi melakukan korban untuk lembu dan sebagainya, itu tidak dikira korban, itu dikira membunuh binatang."[2]

Politik PAS sunting

Setelah berhijrah memakai tudung pada 2012, beliau sering diundang pelbagai pihak termasuk parti politik khususnya PAS untuk tampil di pentas mereka.[3] Pada 19 Julai 2012, beliau menyerahkan sendiri borang keahlian kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Ekoran itu tugas beliau sebagai duta tudung syarikat AlHumaira Contemporary (AHC) ditamatkan dengan alasan 'tidak menepati sasaran'.[4] Tindakan beliau bertudung dan berpaling kepada PAS dan menyahut cabaran debat AC Mizal mengundang sindiran dan kecaman beberapa pihak.

Gerakan Bersenjata Pemuda PAS ke Gaza sunting

Abby Abadi juga dikatakan telah menempelak kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan penyokong-penyokong PAS membawa senjata semata-mata untuk tujuan berjihad di Gaza. Sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 singkatan (HKR112). Abby Abadi sangat teruja menjadi antara sejuta rakyat menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka [5]

Isu-isu lain sunting

Sejak Abby Abadi menyerahkan borang menjadi ahli PAS seumur hidup, beliau mendapat banyak jemputan dari parti politik PAS ke majlis-majlis mereka. Itu adalah salah satu perubahan besar yang dapat dilihat setelah beliau menyertai PAS berbanding artis sebelumnya, Aishah yang dilihat semakin kurang sambutan dan tidak mendapat permintaan sehangat Abby Abadi. Abby Abadi juga pernah ditegur oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan pertanyaannya tentang isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama di sebuah program agama. Abby dikatakan kelihatan terasa hati dan Abby berkata, “Ustaz nak tuduh saya ya. Itu fitnah. Itu tuduhan ustaz.[6]

Pada awal tahun 2017, Abby Abadi telah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) dan menyokong perjuangan Pakatan Harapan.[1][2]

Diskografi sunting

Album sunting

  • Catwalk (Elite) 1996
  • Tamparan Wanita (Elite) 1998
  • Idola (Elite) 1999
  • Merbahaya (Elite) 2000
  • Soundtrack Gerak Khas

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2000 Pasrah Fiza Filem pertama
2001 Gerak Khas The Movie Inspektor Aleeza
2002 Gerak Khas The Movie II
2005 GK3 The Movie
Sembilu 2005 Cikgu Abby
2009 Skrip 7707 Liza
2010 Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami Sarah

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1999–2011
2019–2021
Gerak Khas DSP Aleeza TV1, TV2, TV3
2000 Maria Mariana The Series Maria TV3
2007 Manjalara Zaza Abdullah
2008 Vice Versa Norin
2008–2010 Hikayat Putera Shazlan Mak Som Astro Ceria
2009 Julia Juli Permaisuri Balqis TV3
Segalanya Ku Terima Sofea
2010 Ilusi Kak Lia
Habil & Qabil Intan
2012 Pelangi Kasih Maimon

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1998 Egois
1999 Merentas Pelangi
2000 Kesatria 7
2003 Garisan Terakhir
Neon Perempuan Gila VCD
2005 Menantu Mak Dara TV3
2006 Labuna Labuni Astro Ria
2021 Dolla Watch Me Glow Dirinya sendiri Astro Citra

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1998 Roda Impian Pengacara Astro Ria bersama Halim Othman

Anugerah dan pencalonan sunting

Dicalonkan untuk kategori sama pada 2004, 2005, 2006 & 2008

Rujukan sunting

  1. ^ Niezam Abdullah (28 Februari 2018). "Kontroversi Norman, Abby dan Memey". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-14. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  2. ^ Utusan, Malaysia. [http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121026/re_05/Abby,-ibadah-korban-dan-bank-propembangkang#ixzz2LNQ9CsYZ © Utusan Melayu (M) Bhd "Abby, ibadah korban dan bank propembangkang"][pautan mati kekal], Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, 16 Oktober 2012. Retrieved 20 February 2013.
  3. ^ Bila PAS rai, macam-macam timbul – Abby Abadi Diarkibkan 2012-08-21 di Wayback Machine Harakahdaily. 24 Jun 2012.
  4. ^ Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan
  5. ^ Norutul,Ilham. "Abby Abadi teruja mahu sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat", Keadilan Daily, Kuala Lumpur, 10 januari 2013. Retrieved on 20 Februari 2013.
  6. ^ Harakah, Daily. "Abby Abadi terasa hati bila ditegur Ustaz Azhar Idrus?" Diarkibkan 2012-08-18 di Wayback Machine Harakah Daily, Kuala Lumpur, 15 Ogos 2013, Retrieved on 20 February 2013.

Pautan luar sunting