Sheriff: Narko Integriti

Sheriff: Narko Integriti ialah sebuah filem misteri ngeri jenayah aksi Malaysia 2024 arahan Syafiq Yusof dengan skrip dan cerita oleh Syafiq, Nazifdin Nasrudin dan Datuk Dr. Yusof Haslam terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw. [1] Dibintangi oleh barisan pelakon ensembel yang diterajui oleh Zul Ariffin sebagai watak tajuk, filem ini ditayangkan pada 18 April 2024 selepas Hari Raya Aidilfitri. [2]

Sheriff: Narko Integriti
PengarahSyafiq Yusof
Penulis
  • Nazifdin Nasrudin
  • Syafiq Yusof
Cerita olehDatuk Dr. Yusof Haslam
Dihasilkan oleh
  • Datuk Dr. Yusof Haslam
  • Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif)
  • Syamin Yusof (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiRahimi Maidin
Disunting oleh
  • Izaq Yuzaini
  • Nazifdin Nasrudin
  • Syafiq Yusof
Muzik oleh
  • Latt Faizal
  • Sham Stalin
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 18 April 2024 (2024-04-18) (Malaysia, Singapura & Brunei)
  • 23 April 2024 (2024-04-23) (Indonesia)
  • 6 Jun 2024 (2024-06-06) (Hong Kong)
Masa tayangan
133 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM6 juta
Pecah panggungRM64 juta

Premis

sunting

Sheriff, anggota polis dari Jabatan Integriti yang ditugaskan menyelesaikan kes 'Meth Killer. Dia berpasangan dengan Nazri, seorang anggota polis muda dari Jabatan Narkotik. Misi mereka adalah untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit. Sindiket terbabit sering terlepas daripada cengkaman undang-undang, setiap kali menerusi proses penghakiman.

— Skop Productions dan Astro Shaw [1]

Pelakon

sunting
  • Zul Ariffin sebagai DSP Sheriff / Sheriffudin Hussein, Pegawai Jabatan Integriti ditugaskan menangkap pegawai polis yang mengambil rasuah dan bersubahat dengan organisasi jenayah terancang kemudian bekerjasama pula Jabatan Narkotik untuk kes Tony Ifrit dan "Meth Killer" [3]
  • Syafiq Kyle sebagai Inspektor Nazri "Meth Killer", Adik ASP Syazlin yang tidak percaya undang undang dan bertindak cara sendiri
  • Dato Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit, Ketua sindiket dadah Methamphetamine yang sering terlepas dari hukuman dan pembunuh Inspektor Wani. Aaron diberi peluang oleh Dato Yusof Haslam dan Syafiq Yusof selepas beliau digugurkan dari filem The Original Gangster arahan abangnya Syamsul Yusof
  • Elizabeth Tan sebagai ASP Jennifer Wong, Pegawai JSJ ditugaskan untuk menyiasat "Meth Killer" Tikus Tony Ifrit Pertama.
  • Azira Shafinaz sebagai ASP Syazlin, Pegawai wanita Jabatan Narkotik dan kakak kepada Inspektor Nazri
  • Amir Nafis sebagai Inspektor Farouk Mahmud, Pegawai Jabatan Narkotik, Tikus Tony Ifrit Kedua.
  • Kodi Rasheed sebagai Firdaus, bekas anggota tentera
  • Shaharuddin Thamby sebagai Superintendan Malik, Ketua Jabatan Narkotik
  • Esma Daniel sebagai Superintendan Roslan, Ketua Jabatan Integriti
  • Kamal Affandi Hashim sebagai DSP Hafsham, Penolong ketua Jabatan Narkotik
  • Natasya Mahyan sebagai Sub Inspektor Wani, Anggota polis menyamar dan tunang kepada Inspektor Nazri (imbas kembali)
  • Hazama Azmi sebagai Inspektor Amirul Asyraff, pegawai polis (kameo)
  • Azri Iskandar sebagai Koperal Hussein Osman, Ayah Sheriff (imbas kembali)
  • Hasnul Rahmat sebagai Syed Rahman, Hakim Besar Malaya
  • Zen Ng sebagai Detektif Hong
  • Meynillen Thamil Selvan sebagai Detektif Nagarajah
  • Siraj Alsagoff sebagai Koperal Arkash, anggota polis yang bertanggungjawab menjaga Sheriff dari kecil setelah beliau sendiri menumpaskan ayah Sheriff akibat rasuah. (imbas kembali)

Penerbitan

sunting

Sheriff: Narko Integriti menjadi filem kepolisan kedua arahan Syafiq Yusof selepas KL Special Force (2018) dan menandakan kolaborasi ketiga antara Syafiq dan Zul Ariffin selepas Misteri Dilaila (2019) dan Penunggang Agama (2021). Barisan pelakon lain yang terlibat ialah Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, Dato Aaron Aziz, Shaharuddin Thamby, Kodi Rasheed, Esma Daniel, Hazama Azmi dan Azri Iskandar. [4][5] Shaharuddin dan Esma sebelum ini pernah berlakon bersama dalam KL Special Force, manakala Elizabeth pernah membintangi filem Misteri Dilaila dan Abang Long Fadil 3 (2022), yang kedua-duanya arahan Syafiq. Ini juga merupakan projek filem pertama lakonan bersama Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz selepas digandingkan menerusi drama Married Tapi Benci (2016) dan One Cent Thief (2022). Watak Tony Ifrit pada asalnya ingin diberikan kepada Azhan Rani, namun digantikan oleh Dato Aaron Aziz selepas digugurkan dari The Original Gangster (2024).

