Adakah Engkau Menungguku

Adakah Engkau Menungguku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan oleh Azmi Hatta, Dibintangi oleh Wanna Ali dan Adam Lee. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 bermula 29 September 2022[1] menggantikan Cinta Buat Dara.

Adakah Engkau Menungguku
Ditulis oleh
  • Anina Sahal
  • Amin Shakib
  • Eja Lorena
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSayang Kau Tercipta - Aziz Harun
Lagu penutupSayang Kau Tercipta - Aziz Harun
Bilangan episod15
Penyiaran
Siaran asal29 September 2022 – 22 Oktober 2022
Kronologi
MengikutiCinta Buat Dara
Diikuti olehSentuhan Najwa

Sinopsis sunting

Ariana (Wanna Ali) mengharapkan cinta yang telah terjalin selama 8 tahun ini akan berakhir ke jenjang pelamin. Namun, impian Ariana untuk mengahwini Azman terhenti apabila Azman diasak oleh kedua-dua ibu bapanya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Cinta Azman dan Ariana tidak berkesampaian apabila Azman terpaksa akur dengan pilihan orang tua.

Ikmal (Adam Lee) yang sudah puas mengembara dan mempunyai perniagaannya sendiri di sini enggan mengikut teman wanitanya Sofia ke Australia. Walaupun dipujuk beberapa kali, Ikmal tetap dengan pendiriannya kerana sudah bertahun dia meninggalkan ibu dan tak sanggup biarkan mereka yang sudah tua dan perlukan perhatian.

Ariana bersedih dengan sikap Azman yang tidak berusaha untuk mempertahankan cinta mereka. Ariana pergi menenangkan diri ke sebuah restoran namun dia tiada tempat kosong untuknya. Ariana dan Ikmal berebut meja dan akhirnya terpaksa berkongsi kerana meja lain dah penuh. Ariana memandang lkmal yang hanya menundukkan kepala membaca mesej di telefon bimbitnya. Apabila pelayan menghantar makanan yang sama kepada mereka, Ariana dan Ikmal saling berpandangan. Adakah itu suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Adakah Engkau Menungguku mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.