Married Tapi Benci

Married Tapi Benci ialah sebuah drama percintaan remaja Malaysia 2016 arahan Rosli Mohd Taib, terbitan Excellent Pictures. Dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz, siri ini disiarkan di Slot Lestary TV3 dari 26 Februari 2016 hingga 25 Mac 2016.[1]

Married Tapi Benci
GenreRemaja, cinta
Ditulis olehAhmad Idham
PengarahRosli Ahmad Taib
Dibintangi oleh
Syafiq Kyle
Azira Shafinaz
Lagu pembukaanElok-Elok - Othello ft Cat Farish & Tiga Swagger)
Lagu penutupElok-Elok - Othello ft Cat Farish & Tiga Swagger
Penerbitan
PenerbitAhmad Idham
PenyuntingSyamsul Ahmad Dain
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Excellent Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal26 Februari 2016 – 25 Mac 2016

Sinopsis sunting

Mengisahkan kisah cinta dua remaja yang terpaksa berkahwin di usia muda akibat diperangkap orang ketiga. Kamal (Syafiq Kyle) merupakan pelajar kolej yang digilai ramai dan seorang pelumba basikal yang sering menjuarai kejohanan. Kehadiran pelajar baharu di kolej iaitu Rina (Azira Shafinaz) dengan menaiki motor berkuasa tinggi telah menarik minat Kamal untuk cuba memikat ditambah lagi Rina turut mempunyai raut wajah yang jelita. Namun, Rina dengan perwatakkan yang sedikit kasar dan benci dengan lelaki akhirnya telah memalukan Kamal di hadapan ramai pelajar lain. Terselit satu rahsia di mana sikap kasar Rina itu adalah sebagai tanda protes kerana ayahnya berkahwin dengan seorang gadis muda setelah kematian ibunya.

Rina pula semakin rapat dengan Daniel (Mustaqim Bahadon), musuh ketat Kamal yang turut ingin bersaing dengan Kamal. Walaupun Kamal tidak suka kepada Rina, tetapi Kamal tidak mahu Rina terperangkap dengan sikap Daniel hanya pandai mengambil kesempatan ke atas wanita. Satu hari, Kamal mengenakan Daniel dengan memutuskan brek motor Daniel tetapi malangnya, Rina yang menjadi mangsa kerana dia bertukar motor dengan Daniel.

Kamal merasa bersalah namun takut untuk mengakui kesalahannya sehinggalah dia melawat Rina di hospital. Hubungan mereka mulai rapat setelah mengetahui kisah sebenar Rina yang membuatkan dia sedikit memberontak. Daniel pula menyimpan dendam dengan memerangkap mereka berdua sehingga ditangkap khalwat. Ibu bapa mereka bersetuju untuk mengahwinkan mereka berdua sebagai jalan untuk mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab untuk masa depan mereka.

Walaupun berkahwin, mereka masih lagi meneruskan aktiviti lasak dan tidak begitu peduli dengan urusan di antara satu sama lain. Kamal masih lagi dengan basikalnya, begitu juga Rina yang sering bersama dengan teman rapatnya. Tetapi dalam tidak sedar, mula muncul perasaan sayang antara Kamal dan Rina. Daniel masih lagi tidak berpuas hati dan ingin menghancurkan kebahagiaan mereka dengan melakukan pelbagai muslihat demi melunaskan dendam yang masih lagi terpalit di hati.

Berjayakah Daniel meruntuhkan rumah tangga yang baru sahaja ingin berkembang mekar?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penerbitan sunting

Ini merupakan drama pertama gandingan bersama Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz sebelum kembali digandingkan dalam drama One Cent Thief, 6 tahun kemudian.

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Married Tapi Benci. MyInfoTaip. Dicapai 7 Ogos 2021

Pautan luar sunting

: Lestary, Setiap Rabu - Jumaat 9:00 Malam
Sebelumnya Married Tapi Benci Berikutnya
Cik Cinderella dan Encik Tengku Mak Cun 2