A. Galak

Pelakon veteran lelaki Malaysia

Zakaria bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai A. Galak (lahir 29 November 1941) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau turut dikenali dengan gelaran Sarjan Misai kerana penampilan misainya dalam drama-drama kepolisan.[1][2]

A. Galak
Kelahiran
Zakaria bin Ahmad

(1941-11-29) 29 November 1941 (umur 82)
Nama lainSarjan Misai
PekerjaanPelakon, penolong pengarah, penyelaras aksi
Tahun aktif1961–kini
PasanganRusimah Iskandar
Anak-anak5
IbuRokiah Jaafar
BapaAhmad Jaafar

Kehidupan peribadi sunting

Beliau dilahirkan sebagai Zakaria bin Ahmad pada 29 November 1941 di Johor Bahru, Johor dan dibesarkan di Singapura sebelum kembali ke Malaysia. Beliau merupakan bapa kepada lima orang anak dan datuk kepada 13 orang cucu.

Pada 27 Mei 2019, beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas diserang angin ahmar. Keadaan kesihatan beliau dilaporkan stabil.[3]

Ibu beliau, Rokiah Jaafar meninggal dunia pada 27 Julai 2020.[perlu rujukan]

Kerjaya sunting

Mewarisi bidang lakonan daripada arwah ibunya, Rokiah Jaafar yang menjadi heroin filem Antara Senyum dan Tangis dan Putus Harapan, seangkatan dengan Kasma Booty.[4] A. Galak memulakan kerjaya awalnya di Studio Jalan Ampas di bahagian solekan untuk lelaki. Beliau menjaga pakaian dan sesekali menyolek para pelakon. Beliau pernah menyolekkan Aziz Jaafar dan Dato' Ahmad Mahmud.

Beliau seterusnya menjadi pelakon tambahan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, Gerak Kilat, Aksi Kuching dan A-Go-Go '67[5] sekaligus menjadi penari untuk sesetengah babak. Waktu itu beliau tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon secara serius. Beliau hanya berlakon secara suka-suka sahaja.

Apabila Studio Jalan Ampas ditutup pada tahun 1967, beliau melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup. Beliau turut menyertai Persatuan 4PM dan Persatuan Ali Fiji sebagai penari yang sering mengadakan persembahan di sekitar Singapura ketika itu. Malah beliau pernah menyertai kursus tarian di Kuala Kubu Baru selama sebulan.

Pada tahun 1984, beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap di sana. Beliau tidak memilih kerja, Deddy M. Borhan dari Sabah Film Productions dan menawarkan beliau berlakon dalam filem Azura. Beliau juga muncul dalam filem Darah Satria sebagai Sarjan Razak.

Rezekinya dalam bidang lakonan terus berkembang apabila Datuk Yusof Haslam memberi kepercayaan padanya untuk mengarah drama Debu-Debu Kotaraya, Remang-Remang Kota Raya dan berlakon dalam Roda-Roda Kotaraya.

Beliau meraih kemasyhuran pada 1999 apabila memegang watak Sarjan (kemudian Sub-Inspektor) Hashim dalam Gerak Khas di mana beliau telah membintanginya selama 13 tahun. Beliau membuat kemunculan semula dalam siri drama itu pada 2014. Selain itu, beliau muncul dalam dua filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof.[6]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1961 Ali Baba Bujang Lapok Penyamun Filem pertama, pelakon tambahan
1963 Korban
1966 Gerak Kilat Pengikut Komander G-Man Pelakon tambahan
Aksi Kuching Pekerja Stesen Minyak
1967 A-Go-Go '67 Wartawan
Antara Dua Nisan
1981 Setinggan
1982 Kami Juga sebagai pengolah cerita
1983 Aku Yang Berhormat
Darah Satria Sarjan Razak
1984 Azura Datuk Puteh
1991 Juara Aziz
Bayangan Maut Taji Samprit Juga sebagai penolong pengarah
1993 Pemburu Bayang Pak Ahmad
1996 Maria Mariana Sufian Zakaria
1997 Gemilang Osman
1998 Maria Mariana II
1999 Bara Bapa Arni
2000 Pasrah Bapa Fara Diba
2001 Gerak Khas The Movie Sarjan Hashim
2002 Gerak Khas The Movie II
2003 Gila-Gila Pengantin Galak
MX3 Sarjan Misai Pelakon undangan
2005 GK3 The Movie Sarjan Hashim
Pontianak Menjerit Datuk Pengiran Abdul Rahman Tiada babak
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Pak Aziz Pelakon undangan
2014 Abang Long Fadil Salim
2015 Polis EVO Penyelia Inspektor Khai Penampilan khas
2016 Munafik Imam Ali
Lu Mafia Gua Gangster Inspektor
2017 Abang Long Fadil 2 Taji Samprit
Jibam Pak Itam
2018 3: AM Paman
2021 Budak Kripto Datuk Mira
2022 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan Pak Deris
2023 Syaitan Munafik
2024 Jiwa 8 Belas Kudin

