Aaron Aziz

Pelakon, pengarah dan pengacara Singapura

Yang Hormat Dato' Aaron Mustapha Aziz, DIMP[1] (lahir 23 Februari 1976)[2] ialah seorang pelakon lelaki Singapura yang amat dikenali di Singapura dan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya di negara kelahirannya pada 2001 menerusi watak Shahril dalam Cinta Bollywood (2001-2002), seterusnya melakonkan watak Bob dalam Jeritan Sepi (2001-2002) dan sebagai Koperal Jamal Salleh dalam Heartlanders (2002-2005). Watak televisyen Singapura beliau termasuk Zack Ahmad dalam sitkom Phua Chu Kang (musim 6) dan Iqmal dalam siri drama Cinta Q.[3]


Aaron Aziz

Kelahiran
Aaron Mustapha bin Aziz

(1976-02-23) 23 Februari 1976 (umur 48)
WarganegaraSingapura
KerakyatanMalaysia[n 1]
PekerjaanPelakon, pengarah, pengacara, model
Tahun aktif2001–kini
Ketinggian178 cm (5 ka 10 in)
PasanganDatin Diyana Halik (k. 2003)
Anak-anak3
IbuJuriana Jaafar

Beliau berhijrah ke Malaysia pada 2004 untuk memulakan kerjaya lakonannya menerusi watak pembantu dalam drama Haryati (2004). Kredit lakonannya di Malaysia termasuk Emil Emilda, Sadiq & Co, Nora Elena, Evolusi KL Drift: The Series dan Kusinero Cinta. Kredit filem beliau termasuk Evolusi KL Drift (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Pisau Cukur (2010), KL Gangster (2011), Ombak Rindu (2011) dan Lari (2013). Aaron merupakan duta bagi produk Drive M7,[4][5] Maggi, dan L'Oréal.

Sepanjang kerjayanya, Aaron telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Pesta Perdana Singapura, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah MeleTOP Era.

Kehidupan awal sunting

Dato’ Aaron Mustapha bin Aziz lahir pada 23 Februari 1976 di Tampines dan dibesarkan di Pasir Ris, Singapura. Beliau memiliki darah kacukan Melayu, Bugis dan Jawa.

Kerjaya sunting

2001–2004: Kerjaya awal di Singapura sunting

Sebelum memulakan kerjaya lakonannya di Malaysia, Dato’ Aaron terlebih dahulu membina nama dalam bidang lakonan di negara kelahirannya, Singapura, di mana beliau menjayakan watak Shahril dalam siri drama Cinta Bollywood yang bersiaran di saluran Mediacorp Suria sebanyak dua musim antara 2001 dan 2002.[6] Drama ini telah membantu menaikkan nama Dato’ Aaron sekaligus memberi peluang kepada beliau untuk membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Pesta Perdana 2002. Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak utama dalam siri drama Mandarin, A War Diary di saluran MediaCorp Saluran 5. Beliau juga pernah tampil sebagai pelakon undangan sitkom Phua Chu Kang musim keenam, memegang watak sebagai Yusof Ahmad.

2005–2012: Berpindah ke Malaysia sunting

Selepas berpindah ke Malaysia, beliau mempunyai watak utama dalam siri drama Janji Diana (2006) yang diadaptasi daripada filem 2003 dengan judul sama. Pada 2007, beliau membintangi bersama Sharifah Amani menerusi drama Emil Emilda di mana beliau melakonkan watak sebagai Emil. Aaron membuat penampilan filem cereka sulungnya menerusi filem sulung arahan Syamsul Yusof, Evolusi KL Drift (2008) yang mana beliau melakonkan watak antagonis sebagai Joe, seorang ketua samseng dan sindiket dadah yang bergiat aktif dalam perlumbaan kereta drift, beliau mengulang kembali wataknya dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 2010. Aaron kemudiannya bekerja sekali lagi di bawah arahan Syamsul menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) yang mana beliau memegang watak sebagai Azam, seorang bapa ayam.

