Bella Astillah
Dayang Ara Nabellah "Bella" Awang Astillah (Jawi: بللا اثتللاح; lahir 15 Mac 1994) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.
Bella Astillah | |
---|---|
Kelahiran | Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah 15 Mac 1994 |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 2006–kini |
Pasangan | Aliff Aziz (k. 2016) |
Anak-anak | 2 |
Saudara | Didi Astillah (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Pengkarya berkait | Adik - Adik Mutiara & Didi Astillah |
Beliau ialah isteri kepada penyanyi Aliff Aziz yang dikahwininya pada 2016.[1][2] Beliau ialah kakak kepada penyanyi Didi Astillah. Pada 27 Mac 2020, Bella telah mengeluarkan single pertama beliau berjudul "Tenang".[3]
Kerjaya Sunting
Kerjaya seni Bella Astillah bermula semasa bayi apabila beliau bersama adiknya, Didi Astillah merakamkan sebuah album kanak-kanak dan menyanyikan pelbagai lagu kanak-kanak. Menerusi album kanak-kanak ini, Bella dan adiknya dikenali sebagai Anak-Anak Mutiara. Pada tahun 2019, beliau berlakon di samping Nafiz Muaz dalam drama adaptasi novel, Cinta Belum Tamat Tempoh, seterusnya muncul dengan single solo pertamanya, "Tenang", dikeluarkan pada 27 Mac 2020.
Kehidupan peribadi Sunting
Pada akhir 2016, selepas berkenalan selama dua tahun serta bertunang hampir 9 bulan, Bella dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz melangsungkan perkahwinannya secara rasmi dan mengadakan majlis resepsi yang dihadiri oleh 1,000 tetamu di Top Glove, Shah Alam, Selangor. Hasil perkongsian hidupnya dengan Aliff, beliau dikurniakan seorang anak, Mohamed Ayden Adrean.
Pasangan ini memfailkan perceraian pada 16 Mei 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.[4] Beliau membuat keputusan untuk meneruskan hidup tanpa Aliff kerana tidak tahan dengan sikap Aliff yang berlaku curang terhadapnya.[5][6] Namun pada April 2020, Bella mengesahkan di laman IG beliau bahawa beliau dan Aliff telah rujuk kembali pada tahun 2019 ketika Bella dalam tempoh iddah.[7][8]
Pada 18 Julai 2020, beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Ara Adreanna.[9]
Diskografi Sunting
Single Sunting
Sebagai artis utama Sunting
Tahun | Tajuk | Album | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Diari Ramadhan Rafique | Single | OST drama Diari Ramadan Rafique |
2019 | Bersama Di Hari Raya | bersama Didi Astillah | |
2020 | Tenang | ||
2023 | Pano |
Sebagai artis yang ditampilkan Sunting
Tahun | Tajuk | Album | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Jom Raya
(Aliff Syukri menampilkan Bella Astillah & Zizi Kirana) |
Single |
Kemunculan lain Sunting
Tahun | Tajuk | Album | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Starlela | Single | bersama Ifa Raziah & Zizi Kirana |
2020 | Preggy Mama | menampilkan BOSS, lagu bagi produk Jus Mamariam | |
#jangankeluar | bersama yonnyboii, Shila Amzah, Hafiz Hamidun, Rabbit Mac, Shalma Eliana, Sophia Liana, Alvin Chong, Luca Sickta, Kmy Kmo, Tuju, Kowachee, DOLLA, ASYRFNSIR, Abubakarxli, Siqma, Malik Abdullah | ||
2022 | Tetap Disini | bersama suaminya Aliff Aziz |
Filemografi Sunting
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Cinta Belum Tamat Tempoh | Qaisara | Astro Ria | Drama pertama |
2021 | Yang Bakal Mati Ramadan Ini | Zalia | Awesome TV | |
Ramadani | Lydia | TV3 | ||
Kita Regu | Lana | Astro Arena | ||
Perisik Cinta Tak Diundang | Erianna | TV3 | ||
Kampung Kolestrol | Bella | TV9 | ||
Malaysian Ghost Stories | Maria | Astro Ria | Episod "Balan balan" | |
2022 | Aku Tanpa Cintamu | Nuha | TV3 | |
Adakah Engkau Menungguku | Maya | |||
2022-2023 | Cina Buta | Bella | Astro Ria | Penampilan khas |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Jamil Balik Kampung | Jamilah | Astro Citra | Telefilem pertama |
2022 | Doktor Idaman | Meem | TV3 | |
Sekolah Sampah | Nureen | Astro Citra | ||
Kerusi Kecil | Adra | TV1 |
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Masak Apa Tu? | Pasangan Selebriti Pilihan | TV3 | bersama suami beliau Aliff Aziz |
2020 | Nyanyi Dari Rumah | Artis Pilihan | TV2 | bersama Ezad Lazim & Aizat Amdan |
The Sherry Show | Tetamu Jemputan | TV3 | bersama Fizo Omar dan Mas Idayu | |
2021 | Sepahtu Reunion Live | Mila | Astro Warna | Episod: "Di Sebalik Pentas" |
Punchline DAC | Dirinya sendiri | |||
2022 | Famili Duo (Musim 2) | Peserta pasangan selebriti | TV3 | bersama Wani Kayrie |
Rujukan Sunting
- ^ Zulqarnain Abu Hassan (17 Jun 2019). Saya sebenarnya bukanlah seorang wanita yang kuat: Bella Astillah Sinar Harian. Dicapai pada 12 Julai 2019.
- ^ Syafil Syazwan Jefri (11 Julai 2019). Bangkit susun langkah - Bella Astillah Harian Metro. Dicapai pada 12 Julai 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (27 Mac 2020). Bella Astillah mahu tenang-tenang sahaja Berita Harian. Dicapai pada 11 Jun 2020.
- ^ Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai Berita Harian Singapura (16 Mei 2019). Dicapai pada 12 Julai 2019.
- ^ Aida Rizmariza Kamaruddin (14 Mei 2019). "Selamat tinggal Aliff - Bella". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-17. Dicapai pada 12 Julai 2019.
- ^ Mohd. Fadhil Abdollah (28 April 2019). "Perceraian jalan terakhir - Bella Astillah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-12. Dicapai pada 12 Julai 2019.
- ^ Zaidi Mohamad (26 April 2020). Bella hamil, kembali rujuk dengan Aliff Berita Harian. Dicapai pada 11 Jun 2020.
- ^ ‘Masa dalam iddah, tak perlu kahwin semula’ - Bella Astillah dan Aliff Aziz rujuk, kini hamil anak kedua Astro Awani. 26 April 2020. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
- ^ Fatin Farhana Ariffin (18 Julai 2020). Bella dapat anak perempuan Berita Harian. Dicapai pada 5 Ogos 2020.