Neera Azizi
Nurazneera Azizi (lahir 11 Julai 1998) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2016, dengan peranan televisyen termasuk Sayangku Kapten Mukhriz (2016), Miss Kapten Cikgu Waiz (2017), dan Melankolia (2018).[3][4]
Neera Azizi | |
---|---|
Kelahiran | Nurazneera binti Azizi 11 Julai 1998 |
Pekerjaan | Pelakon, model, penyanyi |
Tahun aktif | 2016–kini |
Saudara | Zeera Azizi (kakak) |
Kehidupan awalSunting
Neera dilahirkan pada 11 Julai 1998 di Bandar Melaka, Melaka dan dibesarkan di Kuantan, Pahang.[5] Kakaknya, Nurazeera "Zeera" Azizi merupakan seorang penyanyi dan peserta Dewi Remaja 2018/19.[6]
KerjayaSunting
Beliau mula mencapai kemasyhuran dalam kerjaya hiburan tanah air setelah dipilih menjayakan watak sebagai Dr. Anisa dalam drama adaptasi novel, Sayangku Kapten Mukhriz yang dibintangi oleh Raja Afiq dan Niena Baharun.[7]
Neera paling dikenali menerusi gandingannya bersama pelakon Singapura Erwin Dawson menerusi drama Miss Kapten Cikgu Waiz arahan M. Hitler Zami yang mana beliau memegang watak sebagai Khalisha. Untuk drama ini, beliau mempelajari sistem kokpit pesawat.[8] Beliau memulakan kerjaya muzik dengan melancarkan single solo pertamanya, "Rasa Hati" hasil nukilan B-Heart.[9]
Beliau juga pernah muncul dalam muzik video "Menatap Dalam Mimpi" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan "Bulan Bintang" nyanyian Izzmad Harun.[2] Selain itu, Neera juga pernah dikatakan berwajah seiras usahawan kosmetik, Nur Sajat.[10] Neera merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.[11]
Neera paling dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Sha, seorang pelajar Indonesia dalam drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (2020) yang memerlukan beliau untuk bertutur bahasa Indonesia.[12]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Musyrik - Api Neraka Menantimu! | Sabrina | Filem pertama |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Cinta Tangkap Muat | Unifi TV | ||
Sayangku Kapten Mukhriz | Dr. Anisa | TV3 | ||
Patahnya Sebelah Sayap | Mira | |||
Ainur Mardhiyah | Aina Safiyyah | TV9 | ||
Suri Hati Mr. Pilot | Emira | Astro Ria | ||
2017 | Miss Kapten Cikgu Waiz | Khalisha | TV3 | |
Sedingin Cinta Antasya | Antasya | Unifi TV | ||
2018 | Melankolia | Nadia | TV3 | |
Andainya Takdir 2 | Sofea | |||
Doa Ku Mohon | Penampilan khas | |||
2019 | Plan Cinta | Mira | ||
Semua Salahku | Shila | |||
2020 | Nasi Kerabu Untuk Che Abe | Sha | ||
2020–2021 | Potong | Sue | Astro Warna | Penampilan khas |
2021 | Kiblat Yang Hilang | Jannah | Awesome TV | |
Jangan Menangis Cinta | Mariam | TV1 | ||
Malaysian Ghost Stories | Puteri | Astro Ria | Episod "Ulek Mayang" | |
Hani | Episod: “Janin” | |||
2022 | Nurlaila | Ina | TV1 | |
Aku Yang Merinduimu | Tasya | |||
Adakah Engkau Menungguku | Lara Sofea | TV3 | ||
2023 | Bukan Syurga Pilihan | Tina | Astro Prima | |
Bukan Lelaki Terhebat | Ratna | TV3 |
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Cik Sayur Encik Seafood | TV9 | |
Cik Celah Bedah |
Muzik videoSunting
Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2016 | "Menatap Dalam Mimpi" | Siti Nurhaliza |
"Bulan Bintang" | Izzmad Harun |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2020 | Oops Terkena (Episod 2) | Artis Jemputan | Awesome TV |
DiskografiSunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
2018 | "Rasa Hati"
|
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
RujukanSunting
- ^ Kamarul Halim Kamal (15 Februari 2018). "Neera Azizi dari pelakon kini jadi penyanyi". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2018. Dicapai pada 26 Jun 2018.
- ^ a b Ridzuan Abd Rahman (18 Oktober 2016). ‘Tiada sebab nak berlagak’ - Neera Harian Metro. Dicapai pada 27 Jun 2018.
- ^ Najiy Jefri (13 Ogos 2017). Tarik nafas lega Harian Metro. Dicapai pada 27 Jun 2018.
- ^ Najiy Jefri (24 Februari 2018). Neera persiapkan diri Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2018.
- ^ Aida Rismariza Kamaruddin (3 April 2018). "Kecaman tidak gugat Neera Azizi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2018. Dicapai pada 27 Jun 2018.
- ^ Sairul Zamri Misrani (22 Mac 2021). "Neera Aziz, ada di dalam tiada". Kosmo!. Dicapai pada 1 Mei 2021.
- ^ Khadijah Ibrahim (19 September 2016). "Neera popular kerana doktor Anisa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2018. Dicapai pada 27 Jun 2018.
- ^ Wartawan Sinar Harian (27 Julai 2017). Neera Azizi luang masa pelajari sistem kokpit Sinar Harian. Dicapai pada 27 Jun 2018.
- ^ Kemalia Othman (15 Februari 2018). Neera Azizi sedia dikecam ceburi bidang nyanyian mStar Online. Dicapai pada 27 Jun 2018.
- ^ Ifqdar Rahman (7 April 2018). Dikata berwajah Nur Sajat, Neera Azizi okey Utusan Malaysia. Diperoleh pada 16 Julai 2018.
- ^ Khadijah Ibrahim (17 Ogos 2017). Neera Azizi penyokong pasukan bola sepak negara Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Julai 2018.
- ^ Khadijah Ibrahim (5 Jun 2020). Neera jadi Minah Indon Bebas News. Dicapai pada 7 Julai 2020.