Pada tahun 2009, Aaron membintangi filem Pisau Cukur arahan Bernard Chauly lakonan Fazura dan Maya Karin.[7] Pada 2011, beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Syamsul Yusof menerusi filem aksi pecah panggung, KL Gangster di mana beliau memegang watak Malek.[8] Seterusnya, beliau berlakon bersama Lisa Surihani dan Maya Karin menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang berdasarkan daripada novel 2002 dengan judul sama tulisan Fauziah Asyari.[9][10] Aaron bersama barisan pelakon asal filem KL Gangster, memulakan penggambaran prekuel filem ini pada 1 Disember 2011. Ketika menjalani penggambaran, beliau mengalami kecederaan di bahagian belakang semasa melakukan aksi pertarungan bersama Rosyam Nor. Beliau kemudiannya, dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.[11]

Pada tahun 2012, beliau digandingkan bersama aktres berbakat Nadiya Nisaa menerusi drama Adam dan Hawa terbitan Global Station.[12] Seterusnya, beliau muncul bersama Datuk Ogy Ahmad Daud dalam musim keempat siri Tanah Kubur episod "Ibu Ampunkan Aku". Beliau membuat kemunculan istimewa menerusi siri drama Evolusi KL Drift: The Series (2012-13), kali ini beliau melakonkan watak Dino, manakala watak Joe yang dilakonkannya dalam dua siri filem terdahulu dilakonkan oleh Norman Hakim.[13]

Pada September tahun sama, beliau dilantik sebagai duta produk minuman bertenaga Drive M7,[4][5] bersama pelakon dan pelawak Zizan Razak dan raja drift negara, Tengku Djan Ley.[14]

Beliau juga sering bergandingan dengan Siti Saleha menerusi drama Habil & Qabil,[15] Nora Elena dan Kekasih Awal dan Akhir, seterusnya mereka berdua membuat penampilan layar lebar pertama menerusi filem Kerat 14 (2013) arahan Arjin Uppal.[16][17][18] Aaron muncul dalam muzik video "Salam Semua" nyanyian anak didiknya ketika itu, kumpulan Sleeq.[19][20]

2013–kini: Puncak populariti dan kejayaan arus perdana sunting

Pada tahun 2013, beliau melakonkan watak Khaliff dalam filem Lari arahan Ahmad Idham yang ditayangkan pada 6 Jun.[21][22][23] Beliau kemudiannya, muncul dalam musim kedua siri drama pendidikan Astro TVIQ, Oh My English! sebagai Cikgu Malik.[24][25] Selain itu, beliau mengacarakan rancangan realiti TV, Fear Factor Malaysia yang difilemkan di Cape Town, Afrika Selatan.[26][27][28] Seterusnya, beliau muncul dalam telefilem Anugerah Dendam Yang Terindah lakonan bersama Amar Baharin dan menggandingkannya sekali lagi bersama Nadiya Nisaa, Aaron memegang watak sebagai Azman, seorang pemuda yang membawa dirinya ke Australia setelah kekasihnya, Izatul ditunangkan dengan adiknya sendiri, Aril, telefilem ini ditayangkan di Astro First Eksklusif.[29] Beliau kembali menjayakan watak Malek dalam prekuel filem KL Gangster, KL Gangster 2,[30] bagaimanapun dua bulan sebelum ditayangkan, salinan filem ini mula tersebar di internet. Namun demikian, ia berjaya mencuri perhatian penonton biarpun sekadar meraih kutipan lebih rendah berbanding filem terdahulu.[31]

Pada tahun 2014, beliau berlakon bersama Tiz Zaqyah dan Jericho Rosales dalam drama Kusinero Cinta yang menggabungkan tiga negara, Malaysia, Singapura dan Filipina.[32][33] Pada Mei 2014, beliau mempunyai watak undangan dalam filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof, lakonan Zizan Razak dan Kamal Adli.[34]

Pada tahun 2015, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulungnya, Romeo Kota di mana beliau sendiri turut berlakon dengan memegang watak sebagai Inspektor Romi.[35][36] Beliau berpasangan sekali lagi bersama Lisa Surihani menerusi filem arahan Mohd Feroz Abdul Kader, Suamiku, Encik Perfect 10! (2015) yang mana beliau menjayakan watak Zarif Daniel.[37][38][39][40] Kali terakhir beliau dan Lisa berlakon bersama ialah pada 2011 menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali.[41] B.eliau melakonkan watak tajuk dalam drama Tuan Anas Mikael bersama Zara Zya yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Syamnuriezal[42][43] dan watak Tuan Ihsan dalam satu lagi drama adaptasi novel, Isteri Tuan Ihsan bersama Amyra Rosli.[44]

Pada Julai 2015, beliau dilantik sebagai duta Malaysia bagi filem aksi Hollywood, Ant-Man.[45] Pada Mac 2017, beliau dilaporkan bakal membintangi filem Tamil berjudul 'Tik Tik Tik'.[46][47] Beliau kembali ke TV menerusi drama Black Belt Kaler Pink lakonan bersama Kamal Adli.[48]

