Abang Long Fadil (siri filem)

Abang Long Fadil merupakan sebuah siri filem aksi komedi Malaysia berkaitan Abang Long Fadil. Siri ini mengandungi filem Abang Long Fadil (2014), Abang Long Fadil 2 (2017) dan Abang Long Fadil 3 (2022), kesemuanya diarahkan oleh Syafiq Yusof.

Abang Long Fadil
PengarahSyafiq Yusof (1-3)
Lakon layarSyafiq Yusof (1-3)
Effindi K (3)
MF Kencana (3)
BerdasarkanKL Gangster oleh Syamsul Yusof
Dihasilkan olehDatuk Yusof Haslam (1-3)
Najwa Abu Bakar (eksekutif - 2)
Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif - 3)
DibintangiZizan Razak (1-3)
SinematografiAzami Alias (1)
Omar Ismail (1)
Rahidi Maidin (2-3)
Disunting olehSyafiq Yusof (1-3)
Muzik olehSebastien Pan (1)
Ken Hor (2-3)
Lo Shi Seng (2-3)
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Astro Shaw
Tarikh tayangan
  • 29 Mei 2014 (2014-05-29) (1)
  • 24 Ogos 2017 (2017-08-24) (2)
  • 8 September 2022 (2022-09-08) (3)
Masa tayangan
303 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 12.20 Juta
Pecah panggungRM 47.51 Juta

Pembangunan sunting

Penerbitan Abang Long Fadil sunting

Abang Long Fadil merupakan arahan kedua Syafiq selepas SAM: Saya Amat Mencintaimu yang ditayangkan pada 2012. Beliau mendakwa penyampaiannya lebih kepada gaya Hollywood yang disuntik ke dalam filem ini. Filem ini menggunakan hampir 40 peratus visual CGI dengan elemen Bumblebee (Transformers)[1] dan Iron Man serta berdasarkan inspirasi menerusi filem-filem seperti Bad Boys, Kung Fu Hustle dan Padayappa.[2]

Zizan Razak yang sebelum ini membintangi dua siri filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof, kembali menjayakan peranannya sebagai Fadil. Syamsul memegang tiga watak dari tiga filem arahannya—Zack (Evolusi KL Drift), Mus (Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan Shark (KL Gangster). Aaron Aziz yang sebelum ini muncul dalam beberapa filem terbitan Skop Productions, membuat penampilan istimewa dalam filem ini dengan menjayakan kembali watak Malek lakonannya dalam KL Gangster.[3]

Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila Abang Long Fadil diberi had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas (PG18) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF),[4] malah filem ini turut menerima potongan sebanyak 9 kali.[5]

Penerbitan Abang Long Fadil 2 sunting

Penggambaran dijalankan dua hari kemudian, iaitu pada 15 November 2015 di sekitar Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Putrajaya serta mengambil masa selama 50 hari, dan berakhir pada 3 Januari 2016.[6] Sebanyak 30% daripada filem ini melibatkan imej janaan komputer (CGI).[7] Zizan kembali menjayakan peranannya sebagai Fadil, untuk filem ini, beliau melakukan aksi lagak ngeri.[8] Ketika pra-penerbitan filem ini dijalankan, pelakon Kamal Adli yang memegang watak Adam dalam filem pertama, dilaporkan telah digugurkan daripada membintangi Abang Long Fadil 2 bagi mengelakkan sebarang konflik ketika penggambaran berlangsung. Syafiq berkata: "Saya jelaskan apa yang berlaku bukan kami gugurkan Kamal tetapi kami hanya kekalkan Zizan seorang sahaja dalam filem itu. Manakala pelakon-pelakon lain kesemuanya adalah pelakon baharu atau yang tidak pernah ada dalam filem pertama sebelum ini,".[9] Syamsul Yusof yang sebelum ini menjayakan filem pertama dengan melakonkan tiga watak dari tiga filem arahannya, memegang watak sebagai Inspektor Wahab bersama Shuib Sepahtu yang memegang watak Inspektor Shuib. A. Galak yang sebelum ini memegang watak Taji Samprit dalam filem Bayangan Maut (1991), kembali menjayakan peranannya dalam filem ini.

