Amelia Henderson
Amelia Thripura Henderson (lahir 20 Oktober 1995) ialah seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Klang, Selangor. Beliau memulakan kerjaya seni sebagai model iklan, seterusnya memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi beberapa drama dan filem.[1]
Amelia Henderson | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Amelia Thripura Henderson 20 Oktober 1995 |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model |
Tahun aktif | 2006–kini |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Laman web rasmi | ameliath.com |
Kerjaya
Beliau mula menceburi bidang seni sebagai model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun.[2] Selepas itu, beliau memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi sitkom Keluarga Adam.[2] Beliau juga pernah melibatkan diri dalam persembahan pentas muzikal teater iaitu The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2007.[2]
Selain itu, beliau berpeluang untuk mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat kerana kelebihan beliau yang amat fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan slanga British dan Amerika.[2] Beliau merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol. Beliau kemudiannya berlakon di dalam filem tempatan iaitu Talentime arahan Yasmin Ahmad. Beberapa tahun selepas itu, beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan The English Room iaitu rancangan bagi mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.[2][3]
Beliau amat menggemari tarian balet dan pernah memenangi Kategori 3 dalam program Cecchetti International Summer School yang diadakan di Melbourne, Australia.[2]
Kehidupan peribadi
Ibu beliau ialah seorang doktor gigi yang berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam. Selain itu, bapa beliau adalah seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham Henderson. Beliau merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik. Adik lelakinya bernama Alexander Rudrakeith Henderson.[4][5][6]
Amelia yang memeluk Islam dengan nama baharunya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah setelah sah bergelar isteri kepada Tunku Dato' Harrunnarrassheed Putra, anak kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna pada 14 Ogos 2015, yang bertempat di Carcosa Seri Negara. Namun demikian, Amelia mengaku sudah bercerai pada tahun 2018. Perkahwinan yang terlerai itu tidak dikurniakan cahaya mata.[7][8]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2008 | Barbie in A Christmas Carol | Kelly / Tammy | |
2009 | Talentime | Melati | |
Barbie and the Three Musketeers | Miette | ||
Sing Along With Barbie | |||
Pisau Cukur | Bella (kecil) | ||
2012 | Seefood | Ruby | |
War of the Worlds: Goliath | Young Girl | ||
2014 | Ribbit | Marcella | Alih suara (versi Bahasa Inggeris) |
2021 | J2: J Retribusi | Amy | |
2023 | Didi & Friends The Movie | Kapten Lee | Suara |
Pulau |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006 | Keluarga Adam | TV2 | ||
2008 | Kasut Tumit Tinggi | Astro Prima | ||
2015 | Keluarga Pontimau | Sabrina | TV3 | |
2016 | Oh My English!: After School | Amelia | ||
2018 | Jangan Benci Cintaku | Damia | TV3 | |
Pengantin 100 Hari | Erina | |||
2019 | Cinta Non Grata | Darlina | ||
Voice Note | Mira | |||
Hilang Kasih di Sarajevo | Emina | Mediacorp Suria | ||
2020 | Rindu Yang Terindah | Airis Warda | TV3 | |
Pengantin Satu Malam | Zulaikha Nasreen | |||
2021 | Romantika 4 Hari 3 Malam | Lana Analia | ||
Cik Ayu Mee Sanggul | Cik Ayu | Astro Ria | ||
Kisah Cinta Kita | Natasha / Aleesa | TV3 |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Anak Mat Salleh Tapi Melayu | Mary | TV3 |
2018 | Renjana | Nora | ntv7 |
DM Hati Awak | Izza | ||
30 Hari Membunuh Cinta | Rara | Astro Citra | |
Nadi Luna | Fira | TV3 | |
2022 | Bourgainvillea | Nina | TV2 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Saluran TV |
---|---|---|
2009 | The English Room | Astro TVIQ |
2010 | The English Room: Let's Talk! | |
2013 | SPM English Literature Component | Astro Tutor TV SPM |
2015 | MYEG Daily/SuperSport Daily/Dashing Daily | Astro Supersport |
2015–16 | GO TRAVEL | GOASEAN |
2016 | B Healthy | Astro Bella |
2019 | Dewi Remaja | Astro Ria |
2020 | Kelas #DudukRumah | Astro Tutor TV |
Ohsem!!! | Awesome TV | |
2022 | Roller Kata (Musim 2) | |
2022–kini | Gempak Most Wanted | Astro Ria |
Videografi
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi |
---|---|---|
2020 | "Khayalan Dalam Rindu" | Sam Suhaid |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2016 | Anugerah Stail EH! ke-5 | Selebriti Harapan | N/A | Tercalon | [9] |
2017 | Anugerah Stail EH! ke-6 | Selebriti Wanita Paling Seksi | Tercalon | ||
2019 | Face of Malaysia Awards | Celebrity Star of the Year | Menang | [10] | |
Anugerah Model Asia ke-14 | Anugerah Bintang Model – Malaysia | Menang | [11] | ||
Anugerah Instafamous ke-2 | Anugerah Instafamous Bergaya | Menang | [12] | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Artis Baharu Wanita Popular | Jangan Benci Cintaku | Tercalon | [13][14] |
Rujukan
- ^ Fatin Farhana Ariffin (31 Julai 2021). "Amelia belum fikir soal jodoh". Berita Harian. Dicapai pada 11 Disember 2021.
- ^ a b c d e f Kak Hazel (27 Mac 2012). "Amelia Serba Boleh". Utusan Karya Sdn. Bhd. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Dzireena Mahadzir (22 November 2009). "Mind your English". The Star Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-03. Dicapai pada 27 Mac 2012.
- ^ Yeoh, Angelin (1 September 2016). "Amelia Henderson is a real life warrior princess". TheMalayMailOnline. Dicapai pada 23 November 2016.
- ^ Chu, Mei Mei (14 June 2019). "Klang-born model Amelia Henderson turns racist comments into opportunity to preach love". The Star. Dicapai pada 12 December 2019.
- ^ "Do You Still Remember This Girl? You Will Be Amazed To See How She Looks Like Now!!!". The Coverage. 31 October 2016. Dicapai pada 12 December 2019.
- ^ Fuad, Farhana (25 Ogos 2015). "Amelia Henderson Sudah Berkahwin". EH!. Dicapai pada 12 Mei 2016.
- ^ Mawar, Raja (26 Ogos 2018). "Memang kami sudah berpisah". Berita Harian. Dicapai pada 31 Disember 2021.
- ^ "ANUGERAH STAIL EH! 2016". EH!. 31 March 2016.
- ^ Thomas Tan (21 Mei 2019). "Lee Xuan wins Face of Asia-Pacific 2019". cj.my. Dicapai pada 12 Disember 2019.
- ^ Annie May (10 Jun 2019). "Malaysian Model Amelia Henderson Wins Award In South Korea". hype.my. Dicapai pada 12 Jun 2019.
- ^ "Senarai Penerima Anugerah Instafamous 2019 Dibawakan Oleh Hurr.tv". mahagosip.com. Dicapai pada 12 Disember 2019.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (August 16, 2019). "Bintang baharu, lama hangatkan saingan Top 5 ABPBH 32". Berita Harian.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (September 22, 2019). "Mira Filzah Bintang Paling Popular ABPBH 32". Berita Harian.