Cinta Non Grata ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan oleh Hashim Rejab, di bintangi oleh Raja Afiq, dan Amelia Thripura Henderson. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 20 Mac 2019 mengantikan Leftenan Zana. [1]

Cinta Non Grata
GenreMelodrama
Dendam
Cinta
Ditulis olehAmar Amir
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanDiam Saja - Forteen
Lagu penutupDiam Saja - Forteen
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato' Sadupal Singh
Vareen Kaur
PenerbitDato' Sri Jaspal S. Korotana
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Lestary)
Siaran asal20 Mac 2019 – 2 Mei 2019
Kronologi
MengikutiLeftenan Zana
Diikuti olehPia

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang Darlina yang sentiasa mengejar populariti di media sosial. Meskipun sering menjadi perhatian lelaki dengan kecantikan yang dimilikinya, Darlina masih belum bertemu lelaki kaya untuk dipergunakan demi memiliki kemewahan hidup. Berlainan pula dengan Hakim, seorang yang optimistik mahu megubah nasib orang di sekelilingnya sehingga dapat memberi pengajaran dalam hidup mereka.

Hubungan cinta antara Hakim bersama Kartini yang dahulu telah memberi kesan pada diri Hakim sendiri. Dia tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti adiknya,Haikal yang kecewa akibat ditinggalkan Darlina. Hakim ingin mengenali Darlina dengan lebih dekat lagi dan membalas dendam atas tindakan Darlina terhadap adiknya itu.

Abdullah (Esma Daniel), bapa Hakim merupakan seorang pembantu peribadi kepada Datuk Marzuki (Edika Yusof). Hakim akan menjadi pengganti tempat bapanya jika Abdullah tidak dapat bekerja. Datuk Marzuki mempunyai seorang isteri, Datin Jannah dan seorang anak perempuan Zatul. Mereka berdua bersikap tidak ambil tahu apa yang dilakukan oleh Datuk Marzuki , asalkan mereka dapat duit untuk berbelanja dan hidup mewah.

Memiliki wajah yang tampan dan mempunyai gelaran Datuk sepertinya, membuatkan Datuk Marzuki sentiasa mahu mencari gadis yang lebih muda darinya. Apabila bertemu Darlina, Datuk Marzuki tertarik dengan kejelitaan Darlina dan mahu Darlina menjadi isterinya. Darlina menyangkakan bahawa hidupnya akan senang lenang namun Datuk Marzuki telah menetapkan syarat iaitu dia hanya akan memiliki harta Datuk Marzuki jika dia tidak meminta cerai dalam masa setahun.

Darlina mulai rimas dengan hidupnya yang sentiasa dipantau oleh Datuk Marzuki. Hakim yang diupah oleh Datuk Marzuki sebagai jurugambar yang mengawasi Darlina menjadi tempat luahan Darlina. Hakim mula mengenali sisi Darlina yang berlainan dengan sangkaannya. Hakim mula goyah dan mempersoalkan hatinya kerana dia cemburu melihat Datuk Marzuki bermesra dengan Darlina.

Adakah Darlina akan terus mengejar impiannya untuk mendapatkan harta Datuk Marzuki walaupun hidupnya bagai dalam sangkar emas?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Cinta Non Grata". MyInfotaip. 19 Mac 2019.

Pautan luar sunting

TV3: Slot Lestary, Rabu–Jumaat, 09:00 Malam
Sebelumnya Cinta Non Grata Berikutnya
Leftenan Zana Pia