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1986 Remang-Remang Kota Raya Sarjan Polis TV1
1987 Harimau Rimba
1989–1990 Debu-Debu Kotaraya Sarjan Polis
1993 Roda-Roda Kotaraya (Musim 1)
1998–1999, 2012–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Sarjan Senin / Pak Hashim TV1, TV2 Pelakon utama, pelakon undangan
1999–2011, 2014–2021 Gerak Khas Sub. Inspektor / Pak Hashim TV1, TV2, TV3 Pelakon utama (1999-2011), pelakon undangan (2014-2021)
2000 Maria Mariana The Series Sufian TV3
2006 Janji Diana Ahmad (Atuk) TV2
2009–2011 Si Capik Hussein
2011 Serapah Darah Bulan Madu Tok Kelana Astro Prima
2012 Sopi Sekuriti Yahya Astro Warna
Metro Skuad (Musim 1) TV2 Episod: "Amuk"
Tanah Kubur (Musim 5) Tok Guru Astro Oasis Episod: "Makrifat"
Atuk PHD MediaCorp Suria
2014 Pulangnya Tok Misai Tok Misai Hypp Sensasi
Jalan Kembali TV2
2014–2015 Bercakap Dengan Jin Tamar Astro Mustika HD
2015 Nyiur Nan Setandan Dukun Meon TV2
Cinta Dari Marikh Datuk Harun
2017 Arluna Bapa Arluna Astro Prima
Jangan Ikut Aku Tok Misai TV3
Dendam Aurora Din Brinchang Astro Prima
Cerita Dari Mastika Episod: "Kereta Rosak"
My Sweet Lavender Pak Lan TV9
Raisha Bomoh TV3 Pelakon undangan
2018 Sejadah Untuk Dia Hj. Omar Astro Oasis
KL Gangster: Underworld Pak Iji Iflix 5 episod
Mata Ketiga Katar Tonton Pelakon undangan
2019 Ajak Oh Ijal Tok Kassim TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Akhil Yang Bakhil TV9
2023 Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa Nayan TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Sepahtu Reunion Live Pegawai Imigresen Astro Warna Episod: "Dari Keratong Ke Kota London"
2022 Kameo Episod: "Budi Si Beca Antik"

Teater sunting

Tahun Tajuk Watak
2010 Sri Mersing Pak Malau

Rujukan sunting

  1. ^ Kemalia Othman (14 Ogos 2012). "Misai A. Galak laris sehingga ke Singapura". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-24. Dicapai pada 14 Ogos 2012.
  2. ^ "18 tahun berlalu, gelaran Sarjan Misai masih melekat". My News Hub. 29 September 2017. Dicapai pada 1 Oktober 2017.
  3. ^ Norhayati Nordin (26 Mei 2019). "A. Galak masuk hospital". Harian Metro. Dicapai pada 5 Julai 2019.
  4. ^ Raziatul Hanim A. Rajak (10 Mei 2017). "Di sebalik misai A. Galak". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-08. Dicapai pada 10 Mei 2018.
  5. ^ Akmaliah Razak (10 Mei 2016). "Hampir maut..." Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-30. Dicapai pada 5 Julai 2016.
  6. ^ Kemalia Othman (29 Disember 2015). ""Saya mungkin sudah tidak relevan" - A. Galak". mStar Online. Dicapai pada 5 Julai 2016.

Pautan luar sunting