Aaron muncul dengan dua filemnya yang ditayangkan pada 2017, iaitu filem lakonan beliau Kau Yang Satu arahan Osman Ali lakonan bersama Izara Aishah dan Soo Wincci dan filem kedua arahannya, Sayu Yang Syukur bersama Nora Danish.[49] Beliau membintangi bersama Elizabeth Tan dan Siti Elizad menerusi drama My Darling, Inspektor Daniel terbitan Skop Productions, yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 31 Julai 2017.[50]

Pada Januari 2018, Aaron memegang watak Toyol dalam iklan serantau untuk filem fantasi Netflix Bright.[51] Beliau dan keluarganya menjadi salah satu dari lima keluarga selebriti yang terlibat dalam rancangan realiti Oh My Family! yang bersiaran sebanyak 6 episod bermula pada 11 April 2018 di Astro Ria, Ria HD dan Astro Ceria.[52] Aaron membuat penampilan Kollywood pertamanya menerusi filem Tamil Tik Tik Tik yang ditayangkan pada 22 Jun 2018; beliau melakonkan watak sampingan di sisi pelakon utama Jayam Ravi. Menurut Aaron, pengalaman berlakon dalam filem Kollywood meninggalkan banyak kenangan indah buatnya dan mengakui teruja penampilannya mendapat sambutan.[53][54]

Aaron memegang watak sebagai ASP Redzuan dalam filem aksi thriler arahan Sandosh Kesavan Operasi X yang dikeluarkan pada 1 November 2018.[55] Beliau berkata mengenai tawaran berlakon dalam Operasi X: "Antara sebab-sebab mengapa saya mengambil peranan ini adalah kerana peluang untuk bekerjasama dengan Datuk Awie, Datuk Yusof Haslam dan Nasir Bilal Khan."[56]

Aaron kembali ke kaca televisyen menerusi drama Patah Sayap Bertongkat Paruh. Selain itu, beliau juga berlakon bersama Izara Aishah dalam drama Jodoh-Jodoh Annisa.[57] Aaron membuat penampilan filem Hong Kong pertamanya menerusi filem Undercover Punch And Gun yang dibintangi oleh Andy On dan Vanness Wu,[58][59] arahan Philip Lui dan Frankie Tam. Menurut Aaron: "Semuanya berjalan lancar sepanjang penggambaran dan layanan bagi setiap pelakon adalah sama. Hanya penggambaran itu dibuat di banyak pelabuhan dan bekas jadi agak panas dan sedikit tidak selesa tetapi ia memberi saya cabaran,".[60]

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan Datin Diyana Halik pada 3 Ogos 2003 dan dikurniakan tiga anak—seorang anak lelaki Danish Anaqi dan dua anak perempuan Dwi Ariana dan Dahlia Arissa. Sejak 2012, beliau diiktiraf sebagai penduduk tetap Malaysia.[61]

Dato’ Aaron mendedahkan pada April 2012 bahawa terdapat sebuah portal hiburan menyiarkan kad pengenalan Singapura yang didakwa miliknya. Nama yang tertera pada kad pengenalan rekaan sendiri itu tertera nama Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustapha yang didakwa ialah nama sebenar beliau. Menurut Aaron dalam temuramah bersama Kosmo!, beliau mengetahui hal tersebut menerusi isterinya, Diyana dan terkejut kerana gambar yang digunakan ialah wajah beliau tetapi nama yang digunakan sememangnya bukan namanya. Beliau berkata: "Saya rasa ramai sudah tahu nama sebenar saya ialah Aaron Mustapha Aziz bukannya Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa".[62][63]

Dato’ Aaron dilaporkan mengalami sakit sendi tengkuk selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran Fear Factor Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ketika di lokasi penggambaran. Pada tahun 2017, beliau mengalami sakit sendi tengkuk sehingga terpaksa menggunakan penyokong leher.[64][65][66] Pada Mei 2018, beliau dilaporkan diserang penyakit misteri dan telah menerima rawatan dengan menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa dengan seorang kenalannya yang merupakan seorang ustaz.[67][68][69]

Pada Oktober 2018, Dato’ Aaron menafikan khabar angin mengatakan beliau terlibat dalam mana-mana perniagaan melibatkan mata wang digital Bitcoin. Beliau mendedahkan perkara tersebut di laman Instagram miliknya.[70][71]

