Ribbit ialah sebuah filem komedi animasi komputer dari Malaysia yang dihasilkan oleh Gaumont Multmedia & Crest Animation Studios. Ia diarahkan oleh Chuck Powers dan skrip ditulis bersama Hamir Afizi dan menampilkan lakon suara dari bintang-bintang besar Hollywood seperti Sean Astin, Russell Peters, Tim Curry, dan Cherami Leigh, diterbitkan oleh Shireen M. Hashim.[3][4]

Ribbit
PengarahChuck Powers, Mamat Khalid (versi Malaysia)
PenulisChuck Powers, Hamir Afizi
Dihasilkan olehShireen M. Hashim
DibintangiJohan
Awie
Elfira Loy
Aznil Nawawi
Izzue Islam
Disunting olehEzaisyirwan Basri
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehKRU Studios
Tarikh tayangan
4 September 2014
Masa tayangan
1 Jam 28 Minit
NegaraMalaysia Malaysia
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Kesatuan Eropah Eropah
BahasaBahasa Melayu Tamil
BajetRM 10 juta [1]
Pecah panggungRM 4 juta (anggaran kasar)[2]

Plot sunting

Sepanjang hidupnya, Ribbit merasakan dirinya berbeza dari semua katak lain. Untuk mencari tujuan dalam hidupnya, Ribbit memulakan perjalanan yang luar biasa melalui hutan hujan Amazon. Semasa perjalanan ini, Ribbit secara tidak sengaja dihipnotiskan ke dalam kepercayaan bahawa dia adalah seorang putera manusia yang terperangkap dalam tubuh katak. Yakin bahawa dia kini memahami mengapa dirinya berbeza, Ribbit berangkat dalam pencariannya untuk Puteri yang ciumannya akan menyelesaikan semua masalahnya. Disertai oleh sahabat baiknya, tupai betina bernama Sandy, Ribbit bertemu dengan pelbagai karakter yang unik dan berwarna-warni dalam kembaranya di dalam kisah ini.

Watak sunting

  • Sean Astin (Johan Raja Lawak untuk versi BM) sebagai Ribbit, katak dengan krisis identiti
  • Russell Peters (Awie) sebagai Deepak (Kulup), kelawar dengan jawapan kepada soalan tentang kehidupan
  • Tim Curry (Dato' Azil Haji Nawawi) sebagai Terrence (Mat Rompi), seekor toucan dengan bakat yang warna-warni
  • Cherami Leigh (Elfira Loy) sebagai Sandy (Siti), tupai yang merupakan kawan baik Ribbit
  • Elza Irdalynna sebagai Rafa dan Luciano, dua anak harimau
  • Amelia Henderson sebagai kakak Marcella, Rafa dan Luciano
  • Abigail Cole sebagai Bianca, seekor monyet howler
  • Lydia Lubon sebagai Carla, ibu Bianca
  • Carey Van Driest sebagai Avelina, kakak Carla
  • Chuck Powers sebagai datuk, Carla dan ayah Avelina
  • Sonny Franks sebagai Kai, buaya Kaiman
  • Christina Orow sebagai Jojo, seekor Manatee
  • Sonny Franks (Munir Phyne Ballers) sebagai Ollie, pasangan Jojo
  • Kennie Dowle (Izzue Islam) sebagai Spider (Labah-Labah)
  • Valentine Cawley (One Forteen) sebagai Witch Doctor (Dukun Istana), seorang lelaki jahat yang ingin halang impian Ribbit
  • Martin Dysart sebagai Inego, katak heroik
  • Dilly Shakir sebagai Callie, isteri Inego
  • Ali Astin (Noorisnainy Ali) sebagai Princess (Puteri), pemimpin masa depan suku kaum Amazon

Muzik sunting

Tema muzik utama filem ini adalah Magical Moment, sebuah duet oleh kumpulan R&B Amerika Az Yet dan Jaclyn Victor, juara Malaysian Idol. Lagu lain pada trek muzik adalah Destiny, yang dihasilkan oleh DJ Motiv8 dan disampaikan oleh SuPreme yang menampilkan Felice LaZae.

Keluaran sunting

Filem ini telah dipersembahkan di Pesta Filem Cannes pada 2012 di peringkat projek.[5] Ia telah dikeluarkan secara teatrik di Malaysia pada 4 September 2014. Ia dikeluarkan di Amerika Syarikat pada bentuk DVD pada 25 November 2014.

Rujukan sunting

  1. ^ "Band boy done good" The Star Online Hariati Azizan Dicapai pada 24 April 2019.
  2. ^ "Wheely Laris, Filem Animasi Setanding Filem Antarabangsa" Media Hiburan, Wani Ariffin Dicapai pada 24 April 2019
  3. ^ [1] mStar Ribbit Selit Nilai Moral Dalam Humor Dicapai 24 April 2019.
  4. ^ https://variety.com/2014/film/asia/russell-peters-sean-astin-say-ribbit-to-malaysian-animation-1201137675/ Russell Peters Sean Astlin Say Ribbit To Malaysian Animation Dicapai 26 April 2019
  5. ^ Law, John. "Niagara Film Fest wraps up big first year", Niagara Falls Review, Niagara, 23 Jun 2014. Dicapai pada 24 April 2019.

Pautan luar sunting