AC Mizal yang kali terakhir berlakon dalam filem Gerak Khas The Movie II (2002) terbitan Skop Productions, memegang watak sebagai Kingkong dan Cobra. Abang Long Fadil 2 merupakan filem ketiganya bersama Skop dan filem pertama lakonannya dalam tempoh 10 tahun.[10] Ikon fesyen terkenal, Wak Doyok menjayakan watak dirinya sendiri, sebagai anak kepada Taji Samprit lakonan A. Galak.[11][12]

Penerbitan Abang Long Fadil 3 sunting

Susulan kejayaan Abang Long Fadil 2, Yusof Haslam berkata pihaknya mengesahkan kesinambungan Abang Long Fadil 3 akan diteruskan melibatkan kos sebanyak RM4 juta dan penggambaran akan bermula selepas Aidilfitri sekitar penghujung Jun 2018,[13] dengan Zizan kekal menjayakan watak utama.[13] Kos pembikinan dianggarkan RM4 juta. Penggambarannya dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri 2018 iaitu selepas filem KL Special Force pada 8 Mac 2018.[14][15] Syafiq dilaporkan berhasrat untuk menjadikan Abang Long Fadil sebagai sebuah produk francais.[16][17][18]

Filem sunting

Abang Long Fadil (2014) sunting

Abang Long Fadil ialah filem komedi dan aksi yang ditayangkan di Malaysia pada 29 Mei 2014. Filem ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan dibintangi oleh Zizan Razak, Tauke Raja Lawak, Kamal Adli, Soffi Jikan, Aaron Aziz, Yassin Yahya, Syamsul Yusof dan Harun Salim Bachik. Filem ini merupakan filem spin off KL Gangster.[19]Filem ini menceritakan tentang Fadil Yang tidak mahu lagi masuk campur Dalam dunia gangster selepas kawan baik dia,Malik masuk penjara.Namun,untuk melayakkan dirinya dibebaskan,Shark memberi satu tugasan terakhir Yang dianggap mustahil bagi semua gangster-gangster Di KL,iaitu menakhluk Kampung Berani Yang mana kampung itu adalah tanah kelahiran Fadil sendiri.

Abang Long Fadil 2 (2017) sunting

Filem ini merupakan sambungan daripada filem Abang Long Fadil mengisahkan Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia kongsi gelap, didalangi oleh Taji Samprit (A. Galak) dan anaknya Wak Doyok (Wak Doyok). Berlaku satu insiden yang menyebabkan Fadil disalah anggap oleh Inspektor Wahab (Syamsul Yusof) dan Inspektor Shuib (Shuib Sepahtu) sebagai pengganas upahan kejam bernama Tiger. Filem ini ditayangkan di Malaysia pada 24 Ogos 2017.[20]

Abang Long Fadil 3 (2022) sunting

Filem ini mengisahkan Fadil, seorang bekas gangster diupah oleh NSS (The National Secret Service) sebagai seorang ejen perisik dan dibantu oleh Alice (Elizabeth Tan) dalam menyiasat seorang penjenayah iaitu Chow Han (Johan Raja Lawak). Filem ini dijadualkan tayang di Malaysia pada 8 September 2022.

Pelakon dan watak sunting

Penunjuk senarai
  • Italik menunjukkan peralihan kepada peranan kecil, seperti imbasan lanjutan, selepas penampilan awal.
  • Sel kelabu gelap menunjukkan tiada watak dalam filem itu.
Pelakon Filem & Watak
Abang Long Fadil Abang Long Fadil 2 Abang Long Fadil 3
Zizan Razak Fadil / Abang Long Fadil
Kamal Adli Adam  
Tauke Raja Lawak Acai  
Syamsul Yusof Shark Inspektor Wahab
Aaron Aziz Malek  
Soffi Jikan Ajib  
Shiqin Kamal Hawa  
Shuib Sepahtu Inspektor Shuib
Tania Hudson Yana
Achey Bocey   Ali / Tiger  
Dato' AC Mizal   King Kong / Cobra King Cobra / King Kali Kong
Wak Doyok Wak Doyok
Mas Khan Inspektor Rudy
Delimawati Datin Mona
A. Galak Salim Taji Samprit
Yusof Haslam Yusof Haslam Pengarah Filem
Johan Raja Lawak Chow Han
Elizabeth Tan Alice
Maya Karin Ejen Maya
Siraj Alsagoff Inspektor Sahab
Kazar Saisi Cif Kazar
Joey Daud Professor Joey
Jay Iswazir Professor Amirul
Daniella Sya Sherina

Kutipan filem sunting

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet
Abang Long Fadil 29 Mei 2014 RM 4.61 juta RM 3.00 juta
Abang Long Fadil 2 24 Ogos 2017 RM 17.90 juta RM 3.20 juta
Abang Long Fadil 3 8 September 2022 RM 25 juta RM 6 juta
Jumlah RM 47.51 juta RM 12.20 juta