Pada 7 November 2020, ibu Dato’ Aaron, Juriana Jaafar meninggal dunia di Hospital Besar Changi akibat pelbagai masalah kesihatan pada usia 70 tahun.[72][73][74]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Evolusi KL Drift Joe Filem pertama
2009 Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam Azam
Pisau Cukur Ari
2010 Evolusi KL Drift 2 Joe
2 Alam Ustaz Ishak
2011 Datin Ghairah Zack dan Dato' Mahfuz dua watak
KL Gangster Malek
Ombak Rindu Hariz
2012 Ngorat Arjuna Kasih aka A.K
Prince Of The City Iskandar Yaakob
Shh...Dia Datang Edd Dibatalkan
2013 KL Gangster 2 Malek
Lari Khaliff
Kerat 14 Haziq
Dampak Idrus
2014 Abang Long Fadil Malek
Supersquad The Movie Laksamana Aaron (suara)
Tembus Hari
2015 Romeo Kota Koperal Detektif Romi Juga sebagai pengarah
Suamiku, Encik Perfect 10 Zarief Daniel
Voluptas
2016 Special Female Force Presiden Filem Hong Kong
2017 Kau Yang Satu Taufik
2018 Tik Tik Tik Kapten Lee Wei Peranan pertama untuk filem Kollywood
Operasi X ASP Redzuan
2019 Undercover Punch and Gun Top Filem Hong Kong
2020 Tyickoouns Tycoon Sobeer
2021 Selamat Hari X Jadi Bapa Hani
Dekatnya Cinta Adam Mukhriz
2023 Budak Flat Boss X
Sayu Yang Syukur Qudaim Juga sebagai pengarah
2024 Sheriff Tony Ifri
The Experts Pos-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001–2002 Cinta Bollywood Shahril MediaCorp Suria Drama pertama
2001 A War Diary
2002 Jeritan Sepi Bob
2002–2005 Heartlanders Koperal Jamal Salleh
2003 Lightyears Peter Xavier
Garisan Takdir
Living With Lydia The Prince
2004 Suspek
Phua Chu Kang (Musim 6) Yusof Ahmad Episod: "Citizen Phua"
Permintaan Aishah
Missing
Leftenan Adnan - A Life Story Adnan Saidi
Haryati (Musim 2) TV2
2005 My Sassy Neighbour (Musim 1) Mediacorp Suria 1 episod
Sumayyah TV1
2006 Janji Diana Haikal TV2
Cinta Q Ikmal Mediacorp Suria
2007 Police & Thief (Musim 4) Ahmad Episod: "The Hole"
Emil Emilda Emil / Nik Batista TV3
2008 Sadiq & Co Ariff Sadiq Mediacorp Suria
Bulan Bertemu Matahari Adam TV1
2009 Cinta Gila Malik Astro Prima
Rahsia Hati Syamir
Kasih Tercipta Shark Astro Ria
2010 Habil & Qabil Habil Najmi TV3
2011 Nora Elena Seth Tan
Hilang Doktor TV9 Penampilan khas
Stanza Cinta Irfan Ikmal TV3
Jiwa & Lara Zaman
Tahajjud Cinta Iskandar
2011–2012 Karma Qayyum TV9
2012 Metro Skuad (Musim 1) Frankie TV2 Episod: "Dendam"
Adam & Hawa Adam Mukhriz Astro Mustika HD
Tanah Kubur (Musim 4) Syamsul Astro Oasis Episod: "Ibu Ampunkan Aku"
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Dino TV2 Pelakon undangan
2013 Oh My English! (musim ke-2) Cikgu Malik Astro TVIQ
2014 Tentang Hati Zakuan TV2
Kusinero Cinta Chef Syed Izmir Astro Mustika HD
2015 Dan Calonnya Adalah (Musim 2) Aris Tonton Siri web
Tuan Anas Mikael Tuan Anas Mikael Astro Ria
2016 Isteri Tuan Ihsan Tuan Ihsan Iskandar
2017 Black Belt Kaler Pink Ash Astro Warna
My Darling, Inspektor Daniel Inspektor Daniel Astro Ria
Meet the MP (Musim 1) Danial Razali MP Mediacorp Saluran 5
2019 Meet the MP (Musim 2)
Jodoh-jodoh Annisa Nizam Astro Prima
Patah Sayap Bertongkat Paruh Doktor Bakri Astro Ria
2020 Jalan Sesat Ke Syurga Hamzah Astro Prima
2021 Saga Andy Mediacorp Suria, Astro Ria
2021–2022 Gerak Khas Undercover Zaki TV3
2022 Suamiku Lelaki Pendosa Dean Ilyas
Takdir Cinta Dhia Fayyad Astro Prima
2023 Derhaka Sebuah Cinta Azmir Astro Ria
Tanah Kubur (Musim 16) Syamil Astro Oasis Episod: "Cinta Ular, Zalim Kucing"
2024 Rindu Kekasihmu Untuk Dia Haikal TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 3 Dol Lokman/Chokmat Mediacorp Saluran 5 Telefilem pertama
2007 Cahaya Hati Jeffri TV3
2009 Cinta Lelong Azrul Astro Ria
2010 Cinta Akhbar Ashraf TV9
30 Hari Mengenali Cinta Ari Astro Ria
Santau Keramat Najmi
2011 Kekasih Awal & Akhir Awal TV9 Sebagai pengarah
2013 Anugerah Dendam Yang Terindah Azman Astro First Ekslusif
2015 Cinta Paling Agung Khairi
Tak Nak Balik Raya Omar Astro Ria
2018 Jodoh Hak Milik Allah Hans Astro First Eksklusif
Renyai Takbir Raya Rais Astro Raya HD
2020 6 Hari Ismal Astro Citra
Mak Cun Anjung Orang Kita TV3

