KL Gangster (siri filem)
KL Gangster merupakan sebuah siri filem berkaitan dengan Malek, seorang bekas ketua gangster di Kuala Lumpur. Siri filem yang dihasilkan oleh Skop Productions ini terdiri dari filem KL Gangster (2011), KL Gangster 2 (2013). Siri utama diarahkan oleh Syamsul Yusof Kesemua filem telah diterbitkan oleh Datuk Yusof Haslam. Syamsul Yusof dan Zizan Razak pula telah membintangi dalam kesemua filem ini.
KL Gangster | |
---|---|
![]() Logo siri filem KL Gangster | |
Pengarah | Syamsul Yusof |
Penulis | Syamsul Yusof |
Dihasilkan oleh | Datuk Yusof Haslam Tengku Iesta Tengku Alaudin |
Sinematografi | Omar Ismail Syamsul Yusof |
Disunting oleh | Hisham Jupri Syamsul Yusof |
Muzik oleh | Hafiz Hamidun |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 188 minit (semua 2 filem) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 6.02 juta |
Pecah panggung | RM 16.70 juta |
Siri filem ini merupakan siri filem dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman, dengan kesemua filem didalam siri ini antara filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.Filem KL Gangster merupakan filem buatan Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan[1] dan mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun.
FilemSunting
KL Gangster (2011)Sunting
KL Gangster merupakan sebuah filem genre aksi yang ditayangkan pada 9 Jun 2011. Filem arahan Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof, ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak ini menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya.[2]
KL Gangster 2 (2013)Sunting
KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi yang ditayangkan pada 3 Oktober 2013 dan diarahkan oleh Syamsul Yusof serta dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Datuk Rosyam Nor. KL Gangster 2 merupakan filem prekuel kepada filem KL Gangster (2011).Filem ini menelan kos penerbitan sebanyak RM4.5 juta.Filem ini telah memenangi dua dari tujuh pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-26.[3]
Rise to Power: KLGU (2019)Sunting
Pelakon utamaSunting
- Aaron Aziz sebagai Malek
- Adi Putra sebagai Jai
- Syamsul Yusof sebagai Shark
Pelakon pembantuSunting
- Adam Corrie sebagai Dragon
- Ridzuan Hashim sebagai King
- Soffi Jikan sebagai Ajib
- Zizan Razak sebagai Fadhil
- Sheera Iskandar sebagai Zati/Zeti
- Ku Faridah sebagai Mak
- Rosyam Nor sebagai Tailong
- Angeline Tan sebagai Susane
TelevisyenSunting
KL Gangster: UnderworldSunting
Sebuah siri TV terbitan turunan telah diumumkan pada Disember 2017, telah diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhdmatan video atas permintaan, iflix dan bakal diarahkan oleh Syafiq Yusof.[4] Drama bersiri enam episod ini turut diarahkan bersama oleh Faisal Ishak dan memulakan tayangan perdana di iflix pada Ogos 2018.[5][6]
SambutanSunting
Filem | Tarikh tayangan | Kutipan | Bajet |
---|---|---|---|
KL Gangster | 9 Jun 2011 | RM 11.74 juta | RM 1.51 juta |
KL Gangster 2 | 3 Oktober 2013 | RM 4.96 juta | RM 4.51 juta |
Jumlah | RM 16.7 Juta | RM 6.02 Juta |
AnugerahSunting
Anugerah | KL Gangster | KL Gangster 2 |
---|---|---|
Filem Terbaik | Pencalonan | |
Pengarah Terbaik | Menang (Syamsul Yusof) | Pencalonan |
Pelakon Lelaki Terbaik | Pencalonan | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Menang (Soffi Jikan) | Menang (Datuk Rosyam Nor) |
Lakon Layar Terbaik | Menang (Syamsul Yusof) | Pencalonan |
Cerita Asal Terbaik | Pencalonan | |
Penyunting Terbaik | Menang (Syamsul Yusof) | Pencalonan |
Skor Muzik Asal Terbaik | Pencalonan | |
Penataan Bunyi Terbaik | Menang (Hisyam Jupri & Rizal Ashreff) | Menang (Syamsul Yusof & Hisyam Jupri) |
Penataan Seni Terbaik | Pencalonan | |
Pereka Kostum/Busana Terbaik | Pencalonan |
RujukanSunting
- ^ RM10.3 juta untuk KL Gangster Diarkibkan 2011-06-23 di Wayback Machine, Berita Harian Online, 21 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
- ^ "KL Gangster memang terbaik". Utusan Malaysia. 19 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-14. Dicapai pada 14 Mac 2015.
- ^ Feride Hikmet Atak (4 Oktober 2013). KL Gangster 2' Filem Termahal Arahan Syamsul Setaraf Hollywood Diarkibkan 2018-04-12 di Wayback Machine mSTAR Online. Diperoleh pada 14 Mac 2014.
- ^ Ashraff Naseer (6 Disember 2017). "Syafiq Yusof bakal mengarahkan KL Gangster: Underworld untuk iflix". Cinema.com.my. Dicapai pada 12 Mac 2018.
- ^ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai pada 12 Mac 2018.
- ^ "iflix commissions first Malaysian original drama series Kl Gangster: Underworld". Digital News Asia. 6 Disember 2017. Dicapai pada 12 April 2018.