Mustaqim Bahadon

Pelakon lelaki Malaysia

Mustaqim Bahadon (Jawi: مستقيم بهادون; lahir 1 Mac 1985)[1] merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau pernah menjadi bekas finalis Pencarian Lelaki Maskulin 2008/2009[2] dan sejak itu beliau telah membintangi beberapa drama, telefilem dan filem.[3][4]

Mustaqim Bahadon
Kelahiran (1985-03-01) 1 Mac 1985 (umur 39)
PendidikanLulusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal
Pusat pendidikanPoliteknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Pekerjaan
Tahun aktif2010–kini
Ketinggian6 ft 0.5 in (1.84 m)

Kehidupan awal sunting

Mustaqim dilahirkan pada 1 Mac 1985 di Kangar, Perlis.[1][5] Beliau merupakan anak kelima daripada enam adik-beradik dan mempunyai darah kacukan Cina sebelah ibu beliau. Bapa beliau, Bahadon Hamzah telah kembali ke Rahmatullah akibat jangkitan kuman dalam paru-paru ketika Mustaqim sedang menduduki peperiksaan akhir di pusat pengajiannya.[6]

Beliau mempunyai kelulusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektrikal di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Jitra, Kedah.[1]

Kerjaya sunting

Sebelum menjadi pelakon, Mustaqim telah menceburi dalam bidang peragaan terlebih dahulu.[7] Beliau juga pernah menjadi duta Jakel selama 4 tahun dan pernah membintangi dalam beberapa iklan seperti Nescafe Ipoh White Coffee. Selain itu, beliau juga pernah menjadi seorang jurulatih peribadi di sebuah gim dan Mustaqim pernah menyertai pertandingan Pencarian Lelaki Maskulin (PLM) pada tahun 2008/2009 serta berjaya menjadi finalis dalam pertandingan tersebut. Pembabitan awalnya dalam dunia hiburan tanah air juga bermula selepas menyertai pertandingan itu yang turut disertai oleh Azrel Ismail.[8]

Selain itu, beliau juga mempunyai sebuah kedai gunting rambut yang beroperasi di ibu kota. Pada tahun 2014, Mustaqim memegang watak sebagai Raja Gufran iaitu seorang lelaki metroseksual dalam drama Jodoh musim ke-2.[9]

Pada tahun 2017, beliau memegang watak utama sebagai Dr. Syukri dalam drama Kerana Anisa yang turut dibintangi oleh Zara Zya, Sura Sojangi, Fahrin Ahmad, dan Uqasha Senrose dan disiarkan di Slot Samarinda TV3.[10]

Pada 23 Mac 2017, Mustaqim muncul sebagai peserta dalam rancangan Perang Bibir di TV9. Pada Syawal kedua, beliau menbintangi telefilem berjudul Serondeng Daging Abang Sado yang bersiaran di TV1. Pada 2 Julai 2017, beliau muncul dalam sebuah telefilem bertajuk Menantu Second Class yang bersiaran di TV9 dan memegang watak utama sebagai Rizal.

Mustaqim muncul dalam filem sukan luncur air Surf This Love: Gelora Juara yang ditayangkan pada 22 Februari 2018, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Josiah Hogan dan Ardell Aryana. Ia menjadi filem pertama gandingan beliau bersama Josiah.[11] Beliau seterusnya menjayakan watak sebagai Rizal, salah seorang ahli kumpulan Geng Anarkis dalam filem aksi KL Special Force arahan Syafiq Yusof. Filem yang turut dibintangi oleh Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof ditayangkan pada 8 Mac 2018.[12]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 KL Gangster 2 Filem pertama, pelakon tambahan, tidak dikreditkan
2017 Kau Yang Satu Richard
2018 Surf This Love: Gelora Juara Bobby
KL Special Force Rizal
Rise: Ini Kalilah Koperal Johan Penampilan khas
2019 KL Vampires Alang
2022 Roh 100 Hari Kamal
Anak Rimau The Movie Jurulatih Khalid
Seratus Penampilan khas
2023 Eva ‘Take Me As I Am Pegawai Penyiasat
Bangkitkan Aku Kembali Hakim
2024 Banglo Seksyen 12 Hairy
TBA Takluk: Inspirasi Lahad Datu Pos-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Asmaradana TV3 Drama pertama
2012 Lara Hati Azman TV9
Runtun Qalbu Zek TV3
2013 Menantu Tiga Rasa TV1
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi TV3
2014 Kalau Itu Jodoh Kita TV AlHijrah
Jodoh (Musim 2) Raja Gufran Astro Ria
Azam Ramadan Su Pian TV3
2015 Anak Ke-5 Shah TV9
Pengembaraan Jason Murad Farid Depardieu
HidayahMu Ramadan Taufiq TV3
Hati Perempuan Syed Ammar
2016 Kak Marr Farid
Lara Terindah Azim
Married Tapi Benci Daniel
2017 Kerana Anisa Syukri
Kias Ramadan
2018 Tiada Arah Jodoh Kita Hazim
Cik Sempurna Riduan
Mata Ketiga Khalid Tonton
Pujaan Hati Kanda Kashah TV3
Jangan Padam Rindu Remy TV Okey
2019 Gerak Khas (Musim 19) Detektif Mustafa TV2
4 Penjuru[13] TV1
Arjuna Cinta Keisha Alif TV Okey
2020 Kau Perempuan Itu Arif Shah TV1
Umar Hatta Umar Hatta Unifi TV
Cinta Sekali Lagi Taiquddin TV3
2021 Rahimah Tanpa Rahim Ramzi
Cinta Untuk Raf Noah Sulaiman TV1
One Two Hantu 2 Awesome TV
Resort Kasih Bunga Raya Ali TV1
Isolasi Ariz Awesome TV
Bila Syaitan Berbisik Astro Ria Episod 1
Malaysian Ghost Stories Azli Episod: “Hantu Boneka”
2022 Impian Lara Firdaus Awesome TV
Reen Putus Cinta
Gangster Ke? Lokman
Aku Seorang Perempuan Ehsan TV9
2023 Julia Arina Adam Zafran TV Okey
Metro Crimes Series: Siapa Lelaki Itu? DSP Marzuki Tonton
Alice Kampung Baru Mikhail
2024 Takdir Itu Milik Aku Arman Astro Ria