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013–2014 Fear Factor Malaysia Pengacara Astro Ria
2013 E! Special: Aaron Aziz[75] Dirinya sendiri E!
Aaron & Zizan: Raya Sampai Pengsan Astro Ria
2014 Aaron & Zizan: Raya Seram Sejuk
2018 Oh My Family!
2019 Masak Apa Tu? TV3 bersama isterinya
All Stars Buka Panggung Peserta Astro Warna
2023 Mic On! Selebriti Juri Awesome TV
Nona Dirinya sendiri TV3 Segmen Artis Throwback

Videografi sunting

Muzik video sunting

Tahun Tajuk Lagu Penyanyi
2012 "Untuk Dia" Siti Saleha, Najwa Latif & Sleeq

Diskografi sunting

Single
Tahun Tajuk lagu Penyanyi Ruj.
2012 "Salam Semua" Sleeq dan Dato' Aaron Aziz [19]

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2002 Pesta Perdana (Suria, Singapura) Pelakon Terbaik di dalam Watak Pembantu "(Cinta Bollywood)" Menang
2003 Artis Paling Popular "(Garisan Takdir)" Menang
2004 Top 3 Artis Paling Popular "(Permintaan Aishah & Leftenan Adnan - A Life Story)" Menang
2005 Persembahan Komedi Terbaik "(Dol & Minah Nak Kahwin)" Menang
Artis Lelaki Paling Popular "(Dol & Minah Nak Kahwin)" Menang
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2010 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Seksi Tercalon
Anugerah Skrin 2010 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem "(Evolusi KL Drift 2)" Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2011 Anugerah Skrin 2011 Pelakon Lelaki Terbaik Filem "(KL Gangster)" Tercalon
Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan Selebriti Favourite Tercalon
Anugerah Kacak Menang
Anugerah Hot Papa Menang
Anugerah Seksi Lelaki Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Lelaki Paling Popular Online Menang
Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
Bintang Paling Popular Menang
Anugerah Blokbuster Anugerah Hero Terhebat "(KL Gangster)" Tercalon
Anugerah Hero Terhebat "(Ombak Rindu)" Tercalon
Anugerah Hero Terhebat "(Datin Ghairah)" Tercalon
2012 Anugerah Stail EH! Selebriti Lelaki Paling Seksi Tercalon
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon
Anugerah Skrin 2012 Pelakon Lelaki Terbaik Filem "(Ombak Rindu)" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Anugerah Shout! Pasangan Terbaik di Layar (dengan Maya Karin) "(Ombak Rindu)" Tercalon
Pasangan Terbaik di Layar (dengan Zizan Razak) "(KL Gangster)" Tercalon
Anugerah Selebriti Lelaki Popular Menang
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
Bintang Paling Popular[76][77][78][79] Menang
Anugerah Shout! Anugerah Selebriti Lelaki Popular Menang
2014 Anugerah MeleTOP Era 2014[80][81] Bintang Filem MeleTOP Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era Bintang Online MeleTOP Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
2016 Anugerah MeleTOP Era Bintang Filem MeleTOP Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Lelaki Terbaik Tercalon
Anugerah Telenovela Pelakon Lelaki Terbaik Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 Pelakon TV Lelaki Popular Menang
Pelakon Filem Lelaki Popular Tercalon
Pasangan Serasi Filem (bersama Izara Aishah) Tercalon
2023 Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Lelaki Terbaik (Suamiku Lelaki Pendosa) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 Couple Filem Popular (Dekatnya Cinta) Menang

Darjah kebesaran sunting

Pada 16 Disember 2017, beliau bersama-sama dengan Farid Kamil[82] telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 16 Disember 2017 yang membawa gelaran Dato' sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.[83][84][85]

