Amelia Thripura Henderson

(Dilencongkan dari Amelia Henderson)

Amelia Thripura Henderson (lahir 20 Oktober 1995) ialah seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Klang, Selangor. Beliau memulakan kerjaya seni sebagai model iklan, seterusnya memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi beberapa drama dan filem.[1]

Amelia Henderson
AmeliaHenderson.jpg
Amelia semasa sesi fotografi bersama Utusan Malaysia pada tahun 2015.
Kelahiran
Amelia Thripura Henderson

(1995-10-20) 20 Oktober 1995 (umur 26)
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2006–kini
Ibu bapa
  • Jaya Rudralingam (ibu)
  • Graham L. Henderson (bapa)
Saudara
  • Alexander Rudrakeith Henderson (adik lelaki)
  • Lydia Henderson
Laman web rasmiameliath.com

Kerjaya

Beliau mula menceburi bidang seni sebagai model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun.[2] Selepas itu, beliau memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi sitkom Keluarga Adam.[2] Beliau juga pernah melibatkan diri dalam persembahan pentas muzikal teater iaitu The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2007.[2]

Selain itu, beliau berpeluang untuk mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat kerana kelebihan beliau yang amat fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan slanga British dan Amerika.[2] Beliau merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol. Beliau kemudiannya berlakon di dalam filem tempatan iaitu Talentime arahan Yasmin Ahmad. Beberapa tahun selepas itu, beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan The English Room iaitu rancangan bagi mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.[2][3]

Beliau amat menggemari tarian balet dan pernah memenangi Kategori 3 dalam program Cecchetti International Summer School yang diadakan di Melbourne, Australia.[2]

Kehidupan peribadi

Ibu beliau ialah seorang doktor gigi yang berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam. Selain itu, bapa beliau adalah seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham Henderson. Beliau merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik. Adik lelakinya bernama Alexander Rudrakeith Henderson.[4][5][6]

Amelia yang memeluk Islam dengan nama baharunya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah setelah sah bergelar isteri kepada Tunku Dato' Harrunnarrassheed Putra, anak kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna pada 14 Ogos 2015, yang bertempat di Carcosa Seri Negara. Namun demikian, Amelia mengaku sudah bercerai pada tahun 2018. Perkahwinan yang terlerai itu tidak dikurniakan cahaya mata.[7][8]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Barbie in A Christmas Carol Kelly / Tammy
2009 Talentime Melati
Barbie and the Three Musketeers Miette
Sing Along With Barbie
Pisau Cukur Bella (kecil)
2012 Seefood Ruby
War of the Worlds: Goliath Young Girl
2014 Ribbit Marcella Alih suara (versi Bahasa Inggeris)
2021 J2: J Retribusi Amy

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Keluarga Adam TV2
2008 Kasut Tumit Tinggi Astro Prima
2015 Keluarga Pontimau Sabrina TV3 Slot Aksi
2016 Oh My English!: After School Amelia Astro TVIQ
2018 Jangan Benci Cintaku Damia TV3 Slot Akasia
Pengantin 100 Hari Erina Slot Lestary
2019 Cinta Non Grata Darlina
Voice Note Mira Slot Samarinda
Hilang Kasih di Sarajevo Emina Mediacorp Suria
2020 Rindu Yang Terindah Airis Warda TV3 Slot Samarinda
Pengantin Satu Malam Zulaikha Nasreen Slot Akasia
2021 Romantika 4 Hari 3 Malam Lana Analia Slot Lestary
Cik Ayu Mee Sanggul Cik Ayu Astro Ria Slot MegaDrama
Kisah Cinta Kita Natasha / Aleesa TV3 Slot Akasia

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Anak Mat Salleh Tapi Melayu Mary TV3
2018 Renjana Nora ntv7
DM Hati Awak Izza
30 Hari Membunuh Cinta Rara Astro Citra
Nadi Luna Fira TV3
2022 Bourgainvillea Nina TV2

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV
2009 The English Room Astro TVIQ
2010 The English Room: Let's Talk!
2013 SPM English Literature Component Astro Tutor TV SPM
2015 MYEG Daily/SuperSport Daily/Dashing Daily Astro Supersport
2015–16 GO TRAVEL GOASEAN
2016 B Healthy Astro Bella
2019 Dewi Remaja Astro Ria
2020 Kelas #DudukRumah Astro Tutor TV
Ohsem!!! Awesome TV
2022 Roller Kata (Musim 2)
Gempak Most Wanted Astro Ria

Videografi

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2020 "Khayalan Dalam Rindu" Sam Suhaid


Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Karya tercalon Keputusan Ruj.
2016 Anugerah Stail EH! ke-5 Selebriti Harapan N/A Tercalon [9]
2017 Anugerah Stail EH! ke-6 Selebriti Wanita Paling Seksi Tercalon
2019 Face of Malaysia Awards Celebrity Star of the Year Menang [10]
Anugerah Model Asia ke-14 Anugerah Bintang Model – Malaysia Menang [11]
Anugerah Instafamous ke-2 Anugerah Instafamous Bergaya Menang [12]
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Artis Baharu Wanita Popular Jangan Benci Cintaku Tercalon [13][14]

Rujukan

  1. ^ Fatin Farhana Ariffin (31 Julai 2021). "Amelia belum fikir soal jodoh". Berita Harian. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  2. ^ a b c d e f Kak Hazel (27 Mac 2012). "Amelia Serba Boleh". Utusan Karya Sdn. Bhd. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ Dzireena Mahadzir (22 November 2009). "Mind your English". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-03. Dicapai pada 27 Mac 2012.
  4. ^ Yeoh, Angelin (1 September 2016). "Amelia Henderson is a real life warrior princess". TheMalayMailOnline. Dicapai pada 23 November 2016.
  5. ^ Chu, Mei Mei (14 June 2019). "Klang-born model Amelia Henderson turns racist comments into opportunity to preach love". The Star. Dicapai pada 12 December 2019.
  6. ^ "Do You Still Remember This Girl? You Will Be Amazed To See How She Looks Like Now!!!". The Coverage. 31 October 2016. Dicapai pada 12 December 2019.
  7. ^ Fuad, Farhana (25 Ogos 2015). "Amelia Henderson Sudah Berkahwin". EH!. Dicapai pada 12 Mei 2016.
  8. ^ Mawar, Raja (26 Ogos 2018). "Memang kami sudah berpisah". Berita Harian. Dicapai pada 31 Disember 2021.
  9. ^ "ANUGERAH STAIL EH! 2016". EH!. 31 March 2016.
  10. ^ Thomas Tan (21 Mei 2019). "Lee Xuan wins Face of Asia-Pacific 2019". cj.my. Dicapai pada 12 Disember 2019.
  11. ^ Annie May (10 Jun 2019). "Malaysian Model Amelia Henderson Wins Award In South Korea". hype.my. Dicapai pada 12 Jun 2019.
  12. ^ "Senarai Penerima Anugerah Instafamous 2019 Dibawakan Oleh Hurr.tv". mahagosip.com. Dicapai pada 12 Disember 2019.
  13. ^ Farihad Shalla Mahmud (August 16, 2019). "Bintang baharu, lama hangatkan saingan Top 5 ABPBH 32". Berita Harian.
  14. ^ Zul Husni Abdul Hamid (September 22, 2019). "Mira Filzah Bintang Paling Popular ABPBH 32". Berita Harian.

Pautan luar