GK3 The Movie

Filem aksi jenayah Malaysia 2005 arahan Datuk Yusof Haslam

GK3 The Movie (juga dikenali sebagai Gerak Khas The Movie III) merupakan sebuah filem aksi kepolisan Malaysia 2005 arahan Yusof Haslam berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas. Filem ini merupakan kesinambungan kepada filem Gerak Khas The Movie II dan terakhir dalam siri filem Gerak Khas. Dibintangi oleh Abby Abadi, Norman Hakim dan Sarimah Ibrahim. Filem ini mula ditayangkan kepada umum pada 9 Februari 2005. Filem ini tidak lagi menampilkan AC Mizal seperti filem sebelumnya.

GK3 The Movie
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
BerdasarkanGerak Khas oleh
Yusof Haslam
Dihasilkan oleh
  • Yusof Haslam
  • Ismail Mustapha
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehLotus Five Star AV
Tarikh tayangan
  • 9 Februari 2005 (2005-02-09) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.40 juta
Pecah panggungRM 1.35 juta[1]

Sinopsis sunting

Unit Gerak Khas cuba menyelesaikan kes pembunuhan Suzana di sebuah pangsapuri mewah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Raymond (Faizal Hussein). Ramon merupakan adik kepada Frankie (watak Faizal Hussein dalam Gerak Khas The Movie II), penjenayah yang ditumpaskan oleh Unit Gerak Khas dalam satu operasi menentang kumpulan militan dan sindiket pengedaran dadah 2 tahun yang lalu.

Inspektor Aleza (Abby Abadi), Inspektor Haris (Norman Hakim) dan Inspektor Farah (Sarimah Ibrahim) yang baru sebulan dipindahkan ke unit berkenaan ditugaskan menyiasat kes itu. Pada masa sama, adik Aleeza, Misha (Misha Omar) berpindah ke Kuala Lumpur dan memilih tinggal bersama kawannya Julia (Julia Hana). Misha terjebak cinta dengan Zack (Ezany Nizariff), seorang pemuda misteri. Hubungan mereka ditentang Aleeza. Keadaan menjadi kecoh apabila banyak kejadian tidak disangka berlaku hingga mengheret Farah, Aleeza dan Misha dalam perangkap Raymond.

Pelakon sunting

  • Abby Abadi sebagai Inspektor Aleeza
  • Norman Hakim sebagai Inspektor Haris
  • Sarimah Ibrahim sebagai Inspektor Farah
  • Faizal Hussein sebagai Raymond, Ketua sindiket dadah & senjata api dan juga adik kembar kepada Frankie
  • Misha Omar sebagai Misha, Adik kepada Inspektor Aleeza seorang memberontak dan bermusuh dengan kakaknya
  • Julia Hana sebagai Julia, Kawan kepada Misha dan Perempuan simpanan Raymond
  • Aqasha sebagai Zarul, Teman lelaki Inspektor Farah & orang kanan Raymond dan pembunuh Suzana
  • Ezany Nizariff sebagai Zack, Teman lelaki Misha
  • A. Galak sebagai Sarjan Hashim, Anggota veteran unit Gerak Khas
  • Farid Amirul sebagai Detektif Lim, Anggota unit Gerak Khas berbangsa Cina
  • Deen Maidin sebagai Detektif Lingam, Anggota unit Gerak Khas berbangsa India
  • Elly Mazlein sebagai Detektif Mazlin, Anggota unit Gerak Khas
  • Yusof Haslam sebagai Supt. Helmi, Ketua unit Gerak Khas
  • Z. Zamri sebagai Detektif Zaidi, Anggota unit Gerak Khas
  • Zulkifli Ismail sebagai ASP Razlan, Penolong unit Gerak Khas
  • Adam Corrie sebagai Michael, Orang Kanan Raymond
  • Saiful Apek sebagai Saiful, Informen Sarjan Hashim
  • Kuswadinata sebagai Bronco, Orang kanan ke-3 Raymond
  • Zack Kool sebagai Ruby, Orang kanan ke-4 Raymond
  • Andy Kuanda sebagai Lelaki Negro
  • Memey Suhaiza sebagai Pegawai Polis (pelakon tambahan)
  • Marissa Yasmin sebagai Suzana, bekas Perempuan Simpanan Raymond yang dibunuh (tidak dinamakan)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Harapan Wanita Misha Omar Tercalon
Suntingan Terbaik Salehan Shamsuddin Tercalon

Lagu sunting

Antara lagu-lagu dimuatkan dalam GK3 The Movie semuanya nyanyian Misha Omar sendiri dan lagu tema GK diberi nafas baru

*Terpana

*Riwayat Cinta

*Lilitan Asmara

*Gerak Khas versi baru - Roy ft Elly Mazlein

Rujukan sunting

  1. ^ Abu Bakar, Muzlina (28 Mac 2005). "Yusof Haslam - Filem saya ada kelas tersendiri". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 14 April 2016.

Pautan luar sunting