Penghargaan Malaysia

Rujukan sunting

  1. ^ merupakan pemastautin tetap di Malaysia kerana memiliki MyPR
  1. ^ Farid Kamil, Aaron Aziz dapat Datuk
  2. ^ "All about Aaron Aziz". The Sun Daily. 5 July 2013. Dicapai pada 15 July 2013.
  3. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (5 November 2018). "Fokus Aaron Aziz". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-07. Dicapai pada 7 November 2018.
  4. ^ a b "Unveiling Aaron Aziz as our product ambassador". Drive M7. 17 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-16. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  5. ^ a b Budiey (28 November 2011). "Aaron Aziz Dilantik Duta Produk Minuman Drive M7". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  6. ^ "Aaron Aziz Pernah Berlakon Dan Menari Dalam Siri 'Cinta Bollywood'". MyArtis. 2 Ogos 2014. Dicapai pada 9 Ogos 2014.
  7. ^ Nur Safina Othman (11 November 2009). "Gold diggers strike gold". CinemaOnline. Dicapai pada 11 November 2009.
  8. ^ KL Gangster, Filem Aksi Yang Realistik Diarkibkan 2012-01-11 di Wayback Machine, gua.com.my, 9 Jun 2011. Dicapai pada 21 Jun 2011.
  9. ^ Mohd Al Qayum Aziz (24 November 2011). "Aaron Aziz Akui Banyak Menangis Dalam 'Ombak Rindu'". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-28. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  10. ^ Budiey (5 Disember 2011). "Gambar Aaron Aziz di Promo Tour Filem Ombak Rindu". Snasai Selebriti. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  11. ^ Aaron Aziz Kemalangan di Lokasi KL Gangster 2 Sensasi Selebriti (10 Januari 2012). Diperoleh pada 12 April 2018.
  12. ^ Nina Farzuin Md Sharom (24 Julai 2012). "Gandingan mantap Aaron, Nadiya Adam & Hawa". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  13. ^ Budiey Isma (30 September 2012). Aaron Aziz dalam Drama Bersiri Evolusi KL Drift Sensasi Selebriti. Dicapai pada 1 Oktober 2012.
  14. ^ ""Ramai Aaronators Yang Support Saya Selama Ini" – Aaron Aziz". Oh Bulan!. 6 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-22. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  15. ^ Takdir Dua Insan Sebaya Dalam "Habil & Qabil"[pautan mati kekal]
  16. ^ Budiey (25 Januari 2012). "Filem Kerat 14 Lakonan Aaron Aziz & Siti Saleha". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  17. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (16 Februari 2013). "Gandingan mantap Kerat 14". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  18. ^ "Filem Terbaru Aaron Aziz 'Kerat 14'". Sungguh.com. 22 Februari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-11. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  19. ^ a b Siti Juliana Mohd Johar (6 Oktober 2012). "Salam Semua satukan Sleeq-Aaron Aziz". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Ogos 2017.
  20. ^ Budiey (3 Oktober 2012). "Salam Semua Lagu Duet Aaron Aziz Dengan Sleeq". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 15 Ogos 2017.
  21. ^ "Aaron Aziz Lari Sampai Hampir Pengsan!". Says. 12 Jun 2013. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  22. ^ "Filem Lari 2013 Lakonan Aaron Aziz Arahan Ahmad Idham". Fuh. 6 Jun 2013. Dicapai pada 15 Julai 2013.[pautan mati kekal]
  23. ^ "Kulit Aaron Aziz Terbakar Kerana Filem 'Lari'". Nuriz Space. 1 Oktober 2012. Dicapai pada 15 Julai 2013.
  24. ^ "Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Antara Muka Baru 'Oh My English'". Malaysia: mStar Online. 21 Mac 2013. Dicapai pada 8 Mei 2013.[pautan mati kekal]
  25. ^ "Oh My English! season two with Aaron Aziz". Malaysia: Astro Awani. 22 Mac 2013. Dicapai pada 8 Mei 2013.