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Penerima Karya tercalon Kategori Keputusan Rujukan
2015 Festival Filem Malaysia ke-27 Viper Studios Abang Long Fadil Kesan Khas Terbaik Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2015 Skop Productions Filem MeleTOP Menang
Zizan Razak Bintang Filem MeleTOP Tercalon
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Skop Productions / Astro Shaw Abang Long Fadil 2 Filem Box Office Menang
Datuk Yusof Haslam Filem Terbaik Tercalon
Tania Hudson Pelakon Harapan Wanita Tercalon
2018 Anugerah Skrin 2018 Syafiq Yusof Filem Terbaik Tercalon
2022 Festival Filem Malaysia ke-32 Syafiq Yusof Abang Long Fadil 3 Pengarah Terbaik Tercalon
Ozlynn Waty Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
Syafiq Yusof Lakon Layar Terbaik Tercalon
Penyunting Terbaik Tercalon
Rahimi Maidin Sinematografi Terbaik Tercalon
Mukhsalmina Ismail Penataan Seni Terbaik Tercalon
Supernova Media Penataan Bunyi Terbaik Tercalon
Hilal Mohd Yusop (Chinta) Rekaan Busana Terbaik Tercalon
Marlia Ieryani Ghazali Tatarias Terbaik Tercalon

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Farouq Johari (25 April 2014). Siap Ada Bumblebee Dalam Filem "Abang Long Fadil"? Says. Diperoleh pada 19 April 2018.
  2. ^ Siti Athirah Dzulkifly (25 Mei 2014). Abang Long Fadil sentuhan ala Hollywood Diarkibkan 2017-03-03 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 29 Mei 2014.
  3. ^ Abang Long Fadil (catatan media). Syafiq Yusof, Skop Productions. 2014.
  4. ^ Akmaliah Razak (4 Jun 2014).Abang Long Fadil: Patut kategori P13, bukan 18PL Sinar Harian. 14 Jun 2014.
  5. ^ Feride Hikmet Atak (21 Mei 2014). Filem 'Abang Long Fadil', Yusof Haslam Kesali LPF Diarkibkan 2018-04-19 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pada 19 April 2018.
  6. ^ Kemalia Othman (15 November 2015). "Zizan Cari Jalan Paling Baik Jika Ada Tawaran Bersama Kamal Adli". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 16 November 2015.
  7. ^ "Zizan Razak takes on Wak Doyok in new film". star2.com. Dicapai pada 2015-11-30. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  8. ^ Najiy Jefri (5 September 2017). "Dapat kepuasan". Harian Metro. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  9. ^ Kemalia Othman (15 November 2015). "Zizan Cari Jalan Paling Baik Jika Ada Tawaran Bersama Kamal Adli". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-12. Dicapai pada 16 November 2015.
  10. ^ Kamaruddin Razal (16 Ogos 2017). "Menyepi hampir 10 tahun, AC Mizal kembali bintangi filem". Astro Gempak. Dicapai pada 21 Ogos 2017.
  11. ^ Angelin Yeoh (29 Ogos 2017). "Wak Doyok suits up role in Abang Long Fadil 2". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-06. Dicapai pada 21 Mei 2018.
  12. ^ "Wak Doyok Terus Berlakon Jika 'Abang Long Fadil 2' Box Office". mstar.com. 11 July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-29. Dicapai pada 2019-09-24.
  13. ^ a b "'Abang Long Fadil 3' mula penggambaran 2018, kualiti bertaraf Hollywood!". Astro Awani. November 2, 2017.
  14. ^ Zaid Salim (31 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 3 bertaraf Hollywood". Astro Gempak. Dicapai pada 3 April 2018.
  15. ^ "Penggambaran Abang Long Fadil 3 Mula Tahun Depan". My News Hub. 1 November 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-20. Dicapai pada 3 April 2018. Kejayaan filem Abang Long Fadil 2 (AFL2) yang mengutip RM18.1 juta sejak ditayangkan Ogos lalu berjaya memecah rekod penjualan tiket tertinggi yang dipegang oleh Polis Evo.
  16. ^ Nurul Fadila Awaludin (21 September 2017). "ALF bakal jadi karya francais Syafiq Yusof". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-13. Dicapai pada 29 September 2017.
  17. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (21 September 2017). "Filmmaker Syafiq mulls movie sequel". New Straits Times. Dicapai pada 29 September 2017.
  18. ^ Angelin Yeoh (19 Februari 2018). "What's next for director Syafiq Yusof". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-01. Dicapai pada 23 Februari 2018.
  19. ^ Feride Hikmet Atak (10 Jun 2014). "Abang Long Fadil berpaksikan dunia gengsterisme". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-09. Dicapai pada 9 April 2018.
  20. ^ "Abang Long Fadil 2: kisah gengster jalanan ke dunia mafia". Kosmo!. 6 August 2017. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)