Dalam satu temubual eksklusif bersama New Straits Times pada Jun 2023, Syafiq berkata mengenai filem ini: "Sheriff ialah drama aksi polis yang bagus. Bapa saya (Datuk Dr. Yusof Haslam), yang merupakan penerbit eksekutif bersama, memberi saya idea ini, kerana dia sudah lama mahu saya membuat filem sebegitu".[5] Menurutnya, beliau membesar dengan menonton drama dan filem polis, bukan sahaja Gerak Khas malah filem Hollywood seperti Lethal Weapon dan Die Hard. Beliau juga menjelaskan bahawa Sheriff berdasarkan "cerita sebenar polis di Barat serta Hong Kong dan kembali ke tanah air". Beliau turut memastikan pihaknya mendapat barisan bintang yang terdiri daripada nama berbakat dan popular. Syafiq juga mendedahkan bahawa Sheriff ialah tajuk kerja dan bercadang mahu menukar tajuk filem itu jika dapat mencari tajuk yang sesuai sebelum memutuskan untuk mengekalkan tajuk filem ini. [5] Penggambaran dijalankan selama lebih 90 hari di Lembah Klang dan Kuala Lumpur, termasuk Bandar Malaysia dan Sungai Besi, dari Februari sehingga Mei 2023. [5]

Syafiq mengakui bapanya amat menyukai filem arahannya, namun tidak berpeluang untuk mempertontonkan filem ini kepada abangnya, Syamsul Yusof. [6]

Keluaran

sunting

Sheriff pada mulanya diberi klasifikasi 13, namun diberi klasifikasi 16 oleh Lembaga Penapis Filem (LPF). Syafiq berkata: "Filem Sheriff tidak ada unsur ganas tapi mungkin sebab konsepnya membabitkan isu mengenai rasuah menyebabkan LPF meletakkan klasifikasi 16 itu".[7]

Treler rasmi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Skop Productions dan Astro Shaw pada 22 Mac 2024,[8][9] dan dijadualkan akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 18 April 2024 selepas Hari Raya Aidilfitri. [10]

Sambutan

sunting

Kutipan pecah panggung

sunting
Jadual kutipan pawagam
Sheriff: Narko Integriti
(18 April – sekarang)
Tempoh Tayangan Kutipan kumulatif
Tayangan Awal (18 April) RM1 juta
2 hari (hingga 20 April) RM6.4 juta
3 hari (hingga 21 April) RM11.4 juta
4 hari (hingga 22 April) RM16.3 juta
7 hari (hingga 25 April) RM22.1 juta
9 hari (hingga 27 April) RM28 juta
10 hari (hingga 28 April) RM31 juta
11 hari (hingga 29 April) RM35.3 juta
14 hari (hingga 2 Mei) RM44.5 juta
18 hari (hingga 6 Mei) RM52 juta
23 hari (hingga 11 Mei) RM55 juta
26 hari (hingga 14 Mei) RM58 juta
31 hari (hingga 19 Mei) RM60.5 juta
38 hari (hingga 26 Mei) RM62.5 juta
43 hari (hingga 31 Mei) RM63.2 juta

Ulasan kritis

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b "Filem Sheriff". My Infotaip. 15 Februari 2024. Dicapai pada 1 April 2024.
  2. ^ Abdul Hafiz Ahmad (25 Mac 2024). ""Sheriff" kisah polis yang menangkap polis". Bebas News. Dicapai pada 1 April 2024.
  3. ^ Lee B. Golden III (22 Mac 2024). "SHERIFF: Zul Ariffin Battles The Drug War On Both Sides Of The Badge In The Official Trailer". Film Combat Syndicate. Dicapai pada 1 April 2024.
  4. ^ Dennis Chua (23 Mei 2023). "#Showbiz: Syafiq Yusof to release second star-studded police drama next year". New Straits Times. Dicapai pada 1 April 2024.
  5. ^ a b c d Dennis Chua (6 Jun 2023). "#Showbiz: New police action adventure film 'Syerif'". New Straits Times. Dicapai pada 1 April 2024.
  6. ^ Ramlah Zainal (24 Mac 2024). "'Ayah suka filem Sheriff, tapi Syamsul belum tonton lagi' - Syafiq Yusof". Harian Metro. Dicapai pada 1 April 2024.
  7. ^ "Syafiq akur filem Sheriff diklasifikasi 16 oleh LPF". Berita Harian. 31 Mac 2024. Dicapai pada 1 April 2024.
  8. ^ Iqbal Yasir (24 Mac 2024). "Trailer Filem Sheriff: Ada "Plot Twist", Syafiq Yusof Jawab Kenapa Dedah Identiti Meth Killer". Siakap Keli. Dicapai pada 1 April 2024.
  9. ^ Mya Amri (22 Mac 2024). "Teaser Sheriff Baru Keluar, Tapi Ramai Dah Tak Sabar Nak Tengok - "Letupnya! Polis Tangkap Polis Ni Yang Mantap"". Astro Gempak. Dicapai pada 1 April 2024.
  10. ^ "Filem Sheriff Di Pawagam". klapbod.com. 1 April 2024.

Pautan luar

sunting