  26. ^ "Aaron Aziz di Fear Factor Selebriti Malaysia". Malaysia: Eyriqazz. 30 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-16. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  27. ^ "Aaron Aziz Kagum Dengan Peserta 'Fear Factor Selebriti Malaysia'". Malaysia: Oh Bulan!. 6 Disember 2012. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  28. ^ "AARON AZIZ JADI PENGACARA FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA". Malaysia: Merdeka Online. 1 Oktober 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-16. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  29. ^ "Telemovie Anugerah Dendam Yang Terindah di Astro Ria". Kepala Bergetar. 25 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-03. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  30. ^ Eddino Abdul Hadi (8 October 2013). "Aaron Aziz gangs up with Adi Putra". The Star. Dicapai pada 15 Julai 2015.
  31. ^ Nazeri Nong Samah (7 October 2013). KL Gangster 2 isytihar perang Diarkibkan 2017-03-02 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Retrieved on 1 March 2014.
  32. ^ Nurul Nazirah Nazaruddin (10 Jun 2014). "Kusinero Cinta". Sinar Harian. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  33. ^ "Kusinero Cinta satukan Jericho Rosales, Tiz Zayah dan Aaron Aziz". Galaksi Media. 22 Mei 2014. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  34. ^ Siti Athirah Dzulkifly (25 Mei 2014). Abang Long Fadil sentuhan ala Hollywood Diarkibkan 2017-03-03 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 29 Mei 2014.
  35. ^ "Aaron Aziz memilih". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-16. Dicapai pada 2017-07-14.
  36. ^ Angelin Yeoh (19 January 2015). "Singaporean movie star Aaron Aziz gets his first shot at directing himself". The Star. Dicapai pada 20 Januari 2015.
  37. ^ Zaidi Mohamad (12 Januari 2015). "Lisa Surihani, Aaron Aziz kembali dengan Suamiku, Encik Perfect 10!". Berita Harian. Dicapai pada 9 Mac 2015.
  38. ^ "AARON AZIZ, 'SUAMIKU ENCIK PERFECT 10' BUAT LISA SURIHANI". Media Hiburan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-15. Dicapai pada 20 Januari 2015.
  39. ^ http://www.rotikaya.com/aaron-aziz-nafi-babak-pegang-bra-adegan-lucah/
  40. ^ http://www.orangmuda.tv/2013/09/25/aaron-belajar-dialek-utara/
  41. ^ Rudy Imran Shamsudin (18 Januari 2015). "Aaron, Lisa yakin resipi kejayaan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 9 Mac 2015.
  42. ^ "Tuan Anas Mikael cari jodoh". Insta Online.[pautan mati kekal]
  43. ^ "Drama Tuan Anas Mikael suatu kegagalan ??". Ben Ashaari. 4 Disember 2015. Dicapai pada 4 Disember 2015.
  44. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-16. Dicapai pada 2017-07-14.
  45. ^ Aaron Aziz is Malaysia’s ‘Ant-Man’ ambassador The Malay Mail (July 8, 2015). Diperoleh pada 15 Julai 2015.
  46. ^ Aaron Aziz is the baddie in Ravi's 'Tik Tik Tik' Sify Movies. March 3, 2017.
  47. ^ Sahiba Rana (March 9, 2017). Popular Singapore Star Aaron Aziz Bags A Tamil Film Desimartini. Retrieved on July 25, 2017.
  48. ^ Drama Black Belt Kaler Pink lakonan Aaron Aziz dan Kamal Adli Diarkibkan 2017-07-15 di Wayback Machine Kepala Bergetar. Dicapai pada 22 Mac 2017.
  49. ^ "Dua filem tunggu tarikh tayangan, Aaron Aziz mahu fokus kepada keluarga pada 2017". Astro Awani. Dicapai pada 17 Julai 2017.
  50. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-15. Dicapai pada 2017-10-01.
  51. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (3 Januari 2018). "Aaron Aziz becomes 'toyol' for Netflix ad". New Straits Times. Dicapai pada 3 Januari 2018.
  52. ^ "Lima Keluarga Selebriti Popular Bergabung Dalam 'Oh My Family!'". Astro. 26 Mac 2018. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  53. ^ "Aaron Aziz teruja penampilan sulung filem Kollywood terima sambutan hangat". Astro Awani. 14 Julai 2018. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  54. ^ "Aaron Aziz ecstatic about his Kollywood debut in Tamil sci-fi movie". The Star Online. 14 Julai 2018. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  55. ^ Chris Mohan (31 Oktober 2018). "Aaron Aziz reveals he rejected a big-money role to take care of his wife". The Malay Mail. Dicapai pada 2 November 2018.
  56. ^ "Aaron Aziz accepted "Operasi X" role due to veteran co-stars". Yahoo! News. 1 November 2018. Dicapai pada 2 November 2018.
  57. ^ Watak kampung Aaron Aziz Kosmo! (30 Januari 2019). Dicapai pada 19 Februari 2019.