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Ku Kejar Cintaku Ke Malaysia Ammar RTV Drama Malaysia-Indonesia
2015 Jodoh Ke Uolls Syed Ammar TV3
Kasyaf Inspektor Jeff TV1
2016 Mata Hati Ibu Aris TV9
Bella TV3
Bapa Mentuaku TV1
Saksi Shah TV2
2017 Mat Kari Mek Tomyam Azim HyppTV
Bawaku Ke Syurga
Serondeng Daging Abang Sado Zack TV1
Milik Siapa Syurga Itu Firdaus
Menantu Second Class Rizal TV9
Fatonah Azali Jali TV3
Encik Ustaz Akram
2018 Neraka Kasih Maisarah Leman Besi TV3
2019 Aku Penghiburmu TV2
Cikgu Praktikal Cikgu Shahrul TV Okey
Tok Siah Astro Citra
4 Penjuru
2020 Tuan Petri Saadong Raja Bersiong
Baju Jersi Amar Yusri TV1
2021 Gadis Muka Surat TV2
2022 Sempurna Mencintaimu Epul TV3
Sebalik Cinta TV2
2023 Kami TV Benny Astro Citra
Al Kisahnya Jenin Jenin TV1
TBA Cupcake Coklat Mama TV2

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2017 Perang Bibir Peserta TV9 23 Mac: Berentap dengan Neera Azizi dan Puteri Aishah (artis yang dicabar oleh Zulin Aziz) namun tewas.
Mentor Milenia 2017 Juri Awam TV3

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Karya tercalon Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) Dirinya sendiri Fatonah Azali Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Azlan Jusoh (5 Julai 2017). "Biodata Mustaqim Bahadon". Azhan.co. Dicapai pada 14 April 2018.
  2. ^ "Mustaqim teringin jadi hero". Harian Metro. 11 November 2016. Dicapai pada 10 Mac 2017.
  3. ^ Nor Akmar Samudin (5 Januari 2018). "Mustaqim cari peluang". Harian Metro. Dicapai pada 14 April 2018.
  4. ^ Syanty Octavia Amry (31 Ogos 2015). "Mustaqim cari semula tapak". Harian Metro. Dicapai pada 14 April 2018.
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir (7 Mac 2016). "Mimpi ngeri Mustaqim - Hiburan". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mac 2016.
  6. ^ "Mustaqim intai peluang". Kosmo!. 3 Jun 2014. Dicapai pada 10 Mac 2017.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Februari 2017). Tingkat kualiti dalam diri - Hiburan Harian Metro. Dicapai pada 21 Februari 2017.
  8. ^ Tidak Kisah Bermula dari Bawah – Mustaqim Bahadon Malaysian Access (31 Ogos 2015). Dicapai pada 24 Januari 2017.
  9. ^ Budiey (7 April 2014). Mustaqim Bahadon Jadi Lelaki Metroseksual Dalam Drama Jodoh 2 Sensasi Selebriti. Dicapai 10 Mac 2017.
  10. ^ Najiy Jefri (24 Januari 2017). Buat sehabis baik Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2017.
  11. ^ Shazryn Mohd Faizal (2 Mac 2018). "Peluncuran terumbang-ambing dalam Surf This Love: Gelora Juara". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-06. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  12. ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  13. ^ Pengajaran Salah Laku Dalam 26 Episod Drama Bersiri 4 Penjuru Sensasi Selebriti (22 Mac 2016). Dicapai pada 22 Mac 2016.

Pautan luar sunting