  58. ^ Aaron Aziz makes Hong Kong film debut The Straits Times (3 Julai 2019). Dicapai pada 23 November 2019.
  59. ^ Singapore-born actor Aaron Aziz treated well on set of Hong Kong action movie The Straits Times (3 Julai 2019). Dicapai pada 23 November 2019.
  60. ^ Melanie Chalil (1 Julai 2019). Actor Aaron Aziz breaks into HK film market with action flick ‘Undercover Punch and Gun’ The Malay Mail. Dicapai pada 23 November 2019.
  61. ^ Aaron sah kini penduduk tetap Malaysia Kosmo! (24 Jun 2012). Diperoleh pada 30 Jun 2012.
  62. ^ Haryati Karim (2 April 2012). "Aaron Aziz mangsa fitnah internet". Kosmo!. Dicapai pada 9 Julai 2012.
  63. ^ "Kad pengenalan Aaron Aziz yang tersebar adalah palsu!". 2 April 2012. Dicapai pada 9 Julai 2012.
  64. ^ Z. Nadzri (2 Mac 2017). "Aaron Aziz Menderita Sendi Tengkuk". Rojak Daily. Dicapai pada 18 Julai 2017.
  65. ^ Ifqdar Rahman (28 Mei 2017). "Aaron Aziz rela tanggung sakit, elak bedah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-09. Dicapai pada 18 Julai 2017.
  66. ^ Tahir Alhamzah (26 May 2017). "Aaron Aziz soldiering on through shoulder pain". New Straits Times. Dicapai pada 18 July 2017.
  67. ^ Mohd Haikal Isa (4 Mei 2018). "Aaron Aziz alami penyakit misteri". Kosmo!. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  68. ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (4 Mei 2018). "Aaron Aziz ubati sakit misteri dengan ayat al Quran". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-15. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  69. ^ Farhana Ab Rahman (4 Mei 2018). "Aaron guna ayat suci rawat sakit misteri". Berita Harian. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  70. ^ "Ni semua tipu! - Aaron Aziz nafi terlibat perniagaan Bitcoin". Astro Awani. 25 Oktober 2018. Dicapai pada 25 Oktober 2018.
  71. ^ Kemalia Othman (25 Oktober 2018). ""Saya tidak terlibat dalam Bitcoin" - Aaron Aziz". mStar Online. Dicapai pada 25 Oktober 2018.
  72. ^ Nurulkhasanah Agost (8 November 2020). Ibu Aaron Aziz meninggal dunia pada usia 70 tahun Berita Mediacorp. Dicapai pada 13 November 2020.
  73. ^ Zulaikha Yusof (8 November 2013). Ibu Aaron Aziz meninggal dunia - "Ambillah segala kerja amal ku untuk menemui di alam barzakh" Astro Gempak. Dicapai pada 13 November 2020.
  74. ^ Ibu Aaron Aziz meninggal dunia Berita Harian. 7 November 2013. Dicapai pada 13 November 2013.
  75. ^ Sheela Chandran (July 7, 2013). Up close and personal The Star. Retrieved on July 15, 2013.
  76. ^ Aaron Aziz Rampas Takhta Bintang Paling Popular 2013! Oh Bulan! (44 Mei 2014). Dicapai pada 15 Julai 2014.
  77. ^ Trofi Bintang Paling Popular kembali ke tangan Aaron Aziz Astro Awani (25 Mei 2014). Dicapai pada 15 Julai 2014.
  78. ^ Aaron Aziz Terima Nissan Teana Selebriti Online (4 Jun 2014). Dicapai pada 15 Julai 2014.
  79. ^ Azizah Salleh (25 Mei 2014). Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH 2013 Yahoo! News. Dicapai pada 15 Julai 2014.
  80. ^ Keputusan Rasmi Anugerah Meletop Era AME 2014 Astro Diarkibkan 2017-07-14 di Wayback Machine Melvister (8 Februari 2014). Dicapai pada 15 Julai 2014.
  81. ^ Senarai Penuh Pemenang Anugerah MeleTOP ERA Sensasi Selebriti. 9 Februari 2014.
  82. ^ "Aaron, Farid kini bergelar Datuk". Kosmo!. 16 Disember 2017. Dicapai pada 18 Disember 2017.
  83. ^ Zamzurina Ahmad (16 Disember 2017). 169 dikurnia darjah kebesaran Diarkibkan 2017-12-16 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Disember 2017. "Farid Kamil, Aaron Aziz turut terima gelaran Datuk daripada Sultan Pahang".
  84. ^ Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz (16 Disember 2017). "Farid Kamil, Aaron Aziz dapat Datuk". Harian Metro. Dicapai pada 16 Disember 2017.
  85. ^ Nik Sukry Ramli (16 Disember 2017). "Farid Kamil dakwa segelintir netizen tiada ilmu". Berita Harian. Dicapai pada 18 Disember 2017.
  86. ^ "Farid Kamil, Aaron Aziz Kini Bergelar Datuk - Berita Hiburan". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-23. Dicapai pada 2018-04-22.

Pautan luar sunting